Tuesday, July 14, 2009

Berita Esok ...

Kuala Lumpur : Kemenangan tipis PAS dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan menunjukkan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap parti itu dan pakatan pembangkang semakin merudum.

Calon PAS Fauzi Abdullah hanya berjaya menang dengan 65 majoriti. Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding majoriti 1352 undi yang diperolehi Allahyarham Ismail Yaacob ketika pilihan raya umum 2008 lalu.

"Kita percaya rakyat sudah membuka mata dan melihat bahawa PAS tidak mampu memperjuangkan nasib mereka biarpun sudah bertahun-tahun memerintah negeri Kelantan," kata Ketua Parti Paling Sempurna Di Dunia Alam Semesta.

Para pemerhati politik berpendapat, pertelingkahan serta perpecahan dalam PAS jelas kelihatan dengan ketidakhadiran Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa di awal kempen.

Namun begitu, ketidakhadiran Presiden Parti Paling Sempurna Di Dunia Alam Semesta ke Manek Urai dilihat sebagai langkah bijak kerana jentera parti berkenaan di lihat berupaya menepis segala kempen-kempen parti pembangkang sehingga berjaya menidakkan majoriti yang lebih besar terhadap PAS.

"Ini satu referendum rakyat. Rakyat sudah bersuara. Ini menandakan yang Parti Paling Sempurna Di Dunia Alam Semesta masih lagi relevan dalam memperjuangkan nasib rakyat," jelas Ketua itu lagi.

Laporan oleh Si Pemberita Cabok.

13 comments:

Pa'chik said...

sila jenjalan ke blog aku weh...
rasanya... tu salah satu punca tuh... kikiki... geng yuji lawan abe uji... :P

tak mustahil la kan...

izinni said...

ko tak jemput pun aku selalu jenjalan kat blog ko la. hehehhee

dalam dunia sekarang .. takde apa yang mustahil pa'chik oiii ...

ati said...

*sedih*

Pa'chik said...

err... tu untuk entri baru... kol tiga karang baru ada kot...
kikiki...

izinni said...

akira,
awatnya sedih cheq oiii?

pa'chik,
tak yah cakap pun aku tau memang hari2 update ko pukul 3pagi. kekekekek

DeeN said...

Pokcik kan burung antu, tu pasal ske sangat updet kul 2,3,4 pagi. Hahahahaha.

Presiden parti paling sempurna di dunia alam semesta tuh awal2 lagi dah berangkat ngan wanita pertama berbaju besi pi obersea. Lepas neh jangan bawak balik h1n1 sudah ler...!

Nampak gayanya lepas neh ust Nasa kena la tolong wat jambatan kat MU tuh. Sebab amnu dah cakap awal2 lagi kalo mene jer diorang bui jambate. Hahak!

izinni said...

DeeN,
pa'chik burung antu tepat 3pagi. cuba perhati betul2 .. semua posting dia tepat pukul 3pagi. hahahaha

presiden parti paling sempurna di dunia alam semesta tu dah tau akan kalah. sebab tu tak pernah jejak pun ke manek urai. hehehhehe

pasal ust nasa ni kan ... sejak dia kena bambu tu ... rasa2 dia ada balik kawasan tak? maklumlah kawasan kat dalam negeri yang orangnya tersangatlah bengang dengan dia. hehehhee

Pa'chik said...

cakap ngan habi ko... pesan ngan tok guru tu... pokok kalau dahan naik dedalu... orang kerat dahan tuh... orang tak tunggu pokok mati baru nak cari jalan nak selamat...

cakap ngan harun din sama... rentikan la duk dengar dakyah mufti tak pandai cakap arab tuh... tu mufti melayu... bukan mufti Islam tuh...

dah aku set pukul tiga... kikiki... kadang petang tu dah siap dah tulis... kikiki...

rasanya nasa tak de pegi kot ke bachok tu...

achik said...

standard berita media perdana.. huhuhu..

izinni said...

pa'chik,
hehehee malas la aku nak cakap kat suami aku semua tu ... ekekekkee
retilah dia nak buat apa ... tak payah aku nak ngajor. hehhehee

abih macamana dia berkhidmat kepada rakyat kat kawasan kalau tak turun? guna jet peribadi jatuhkan duit ke? heheheheh

achik,
gitulah dia ... sampai budak sekolah pun agak esok keluar berita macamana. hehehehe

Rozita said...

janji menang..

Rozita said...

"Presiden parti paling sempurna di dunia alam semesta ngan wanita pertama berbaju besi"

ahahahha aku amat suka ngan versi ini.
pandai la korang..tabek spring la

Pa'chik said...

nak kira hapa...
haji hadi penah kalah kat kubu kuat dia sendiri
tak letak jawatan pun.. .hahaha...