Monday, August 25, 2008

Aku, anak-anak dan hiburan ...

Boleh dikatakan aku dibesarkan tanpa banyak sekatan terutama dalam aspek pergaulan dan hiburan. Aku boleh tengok apa juga cerita di tv dan dibenarkan menonton wayang. Malah aku amat suka menonton wayang. Aku juga boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Boleh ada kawan lelaki. Mungkin mak dan ayah yakin yang aku tahu membezakan antara buruk dan baik. Aku cuma ada teman lelaki ketika aku dalam Form 6 dan teman itu akhirnya menjadi suami aku dan ayah kepada 5 orang anak kami. Alhamdulillah.

Cara pemikiran aku dulu mungkin berbeza dengan budak-budak sekarang yang sangat 'up-to-date' dan complicated. Waktu remaja pada aku, teman lelaki bukan pilihan. Apatah lagi aku bersekolah di sekolah menengah perempuan.

Untuk berlibur ... aku tidak ke konsert walaupun aku pernah teringin sangat nak pergi ke konsert "Dekat tapi Jauh" artis2 Roslan Aziz masa tu. Aku hanya sekali dua menjejakkan kaki ke tempat yang bernama disco di PJ. Itu pun atas dasar ingin tahu kenapa budak-budak kat sekolah aku gedik sangat nak ke sana hampir setiap minggu. Bila dah tahu ... hmmm tiada keistimewaan pun. Sebuah tempat yang gelap dengan lampu samar, bau asap rokok yang menusuk dan kumpulan2 budak sekolah yang 'high' minum Coke yang baru nak belajar bersosial. Jadi, disco bukan tempat aku.

Aku lebih selesa mendengar radio, melekap dengan walkman dengan berpuluh tape yang aku beli, tonton tv dan sekali sekala bila ada duit dan jika diizinkan ayah dan mak, aku dan kakak atau dengan kawan-kawan akan tengok wayang di panggung state di PJ. Hiburan sebegitu sudah memadai untuk aku. Mungkin ada yang akan kata ... dah zaman 80-an ... apa lagi yang ada kan. hehehhe .. but again I feel that was more than enough for me. Kiranya sifat ingin tahu aku tidak melampau. ehhehehhe ... aku ni mesti membosankan untuk remaja zaman sekarang kan kan kan ...

Kini aku sudah menjadi ibu. Bila tiba soal hiburan untuk anak-anak, aku dan suami amat particular. Dunia hiburan dan sosial zaman sekarang amat menakutkan. Tidak salah rasanya sebagai ibu aku berhati-hati demi keselamatan anak-anak aku dunia dan akhirat.

Aku izinkan mereka tonton kartun. Drama Melayu aku akan tapis tengok mana yang sesuai. Drama orang putih pun. Filem pun sama. Kami akan beli VCD dan tonton sama-sama dirumah. Aku lebih suka mereka tonton filem2 adventure atau sci-fi. Belum tiba masanya untuk bawa mereka ke panggung. InsyaAllah, mungkin apabila mereka sudah sedikit dewasa, aku akan bawa mereka juga nanti ... sebab aku pun mula-mula dibawa oleh mak dan ayah. Sekurangnya mereka tidak tahu dari orang lain.

Rancangan menyanyi amat tidak digalakkan ditonton, walaupun rancangan Akademi Nasyid. Sebabnya rancangan tu pada dah lebih kurang rancangan lain juga. Nyanyi nasyid tapi penontonnya aduhhh .. ala-ala jerit juga. Jadi rancangan menyanyi berbentuk realiti memang tiada tempat di rumah aku. Amazing Race tak apa. Ada unsur-unsur positif di situ. Lagipun aku tidak melanggan tv satelit itu. Anak-anak yang sudah faham selalunya tahu segala jenis rancangan itu dari sekolah. Dari kawan-kawan. Jadi tugas aku adalah menjelaskan kenapa rancangan sedemikian tidak sesuai untuk mereka.

Jadi apabila seorang guru mengatakan tidak mengapa untuk menonton High School Musical Ice Tour show di Bukit Jalil kerana yang tidak menutup aurat adalah mereka-mereka yang terbabit dalam persembahan itu, apa agaknya reaksi aku? Mestilah aku bengangkan ... apa teladan yang cuba cikgu tu tanamkan pada minda budak-budak setahun jagung?





Balik sekolah tadi Zinnirah bercerita dengan Irfan tentang kisah guru bahasa melayunya yang bertanya di kelas tentang siapa yang sudah menonton persembahan musikal itu. Ramai juga yang mengangkat tangan dan semuanya pelajar perempuan.

Seorang pelajar lelaki bangun dan memberi komen. "Eh .. mana boleh tengok cikgu. Tak bagus sebab seksi dan sentuh bukan muhrim." Itu kata-kata seorang budak yang belum akil baligh berusia 8 tahun.

Si polan yang berjawatan guru itu dengan yakin berkata, "Tak apa tengok. Yang tak tutup aurat orang tu, bukan kita."

Kenapa nak kelirukan fakta pada anak-anak? Maknanya kita boleh nengok orang berbogel asalkan kita sendiri menutup aurat? Itu yang cikgu itu cuba katakan? Tanya aku pada Zinnirah. Zinnirah kata mana boleh macam tu. Mana boleh tengok aurat orang lain.

Jadi .. kesimpulannya. Aku tidak akan confront guru itu. Aku akan tunggu. Kalau ada lagi kata-kata yang mengelirukan keluar dari mulut cikgu tu lagi ... aku sah-sah akan bersemuka dan tanya apa sebenarnya yang dia nak ajar budak-budak di sekolah agama tu.

Aku tanya Zinnirah .. dia nak tengok ke musikal tu sebab ramai kawan dia dah tengok. Dia kata, tak nak sebab takat menari-nari apa yang best sangat pun.

Untuk Zinnirah ... hujung minggu ni ibu dan ayah akan cari VCD pirated filem yang kakak nak tengok sangat tu. Kita boleh tonton 'Pirates of Carribean' sama-sama. Ya .. hiburan dibawah pengawasan. hehehhee ... Ahhhh ... Johnny Depp ....

14 comments:

Pa'chik said...

chek sama che'gu tu... kang pedophile kang... ekekek

joni dep tu.. hari tu dia ngan dua lagi pelakon yang ganti bawak watak lejer kasik semua bayaran untuk pilim tu kat anak lejer... juta-juta gak tuh...

izinni said...

pa'chik,
itu che'gu perempuan jugak ... hehehhe .. cikgu baru. aku tak kenal lagi. nanti aku nak skodeng orangnya kat sekolah esok.

ahhh johnny itu .. aku suka. ahahhaha

hmmm kita? anak p.ramlee sazali tu kesian aku nengok .. macam merempat je.

pa'chik .. aku tak boleh nak masuk rumah mu la .. berat seh. sebenarnya banyak rumah aku tak boleh masuk ... memori otak komputer aku tak mengizinkan. hehhehe

Pa'chik said...

laa... tukar templet dah...

berat ke? tak la sangat... heheh... banyak sangat wijet kot...

Fida Ruzki said...

gilos ke chegu tu? aku kat umah kalau ada bab kissing tak hengat tu terus jerit "along, angah, adik tutup mata" dia orag pun dah tau dah bila ada je terus tutup mata n tanya mama dia, "dah ke mama, dah ke mama" hehehehe.

achik said...

saya ni lagi la membosankan.. penah 2 kali je masuk panggung wayang.. bukan sbb mak x bagi.. saya sendiri kureng berminat.. lagi syok beli vcd tgk kat rumah.. x kira la org kata tgk kat wayang lagi feel ke hapa.. hehehe.. :p

blackpurple @ jowopinter said...

Katakanlah anak saya. Ini katakan saja. Kalau di beri pilihan antara rancangan nyanyi2 dengan rancangan Berita TV [berita semasa kempen pilihan raya], saya rasa saya lebih rela anak saya tengok rancangan nyanyi2 kot. Atau tutup TV terus. He he he.

khairyn said...

ahhh johnny depp cinta hati masa 21 jump street.

kau percaya tak kalau aku cakap anak lelaki kawan aku bawa balik majalah lucah dari sekolah dan waktu itu umur dia baru 12 tahun?

aku dengar, aku ngeri.

izinni said...

pa'chik,
dah buhsan template hitam. nak suci murni balik. hehhehe

pada komputer aku .. sangat berat. komputer berjasa ni dah umur nak masuk 9 tahun. hehehhe

fida,
aku rasalah kan dia dalam keadaan separuh sedar kot. dia ingat apa yang dia cakap tu salah kot. sebab ramai parents kat malaya ni mungkin pemikiran gitu jugak kot. kiranya dia nak mesra2 dengan anak murid kot

berapa banyak kot daaa ...

achik,
zaman ahkak dulu .. mana la ada video. kalau ada video tu kira orang kaya tu. hehhehe .. wayang la hiburan yang paling murah dan menyeronokkan di zaman 80-an dan awal 90-an. hehehhe

blackie,
errr ... anak2 aku tak minat berita tempatan. aku pun tak bagi nengok. aku bagi nengok berita luar negara dengan sokan je. hehehhe

khairyn,
ahhhhh johnny depp .. dari 21 jump street sampai ler sekarang .. sangat suka. ekekekke

aku percaya ke tak?
aku percaya sebab tiada yang mustahil sekarang. budak umur macam tu terlibat dengan seks rambang pun aku percaya. malaysia kan dah maju gitu. kalau umur macam tu takde boipren, kira tak happening la kan. ikut ala amerika gitu.

aku ngeri. risau. sebab aku ada anak. mintak dijauhkan ...

Pa'chik said...

cakap ngan khair, orang melaya umur sepuluh taun dah main rogolrogol sekarang.. mana de nak main pondok-pondok dah... hahaha..

Girl A said...

tak elok la cikgu tu racun fikiran murid2 cakap camtu kan.. bahaya..bahaya.. kene pantau selalu tu... takut nanti ada lagi ayat2 tak sesuai dia cakap kat budak2 kecil tu...

kak has, azah dah tukar URL tau: http://scattered-brain-of-mine.blogspot.com/

khairyn said...

cakap ngan pa'chik

aku tau pasal tu. cuma x masuk kepala kotak aku ni bab budak2 boleh tukar2 majalah lucah ke cd lucah kat sekolah. Lagilah aku tengok budak tu macam baik jer ish ish ish... pengaruh sungguh

izinni said...

pa'chik,
errrrr ....

azah,
nasib la zinnirah cerita. sekarang ni bagitau dia supaya cerita apa je yang jadi kat sekolah yang pada pendapat dia tak betul. budak pun tau kan .. cikgu pulak yang blur.
ok .. nanti akak update :) thanks.

khairyn,
errrrr ...

pa'chik, khairyn,
errrrr ... korang gaduh-gaduh sayang ke? kakakakkaak

Fida Ruzki said...

hahaha harny, aku masa sekolah dulu classmate aku bawak playboy g sekolah.. aci? kawan2 perempuan aku heboh satu sekolah sampai ada yang kena gantung sekolah. bising2 kat aku, aku cakap yg korang pun gatal tangan sebuk2 meja ngan beg orag ko tak terfikir ke ko tu menyelongkar barang orag. terus diam, tapi teruk gak la kawan aku yg bawak playboy tu kena basuh ngan aku hahahaha

Fida Ruzki said...

hahaha harny, aku masa sekolah dulu classmate aku bawak playboy g sekolah.. aci? kawan2 perempuan aku heboh satu sekolah sampai ada yang kena gantung sekolah. bising2 kat aku, aku cakap yg korang pun gatal tangan sebuk2 meja ngan beg orag ko tak terfikir ke ko tu menyelongkar barang orag. terus diam, tapi teruk gak la kawan aku yg bawak playboy tu kena basuh ngan aku hahahaha