Menonton ...
Agak bosan dengan politik sekarang. Banyak juga isu-isu lain yang turut membosankan. Semuanya tidak menyenangkan. Seolah rakyat berjuang bersendirian tanpa dipedulikan sesiapa. Seolah rakyat sebodoh-bodoh makhluk. Sesak aku dibuatnya.
Jadi aku mahu bercerita tentang kisah biasa-biasa. Cerita pasal rancangan di televisyen. Aku jarang-jarang tonton televisyen dan kadang-kadang sahaja ada rancangan yang betul-betul menarik perhatian dan tumpuan aku. Jadi untuk aku bercerita tentang rancangan-rancangan televisyen memang agak payah sedikit. Tapi, rancangan yang satu ini aku suka dan aku selalu tonton dengan anak-anak. Rancangannya mengajar agar seseorang itu tidak berputus asa dan terus berusaha walau bagaimana sukarnya halangan dan dugaan yang telah dan bakal ditempuhi.
Aku suka tonton 'Ninja Warrior'. Orang-orang kuat fizikal dan mental sahaja yang sanggup dan boleh lepas halangan-halangan dalam rancangan ni. Tapi, orang yang kuat pun belum tentu dapat lepas juga. Halangan-halangannya ada yang tidak masuk diakal. Pandai sungguh orang-orang Jepun fikir bagaimana hendak maksimumkan kepayahan permainan yang mereka cipta. Aku yang tengok pun naik sengkak nafas bila peserta-peserta perlu melepasi satu-satu halangan. Bila sudah lepas, baru aku mampu tarik nafas lega. Kalau hampir berjaya tapi kerana sedikit kesilapan, terus jatuh dalam air berkeladak dibawah, aku pun jerit sama. Huh! Tipikal perempuan sungguh! :P
Pertandingan bermula dari siang hari membawa ke malam hari. Walaupun hujan ribut, panas terik, pertandingan tetap diteruskan hingga pertandingan selesai.
Punyalah mencabar dan popularnya siri Ninja Warrior ini, hinggakan peserta-pesertanya datang dari pelbagai peringkat umur dan jantina. Orang putih pun ada. Juara Olimpik pun ada. Sampaikan siri ini ditayangkan di USA, UK dan sesetengah negara Eropah.
Paling menarik, dari ratusan yang menyertai pertandingan ini, hanya seorang sahaja yang berjaya menyudahkan kesemua 3 peringkat. HANYA SEORANG! Orang Jepun juga. Kazuhiko Akiyama.
Dia nelayan yang khusus menangkap ketam dari Hokkaido. 17 kali dia masuk 'Ninja Warrior' ni dan di percubaan yang ke-3, dia berjaya jadi 'The Ultimate Ninja Warrior' yang berjaya menyudahkan kesemua halangan di ketiga-tiga peringkat.
Itulah penangan rancangan berbentuk permainan dari Jepun ini. Dulu anime, sekarang rancangan game sebegini menjadi kegemaran.
Kebanyakannya sangat-sangat kreatif hinggakan ikan pun boleh dijadikan aiskrim! Pengadil-pengadil boleh suka pula tu dengan aiskrim ikan! Kehebatan siri 'Iron Chef' ini membawa hingga ke USA dan di sana lahirlah iron chef-iron chef orang putih pula.
Itupun tidak cukup mencengkam. Tahap 'suspense' tidak sama macam rancangan Jepun dan juga dari USA seperti siri 'The Amazing Race', yang walau sudah bersiri-siri, tetap mendebarkan. Dalam Explorace, sudah boleh diagak siapa yang akan berlari sampai dulu di garisan penamat.
Mungkin sebab itu ramai yang tertempan dengan filem 'Geng' @ 'upin ipin'. Simple tetapi amat menarik. Jalan cerita santai tapi kita (aku la tu!) tidak dapat hendak mengagak apa penyudahannya. Walaupun ada plot yang agak kurang masuk akal tapi minda boleh menerimanya. Malah, watak-watak pelik seperti Opet dan makhluk-makhluk di dalam gua itu tidak menganggu kebijaksanaan kita. Kita boleh terima.
Nisaa' dan Syabil yang susah diam walaupun 5 minit tidak bergerak dari tempat duduk dari mula filem ditayangkan hinggalah sampai ke creditnya. Nisaa' begitu menghayati sampaikan dia menangis ketakutan sambil memeluk aku dan menekup muka, bila melihat makhluk-makhluk aneh didalam gua. Satu kerja pula hendak ditenangkan dan dipujuk.
Ohhh .. bercerita tentang Nisaa', aku perhatikan dia mempunyai tahap empati yang agak tinggi bagi kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun (errr jangan lupa yaaa 1 April ulangtahun Nisaa' yang ke-3! hehehhehe).
Pernah sekali dia tonton satu cereka pendek yang agak menyentuh perasaan. Kisahnya sangat mudah. Seorang anak kecil yang terjumpa seekor anak kucing membawa pulang kucing itu ke rumah tapi disuruh ibunya agar dibuang sahaja kucing itu kerana dianggap menyusahkan. Pergilah merayau anak kecil ini mencari tempat yang sesuai untuk 'dibuang' kucing berkenaan. Mahu ditinggalkan dilorong, tidak sampai hati budak kecil itu. Dirasakan sesuai ditinggalkan di pasar kerana si anak kucing pasti tidak putus bekalan makana. Tapi tidak jadi. Akhirnya dia ke masjid. Padanya sangat sesuai sebab Allah akan menjaganya disana. Siap didoakan anak kucing itu dengan doa makan. Sangat naif dan menyentuh perasaan.
Tahu apa jadi? Nisaa' menangis sedih, sedu sedan. Aku terkejut kehairanan. Bila ditanya, dalam tangis Nisaa' kata dia sedih kucing kena tinggal. "Kesian baby kucing tinggal tak ada ibu."
Terbaru. Sedang menonton Mr. Bean, terus dia berlari naik ke atas mendapatkan aku. Menangis kesedihan. Teresak-esak. Aku tanyakan kenapa. Dia kata, "Baby nangis. Ichak sedih." Huh! Aku tidak tahu apa kisahnya sebab aku tidak menonton bersama. Rupanya ada adengan seorang bayi menangis (entah sebab apa) dalam cerita Mr. Bean.
Nisaa' memang mudah tersentuh jika ada adengan membabitkan binatang dan bayi atau kanak-kanak yang dalam kesusahan. Pasti menangis sedih. Begitu tinggi empati anakku yang seorang ini.
Begitulah dia ketika menonton Ninja Warrior. Eksperi muka sangat mencuit hati. Mata terbeliak. Wajah teruja. Mulut melopong ditutup dengan tangan. Gelak besar. Menjerit bila ada yang terjatuh. Bertepuk tangan bila ada yang berjaya. Seronok melihat gelagat dia.
Pandai juga dia memilih rancangan apa yang menarik dan tidak semua dia suka tonton. Tidak semua kartun dia suka. Lega sangat-sangat.
5 comments:
kikiki... apa daaa wandepet....
ada... bolos... saja dinding itu... kikiki... rencangan bingai cani derang tiru laaa...
hehehe ... wonderpets yang tak masuk dek akal tu. ada ke belalai anak gajah masuk dalam selut tapi masih boleh hidup. eekekekke ...
pastu ... siap kat safari ada pokok anggur lagi! hahahaha .. tapi .."INIIII SIRIESSSS!"
rancangan yang mana satu pa'chik?
errr kat kubur hang ada tv ek? ada masa je nengok tv. ekekkee
ala... rencang yang ji jijan jadik hos tu... yang men bolos dinding tuh...
saya suka tgk Iron Chef.. ninja warrior tu penah tertengok sekali je kot..
explorace/amazing race x bape suka.. tp suka tgk survivor.. :D
Salam ziarah.
View Profile: Rantong™
Post a Comment