Wednesday, August 20, 2008

Islam Rapuh?

Pada mulanya emosiku turut merasa negatif akan isu ini. Kenapa hendak dibahas dan dibincangkan lagi walhal mahkamah telah menetapkan duduk perkara? Adakah hendak dijolok sarang tebuan?

Itu antara persoalan yang terlintas dikepala aku. Tapi sejurus aku melihat segerombolan umat manusia yang beragama Islam dan berketurunan Melayu berhimpun dihadapan bangunan itu dan beria-ia membantah dan hampir bergaduh ... aku terfikir ... bukankah lebih baik dibiarkan sahaja perbahasan atau bicara itu?

Logik fikiranku berubah. Aku hairan dengan logik mereka yang membantah. Adakah begitu rapuh ugamaku? Adakah agamaku akan runtuh kerana sebilangan kecil manusia jahil yang berkumpul dengan alasan untuk mencari 'keadilan'?

Sungguh ... perasaan marahku pada kumpulan yang mencari 'keadilan' itu terus beralih arah. Aku marah pada mereka-mereka yang membantah itu. Nampak sangat dengkel dan cetek ilmu mereka.

Makin panas hati ini bila mengetahui yang majlis dihentikan ketika mereka yang arif tentang undang-undang Islam sedang memberi penjelasan kepada kelompok yang jahil itu.

Itu satu majlis terbuka. Sesiapa pun boleh masuk dan memberi buah fikiran mereka. Apakah sudah tiada lagi bijak pandai Islam dalam negara ini yang boleh ikut sama untuk mematahkan hujah-hujah dangkal mereka? Mana ulama'? Mana mufti-mufti? Adakah mufti-mufti hanya sibuk memikirkan cara bersumpah yang betul dalam Islam dan sebaliknya?

Inilah peluangnya untuk 'memalukan' mereka yang konon pandai dalam erti keadilan dan hak asasi manusia. Patahkan hujah mereka. Buat mereka malu sendiri. Buat mereka buka mata akan keadilan sebenar dalam Islam yang mereka jelas jahil mengenainya.

Mereka tidak tahu. Mungkin mereka tahu tapi enggan mengakuinya. Mereka mahu mengusutkan fikiran orang yang sudah sah-sah tidak tahu. Nah! Ambil peluang itu. Jelaskan dengan sejelas-jelasnya. Tutup mulut mereka. Biar mereka tidak lagi berani mempersoalkan tentang agamaku itu di lain masa dan ketika.

Aku cuba berada didalam kasut keluarga yang kononnya tertindas itu. Sedikit aku turut merasa rasa curiga dan kecewa mereka. Kenapa mereka begitu? Ya ... mereka takut. Mereka rasa mereka ditindas. Mereka rasa keluarga dan anak-anak mereka dirampas dari mereka. Jadi menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk mematahkan keraguan dan ketakutan mereka.

Mereka jadi begitu kerana kita juga. Kerana kita tidak jelaskan kepada mereka. Kerana kita biar mereka digula-gula pemerintah yang tidak mahu mereka tahu kebenaran dalam Islam. Kerana jika mereka terus alpa akan kebenaran itu, selama itulah Islam akan terus disalah erti. Bila Islam disalah erti, golongan itu akan terus berkuasa. Itu yang mereka mahu. Biar orang bukan Islam terus tidak tahu pasal Islam dan keadilannya.

Aku hairan kenapa golongan yang mengatakan mahu menegakkan syariat Islam tidak tampil dan turut serta memberi penjelasan. Mereka ada penyokong bukan Islam yang aku yakin sudah tahu akan keindahan Islam. Kalau tidak .. masakan mahu berada dibelakang nama Islam untuk berjuang. Nah! Inilah masanya 'digunakan' khidmat mereka ini untuk memberi penjelasan sama. Kenapa biarkan diri diperkotak-katik golongan yang terang-terang menolak Islam sebagai satu jalan hidup?

Jika selama-lamanya mahu dibuat secara tertutup .. sampai bila pun umat bukan Islam di Malaya ini akan terus buta. Sebuta umat Islam Melayu yang mahu terus buta demi kepentingan diri sendiri.

Dan dengan 'terbatalnya' majlis itu ... semakin jijiklah Islam dimata mereka yang bukan Islam. Sahlah tanggapan mereka yang Islam itu cetek dan tidak terbuka .. walhal Islamlah yang paling luas, paling terbuka dan paling indah.

Yang pasti agamaku tidak Rapuh .. malah amat kuat. Yang rapuh adalah umat yang cetek ilmu dan takut berjuang demi agama Allah ... demi Rasulullah ... betapa ruginya mereka ...

Dan aku .. semakin sedih. Apa akan jadi dengan masa depan anak-anakku dikalangan sebilangan umat yang serba dayus dalam menyatakan kebenaran secara terbuka dan berani ...

5 comments:

Pa'chik said...

waa.. ngapdet jugak akhirnya... ekekke...

kebanyakan yang masuk islam tu... sebab kawen je... tu yang keluar balik bila dah cerai...

tapi, cam ustaz taliban tu [ustaz norazli], dia memang vokal pasal murtad... dah memang biasa keluar masuk gereja selamatkan budak-budak yang dimurtadkan... respek aaa ngan dia... berani sungguh...

orang pas sibuk nak join amnu...

akirasuri said...

Saya pun membantah pembantalan benda tu.. Padahal tak patut bantah pun.. Benda tu wajar diadakan.. Tapi alahai.. Entahlah..

izinni said...

pa'chik,
aku komen benda ni kat suami aku .. dia diam je. diam maknanya setuju la kan kan kan. hehehhe

sebenarnya ramai akar umbi dalam pas tak puas hati sekarang. yang kat atas tu macam tak nak dengar je. kalau sombong jugak .. tengok ler .. mesti jadi macam amno.

ati,
itulah .. benda macam ni patut dijelaskan sejelas-jelasnya. kenapa tutup ruang yang dibuka luas. puak yang satu lagi tu suka la .. siap ugut ISA lagi. entah la ...

Zuraini said...

Salam...

alhamdulilah dah kembali... apa khabar?

Islam itu kuat, yang rapuh tu pegangan umatnya.

Saya tak ikuti sangat ttg majlis tersebut, kebetulan kita org sibuk berkemas nak pindah ke tempat baru... jenuhlah mengemas dan masih lagi mengemas... tak siap sepenuhnya lagi pun tapi dipaksa pindah sbb nak kejar due date, mmg menguji kesabaran sungguh. Di samping tu dengan urusan family day skyt, tugas kita org cuma jaga budget jer, tp biasalah kan ramai sangat yang berminat dengan dept. ni, so ada jer yang minta tlg di dept mereka pula.

Apa yang Izinni rasa bila ada yang menyebut secara langsung sedangkan diketahui orang tersebut cukup menjaga ibadahnya, 'belum tentu bila laksanakan hukum Allah, kita akan selamat'.

irfankb said...

salam neen,
alhamdulillah sihat :)

apa yang saya rasa? Saya amat simpati pada orang tu sebab ibadahnya tidak mampu menyakinkan dia akan kekuasaan Allah. Amat2 simpati. Dia percaya Allah tapi dalam waktu yang sama meragui kekuasaan Allah. Istifar saya ...