Wednesday, August 22, 2007

Berat ...

The Meaning of Holy Quran
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
A Practical Guide to Malaysian Labour Laws
Journalism-Media Manual - Law and the Media - An everyday guide for professionals
Freedom of Information in Malaysia
Kamus Terjemahan Bahasa Inggeris-Melayu / English-Malay
Regent English Dictionary
Oxford Advanced Learner's Dictionary
Press Systems in ASEAN states
Media, Emergency Warnings, and Citizen Response
The World's Most Incredible Stories - The Best of Fortean Times (ya. ya. ada kat aku!)

Semua-semua tu dah penuh satu kotak besar berjenama Baba's Kesari Mix.
Ditambah lagi dengan 2 mug besar, sekotak kurma, document files, stationaries, Maggi 3 bungkus, A4 paper yang aku beli dengan harga RM8.90 semata-mata nak print "Zahra de' Tigris" yang beratus muka tu, 3 helai tudung, charger handphone, kalender kecik-kenot, sekaki payung biru tertulis "Perusahaan Getah Asas", sebungkus Tang berperisa nenas dan paperbag yang berisi souvenir towel kecik serta keychain.
Berat. Memang berat. Sungguh berat.
Siapalaaa yang sudi tolong aku angkut kotak berat ni ke parking dan masuk dalam bontot kereta aku.
Kalau boleh aku nak angkut habis semuanya hari ini juga.
Aku tak nak jejak lagi ke pejabat ni atas alasan nak angkut barang-barang yang tertinggal.
Nasib semalam sedozen lebih buku-buku sudah aku bawa balik.
Kalau tidak, hari ni mesti dua kotak besar terpaksa aku angkut.

Tulunggggg .....

Nota kecik-kenot:
Hari ni terima satu lagi offer. Part-time. Tengah fikir la ni.

18 comments:

Pa'chik said...

kalau ko nak bagi budak kecik tu kat aku, la ni jugak aku pi sana tulung... kekekek....

mintak la pekerja-pekerja mithali ko tulung... kekekeke...

Pa'chik said...

elok la ko blah dari situ... tak guna bercampur dengan orang-orang yang maaf dengan izin, tidak berdaya saing tuh... tak padan ngan sakit ati, kalu bagi sebelas ribu sebulan tak pe la jugak..

achik said...

saya tulung baca pasal keberatan kotak tu je la ek.. hehe.. ;)

semoga dipermudahkan segala urusan.. ada tu kang yg berbaik hati tulung akak angkat kotak tuh.. :D

MakcikMuda said...

sayangnya.

ryn ade pengalaman angkut kotak nek g tingkat 9.lau dekat,mahu jekk tulun.kehkeh!

khairyn said...

oh oh the world's most incredible stories - oit peneman aku dikala buat graveyard shift tu hahaha

Banyak tudung spare?? hahaha
next time bawak troli bag, macam aku dulu. Tarik dengan senang hati. 11 years babe, 11 years!!

timbang-timbang dengan baik. Nak diskus lagi? Kau tau waktu aku kan?

izinni said...

pa'chik khair,
kalau ko bagi aku 11ribu dan-dan ni gak pun aku tak nak bagi budak kecik tu kat ko! hehehhee....

ko gi la melaka, masuk minang, pastu mintak nikah sekali sebab buleh nikah jarak jauh. kan kan kan. pastu beli tiket sehala gi sana nun. hhahahahahaha ...

pa'chik khair,
dah blah pun. huhuhu .. betui2 lepas zohor aku blah. tak cakap bye-bye pun. kuar macam nak gi lunch gitu. hehehhehe ...

achik,
ya. ya. terima kasih sebab tulung baca. hehehhe ...

ryn,
hang jauh sangat kat sana. nak kena baik belon baru bleh sampai sini. hehhehe ...

khairyn,
ya ya. aku still baca walaupun dah banyak kali khatam.
spare untuk budak2 yang kena buat shooting few scripts at one time. ala2 kira jaga wardrobe jugaklah aku ni. hehehhee ...

aku dah jumpa troli angkut barang tadi. aku tolak sindri. tinggal sat kat abang burger. aku gi amik keta pastu sumbat kotak. pastu aku call suruh budak opis turun ambik. kira last order la tu. huhuhuhu ...

ya ya. timbang lagi la ni sambil bincang2 ngan krol. masalahnya ko asik duduk atas awan je .. tak jawab2 aku panggil! huhuhuhuhu ...

kingbinjai said...

wooo! benti kerja juga... sleamat maju jaya. berat ke? tolong baca boleh la ha ha ha

Anonymous said...

hik hik hik, aku nanti nak blah... pergi ofis bawa laptop, balik tangan kosong... haha!

Unknown said...

ala ciannya....hehehe..takper...supermom sure bleh angkat punyer!!!

Azhar Ahmad said...

Senang jer Buk Izzi. Just tengok kat bawah tu. Mesti ada adik2 yang tak sekolah tu.... Takpun pi cari kat cc. Minta tolong derang. Pastu belanja makan, bagila sikit honorarium.. Kan mudah tu..

p/s saya dah amalkan sejak dulu lagi....

Kemat said...

laa.. tak bagitau awal2..tidak boleh tolong..heheh

Mimiamilia said...

tolong bayang berat mana kotak tu jer yg termampu...ehehehe

khairyn said...

hoho nyakat tak hengat dunia ek? kalau kena dusyum jangan cari aku aaa..

aku kan sentiasa di 'awangan'. rumah tinggi. hehehe

akirasuri said...

wah wah wah!
banyaknya.
he he he.
saya dapat bayangkan cane seksanya angkut kotak.
wahahak!
sebab saya dulu selalu ke campak-campak kolej.
hampir tiap sem kena angkut barang-barang pindah kolej..
he he he..

apapun kak has..
selamat bergumbira :)
jaga diri ek :)

13may said...

resign ker???

btw, moga selamat hendaknya....

amgkat barang berat2...jaga pinggang tu sama...hehhe

Anonymous said...

"perusahaan getah asas?"

mari menoreh... oi oi...

hehe.

hayad said...

"Zahra de' Tigris" --> mcm best jer..nak mintak kongsi leh?

izinni said...

king,
dah berjaya pun ..senang sejahtera kat umah. hehehe

najmudin,
itulah beza orang lelaki dan pompuan ni. pompuan ni kan a good settler. heheheh

aZaH,
YA! supermom! dah sihat adik manis?

Azhar,
issyyy satu keje plak nak cari orang pastu nak bagi 'rasuah'. hehehehe

kemat,
hehhehehe dah selamat pun ..

Mimi,
sebenornya bila cuba angkat .. idakler berat sangat. heheheh tapi keadaan tidak mengizinkan untuk diri ini mengangkatnya sendiri. huhuhuhuhu

khairyn,
errkkk salah ek? ha ha ha ...

akira san,
ya ya. gumbira.

may,
ya. resign.
sebab tu tak angkat. jaga kesihatan. hehehe

t-rex,
hi tirah. lama tak dengar berita. sihat?
dulu2 suka kutip buah getah .. buat buah congkak. best je bunyi dia. heheheh

hayad,
nak kongsi "Zahra de' Tigris"?? errr copyright tu. kena mintak izin empunya badan dulu. hehehhe