Sunday, March 22, 2009

Aku Cuti ...

Aku bercuti sementara sebab talian maya telah dipotong. hahahahhahaa ...

tu laa .. asyik bertenet je. Fulus tak masuk lagi untuk bayar line ... ekekekkee ... ni pun kat CC. Bising sungguh anak-anak cina dok main game kat sebelah aku ni. huhuhuhu ...

Nota kecik-kenot:
Pa'chik jangan jahat tau .. jaga kubur tu bebaik .. nanti hantu semua keluar. ni dah nak perhimpunan agung badut-badut sarkas .. hahahahha

Thursday, March 19, 2009

Bangang tak terajar! ...

Kurikulum pendidikan di sekolah tadika Islam seluruh negara akan diselaraskan dalam tempoh lima tahun ini.

Ini bagi membendung penyelewengan yang dilakukan sesetengah pihak di dalam memberikan pendidikan awal kepada anak-anak di tadika Islam terutamanya di tadika Islam swasta.

"Kita tak mahu ada agenda-agenda yang berbeza antara tadika-tadika terutamanya bila ada unsur-unsur politik ditanam di kalangan anak-anak untuk membenci kerajaan.

"Saya harap tidak akan ada lagi agenda politik dalam perkara ini dan yang penting ialah untuk mempertingkat sahsiah dan personaliti anak-anak kita."


Zahid Hamidi


1) Apa masalah dengan kurikulum tadika-tadika Islam yang ada sekarang sampai sibuk hendak dikacau ganggu?

2) Kenapa tidak masuk campur dalam kurikulum tadika biasa yang guna kaedah montessori semua tu?

3) Sistem apa yang mahu diterapkan?

4) Apa akan jadi dengan kurikulum tadika-tadika Islam seperti di PASTI, Tadika ABIM dan tadika-tadika lain yang mempunyai sistem mereka sendiri yang terbukti berkesan sehingga kini?

5) Kalau geram sebab tabika kemas bukan lagi pilihan utama ibu bapa, kenapa tidak diperbetulkan sistem itu supaya mampu berdaya saing dengan tadika-tadika yang lain?

6) Sekarang sudah banyak tadika Islam yang berprestasi sama baik dan ada yang lebih baik dari tadika swasta bukan Islam. Mereka membuat kajian dengan usaha dan modal sendiri untuk menyediakan sistem pengajaran awal yang terbaik untuk anak-anak. Ada yang menerbitkan buku dan kaedah pembelajaran sendiri yang ternyata sangat berkesan. Aku tahu sebab anak-anak aku lahir dari tadika begini. Kenapa mahu dilemahkan semangat mereka?

7) Jika benar prihatin, buat kajian dulu. Berjumpa dengan pengusaha-pengusaha tadika Islam dan 'brainstorm' sama-sama bagaimana hendak buat penyelarasan tanpa membelakangkan mereka dan mematahkan semangat mereka. Kebanyakan mereka orang-orang muda yang sedar akan kepentingan pendidikan awal Islam untuk anak-anak. Sanggup berhabisan. Sekarang mahu dikacau pula.

8) Aku pasti, jika Zahid Hamidi mahu teruskan juga dengan polisi bodoh sombong dia tanpa merujuk dulu pada yang berkenaan, tidak mustahil isu ini akan jadi seperti isu PPSMI yang dibantah rakyat sekarang. Tak percaya tengoklah nanti!

9) Tiada agenda politik? Ya right! My foot!! Sungguh laaaa buat aku caci maki awal-awal pagi ni! Bangang sungguh!!!

sumber: http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=397228

Tuesday, March 17, 2009

Bahasa yang bakal pupus ...

"Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris," tegas A Samad.

"Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris," ujar Tan Sri A.Samad Said, pejuang bahasa itu lagi.

~Harakahdaily~


*************************

Sudah basi?

Isu bahasa tidak akan basi. Selagi kita bercakap dan berbahasa, isu tentang bahasa tidak akan berhenti. Kalau tidak masakan UNESCO ada unit yang memantau perkembangan bahasa-bahasa yang ada di dunia ini. Malah menurut kajian badan berkenaan, secara purata satu bahasa sudah pupus pada setiap dua minggu. (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=361508)

Tidak mustahil bahasa kita iaitu Bahasa Melayu akan pupus jika dilihat pada betapa profesionalnya bahasa ini 'dipupuskan' sebagai sebuah bahasa ilmu. Tidak mustahil juga Bahasa Melayu hanya akan dilihat sebagai bahasa yang hanya layak ditutur di pasar-pasar, di kalangan mat-mat rempit dan di lorong-lorong gelap semata-mata. Tidak mustahil juga kosa kata Bahasa Melayu tidak akan terus meningkat, malah makin susut kerana tiada usaha untuk mencipta kosa kata yang baru.

Semalam, dalam banyak isu yang dibicarakan dengan sahabat di tanah ratu, isu bahasa tidak ketinggalan diperkatakan. Bersemangat kami. Geram tidak terkata.

Aku belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu. Aku rasa sudah banyak kali juga aku nyatakan disini betapa aku sangat teruk dalam matapelajaran Matematik. Malah, aku hampir gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana matapelajaran yang satu ini. Itu hasil pembelajaran dalam Bahasa Melayu. Jika dalam Bahasa Inggeris, aku yakin dan pasti aku akan gagal kertas berkenaan.

Jadi sejak dari mula bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohd mencadang dan mempraktikkan polisi pembelajaran kedua-dua matapelajaran ini dalam Bahasa Inggeris, aku sudah tidak setuju dan hingga kini tidak pernah setuju dan faham akan rasional polisi berkenaan.

Kononnya hendak murid-murid tahu berbahasa Inggeris. Jadi apa gunanya matapelajaran Bahasa Inggeris? Aku lihat sekarang Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains dilihat lebih ditekankan dari kelas Bahasa Inggeris itu sendiri. Seolah-olah matapelajaran Bahasa Inggeris sudahh tidak penting lagi.

Mantapkan pembelajaran Bahasa Inggeris. Sediakan kursus khusus untuk bakal-bakal guru Bahasa Inggeris agar mereka boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan sekaligus boleh mengajar dengan baik juga. Perkasakan topik-topik yang diajarkan dalam kelas ini. Perkenalkan kesusasteraan Inggeris. Ajar anak-anak kita tentang Shakespeares, Hemingway dan banyak lagi. Galakkan mereka membaca buku-buku cerita Inggeris dan buat ulasan setiap buku yang dibaca mereka di dalam kelas. Ulasan sudah pasti dalam Bahasa Inggeris walaupun tutur bicara mungkin agak tunggang langgang. Tapi jika tidak dibiasakan berbicara dalam bahasa itu, bagaimana mereka akan berkeyakinan untuk bercakap bahasa itu.

Jadikan matapelajaran Bahasa Inggeris sesuatu yang menyeronokkan. Perkenalkan lagu-lagu yang berunsur pendidikan dalam Bahasa Inggeris. Buat projek drama pendek dalam Bahasa Inggeris yang melibatkan setiap murid. Perkenalkan chorus reading, mungkin. Spelling bee. Pertanding menyebut sesuatu kosa kata Inggeris yang betul. Apa sahaja yang menyeronokkan yang sekaligus mendidik. Something fun! Bukan semata-mata tertumpu pada buku teks dan buku latihan yang banyak tapi kesudahannya murid tetap tidak faham setiap apa yang diajar guru dalam kelas. Dan diakhir sesi pembelajaran murid dibebankan dengan banyak kerja sekolah yang perlu dilangsaikan dirumah. Ahhh ... sungguh membosankan!

Cara pengajaran pun janganlah begitu jumud. Semua perlu ditulis dalam buku persiapan mengajar. Apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak mengajar pada hari keesokannya. Aduhaiii ... cubalah diberi sedikit kelonggaran kepada guru untuk menjadi lebih spontan. Guru pun tidak bosan dan lebih seronok untuk mengajar. Aku menulis sebab aku pernah menjadi guru sandaran untuk 6 bulan ketika menanti keputusan STPM. Jadi sedikit sebanyak aku tahu apa yang guru perlu lakukan.

Tolonglah jangan digadaikan masa depan anak-anak aku demi polisi yang bodoh. Anak-anak mereka yang beria-ia mempertahan polisi ini belum tentu belajar di sekolah orang-orang kebanyakan. So, just leave the hell out of our education system!

Sekian.



Nota kecik-kenot:

Cucu Pak Samad satu kelas dengan Irfan. Irfan kata dia bangga bila nampak kawan dia join demo dengan atok dia, sebagaimana dia rasa bangga masa join ayah dia demo turun harga minyak dulu. hehehehe

Sunday, March 15, 2009

Menonton ...

Agak bosan dengan politik sekarang. Banyak juga isu-isu lain yang turut membosankan. Semuanya tidak menyenangkan. Seolah rakyat berjuang bersendirian tanpa dipedulikan sesiapa. Seolah rakyat sebodoh-bodoh makhluk. Sesak aku dibuatnya.

Jadi aku mahu bercerita tentang kisah biasa-biasa. Cerita pasal rancangan di televisyen. Aku jarang-jarang tonton televisyen dan kadang-kadang sahaja ada rancangan yang betul-betul menarik perhatian dan tumpuan aku. Jadi untuk aku bercerita tentang rancangan-rancangan televisyen memang agak payah sedikit. Tapi, rancangan yang satu ini aku suka dan aku selalu tonton dengan anak-anak. Rancangannya mengajar agar seseorang itu tidak berputus asa dan terus berusaha walau bagaimana sukarnya halangan dan dugaan yang telah dan bakal ditempuhi.

Aku suka tonton 'Ninja Warrior'. Orang-orang kuat fizikal dan mental sahaja yang sanggup dan boleh lepas halangan-halangan dalam rancangan ni. Tapi, orang yang kuat pun belum tentu dapat lepas juga. Halangan-halangannya ada yang tidak masuk diakal. Pandai sungguh orang-orang Jepun fikir bagaimana hendak maksimumkan kepayahan permainan yang mereka cipta. Aku yang tengok pun naik sengkak nafas bila peserta-peserta perlu melepasi satu-satu halangan. Bila sudah lepas, baru aku mampu tarik nafas lega. Kalau hampir berjaya tapi kerana sedikit kesilapan, terus jatuh dalam air berkeladak dibawah, aku pun jerit sama. Huh! Tipikal perempuan sungguh! :P



Walaupun rancangan itu tidak menawarkan hadiah yang besar tapi sesiapa yang berjaya melepasi ketiga-tiga peringkat akan dipandang tinggi serta dianggap legenda sebab bukan semua dapat melakukannya. Untuk melepasi peringkat pertama untuk ke peringkat ke-2 pun sama seksanya. Dari 100 orang peserta di peringkat pertama, yang lepas masuk peringkat ke-2 selalunya tak sampai pun 20 orang. Ada kalanya kurang dari 10 orang. Dari jumlah itu, yang dapat ke peringkat terakhir, mungkin seorang dua sahaja atau tiada seorang pun. Bila sudah berjaya ke peringkat akhir, walaupun hanya seorang, jika tidak dapat mengharungi halangan dalam tempoh yang diberikan .... huh! aku yang tengok pun sangat-sangat tertekan woooo .... inikan pulak pada orang yang mengalami.

Pertandingan bermula dari siang hari membawa ke malam hari. Walaupun hujan ribut, panas terik, pertandingan tetap diteruskan hingga pertandingan selesai.

Punyalah mencabar dan popularnya siri Ninja Warrior ini, hinggakan peserta-pesertanya datang dari pelbagai peringkat umur dan jantina. Orang putih pun ada. Juara Olimpik pun ada. Sampaikan siri ini ditayangkan di USA, UK dan sesetengah negara Eropah.

Paling menarik, dari ratusan yang menyertai pertandingan ini, hanya seorang sahaja yang berjaya menyudahkan kesemua 3 peringkat. HANYA SEORANG! Orang Jepun juga. Kazuhiko Akiyama.
Dia nelayan yang khusus menangkap ketam dari Hokkaido. 17 kali dia masuk 'Ninja Warrior' ni dan di percubaan yang ke-3, dia berjaya jadi 'The Ultimate Ninja Warrior' yang berjaya menyudahkan kesemua halangan di ketiga-tiga peringkat.

Itulah penangan rancangan berbentuk permainan dari Jepun ini. Dulu anime, sekarang rancangan game sebegini menjadi kegemaran.

Teringat aku masa mula-mula 'Iron Chef' ditayangkan di TV Malaysia. Aku tidak pernah lepas menonton tiap hari Ahad. Memang seronok melihat pakar-pakar yang terpilih memasak 3 hingga 4 jenis hidangan dengan menggunakan satu bahan utama rahsia dalam tempoh 1 jam.

Kebanyakannya sangat-sangat kreatif hinggakan ikan pun boleh dijadikan aiskrim! Pengadil-pengadil boleh suka pula tu dengan aiskrim ikan! Kehebatan siri 'Iron Chef' ini membawa hingga ke USA dan di sana lahirlah iron chef-iron chef orang putih pula.

Kenapa ya? Kenapa rancangan sebegini tidak boleh difikirkan oleh orang-orang kita di Malaya ini? Selain konsep untuk bersuka-ria, elemen usaha tanpa mengenal perit dan erti kalah sangat kurang dalam rancangan berbentuk permainan yang dibikin di Malaya. Mungkin satu sahaja ... 'Explorace'.


Itupun tidak cukup mencengkam. Tahap 'suspense' tidak sama macam rancangan Jepun dan juga dari USA seperti siri 'The Amazing Race', yang walau sudah bersiri-siri, tetap mendebarkan. Dalam Explorace, sudah boleh diagak siapa yang akan berlari sampai dulu di garisan penamat.


Mungkin sebab itu ramai yang tertempan dengan filem 'Geng' @ 'upin ipin'. Simple tetapi amat menarik. Jalan cerita santai tapi kita (aku la tu!) tidak dapat hendak mengagak apa penyudahannya. Walaupun ada plot yang agak kurang masuk akal tapi minda boleh menerimanya. Malah, watak-watak pelik seperti Opet dan makhluk-makhluk di dalam gua itu tidak menganggu kebijaksanaan kita. Kita boleh terima.
Nisaa' dan Syabil yang susah diam walaupun 5 minit tidak bergerak dari tempat duduk dari mula filem ditayangkan hinggalah sampai ke creditnya. Nisaa' begitu menghayati sampaikan dia menangis ketakutan sambil memeluk aku dan menekup muka, bila melihat makhluk-makhluk aneh didalam gua. Satu kerja pula hendak ditenangkan dan dipujuk.

Ohhh .. bercerita tentang Nisaa', aku perhatikan dia mempunyai tahap empati yang agak tinggi bagi kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun (errr jangan lupa yaaa 1 April ulangtahun Nisaa' yang ke-3! hehehhehe).

Pernah sekali dia tonton satu cereka pendek yang agak menyentuh perasaan. Kisahnya sangat mudah. Seorang anak kecil yang terjumpa seekor anak kucing membawa pulang kucing itu ke rumah tapi disuruh ibunya agar dibuang sahaja kucing itu kerana dianggap menyusahkan. Pergilah merayau anak kecil ini mencari tempat yang sesuai untuk 'dibuang' kucing berkenaan. Mahu ditinggalkan dilorong, tidak sampai hati budak kecil itu. Dirasakan sesuai ditinggalkan di pasar kerana si anak kucing pasti tidak putus bekalan makana. Tapi tidak jadi. Akhirnya dia ke masjid. Padanya sangat sesuai sebab Allah akan menjaganya disana. Siap didoakan anak kucing itu dengan doa makan. Sangat naif dan menyentuh perasaan.

Tahu apa jadi? Nisaa' menangis sedih, sedu sedan. Aku terkejut kehairanan. Bila ditanya, dalam tangis Nisaa' kata dia sedih kucing kena tinggal. "Kesian baby kucing tinggal tak ada ibu."

Terbaru. Sedang menonton Mr. Bean, terus dia berlari naik ke atas mendapatkan aku. Menangis kesedihan. Teresak-esak. Aku tanyakan kenapa. Dia kata, "Baby nangis. Ichak sedih." Huh! Aku tidak tahu apa kisahnya sebab aku tidak menonton bersama. Rupanya ada adengan seorang bayi menangis (entah sebab apa) dalam cerita Mr. Bean.

Nisaa' memang mudah tersentuh jika ada adengan membabitkan binatang dan bayi atau kanak-kanak yang dalam kesusahan. Pasti menangis sedih. Begitu tinggi empati anakku yang seorang ini.

Begitulah dia ketika menonton Ninja Warrior. Eksperi muka sangat mencuit hati. Mata terbeliak. Wajah teruja. Mulut melopong ditutup dengan tangan. Gelak besar. Menjerit bila ada yang terjatuh. Bertepuk tangan bila ada yang berjaya. Seronok melihat gelagat dia.

Pandai juga dia memilih rancangan apa yang menarik dan tidak semua dia suka tonton. Tidak semua kartun dia suka. Lega sangat-sangat.

Tapi yang pasti ... "Wonderpets" tetap menjadi pujaan hati. "Iniiii siriesss ...!"hehehehe ...



Sumber kesemua foto adalah dari Cik Google ;)

Thursday, March 12, 2009

Layan ...

Bosan.

Layan gambar-gambar lama je lah ...






Friday, March 06, 2009

Wahai raja-raja... tahukah kisah ini? ...

Sultan Selangor tegur orang Melayu. Dia kata orang Melayu kurang ajar sebab mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan Raja-raja Melayu.

Persatuan Kerabat Diraja Kedah pula mahu Majlis Raja-Raja minta kekebalan raja-raja Melayu dikembalikan sebab sekarang sudah ramai yang berani memperkecilkan peranan raja-raja Melayu.

Mufti Perak pula berkata jika rakyat tidak taat kepada raja, derhaka namanya.

************************

Kat sini aku nak kongsi kisah Khalifah Hisham bin Abdul Malik dengan seorang ulama. Ceritanya lebih kurang begini:

Nama Hisyam bin Abdul Malik sangat di takuti oleh para pemimpin khususnya di Eropah. Khalifah ke-10 dari Bani Umayyah ini memimpin selama hampir 20 tahun dan aktif memperluaskan kekuasaan hingga ke Eropah dan Rom.

Ketika masih memegang jawatan Gabenor, beliau telah perjalanan menuju ke kota Suci Mekah dengan menggunakan kemudahan negara. Rombongannya besar termasuk para sanak keluarga dan para pengawalnya. Sesampainya di kota Mekah Gabenor Hisyam bin Abdul Malik sangat ingin bertemu dengan Sahabat Rasul yang masih hidup, namun sayang sekali Sahabat Rasulullah SAW yang terakhir telah meninggal dunia. Beliau ingin bertemu kerana dia memang gemar mendengar pendapat dari para ulama dan bijak pandai.

Oleh kerana sahabat Rasul yang terakhir telah meninggal, akhirnya para pengawalnya menjemput seorang ulama bergenerasi selepas Sahabat sebagai gantinya untuk dipertemukan dengan Gabenor Hisyam bin Abdul Malik.

Ulama tersebut bernama Thawus al Yamani. Secara ceria dan santai, Thawus telah mengadap Gabenor Hisyam yang ketika itu sedang duduk ditakhta yang berhamparan permaidani merah yang sanagt mewah. Thawus telah menanggalkan seliparnya lalu memijak permaidani berkenaan dan menyapa Gabenor dengan selamba, "Assalamualaikum, apa khabarmu Hisyam?" dan terus duduk disebelah Gabenor.

Sikap Thawus telah menimbulkan kemarahan Gabenor Hisyam kerana dia merasakan Thawus telah memperlekehkan dirinya sebagai seorang Gabenor, dengan menanggalkan seliparnya berdekatan permaidani mewahnya, selain hanya mengucap salam biasa tanpa sebarang salam kebesaran. Selain dari itu, Thawus telah memanggilnya dengan nama Hisyam, tanpa gelaran.

Gabenor Hisyam lalu berdiri dan mengacukan pedangnya ke arah Thawus dengan niat untuk memancung kepala Thawus yang dianggapnya telah menghinanya sebagai seorang penjawat tinggi kerajaan.

Namun, Thawus segera mencegahnya dan berkata, "Sabar hai Hisyam. Engaku sedang berada di Tanah Suci Allah. Demi tempat yang suci dan mulia ini, engkau tidak boleh melakukan perkara yang buruk termasuk membunuhku."

Hisham menjawab,"Bagaimana aku tidak marah apabila perlakuanmu telah menghina aku sebagai seorang Gabenor."

"Wahai Hisyam. Aku telah menanggalkan seliparku sepertimana aku juga telah menanggalkan seliparku 5 kali sehari demi melakukan solat dan Allah pun tidak marah dan murka atas perbuatanku itu. Mengapa kau sebagai hamba Allah harus marah?"

"Aku tidak menyembah takzim kepadamu dengan kata-kata Amirul mukminin kerana tidak semua orang senang atas kepimpinanmu. Untuk itu, aku tidak mahu berbohong!"

"Aku memanggil namamu tanpa gelar kebesaran kerana para kekasih Allah disebut didalam Al-Quran hanya sebagai Ya Isa, Ya Daud, Ya Ibrahim, Ya Muhammad sedangkan kepada musuh-musuh Allah, Allah telah memanggil dengan sebutan gelaran seperti 'Abu Lahab'."

"Aku duduk disampingmu kerana aku pernah mendengar Saidina Ali pernah berkata, 'Kalau kau ingin melihat calon penghuni neraka, maka lihatlah orang yang duduk sementara orang sekitarnya berdiri."

Setelah mendengar nasihat Thawus, Hisyam yang pada mulanya marah terus menangis dan menyesali kerana kesombongannya selama ini. Semenjak itu Hisyam menjadi pemimpin yang tawadduk dan selalu sedia menerima apa juga pendapat dan kritikan dari semua pihak, selain sering meminta nasihat para ulama agar dia sentiasa menjadi pemimpin yang adil.

****************************

Apa sebenarnya yang raja-raja melayu mahu lagi? Aku makin muak sebenarnya. Jadi aku nak berkongsi kata-kata hikmah ini juga:

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." (Kata hikmah Khalifah Abdul Malik bin Marwan)


Monday, March 02, 2009

Ingatlah kisah Umar ...

Aku sependapat dengan Tok Mudin yang Allah adalah milik semua. Allah Pencipta semua manusia dan alam semesta serta segala yang ada didalamnya. Cuma yang utama, sudah tiba masanya umat Islam lihat kedalam diri mereka dan bertanya, "Adakah aku sudah benar-benar mengenaliNYA? Adakah aku sudah benar-benar kenal ISLAM."

Semenjak dua ini, makin ligat usaha-usaha untuk melagakan sesama kaum dan agama di negara kita. Seolah kesemua kaum di negara kita ini memang tidak boleh hidup bersama lagi. Ada sahaja isu yang diungkit dan dibangkit. Yang paling kerap adalah cakap-cakap berbau ugutan yang pengakhirannya akan terkeluarlah kata-kata, "Nak jadi 13 Mei lagi ke?"

Aduhaiiii ... jika itu sebenarnya yang mereka-mereka ini mahu, sudah lama dan sudah banyak kali kembar 13 Mei berlaku di negara kita ini. Tapi tidak sedarkah mereka diatas sana yang kami semua hanya mahu hidup aman damai. Itu sahaja. Susah sangat kah?

Kenapa mahu dilaga-lagakan kami dengan pelbagai isu? Ketuanan Melayu, isu tanah dan macam-macam lagi. Berapa puluh ribu tanah di Perak itu yang dibagi pada orang Cina? Setahu aku tidak sampai 5 ribu hektar pun. Tanah yang diberi pada orang Melayu dan institusi-institusi pendidikan bukan kebangsaan yakni Sekolah Agama Rakyat, kenapa tidak dicanang juga? Rasanya dalam belasan atau puluhan hektar jugaklah.

Aku tahu tanah memang penting. Tanpa tanah, boleh merempat kita ... macam Palestinian dibuat Yahudi. Tapi tak kan kerana tanah, kita bertelagah sampai menghina sesama kaum? Teruk sangatkah orang Cina semua itu? Tiada seorang pun ke yang boleh dijadikan kawan dan jiran? Perlukah kita berburuk sangka dan berpandangan sinis setiap masa dengan mereka? Boleh ke kita hidup senang dan aman dengan perasaan dan pemikiran serong sebegitu? Tidak ada seorang langsung ke orang Cina di Malaya ni yang beragama Islam?

Orang-orang yang bukan Islam seolah kita musuhi sehabisnya. Kenapa tidak kita dekati mereka dengan berhemah? Bukankah dengan cara itu, mereka akan lihat bahawa begitu indahnya peribadi orang-orang Muslim ini. Bila mereka kagum dengan keikhlasan dan peribadi orang-orang Muslim ini, sudah pasti secara tidak langsung mereka akan mahu mengetahui kenapa Islam begitu istimewa. Bukankah itu salah satu cara dakwah?

Tapi sekarang lebih banyak maki hina seolah orang-orang bukan Islam itu pariah seluruh Malaya. Kalau aku jadi mereka, aku akan rasa amat terhina. Macam salah aku pula, aku dilahirkan di Malaya ni.

Aku teringat kisah Umar Al-Khattab. Sahabat Rasulullah s.a.w. Khalifah yang kedua. Siapa dia sebelum pengislamannya?
Dialah jahiliah yang paling membenci dan memusuhi Rasulullah s.a.w. Dialah yang paling keras hatinya. Sekafir-kafir manusia dia ketika itu. Tapi akhirnya, hatinya menjadi selembut dan sesejuk air.
Umar yang ternyata memiliki hati yang cukup keras itu pada mulanya pernah mengambil tindakan drastik untuk membunuh Rasulullah SAW. Namun tiba-tiba hatinya menjadi lunak hingga sentiasa mengalirkan air mata keinsafan dalam setiap solat hajatnya setelah memeluk Islam. Dia yang paling lantang membela Nabi s.a.w dan agamanya hingga ke akhir hayatnya. Melihat kepada peristiwa yang mengubah hati mereka yang keras sebelum memeluk Islam, maka pada kita ternyata ada jalan yang boleh diusahakan untuk melembutkan hati mereka yang selama ini amat degil.

Tidak mustahil orang-orang bukan Islam akan menjadi seperti Umar, dari segi hidayahnya. Allah pasti akan beri hidayahNya kepada sesiapa yang diingininya ... hatta Karpal Singh atau Lim Kit Siang sekalipun. Kita tidak tau ... malah ianya tidak mustahil. .. kerana Allah Maha Tahu ... Kun fayakun ... jika Dia berkata Jadilah .. maka jadilah.

Aku pun marah dengan mereka. Dengan keceluparan mereka. Rasa nak cili aje mulut depa tu. Tapi aku yakin pada ketentuanNya. Allah tahu apa yang terjadi dan Allah ada perancangan yang besar untuk kita. Yang penting kita buka minda dan perasaan. Jangan terlalu berburuk sangka. Jangan terlalu menghina. Kerana yang dihina mungkin akan menjadi orang terdekat dengan kita. Mana tahu, kalau tidak Karpal atau Kit Siang, cucu cicit mereka akan mencintai dan memeluk Islam dan jadi sebahagian daripada keluarga kita. Dunia bukankah bulat ... hidup juga sentiasa berputar ... sekejap di atas sekejap dibawah.

Jangan menzalimi, kerana setiap makhluk Allah di dunia Malaya ini ada hak mereka.