Wednesday, July 08, 2009

Dua lelaki ...

Abang Jem

Aku jarang dengar radio. Satu-satunya masa aku dengar radio ialah bila aku masuk kereta. Di rumah ada radio jam kecil yang aku dapat sebagai hadiah perkahwinan. Radio yang sangat-sangat jarang dibuka dan didengar.

Jadi bila aku buka radio dalam kereta, saluran yang mesti aku dengar adalah Sinar FM. Orang kata saluran radio tu untuk orang-orang berumur sebab banyak lagu-lagu retro. Ada juga lagu-lagu baru tapi majoritinya lagu lama la kan. Tapi aku suka. Lantaklah apa orang nak kata. hehehehhe

Salah satu sebab aku suka ialah sebab ada ABANG JEM @ Salleh Yaacob. Dia bisa sahaja membuat aku tersenyum dan tertawa dengan keletahnya. Pagi tadi, sekali lagi dia buat aku ketawa besar.

Ada seorang pendengar menelefon. Lelaki. Sudah berkahwin. Seorang isteri. Dua orang anak perempuan. Dia mengadu dengan Abang Jem. Katanya bertahun-tahun dia kawin, semua kerja rumah dia kena buat. Pagi siapkan anak-anak, bagi makan sebelum pergi kerja sebab isterinya keluar awal dari dia. Bila balik kerja pulak, dia kena buat semua kerja rumah lagi. Alasan isteri dia tak buat kerja-kerja mengemas segala tu .. PENAT. Jadi, ini lelaki sudah bosan dan bengang. Dia rancang nak kawin satu lagi. Dia mahu nasihat dari Abang Jem pasal nak kawin satu lagi ni. Maklumlah Abang Jem kan banyak cawangan. hehehhehe

Penuh selamba Abang Jem dengan suara lembut meleweh dia tu kata,"Awak sorang isteri pun kena buli, kalau dua isteri lagi la teruk kena buli."

hahahahhahahahahaha ...ketawa besor aku!

So, kesimpulannya kalau sorang isteri pun tak boleh nak handle dan kemudi, baik tak payah berangan nak beristeri lebih yaaaa ... for the master has spoken!

Mesti bengang lelaki tu. Niat hati nak dapatkan sokongan orang yang ada pengalaman beristeri lebih dari satu, tapi kena tempelak baik punya. hahahahahaha

Jacko

Dari dulu sampai sekarang, tiap kali aku dengar lagu "Heal the World" MJ, air mata aku mesti tergenang. Entah kenapa? Ni dia dah takde, lagilah terkesan bila dengar lagu tu.

Ya ya .. aku minat Jacko. Cuma I never made it known to people, even my to own husband. So, when my son asked what I feel when I heard the news of his demise, I told him that I was shocked and sad. He was taken aback, naturally ... because I rarely shown my interest in music when I'm at home, with them. I listened to nasyeed and old songs, that's all. Contemporary music and songs rarely catch my attention unless the really melodious ones with good lyrics.

So I told Irfan that I like Jacko's music. His songs has good and meaningful lyrics. So I told him that it is alright to listen and appreciate good music. Cuma jangan sampai lalai.

Aku sedih sebenarnya nengok memorial service Jacko. Seksanya mayat dia diperlakukan begitu.

Oh ya ... khairyn merasa jugak nengok konsert Jacko masa dia datang sini dulu walaupun duduk nun jauh hujung Stadium. Beratur panjang kat Concorde Hotel dengan Marina kan kan kan? heheheh

Aku? Aku tengah kemaruk keje kot masa tu. hehehhee ... maklumlah orang baru kerja, fulus kurang. Berapa ek tiket konsert tu, khairyn?? hehhehe

7 comments:

Pa'chik said...

aku dengar kat tenet pagi tadi... memang siut je la laki tu kena... kikiki... :P

laki tu patut carik orang gaji.. bukan carik bini... kikiki... :P

Zuraini said...

Salam...

apalah lelaki tu kan, org nak selesaikan masalah... ni lagi nak cari masalah... kira Abg Jem tu jwab dari pengalaman dialah kan...

Rozita said...

hahhah tergelak dgr komen dr abang jem tu..
tp, ada betul nya

izinni said...

pa'chik,
ko dengar gak ek.hehehehe
aku gelak besar sungguh dalam keta. selamba badak je dia kenakan lelaki tu.

tu la .. lelaki tu bongok. dia ingat kawin satu lagi selesai masalah ke?
dah tak larat nak buat semua tu .. bini pun tak larat ... cariklah orang gaji. itu pun tak leh fikir.

tapi elok gak dia call ... kalau tak idak ler ada hiburan kaw2 utk aku pagi tadi. hehehehe

neen,
salam kembali.
abang jem tu jangan memain neen. nampak je lawak2 bodoh tu tapi ilmu banyak. kalau tak idak ler dia berani kawin 3. anak je dah 11. kalau bandingkan dia dengan ust rebonding tu ... lagi respek 10 kali kat abang jem ni. hehhehe

ree,
lawak dia tikam dalam wooo ... hehehhee

Zuraini said...

Salam...

tul lah dari ust rebonding tu baiklah Abg Jem tu... salah satu cara berdakwah... lawak tu tak salah asalkan jgn keterlaluan... kalau berdakwah serious sangat pun org susah nak terima ... tak perlu naik pentas sana pentas sini... akhirnya tah apa2... psl uts tu tah kenapa dari awal kemunculannya mmg tak berapa nak ikuti sgt... cam tak kena jer...

DeeN said...

Hahahahaa... kan dah kene sebijik. Mujur dia call, kalo face to face mau lepas tuh dia wat plastic surgery kat muka dia.

kalo MJ saya minat sebab tarian moonwalk dia tuh. Sapa la leh lawan dia kan.. ;)

izinni said...

DeeN,
bukan takat plastik surgery muka ... kena modify peti suara sekali. hahaha

MJ ... sapa pun tak boleh lawan moonwalk MJ. ingat lagi masa film moonwalker dia keluar. sanggup tu simpan duit belanja nak gi nengok kat panggung state PJ dengan kakak. pastu sanggup menapak dari rumah kat kg penaga, jalan klang lama ke sungai way semata2 nak naik bas gi PJ. nostalgia sungguh.