Thursday, July 09, 2009

Apa kesudahannya acara tunggu & lihat ini?...

Kita tahu di negara China, populasi umat Islamnya lebih banyak berbanding umat Islam di Malaysia. Bezanya berjuta-juta. Islam dikatakan tiba di China seawal tahun 650 Masihi, lebih awal dari kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Risalah Islam ke China dibawa bapa saudara Rasulullah s.a.w Sa'ad ibn Abi Waqqas ketika zaman khalifah Uthman Affan. Begitulah lamanya Islam bertapak di sana.

Biarpun begitu, di China terdapat beratus-ratus kaum etnik. Kaum etnik utama China adalah kaum Han (Han Chinese) yang berpopulasi hampir 92% di negara itu. Han Chinese juga etnik majoriti di Taiwan dan Singapura.Manakala etnik utama yang menganut Islam berkurun lamanya di sana adalah dari etnik Hui dan Uyghur. Mereka ini hidup nun jauh di pelusuk tengah Asia yang bergunung-ganang dan bergurun gersang, yang kini digelar Xinjiang Uyghur Autonomous Region atau pendeknya Xinjiang. Wilayah ini memang kaya dengan hasil dalam perut buminya. Mereka mempunyai susur galur keturunan etnik Turki. Malah mereka bercakap dialek Turki. Orang-orang Uyghur juga adalah etnik utama di negara-negara seperti Khazakstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan.

Sebelum pemerintahan parti China komunis mengambil alih pemerintahan di Xinjiang, wilayah itu lebih dikenali sebagai Uyghurstan atau Timur Turkestan (Eastern Turkestan). Namun, pada 1759, wilayah itu ditakluk China dan di tukar namanya kepada Xinjiang yang bermaksud "new territory" atau "new frontier" dalam dialek Mandarin. Ahli sejarah menganggarkan lebih sejuta penduduk Uyghurstan dibunuh ketika wilayah itu ditakluki China, sehinggakan ia mengambil masa satu generasi untuk membina semula wilayah itu.

Ketika inilah berlakunya penghijrahan beramai-ramai kaum etnik China yang lain terutamanya dari etnik Han Chinese ke Xinjiang. Jika dahulu etnik Uyghur adalah majoriti, kini Han Chinese merangkumi lebih kurang 50% populasi wilayah itu. Boleh juga dikatakan etnik Uyghur kini adalah minoriti di dalam tanah air mereka sendiri.

Kerana mahu menggalakkan Han Chinese berhijrah ke Xinjiang, pemerintah China memberikan pelbagai insentif kepada mereka. Mereka galakkan Han Chinese membuka perniagaan di Xinjiang. Kini Han Chinese menguasai sektor ekonomi di Xinjiang walaupun sosio-ekonomi etnik Uyghur sememangnya sudah berakar umbi di wilayah itu. Banyak langkah-langkah diambil oleh pemerintah China sememangnya tidak popular dikalangan etnik asli wilayah itu. Contohnya, penutupan sebuah bazaar tradisional berdekatan sebuah masjid di bandar Kashgar. Gerai-gerai diruntuhkan. Orang Islam yang sudah berzaman-zaman bercukur di gerai-gerai ini sebelum ke masjid untuk solat. Selepas diruntuhkan, pemerintah membina sebuah bazaar moden yang hambar, lalu meletakkan rondaan askar-askar China di situ.Perasaan tidak puas hati terutamanya di pihak etnik Uyghur yang merasakan kehidupan tradisional mereka dihimpit dan diancam oleh kemasukan terlalu banyak unsur-unsur kemodenan ini menyebabkan berlakunya 'ethnic tension' di antara kedua-dua etnik ini. Sementelah lagi memang ada gerakan-gerakan dari kalangan etnik Uyghur yang mahu membebaskan wilayah itu dari cengkaman China yang mereka dakwa menindas serta menekan kebebasan beragama, berbudaya dan kehidupan mereka berkurun lamanya.

Ketika Bush mengisytiharkan 'war on terror' selepas peristiwa 9/11, pemerintah China menyokong kempen itu. Ramai pemerhati politik melihat tindakan ini ada udang di sebalik batu kerana pemerintah China memang selama ini melabel etnik Uyghur sebagai pengganas. Malah 4 orang etnik Uyghur ditahan di Guantanamo Bay atas desakan pemerintah China, biarpun mereka menekankan bahawa mereka tidak membawa apa-apa ancaman kepada Amerika dan warga mereka. Mereka hanya mahu wilayah mereka bebas dari cengkaman China. Apabila Washington menutup Guantanamo, China mendesak tahanan-tahanan itu dipulangkan ke China lalu dipenjara.

Insiden terbaru melihat 159 orang mati akibat rusuhan ganas antara etnik Uyghur, Hui dan Han di Xinjiang. Pihak berkuasa China bertindak menahan seribu lebih etnik Uyghur secara rambang. Namun begitu, media China tidak pula memberi pecahan etnik yang terbunuh itu. Malah laporan-laporan mereka mencadangkan bahawa hampir kesemua yang terbunuh adalah dari kalangan Han Chinese. Oleh itu, Han Chinese bertindak merusuh di jalanan dahagakan darah etnik Uyghur. Walaupun perintah berkurung telah dikenakan tapi belum ada tanda-tanda yang ketegangan akan reda.

Apa tindakan Malaysia? Bukankah Malaysia kawan baik China. Kalau tidak masakan masa PM sekeluarga ke sana, sambutannya sangat-sangat besar dan hebat. Dapat masuk Great Hall Forbidden City lagi! Bukan calang-calang tu. :P

Apa tindakan negara-negara penduduk Islam? Dari apa yang dilihat, negara barat pula yang beria-ia membela etnik Uyghur. Pemerintah China memang berjaya dalam propaganda mereka 'memujuk' negara-negara penduduk Islam ini. Sebuah negara pun tidak berdecik tentang apa yang berlaku di Xinjiang, setakat ini.

Akhirnya jadilah satu lagi acara 'tunggu dan lihat'. Mungkin itulah kesudahannya seperti kita tunggu dan lihat apa yang berlaku di Palestin, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Kashmir dan banyak lagi.

Rujukan:
http://www.voanews.com/english/2009-07-07-voa6.cfm
http://english.aljazeera.net/news/asia-pacific/2009/07/20097725217198672.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Uyghur_people
http://en.wikipedia.org/wiki/Han_Chinese
http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/discussion/2009/07/07/DI2009070701491.html
(site ni bagus. Ada Q&A yang tidak memihak.)
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/8/mstar_berita/20090708102358&sec=mstar_berita

Imej-imej: Cik Google

5 comments:

Pa'chik said...

hari tu kan kawan najib buat-buat tanya najib lam parlimen pasal isu kat china ni... :P

Rozita said...

fuh..tak tau nak komen..
najib baru 100 hari jd PM, hebat sangat kunun. biar dia bukti kan..

izinni said...

pa'chik,
nak cover line tu ... hehehhe

ree,
katanya rating utk najib melonjak. siap interview MRS PM lagi. first time, media minta pendapat isteri PM pasal pencapaian suami sendiri. PM lain pun. hehehehehe

sungguh kemaruk!

akirasuri said...

Hmmm.. Siannya..

*Nanes* :((

izinni said...

akira,
memang sangat2 kesian. malam semalam akak google semuanya pasal depa. meruntun jiwa sungguh dengan apa depa lalui berpuluh2 tahun ni dan takde siapa pun yang tahu sebab kerajaan cina pandai sorokkan.

- azan tak boleh kuat.
- yang kerja gomen tak dibenarkan solat, puasa.
- tanah2 depa diambil kerajaan cina.
- very high unemployment among them sebab semuanya dapat kat Han Chinese.
- ramai jadi pengemis merempat tepi jalan.
- anak2 perempuan diculik dan diseludup keluar dari wilayah tu untuk dijadikan buruh paksa dan juga pekerja seks di wilayah2 China yang lain
- ibu2 yang ngandung dipaksa gugurkan kandungan sebab dasar tak lebih dari satu anak Cina.
- hasil maksul depa kena korek gali tapi depa tak merasa sikit pun.
- askar merata. depa tak boleh bercakap dengan orang luar langsung. kalau berani, askar2 ni akan interrogate depa macam depa buat salah besar.
- anak2 kecik jadi child labour

kegunaan depa satu je pada pandangan kerajaan cina ... tourist attraction! dah jadi macam beruk sarkis!

isyyy banyak lagi la ... mana tak memberontak!

kita doakan depa ... doakan depa yang syahid sebab tentang kezaliman.