Syabil masa 8 bulan. Pakai baju baby MU yang Auntie Khairyn belikan masa dok merayap backpacking Europe dulu. Hari ni ulangtahun kelahiran Syabil Iman yang ke-7. Kejap je masa berlalu. Dia paling rapat dengan aku banding yang 3 lagi, sebab aku dapat Nisaa' lepas 4 tahun aku dapat dia. Sebelum Nisaa' lahir, ke mana je aku pergi dia mesti ikut. Bila tido mesti atas lengan lengan aku. Main gentel-gentel cuping telinga aku sebelum tido. Masa tu ada masanya aku panggil dia baby. Ya la .. time tu kira dia bongsu la kan.
Bila dapat Nisaa' dan Ali, Syabil dah pandai berdikari walaupun ada masanya nak baring peluk-peluk dengan aku, nak tido berpangku dan nak makan bersuap. Ada masanya jugak mintak didukung. Macamlah aku larat sangat.
Dari kelima-lima anak aku, Syabil yang paling hyper dan paling banyak soal. Dia memang special. Kalau aku pergi ke rumah makcik-makcik atau pakcik-pakcik aku, kalau depa tak ingat nama dia ... otomatik depa akan refer pada Syabil as 'yang lasak lebih tu', 'yang tak reti duduk diam tu'. Itulah Syabil.
Syabil masa setahun lebih. On way nak ke Zoo. Tak nak duduk.
Berdiri all the way ke Zoo. Kalau sekarang buat gini, melayang RM300 aku! Syabil jugak istimewa sebab dia rapat dengan arwah nenek dia. Paling suka kalau balik rumah nenek kat Bukit Beruntung. Sebab tu dia mudah terasa sangat kalau atok atau nenek tegur kalau dia nakal sangat. Bergenang air mata. Sampai sekarang kalau sebut pasal nenek, air muka dia berubah.
Atok, Nenek dan cucu-cucu. Ada 3 ni je la cucu depa masa raya 2004. Sekarang dah 9. Atok pun sejak tahu cucu dia yang sorang ni istimewa (dyslexia), dah lebih faham kenapa kenakalan dan kelasakan Syabil tu lebih dari cucu-cucu yang lain. Malah, ada sekali katanya dia ada menonton sebuah filem hindustan kalau tak silap .. cerita pasal macamana seorang guru handle murid yang ada masalah macam Syabil. Atok kata, bila dia tengok cerita tu terus teringat kat Syabil. Alhamdulillah Atok dah faham kenapa Syabil adalah Syabil.
Syabil sebenarnya terasa sebab tarikh lahirnya jauh dari adik-beradik yang lain. Irfan dan Zinnirah berkongsi bulan Mei. Nisaa' bulan April. Ali pula bulan Februari. Ayah pun bulan Mei. Yang lain semua back-to-back. Dia sorang ala-ala 'terpelanting' jauh macam ibu dia ni. Tiap kali yang lain-lain sambut ulang tahun, dia mesti akan tanya bulan Julai bila nak sampai. Dia akan hitung sampai tiba bulan Julai. Bila tiba Julai, dihitung pula tarikhnya.
Tarikhnya datang juga hari ini. 23 Julai. Bangun lambat seperti biasa. Tapi bila aku kejutkan dengan panggilan 'birthday boy' terus bersemangat bangun mandi bersiap ke sekolah. Memandangkan aku keluar siang tadi berjumpa teman di Central Market yang bertahun-tahun tidak aku jejak, aku carikan hadiah sedikit untuk dia. Alhamdulillah jumpa juga yang sesuai. Jam tangan Upin&Ipin yang berharga RM10. Oklah tu untuk dia. Kalau bertahan seminggu, kira dah bagus sangat dah tu. Jam dia yang terakhir, tahan 3 jam je.
Kemudian aku belikan kek biasa-biasa dan cup cake comel tiap sorang. Semuanya RM12 je. Balik aku masak kegemaran dia. Tomyam dan Ayam BBQ. Specifically mintak drumstick besar. Jarang dia dapat makan drumstick sebab selalunya semua bahagian ayam akan aku potong dalam ketul2 kecik. Kalau sorang dapat drumstick, maknanya yang 3 kali pun nak drumstick jugak. Untuk adil, biar semua tak dapat! hehehehe ... maklumlah ramai umat kan. Belum Ali besar lagi tu. huh!
Lepas makan malam, aku letak lilin lebih harijadi ayah dia. Ada 6 batang je tapi ok lah tu kan dari takde. Lepas nyanyi 'Happy Birthday', Syabil doa dan tiup lilin .. Nisaa' punn sama (dia la yang paling excited sampai tak nak makan nasi sebab nak makan kek!)
Yang paling aku tak boleh lupa .. senyum lebar Syabil masa semua nyanyikan lagu ulangtahun untuk dia. Nampak sungguh kegembiraan dia. Bercahaya mata. Pastu, achik dia call wish happy birthday dan janji nak belanja McD. Lagilah dia seronok sebab jarang2 orang lain selain kami dalam rumah ni yang wish dia. Pakcik dan makcik-makcik anak-anak aku memang tak pernah ingat pun harijadi anak-anak aku. hehehehe ... achik dia call wish tu pun sebab aku tinggal pesan kat FB dia suruh call to cheer up Syabil. adehhh ...
Itulah Syabil. Anak manja aku. Anak istimewa aku. Semoga Allah melindungi Syabil dunia dan akhirat. Moga jadi anak yang soleh dan berguna pada agama dan umat. Amin.
Gambar ni Syabil snap sendiri. Sebab tu muka 'gebe' je.
('Gebe' = tah apa-apa : Ni salah satu perkataan slanga rekaan kakak aku masa dia kecik. Tah mana dia dapat entah. Dia memang reka banyak perkataan yang hanya family kami yang faham. Sekarang menantu-menantu pun dah tahu. Dulu semua blur bila kitaorang guna perkataan-perkataan pelik ni. Sekarang kroang-korang pun dah tahu la sebab aku dah bagitau kan :P)