Tuesday, March 17, 2009

Bahasa yang bakal pupus ...

"Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris," tegas A Samad.

"Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris," ujar Tan Sri A.Samad Said, pejuang bahasa itu lagi.

~Harakahdaily~


*************************

Sudah basi?

Isu bahasa tidak akan basi. Selagi kita bercakap dan berbahasa, isu tentang bahasa tidak akan berhenti. Kalau tidak masakan UNESCO ada unit yang memantau perkembangan bahasa-bahasa yang ada di dunia ini. Malah menurut kajian badan berkenaan, secara purata satu bahasa sudah pupus pada setiap dua minggu. (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=361508)

Tidak mustahil bahasa kita iaitu Bahasa Melayu akan pupus jika dilihat pada betapa profesionalnya bahasa ini 'dipupuskan' sebagai sebuah bahasa ilmu. Tidak mustahil juga Bahasa Melayu hanya akan dilihat sebagai bahasa yang hanya layak ditutur di pasar-pasar, di kalangan mat-mat rempit dan di lorong-lorong gelap semata-mata. Tidak mustahil juga kosa kata Bahasa Melayu tidak akan terus meningkat, malah makin susut kerana tiada usaha untuk mencipta kosa kata yang baru.

Semalam, dalam banyak isu yang dibicarakan dengan sahabat di tanah ratu, isu bahasa tidak ketinggalan diperkatakan. Bersemangat kami. Geram tidak terkata.

Aku belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu. Aku rasa sudah banyak kali juga aku nyatakan disini betapa aku sangat teruk dalam matapelajaran Matematik. Malah, aku hampir gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana matapelajaran yang satu ini. Itu hasil pembelajaran dalam Bahasa Melayu. Jika dalam Bahasa Inggeris, aku yakin dan pasti aku akan gagal kertas berkenaan.

Jadi sejak dari mula bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohd mencadang dan mempraktikkan polisi pembelajaran kedua-dua matapelajaran ini dalam Bahasa Inggeris, aku sudah tidak setuju dan hingga kini tidak pernah setuju dan faham akan rasional polisi berkenaan.

Kononnya hendak murid-murid tahu berbahasa Inggeris. Jadi apa gunanya matapelajaran Bahasa Inggeris? Aku lihat sekarang Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains dilihat lebih ditekankan dari kelas Bahasa Inggeris itu sendiri. Seolah-olah matapelajaran Bahasa Inggeris sudahh tidak penting lagi.

Mantapkan pembelajaran Bahasa Inggeris. Sediakan kursus khusus untuk bakal-bakal guru Bahasa Inggeris agar mereka boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan sekaligus boleh mengajar dengan baik juga. Perkasakan topik-topik yang diajarkan dalam kelas ini. Perkenalkan kesusasteraan Inggeris. Ajar anak-anak kita tentang Shakespeares, Hemingway dan banyak lagi. Galakkan mereka membaca buku-buku cerita Inggeris dan buat ulasan setiap buku yang dibaca mereka di dalam kelas. Ulasan sudah pasti dalam Bahasa Inggeris walaupun tutur bicara mungkin agak tunggang langgang. Tapi jika tidak dibiasakan berbicara dalam bahasa itu, bagaimana mereka akan berkeyakinan untuk bercakap bahasa itu.

Jadikan matapelajaran Bahasa Inggeris sesuatu yang menyeronokkan. Perkenalkan lagu-lagu yang berunsur pendidikan dalam Bahasa Inggeris. Buat projek drama pendek dalam Bahasa Inggeris yang melibatkan setiap murid. Perkenalkan chorus reading, mungkin. Spelling bee. Pertanding menyebut sesuatu kosa kata Inggeris yang betul. Apa sahaja yang menyeronokkan yang sekaligus mendidik. Something fun! Bukan semata-mata tertumpu pada buku teks dan buku latihan yang banyak tapi kesudahannya murid tetap tidak faham setiap apa yang diajar guru dalam kelas. Dan diakhir sesi pembelajaran murid dibebankan dengan banyak kerja sekolah yang perlu dilangsaikan dirumah. Ahhh ... sungguh membosankan!

Cara pengajaran pun janganlah begitu jumud. Semua perlu ditulis dalam buku persiapan mengajar. Apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak mengajar pada hari keesokannya. Aduhaiii ... cubalah diberi sedikit kelonggaran kepada guru untuk menjadi lebih spontan. Guru pun tidak bosan dan lebih seronok untuk mengajar. Aku menulis sebab aku pernah menjadi guru sandaran untuk 6 bulan ketika menanti keputusan STPM. Jadi sedikit sebanyak aku tahu apa yang guru perlu lakukan.

Tolonglah jangan digadaikan masa depan anak-anak aku demi polisi yang bodoh. Anak-anak mereka yang beria-ia mempertahan polisi ini belum tentu belajar di sekolah orang-orang kebanyakan. So, just leave the hell out of our education system!

Sekian.



Nota kecik-kenot:

Cucu Pak Samad satu kelas dengan Irfan. Irfan kata dia bangga bila nampak kawan dia join demo dengan atok dia, sebagaimana dia rasa bangga masa join ayah dia demo turun harga minyak dulu. hehehehe

6 comments:

Anonymous said...

Haha! Saya suka dengan SN A Samad Said.. Rambut beliau sungguh kacak.. :)

Kakaka! Komeng tak berkaitan sungguh.. :))

Pa'chik said...

err... bahasa melayu tak hilang kerana belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris... bahasa melayu hilang kerana...

rtm kata content itu... konten lam bahasa melayu... kikiki...
ke arah pendigitalan kannnnn... kikiki...

izinni said...

ati,
ya ya. rambut yang sungguh kacak. putih beralun je kan kan kan. hehehhe

pa'chik,
belum lagi infotainment! hahahaha .. budus!

Anonymous said...

isu yg hangat diperkatakan & dipertahankan...namun di mana jln penyelesaian nya???

Anonymous said...

isu yg hangat diperkatakan & dipertahankan...namun di mana jln penyelesaian nya???

Zuraini said...

Salam...

kebanyakan negara maju adalah negara yang lebih mengutamakan bahasa mereka sendiri dari BI, bukan kah bahasa itu jiwa bangsa. Kalau dah bahasanya pupus, maka bangsanya pun akan pupus gak kan... itu yang bangga sangat katanya puak depalah yang mempertahankan bangsa...

kalau dikatakan BI itu bahasa ilmu, nampak sangat yang bercakap tu buta, terang2 Al Quran lengkap segalanya - bahasa Arab tu... malahan org barat gunakan isikandungan Al Quran utk kemajuan... tapi kita, Al Quran itu dipertandingkan... tapi tulah bangsa Arab yang faham bahasa tu pun buat tak kisah jer dgn ilmu yang ada di dalam Al Quran tersebut... dok lah bergantung kat puak kafir tu...

teringat masa tingkatan 4 & 5, Cikgu Sham selalu bercerita yang bila suaminya ke Perancis, Jerman jangalah sesekali terus bertutur dalam BI, alamat mmg org sana tak layan, kalau tak fasih dalam bahasa mereka, baiklah bertutur dalam bahasa Melayu, biar sama2 tak faham, biar macam itik & ayam bercakap itu lagi baik...

suka tengok citer the last samurai... semangat samurai itu yang saya suka, semangat utk melindungi bangsa mereka... part yang tikam diri sendiri tu tak lah... dan semangat itulah yang telah tersebar luas di kalangan rakyat Jepun hari ini... Macam tu jugalah dgn IRAN... saya suka dgn semangat & jiwa mereka...

saya hampir gagal SPM kerana lemah dlm BM - siapa cakap BM tu mudah ... alhamdulilah dpt 6, kira tulah yang terbaik... dptlah sambung belajar lps tu...