Thursday, March 19, 2009

Bangang tak terajar! ...

Kurikulum pendidikan di sekolah tadika Islam seluruh negara akan diselaraskan dalam tempoh lima tahun ini.

Ini bagi membendung penyelewengan yang dilakukan sesetengah pihak di dalam memberikan pendidikan awal kepada anak-anak di tadika Islam terutamanya di tadika Islam swasta.

"Kita tak mahu ada agenda-agenda yang berbeza antara tadika-tadika terutamanya bila ada unsur-unsur politik ditanam di kalangan anak-anak untuk membenci kerajaan.

"Saya harap tidak akan ada lagi agenda politik dalam perkara ini dan yang penting ialah untuk mempertingkat sahsiah dan personaliti anak-anak kita."


Zahid Hamidi


1) Apa masalah dengan kurikulum tadika-tadika Islam yang ada sekarang sampai sibuk hendak dikacau ganggu?

2) Kenapa tidak masuk campur dalam kurikulum tadika biasa yang guna kaedah montessori semua tu?

3) Sistem apa yang mahu diterapkan?

4) Apa akan jadi dengan kurikulum tadika-tadika Islam seperti di PASTI, Tadika ABIM dan tadika-tadika lain yang mempunyai sistem mereka sendiri yang terbukti berkesan sehingga kini?

5) Kalau geram sebab tabika kemas bukan lagi pilihan utama ibu bapa, kenapa tidak diperbetulkan sistem itu supaya mampu berdaya saing dengan tadika-tadika yang lain?

6) Sekarang sudah banyak tadika Islam yang berprestasi sama baik dan ada yang lebih baik dari tadika swasta bukan Islam. Mereka membuat kajian dengan usaha dan modal sendiri untuk menyediakan sistem pengajaran awal yang terbaik untuk anak-anak. Ada yang menerbitkan buku dan kaedah pembelajaran sendiri yang ternyata sangat berkesan. Aku tahu sebab anak-anak aku lahir dari tadika begini. Kenapa mahu dilemahkan semangat mereka?

7) Jika benar prihatin, buat kajian dulu. Berjumpa dengan pengusaha-pengusaha tadika Islam dan 'brainstorm' sama-sama bagaimana hendak buat penyelarasan tanpa membelakangkan mereka dan mematahkan semangat mereka. Kebanyakan mereka orang-orang muda yang sedar akan kepentingan pendidikan awal Islam untuk anak-anak. Sanggup berhabisan. Sekarang mahu dikacau pula.

8) Aku pasti, jika Zahid Hamidi mahu teruskan juga dengan polisi bodoh sombong dia tanpa merujuk dulu pada yang berkenaan, tidak mustahil isu ini akan jadi seperti isu PPSMI yang dibantah rakyat sekarang. Tak percaya tengoklah nanti!

9) Tiada agenda politik? Ya right! My foot!! Sungguh laaaa buat aku caci maki awal-awal pagi ni! Bangang sungguh!!!

sumber: http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=397228

10 comments:

khairyn said...

kwang kwang kwang
zahid nak budak-budak kecik tahu eja J-A-C-K-D-A-N-I-E-L-S R-A-V-E E-C-S-T-A-C-Y bukan
A-L-L-A-H R-A-S-U-L-U-L-L-A-H A-L-Q-U-R-A-N I-S-L-A-M

Pa'chik said...

aku tak penah masuk tadika...

tapi aku dah tak suka amnu sejak dari belum pandai baca sokkabar...

takde sapa ajar pun... semulajadi tak ske... tengok madei.. terus meluat...
kikiki...

bila dah pandai baca watan... lagi lah tak ske... ekekekke...

bila dah tua nih... nyampah abisssss!!!!

Pa'chik said...

dia kan tengah kempen nak idup... lepas kes pukul orang tu... jadi makin jahat la dia neh... lepas gi aji... lagi betambah jahat... hahahah...

achik said...

"Kita tak mahu ada agenda-agenda yang berbeza antara tadika-tadika terutamanya bila ada unsur-unsur politik ditanam di kalangan anak-anak untuk membenci kerajaan."

bengongnya la..

Zuraini said...

Salam...

Pengalaman sendiri tu belum ada lagi, tapi melalui anak2 saudara & rakan sekerja tu dapat jugalah rasa, beza sungguh anak2 yang di hantar ke tabika kemas dgn tadika-tadiak Islam. Contohnya paling senanglah kan, kalau sebelum ni kita mungkin tak kisah sangat dengan doa2 harian, konon cukup setakat lafaz 'Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang', (saya tak berani nak tulis / taip sebutan tu dalam tulisan RUMI). Tapi dengan hadirnya mereka ke tadika2 Islam ni, secara tidak langsung telah membuka mata kita. Bukankah Islam tu lengkap segalanya. Apa yang puak depa tekankan di tadika2 kemas, nyanyi2, berlakon2... tu jer... Agama tidak ditekankan, tu yang bila orang non-Muslim nak guna perkataan ALLAH kita seberapa boleh nak larang, takut mengelirukan pemikiran orang Islam. ALLAH tu untuk semua, tuhan tu yang macam2 jenis... ada tuhan duit, tuhan harta, tuhan kereta dan sebagainya... Cuba tanya kat org CINA, bila berlaku sesuatu kejadian alam, mesti akan disebutkan juga 'tu Tuhan Alah punya kerjalah...'. Dia tak kan cakap tuhan tokong dia punya kerja...

Siapa mempolitikkan tadika? Dulu sekolah agama rakyat, ni sekarang tadika Islam pula jadi mangsa. Dah tak der benda lain ke dia orang ni nak buat.

Tulah kan orang kata, gi haji ada 2 jer kesannya bila pulang, sama ada akan benar2 insaf @ akan menjadi semakin lupa diri. Atau pun kerana dah banyak duit, dan fikir boleh pergi lagi, jadi tak pelah, nnt boleh pergi lagi taubat lagi... kira dah macam gi makan angin jugalah...

kingbinjai said...

betul! kita hantar ke tadika islam, pasal beringat betapa pentingnya memupuk agama sedari awal lagi. apa nak buat? kesemua menteri di malaya sangat bangang! ini sebab banyak makan rasuah!

Anonymous said...

Saya lahir keluaran tabika kemas.. Haha! :))

Anonymous said...

Alamak ter-anon plak.. Hahak!

Anonymous said...

Kalau dah dasar bebal...(sambung sendirilah).

izinni said...

ohhh terima kasih la kat korang-korang yang sudi mengomen. Minta maaf la aku tak leh nak jawab komen sorang-sorang sebab aku ni pun kat CC. hehehhee ... sesama dengan budak2 cina dok main game. hahahaha

just nak kongsi ... macam akira, aku bukan kelahiran tadika Islam. In fact, aku dihantar ke tadika yang ada unsur2 kristian. Nama tadika pun Joy kindergarten. ekekekek ... sentiasa enJOY gitu. aku gi tadika dari umur 5 tahun sebab mak kata aku dok merengek nak sekolah gak bila nengok kakak aku gi tadika. so aku tadika ala-ala 2 tahun gitu :P.

sepanjang zaman sekolah rendah, aku tak tau doa makan. bila nak makan aku baca bismillah je. kat sekolah takde ajar. masa tu takde sekolah agama petang. gi ngaji pun sekadar belajar mengaji, sedikit fekah dan tauhid, tulis jawi,solat. itu je.

masuk sekolah menengah pun aku tak reti lagi baca doa makan ni. huhuhuhu maluuuuuuu ...
tapi bila aku dah sedar diri, aku belajar sendiri. dan dek sebab tu aku TAK NAK anak-anak aku jadi macam aku ... kesian woooo .. jahil sejahilnya aku ni dulu. Alhamdulillah jadi orang gak aku.

itulah ... aku nak nengok ada tak parents yang akan bantah cadangan tak berakal ni. hmmm ....

btw ... nanti bila internet aku dah ok .. aku ektip balik ek. hehhehe