Friday, February 22, 2008

Jatuh Cinta Sekali Lagi ...

Minggu lepas, tibi3 tayang drama ulangan. Tajuknya "Jatuh Cinta Sekali Lagi". Tentu dah dapat agak macamana jalan ceritanya kan. Meh aku cerita sikit. Lebih kurang ginilah kisahnya. Pasangan ni dah kawin 10 tahun, ada anak 2. Kira pasangan muda la dalam pertengahan 30-an. Dua-dua berkerjaya dan bahagia la kiranya. Nak jadikan cerita, suami tu dah suka kat secretary dia. Kira dah jatuh cinta sekali lagi la dan nak kawin dengan secretary tu. Tapi dalam waktu yang sama dia tak nak lepaskan isteri dia. Bak kata suami tu, "Walau apa pun jadi dia takan lepaskan sesiapa pun." Dia pun bagitau la isteri dia yang dia nak menikah lagi sorang. Respon normal seorang perempuan bergelar isteri .. paham-paham je la kan. Nangis, raung, minta dilepaskan. Pastu lari balik rumah mak pak dia.

Dipendekkan cerita, isteri tu bagi tempoh 30 hari kat suami dia untuk evaluate balik keputusan nak menikah lagi dan keputusan dia nak diceraikan. Jadi untuk 30 hari tu, suami tu kena ikut satu permintaan isteri tu macam balik lunch, bawak gi dinner, buatkan sarapan, belikan CD dan memacam la. Suami tu pasal nak buktikan yang dia boleh berlaku adil dan akan terus sayang kat isteri walaupun dah bernikah satu lagi, pun turutkan setiap permintaan isteri tu.

Akhirnya di hari2 terakhir menjelang berakhirnya 30 hari tu, si suami tu dah jatuh cinta sekali lagi. Dia jatuh cinta sekali lagi dengan isteri dia sebab semua permintaan isteri yang dia turuti tu secara tidak langsung dah mendekatkan dia lagi dengan isteri tu. Kiranya mengingatkan balik dia pada zaman-zaman masa memula kawin. Last2 dia tak jadi nak nikah lagi satu.

Gitulah kisahnya.

Masa tengok drama tu tak sangka pulak peristiwa sama akan terjadi pada aku. Jika dalam drama tu, suami yang jatuh cinta sekali lagi tapi situasi aku berbeza kerana yang jatuh cinta sekali lagi adalah aku. Memang aku tidak menduga ianya akan terjadi. Kebetulan pula tempoh usia perkahwinan aku dan suami pun sudah mencecah 10 tahun. InsyaAllah hujung tahun ini genap 11 tahun.

Ya. Aku mengaku yang aku pun dah JATUH CINTA SEKALI LAGI. Tapi aku mahu berpijak dibumi nyata. Aku tahu yang hampir pasti tidak akan dapat memiliki cinta ini. Tidak mustahil jika aku berusaha bersungguh-sungguh tapi aku tidak sanggup berkorban apa yang aku ada semata-mata untuk memilikinya. Cukuplah dengan hanya melihat dan menyintainya dari kejauhan. Aku sanggup biarkan dia dimiliki orang lain yang mungkin lebih berhak terhadapnya. Aku redha.













Ya! Itulah cinta kedua ku. Abang MacBook Air. Cintaku kali kedua ini tidak akan kesampaian. Mana mungkin aku sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk memiliki Abang Mac yang walaupun ganteng bangat namun tidak sempurna. Takde optical drive, takde ethernet. Tapi aku tetap menyinta. Memang dari dulu aku idamkan Abang Mac tapi apakan daya abang-abang lain lebih murah dan banyak kelebihannya juga. Handsome gila notebook ni ... gila bayang aku. huhuhuhuhu ...

Nota kecik-kenot: Mahal gila bendalah tu. Tapi body dia memang mengujakan. Slim and light.

4 comments:

khairyn said...

hahaha aku memang dah teruja ngan balak mac ni sejak aku terlihat dia di bus stop. sungguh! Dia cuma pakai sarung kertas jer hahahaha. Seksih!

Tapi kan, aku ni jenis setia gitu. Kalau dah start guna HP memang aku suka jenama ni jer lah, tak kira orang nak kata apa pun. Laptop HP, PDA HP, camera Canon.

Oh aku baru balik dari projek makan2 ayam pukal 2

Pa'chik said...

hish... mekbuk tuh... kalau ko beli.. beli dua la.. bagi aku satu... hahaha...

Azhar Ahmad said...

Citer tu mmg syahdu gilerrr

ummutasneem said...

macam2 ler idea u ni. ada2 je ek.. tp bagus2 buat ler suspen bebanyak yek lain kali. yg lagi gempak2.. hehebest nye cite tu,, syahdu ek,ekk,,nk tgkla nnt