Tuesday, February 19, 2008

Pilihanraya 1

Begitulah kesudahannya. Polis membuat keputusan untuk memberhentikan operasi mencari Sharlinie dari rumah ke rumah. Namun satu pasukan yang tidak dinyatakan berapa ramai anggotanya akan tetap meneruskan operasi mencari. Cuma tidak dinyatakan apa modus operandi pencarian yang akan digunakan.
Alasan terpaksa menarik kesemua anggota polis yang terlibat dalam operasi pencarian dari rumah ke rumah ialah PILIHANRAYA. Polis TERPAKSA menggembleng majoriti anggotanya untuk memantau pilihanraya.
Hmmm ... Jadi sepanjang proses ke arah pilihanraya kali ni, statistik jenayah akan terus NAIK! Yeaahhhhh ....

Samy kata sanggup undur tapi kaum dia je yang buleh buat keputusan samada nak dia lagi ke idak, orang luar yang bermaksud kaum lain yakni Melayu dan Cina tak leh sibuk nak suruh dia undur. Hmmm ... kawasan Sungai Siput dia tu 100% kaum dia ke??

Khairy plak jumpa pelajar anak-anak Kelantan kat UITM. Katanya bukan nak mempolitikkan kampus tapi nak menyedarkan pelajar-pelajar akan kepentingan untuk terus menukar kerajaan negeri yang sedia ada. Sebab katanya, Kelantan sangat mundur dan perlukan perubahan. Disebabkan kemunduran Kelantan, ramai anak-anak muda Kelantan berhijrah cari rejeki kat negeri lain.
Hmmm ... dia tu orang nogori tapi dok sibuk kat negeri aku apasal?? Balik nogori la bela kerbau!

Nota kecik-kenot:
Semalam nampak khir toyo kat tv. Muka dia cerah, tangan dia kurang cerah. Tempe dia resipi special kot ... buleh cerah dan awet mudakan area muka je. hehhehehehe

21 comments:

Pa'chik said...

hahaha...
orang bodoh nak bodohkan orang lain cam tu lah...

errr.. nanti buleh lah carik pakne in kraim nih... polis dah tak jaga mana nih.. hahaha....

Pa'chik said...

pasal pasang bendera tu.. apa pulak kencang nya.. kami kerja perii je... tak penah lah ada dapat habuan buat ni.. parti semekin.. mana nak ada habuan... kuluar duit derma lagi ada lah...

Anonymous said...

Salam…

Betul ke Kelantan tu mundur? Adalah beberapa kali ke sana – cuti2 M’sia / lawat kawan kat USM KK, rasanya sama jer dgn negeri yg BN kuasai, malah rasa lagi baik kot…

Mesti keluarga Adik Sharlinie rasa sediakan dgn berita ni.

Betullah kata org antara Si Samy tu dgn ular, mana yg patut dipancung dulu? Kasar ke bahasa saya ni? Maklum org2 BN kan penuh dgn budi bahasa!

Masa PRU 11 best gak… masa tu kat daerah, so bebas sikit, la ni lak dah balik IP tinggal dgn family, org2 kat area tu lak pro UMNO & BN. Tahan jerlah telinga ni & kuatkan iman!

Anonymous said...

Maaf sila taip - Mesti keluarga Adik Sharlinie rasa sedihkan dgn berita ni.

izinni said...

pa'chik,
itulah hakikatnya malaya ni .. ramai orang bodoh. sebab tu parti tu selalu menang

errr ... ko nak rompak habib ke pohkong? ekekkeke

pa'chik sekali lagi,
errr bukan ko ahli amno ke? heheheh ... takpe yang penting ikhlas. ada habuannya nanti insyaAllah. walau takde habuan apa pun, tapi hati mesti lapang je kan ... buat kerja pun sama2 seronok.

aini fatimah,
salam. kali akhir saya ke kelantan masa muktamar tahun lepas. tak pasti part mana yang mundur. KB pesat macam bandar2 kat negeri lain gak. rasanya kereta kat KB lagi banyak dari kat shah alam. masuk ke dalam2 sikit pun, rumah2nya gah2, orang meniaga takde yang takde pelanggan. biasalah tu ... cuba nak butakan mata orang yang sama buta hati. orang celik tak buat gitu.
pasal samy tu ... hmmm tak tau nak cakap .. pokok pangkalnya dia dah lama patut ditendang.

Keluarga adik sharlinie memang patut sedih tapi apa yang mampu mereka buat? sama2 kita doakan kesejahteraan mereka.

Pa'chik said...

kerana Allah kami berjuang,
demi Islam kami pertahan...
hahah...

adalah kot satu dua orang yang buat kerja pasal nak carik pengaruh ngan nak kompom kerja ngan empikeibi tuh... yang lain... bebudak mude-mude lagi... tak dak kira... semua jalan je... ada habuan ke takde... tak kesah semua tuh... nanti lah aku haplod gambar kalau dah siap semua... :)

Anonymous said...

Apa yang nak diherankan dengan gelagat orang utan? Biaq pi la....

izinni said...

pa'chik,
mu upload yang ada gambor mu ek. hehehhe .. mesti ramai yang nak nengok wajah rupawan po'chik HZ. hahahha

najmudin,
memang tak heran pun tapi orang utan biasalah kan .. depa yang heran nengok manusia. hehehe
btw .. kenapa aku tak buleh nak tinggal komen kat blog hang? aku click comment tapi tak nampak komen orang dan aku sendiri tak leh komen. yang tepi2 tu ada la. apa yang tak kena ya?

Azhar Ahmad said...

Sejak bila pula, politik negara boleh masuk kampus universiti? Pelik....

Pa'chik said...

izi, blog mudin tu.. kalau ko pakai IE6 tak leh.. IE7 buleh lah..
kalau mozilla buleh...

Anonymous said...

Salam…
Tah kenapa saya suka gi cuti2 M’sia ke belah pantai timur… suasananya tenang jer, kira mmg sesuailah utk merehatkan fikiran yg berserabut ni… barangannya murah2 (belikan ole2 untuk family & kekwn), pantainya yg bersih, yg paling best bab makan, mmg murah, Tiap kali makan mesti ambil video & gambar, nak tunjuk pada kekawan office apa yg kami makan dan bandingkan harga dgn tempat sendiri.

Allah turunkan Al-Quran utk dibaca, difahami & diamalkan / dikaji apa2 yg terkandung di dalamnya. Ni kita kat M’sia, Al-Quran tu dipertandingkan, bagus tu mmglah bagus, tp kalau tak faham nak buat apa? Tu yang bila org ckp kasar tak leh terima. Betul Islam tu lembut, lembut pada yg faham bahasa tp pada yg tak faham2 bahasa tu nak berlembut camna kan… Tu nasib di sebut orang utan… kalau di sebut dog mcm dlm surah al-'Araf ayat 176 kan lagi haru…

Ada kwn tanya, apa 10 prinsip Islam Hadhari? Islam Hadhari ada 10 prinsip juga ke? Mcm the old & new testament jer… Kalau rukun yg 11 tu tahu lah… 6 iman & 5 Islam, bab muamalat ke, munakahat ke, jinayat ke & farait ke tu ingatlah gak… Islam Hadhari ni mmg tak masuk kepala… Islam Hadhari Hiburan Setiap Hari tu tahulah… hahaha… Tgh tunggu ni siapa lagi calon2 baru UMNO yg sanggup jual agama demi dunia!!!!!!! UMNO tu tentunya Melayu kan, dan bila Melayu pastilah Islam kan... tak tahulah klu ada yg dah tak Islam... Klu ikut bancian orang Melayu lebih ramai dari orang Islam kan sekarang ni, jadi maknanya mmg ada Melayu yg dah tak Islam!!!!!

Moga dengan izin Nya, hukum Allah tertegak jua di bumi tercinta ini. Amin…

izinni said...

azhar,
takde apa yang peliknya pun politik masuk kampus. dah lama .. cuma politik yang kononnya 'mainstream' je yang dibolehkan.

pa'chik,
ooo gitu rupanya. komputer aku ni antik tahun 2000 punya .. so tak leh la ek. hehehhe ... alhamdulillah ada gak komputer ahkak sekotlen ni .. kalau tak rindu-rinduan aku kat mu. hahahahhaha

aini fatimah,
betul tu. bercuti ke pantai timur memang mengasyikkan. barang dan makanan memang murah. saya ke sana tahun lepas, bersarapan satu keluarga 6 orang ... dengan nasi lemak, nasi dagang, kuih muih, minuman segala ... tak sampai RM10. bagus kan ...

kita tunggu dan lihat je la. masalahnya tak kisah la siapa pun calon2 depa .. yang penting orang2 yang diamanahkan untuk mengundi tu iaitu KITA. kalau KITA yang lebih 10juta ni dok pangkah dan pilih jugak puak2 tu, sampai bila pun agama Allah takan tertegak di bumi malaya ni. sungguh!

Anonymous said...

Salam...

Insya Allah setakat ni belum lagi tergamak nak pangkat puak2 tu walaupun telah didaftarkan (orang tua yang daftarkan) sebagai ahli seumur hidup amno. Dan belum lagi ada sesen pun duit keluar untuk puak2 tu.

Seronok tu diakui, cuma bila tiba bab loghat tu yg problemnya, namun tetap enjoy. Teringat masa belajar kat Perak, memang payah mulanya, jenuh gak kekwn kena ulang balik beberapa kali apa yg dicakapkan, lama2 dah lali, siap buat note lagi. Maklum selama ni guna bahasa buku. Yang pastinya kat Kelantan tu orang Melayu memang maju, tak der pun bangunan nama kaum lain (rasanyalah), orang cina pun cakap Kelantan.

Anonymous said...

kak izinni, install Firefoxlah, applicationnya ringan saja. Boleh download kat sini:

http://www.mozilla.com/en-US/firefox/

:)

Pa'chik said...

ntah nya izi.. buh firefox lah...

err... Hiburan Amalan Depa... Haprak Akhlaknya, Rosak Imannya...

CerminDiri said...

salam kehidupan,

bermulalah episod duka pilihanraya demokrasi malaysia. ingat.....dunia sedang memerhati

Pa'chik said...

silap.. tukar lain...

Hiburan Amalan Depa, Hancur Akhlak Rosak Iman...

khairyn said...

izinni,

aku rindu ngan perang poster hahahaha. Khairy tu rasa tempat dia dah seterong dah. Nogori tu kira kubu kuat ameno gak kan?

woit abang zek turun takhta ek? anak menantu plak nak cuba naik. Wah wah nampak gaya sekarang ni trend bapak mertua ngan anak menantu jer ke? hahahahaha

btw nak bagi tau Dura dah selamat ada baby 14/02 namanya Adrian Adam.

Anonymous said...

Kak has, kalau akak dpt resipi tempe khir toyo tu bg kat azah tau... bleh kongsi resipi ramai2...pastu masing2 awet muda :))

izinni said...

aini fatimah,
satu yang paling menarik di kelantan, semua padan tanda kedai ada tulisan jawi walaupun kedai tu kedai orang cina.:)

najmudin,
laptop ni selain antik, ianya juga sangattttt unik. tak boleh download software apa pun. hatta nak download yahoo messenger pun sampai sekarang tak leh. bila download je, komputer ni terus shutdown sindri. hahahaha ... lagipun visual memory dia dah low ... almost menopause ler kira-kiranya. Takpe la ... aku baca je la blog hang .. komen simpan dalam hati. hehhehe

pa'chik,
mana taknya .. hiburan la umpan depa supaya sentiasa berkuasa.

cermin,
walaupun dunia memerhati ... mereka tidak ambil peduli. yang penting, kuasa dipastikan tetap dalam tangan.

izinni said...

pa'chik,
hang putaq lagu mana pun .. kesudahannya tetap lagu tu gak. hehehhe

khairyn,
kompon khairy tu kat rembau. bersungguh sungguh pak lah nak pastikan legasi dia .. macam abang zek la. menantu take over. huhuhu .. amno dah jadi parti anak beranak gitu.

Alhamdulillah. Happy for her. Kirim salam kat dia ek. hmmm .. aku dok bayangkan cemanalaaa rupa anak dia kan? first ke second tu ek?

azah,
nantilah bila jumpa dia kita mintak ek ... errr azah duduk klang kan? area abang zek mahligai ke? hehehhe