Cerita ku ...
Hati Indera membuku. Dia mesti cari Nur Hussin. Dia tahu dimana Nur Hussin selalu berada setiap hari selepas sekolah. Pasti Nur Hussin sibuk berlatih di
“Hoi! Budak celup! Keluar sini!” teriak Indera dari luar sangkar gelanggang futsal.
Nur Hussin yang sedang menggelecek bola menuju ke gawang gol lawan terus berpaling ke arah suara nyaring yang memanggilnya dengan gelaran ‘budak celup’. Bola di hujung kaki terlepas pada pihak lawan. Nur Hussin tahu gelaran itu ditujukan buatnya. Memang sekali sekala dia diejek ‘budak celup’ disebabkan keturunannya yang bercampur-baur itu. Dia tidak ambil hati, cuma kurang selesa dengan panggilan itu. Apa pun pada Nur Hussin, biarlah dia dipanggil ‘budak celup’ disebabkan keturunannya, dari dipanggil ‘Melayu celup’ disebabkan dia masuk Islam.
Selepas memaklumi Cikgu Ilham, jurulatih futsal sekolah, Nur Hussin keluar dari gelanggang menuju tenang ke arah Indera. Riak wajah Indera masam mencuka. Telinga Indera kemerah-merahan. Nampak jelas ada ketidaksabaran di raut wajah rakan sekelasnya itu. Nur Hussin mengagak pasti ada kena mengena dengan apa yang terjadi pagi tadi. Memang kesalahan Indera nampak kecil tapi peraturan tetap peraturan. Apa yang dilakukannya pagi tadi adalah yang pertama kali. Nur Hussin seorang yang benar-benar mengikut buku. Mungkin sebab itu dia amat sesuai menjadi pengawas sekolah. Jadi apa yang diabaikannya pagi tadi membuatnya tidak keruan juga. Padanya peraturan mesti dipatuhi, namun entah kenapa nalurinya pagi tadi mendesaknya untuk tidak menulis nama Indera ke dalam buku rekod pintu utama. Apatah lagi apabila Cikgu Kamal sudah menangkapnya tidak menjalankan tugas mencatat nama murid yang lewat tiba ke sekolah. Lagilah tidak keruan hatinya. Antara hati nurani dan tanggungjawab, Nur Hussin berbelah bagi. Satu perasaan yang jarang-jarang dia alami sejak dia memeluk Islam.
“Kau ada masalah dengan aku ke budak celup,” dengus Indera sejurus dia sudah dekat.
“Aku tak faham kenapa kau nak menyusahkan aku. Aku tak pernah kacau kau. Sebab kau, Cikgu Kamal gantung aku dari ikut buat latihan.”
Nur Hussin masih mendiamkan diri. Entah kenapa dia kehilangan kata-kata. Dia tahu dia ada jawapan pada tuduhan-tuduhan Indera itu, tapi entah kenapa mulutnya terkunci. Matanya terus merenung wajah Indera yang marah dengan satu perasaan yang sangat sukar untuk dia jelaskan.
“Hei! Kenapa kau diam?! Dah bisu ke?” Indera sudah mengenggam tangannya. Bibir diketap menahan marah.
Dush! Satu tumbukan padu mengena tulang pipi bawah mata kiri Nur Hussin. Nur Hussin tidak sempat mengelak. Dia terjatuh ke belakang, terbaring atas rumput. Perit. Sakit. Terasa seperti baru terlanggar dinding batu atau tiang besi bila mana tidak melihat kearah mana kaki melangkah. Nur Hussin menekup pipi kirinya dengan tangan.
18 comments:
nanti sambung lagi ye
ohhh sambungan kenalah beli bukunya .. hehehehe .. hahahaha
beli untuk anak2 ;) mak paknya pun buleh baca sama :D
nobel baru ke?? err... nur usen... cam tak beh je nama... kikiki... :P
pa'chik,
aku rasa buku cerita lagi sesuai kot dari novel. novel tu macam besar sangat la ..
teruk ko! :P nama apa yang sedap? ada sebabnya budak tu nama gitu. hehehhe
pa'chik,
hussain tu cucu Rasulullah s.a.w tau. hehehehe
ke ko nak aku letak jadi nur haikal?! hahahahah
Aduh! Sakitnya pipi ini. Biso bonar! Adeh, deh!
Err.. bila nak sambung neh? Hihihi.
Hahahhaha
Baguss!!!
erk! Pasal permintaan hari tu. InsyaAllah boleh tapi mungkin tak sepenuhnya. Aku sedang plankan macamana nak dibuat. Sabar ek. Nanti bila dah jumpa penyelesaian permasalahan tu, aku maklumkan.
nur laaaa... cam pompan dah bunyik... kikiki...
lagi satu.... nanti orang syak ko syiah.. :P
DeeN,
GEDEBUSH!!! seligi Deen jatuh masuk bendang! hehehe
sambung? hmmmm tengok la ... akan keluar sikit2. sepenuhnya .. sila beli nanti .. kalau ada publisher yang nak publish laa . hehehe
khairyn,
aku dah tulis surat minta tangguh lagi sebulan so no worry. mungkin by that time .. dah ada la kot. aku tengah usaha push manusia2 durjana nih! hehhehe
Irfan baca bab 1 & 2 .. alhamdulillah dia kata ok .. tapi aku rasa aku kena buat glossary perkataan2 tertentu :)
pa'chik,
teruk la ko ni. hehehhehe nama tu yang terbit otomatik masa aku tulis cerita ni. nama lain macam tak kena dengan sikap dia laa.
menyampah aku! pasal nama pun nak label2. ali tak boleh, husin & hasan tak boleh .. fatimah boleh pulak?! padahal fatimah isteri Ali, mak husin dan hasan.
abih hasan ali tu syiah la ek? husin abu hasan tu pun syiah la jugak? :P
huh!!
hehehe
sebab contact aku la ni ke Munich atas tugasan. Jadi, kena tunggu dia balik dulu sebab aku ada masalah nak access yang kat Tanah Malaya. Tapi tu mungkin tak dapat sepenuhnya jugak. Kita tengok macamana nanti.. apa-apa pun aku akan update. OK
Btw - ko tau kan Sue dah kat Brunei?
hasan ali tu... tu bukan syiah.. tu gila tanah... kikiki... :P
sekarang kan ada bising pasal grup syiah lam pas sedang melebarkan sayapnya...
tengok orang dia pun dah stat menulis pasal geng erdogan dapat duit dari amreka, konon macam geng musabi tu la... nanti jadi cam kat iran la...
ada lagi cerita geng lain... iran duk bagi duit kat geng syiah lam pas nih... :P
husin abu hasan tu... itu jangan main-main deekkkkkkk... kikiki... :P
tapi... nur tu... pompan laaaaa....
cam lembut pulak budak nur hussin tu.. kikiki.. :P cam budak sutun.. :P
Pokcik neh pasal nama pon nak komplen. Susah2 letak jer nama Nur ***** (nama pokcik tuh la kan kak Has kan..). Takpon letak nama Usin Bolt.. hihihihiii!
usin bolt okei apa... kikiki... :P
khairyn,
ok. insyaAllah.
ya. dah tau Sue kat brunei.
pa'chik,
sekarang ke? bukan dari dulu dah kecoh pasal syiah dalam pas ni? biasalah ... nak craete division lagi la ni ... golongan ulama' dan erdogan dah terkenal gitu kan. sekarang ala2 masa nak 'tonjolkan' syiah la pulak. takde kerja lain. bukan nak cari jalan nak kuatkan jemaah, dok nak naya orang je. dengki tak abih2.
suka hati aku la nak nur husin ke, siti husin ke .. nanti bukan ko beli baca pun :P hehehe
DeeN,
pa'chik memang gitu. ala2 nak lemahkan semangat orang je. huhuhuhu ... susah sangat .. Husin Lempoyang la aku letak! hahahahaha
hmmmm ... ada idea ... kalau letak Nur Zaihan best tak rasa2nya?? ala2 macam pompuan gak kan kalau takde Nur depan tu. hehehehe
pa'chik,
usin bota! hahahahaa
Hehe! Besh! :D
akira,
besh ke? hehehehe
Besh.. Serius, memang sahlah berbakat.. :D
Post a Comment