Wahai raja-raja... tahukah kisah ini? ...
Sultan Selangor tegur orang Melayu. Dia kata orang Melayu kurang ajar sebab mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan Raja-raja Melayu.
Persatuan Kerabat Diraja Kedah pula mahu Majlis Raja-Raja minta kekebalan raja-raja Melayu dikembalikan sebab sekarang sudah ramai yang berani memperkecilkan peranan raja-raja Melayu.Mufti Perak pula berkata jika rakyat tidak taat kepada raja, derhaka namanya.
Kat sini aku nak kongsi kisah Khalifah Hisham bin Abdul Malik dengan seorang ulama. Ceritanya lebih kurang begini:
Nama Hisyam bin Abdul Malik sangat di takuti oleh para pemimpin khususnya di Eropah. Khalifah ke-10 dari Bani Umayyah ini memimpin selama hampir 20 tahun dan aktif memperluaskan kekuasaan hingga ke Eropah dan Rom.
Ketika masih memegang jawatan Gabenor, beliau telah perjalanan menuju ke kota Suci Mekah dengan menggunakan kemudahan negara. Rombongannya besar termasuk para sanak keluarga dan para pengawalnya. Sesampainya di kota Mekah Gabenor Hisyam bin Abdul Malik sangat ingin bertemu dengan Sahabat Rasul yang masih hidup, namun sayang sekali Sahabat Rasulullah SAW yang terakhir telah meninggal dunia. Beliau ingin bertemu kerana dia memang gemar mendengar pendapat dari para ulama dan bijak pandai.
Oleh kerana sahabat Rasul yang terakhir telah meninggal, akhirnya para pengawalnya menjemput seorang ulama bergenerasi selepas Sahabat sebagai gantinya untuk dipertemukan dengan Gabenor Hisyam bin Abdul Malik.
Ulama tersebut bernama Thawus al Yamani. Secara ceria dan santai, Thawus telah mengadap Gabenor Hisyam yang ketika itu sedang duduk ditakhta yang berhamparan permaidani merah yang sanagt mewah. Thawus telah menanggalkan seliparnya lalu memijak permaidani berkenaan dan menyapa Gabenor dengan selamba, "Assalamualaikum, apa khabarmu Hisyam?" dan terus duduk disebelah Gabenor.
Sikap Thawus telah menimbulkan kemarahan Gabenor Hisyam kerana dia merasakan Thawus telah memperlekehkan dirinya sebagai seorang Gabenor, dengan menanggalkan seliparnya berdekatan permaidani mewahnya, selain hanya mengucap salam biasa tanpa sebarang salam kebesaran. Selain dari itu, Thawus telah memanggilnya dengan nama Hisyam, tanpa gelaran.
Gabenor Hisyam lalu berdiri dan mengacukan pedangnya ke arah Thawus dengan niat untuk memancung kepala Thawus yang dianggapnya telah menghinanya sebagai seorang penjawat tinggi kerajaan.
Namun, Thawus segera mencegahnya dan berkata, "Sabar hai Hisyam. Engaku sedang berada di Tanah Suci Allah. Demi tempat yang suci dan mulia ini, engkau tidak boleh melakukan perkara yang buruk termasuk membunuhku."
Hisham menjawab,"Bagaimana aku tidak marah apabila perlakuanmu telah menghina aku sebagai seorang Gabenor."
"Wahai Hisyam. Aku telah menanggalkan seliparku sepertimana aku juga telah menanggalkan seliparku 5 kali sehari demi melakukan solat dan Allah pun tidak marah dan murka atas perbuatanku itu. Mengapa kau sebagai hamba Allah harus marah?"
"Aku tidak menyembah takzim kepadamu dengan kata-kata Amirul mukminin kerana tidak semua orang senang atas kepimpinanmu. Untuk itu, aku tidak mahu berbohong!"
"Aku memanggil namamu tanpa gelar kebesaran kerana para kekasih Allah disebut didalam Al-Quran hanya sebagai Ya Isa, Ya Daud, Ya Ibrahim, Ya Muhammad sedangkan kepada musuh-musuh Allah, Allah telah memanggil dengan sebutan gelaran seperti 'Abu Lahab'."
"Aku duduk disampingmu kerana aku pernah mendengar Saidina Ali pernah berkata, 'Kalau kau ingin melihat calon penghuni neraka, maka lihatlah orang yang duduk sementara orang sekitarnya berdiri."
Apa sebenarnya yang raja-raja melayu mahu lagi? Aku makin muak sebenarnya. Jadi aku nak berkongsi kata-kata hikmah ini juga:
"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat." (Kata hikmah Khalifah Abdul Malik bin Marwan)
4 comments:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu sekalian kepada Allah dan RasulNya, serta pemimpin diantara kalian.” (Qs. an-Nisâ’ [5]: 59).
Dari Ibnu ‘Umar ra dari Nabi Saw, beliau Saw bersabda: “Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiyat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiyat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim].
Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang melepaskan tangannya dari ketaatan, maka kelak di hari akhir ia akan bertemu dengan Allah SWT tanpa memiliki hujjah. Barangsiapa mati, sedangkan di lehernya tidak ada bai’at maka, matinya seperti mati jahiliyyah.” [HR. Muslim].
Dari Anas ra, ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dengarkanlah dan taatilah olehmu, walaupun yang memimpin kamu adalah seorang budak dari Ethiopia yang bentuk kepalanya seperti biji kurma.” [HR. Bukhari].
Dari Ibnu ‘Abbas ra, bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang membenci sesuatu dari tindakan penguasanya, hendaklah ia bersabar, karena sesungguhnya orang yang meninggalkan penguasanya walupun hanya sejengkal, maka ia mati seperti mati di jaman jahiliyyah.” (Imam Nawawi, Riyâdl ash-Shâlihîn).
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang taat kepada penguasa maka, ia benar-benar telah taat kepadaku, dan barangsiapa yang durhaka kepada penguasa maka ia benar-benar telah durhaka kepadaku.” [HR. Bukhari dan Muslim].
“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami.” (Qs. al-Kahfi [18]: 28.).
“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir.” (Qs. Fâthir [35]: 52).
“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah.” [Qs. al-Qalam (68):8.].
“Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina.” (Qs. al-Qalam [68]: 10).
“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka.” (Qs. al-Insân [76]: 24).
“Seorang muslim wajib mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam hal yang disukainya maupun hal yang dibencinya, kecuali bila ia diperintah untuk mengerjakan maksiyat. Apabila ia diperintah untuk mengerjakan maksiyat, maka ia tidak wajib mendengar dan taat.” [HR. Bukhari dan Muslim].
Dari ‘Auf ibnu Malik, dituturkan: “...ditanyakan oleh para sahabat: ‘Wahai Rasulullah tidakkah kita serang saja mereka itu dengan pedang?’, Beliau menjawab: ‘Tidak, selama mereka masih menegakkan shalat di tengah-tengah masyarakat (maksudnya melaksanakan hukum-hukum syara’).”
“Dan hendaknya kami tidak menentang kekuasaan penguasa kecuali, ‘Apabila kalian melihat kekufuran yang terang-terangan, yang dapat dibuktikan berdasarkan keterangan dari Allah SWT.”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Akan ada pemimpin-pemimpin, yang kalian ketahui kema’rufannya (kebaikannya) dan kemungkarannya. Maka, siapa saja yang membencinya dia bebas (tidak berdosa), dan siapa saja yang mengingkarinya dia akan selamat. Tetapi, siapa saja yang rela dan mengikutinya (dia akan celaka).” [HR. Muslim].
“Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata, ‘Alangkah baiknya, andaikan kami taat kepada Allah dan taat kepada Rasul.’ Dan mereka berkata, ‘Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka adzab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukann yang besar.” (Qs. al-Ahzab [33]: 66-68.).
Salam...
antara cerita yang pernah saya baca... adakah pemimpin2 kita juga pernah membaca cerita2 seperti ini?
rakyat tidak akan kurang sopan pada rajanya andai raja itu seperti Khalifah Umar Abdul Aziz...
bila saya ajukan Lim Guat Eng ada sentuh ttg Khalifah Umar Abdul Aziz, ada yang mengatakan itu saja utk mengambil hati org Melayu... nak ketawa pun ada gak... tak kiralah nak ambil hati ke apa ke, sekurang2nya beliau tunjuk contoh yang baik, sedang pemerintah kita ada sentuh citer2 cam tu, balik2 mesti taat pada raja / pemimpin. Nak taat apanya kalau depa pun tak betul, tak kan lah bila depa masuk gaung pun kita nak ikut gak... Bila ditanya kenal tak siapa Khalifah Umar Abdul Aziz, ada yang macam blur jer... tak ke haru namanya tu... macam manalah org bukan Islam nak hormat orang Islam kalau dah sejarah Islam pun kita tak nak ambil tahu.
Dah tu bila diajukan siapakah idola kita? Rata2 akan menjawab, pemimpin tu lah, pemimpin ni lah, artis tu lah, artis ni lah, jarang yang sebut nama2 para sahabat r.a., khalifah2 yang adil, para isteri nabi2, anak2 mereka... tu yang semuanya jadi makin tak betul...
citer pasal Puteri Gunung Ledang pun saya suka. Suka kerana maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat pada setiap permintaannya, nampak sangat yang raja2 @ pemerintah kita ni sanggup lakukan apa sahaja asalkan hajat mereka tercapai... Tah kenapa bila baca citer2 lama ni saya selalu berfikir di balik yang tersurat tu...
dan sepatutnya para raja2 kita tu perlu ada kelulusan dalam bidang agama, kalau bidang2 lain mereka boleh kuasai, kenapa tidak agama kan... bukankah mereka tu secara tidak langsung menjadi ketua agama pada setiap negeri yang mereka perintah... mmglah ada penasihat, tapi alangkah indahnya kiranya mereka sendiri tahu...
dalam Islam tiada yang kebal dari segi undang2, dan saya mmg sokong bila kekebalan raja2 dikurangkan... andai mereka berada di landasan yang betul, mereka tidak perlu berlindung di balik kekebalan itu...
dah lama tunggu isu ni di keluarkan... nnt sambung lagi... nak keluar ni... projek org bujang... maklum hujung minggu...
gitu la gayanya..nak lebih kebal daripada ali bin abi talib..sedangkan ali pun sanggup dibicarakan..rasulullah pun takde daulat..mulianya mereka dengan kekebalan..semoga mereka jugak kebal semasa dihisab kelak
Post a Comment