Friday, April 06, 2007

Api

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur.

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Di
Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei,
Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

---------------------------------------------------------

Kenapa aku berkisah tentang tragedi 13 Mei? Sebabnya mungkin ramai tidak tahu punca kepada peristiwa hitam itu adalah kerana parti Gerakan yang dimasa itu adalah sebuah parti pembangkang. Kini Gerakan adalah salah satu parti komponan terpenting dalam Barisan Nasional.

Peristiwa 13 Mei hanya berlaku di KL dan Selangor. Negeri-negeri lain seperti di Kelantan dimana PAS besar tidak terkena tempiasnya.

Seminggu ini, parti Gerakan yang kini sebuah parti kerajaan lagi sekali membuat onar. Cuba bermain api perkauman dan sentimen agama. Sedang bermain api dengan cuba mencari kemarahan umat Islam. Kurang ajar! Semburan air liur Lim Keng Yaik tiap kali bercakap pun tidak akan mampu memadamkan api perkauman ini.

Aku tidak mahu buat sebarang spekulasi negatif. Cukup untuk mengingatkan agar sejarah hitam itu tidak berulang lagi. Jangan kerana Gerakan kini sebuah parti kerajaan, ia berpendapat sudah mendapat lesen untuk berkata yang tidak sepatutnya.

Tidak juga aku bermaksud jika parti pembangkang menang besar, akan terjadi satu lagi rusuhan kaum, kerana itu yang sering dikias orang-orang berkeris bersongkok tinggi berfikiran cetek.

Nota kecik-kenot: Untuk baca keseluruhan artikel ni ... pergi ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

Thursday, April 05, 2007

Tak suka

aku tak suka tingkap haloscan!!
dah banyak kali aku tinggal komen kat tingkap tu tapi hilang. tingkap tu macam batu belah batu bertangkup, suka makan komen aku. aku tau la komen aku sedap, cukup perisa dan rasa, tapi janganlah asyik makan komen aku je.
aku dah penat masak, bila aku titip kat tingkap, tingkap tu kata"DONE", tapi terus putih takde apa yang keluar.
orang lain mungkin takde masalah ni tapi aku selalu kena. aku tak suka sungguh tingkap haloscan tu.

disebabkan tingkap tu jugak, umah yang aku pegi asyik banjir je. bukan sikit-sikit, tinggal cucur atap je. bahagian lain umah abih tenggelam. pastu pintu nak ke tingkap tu pun sama hilang. abih camana aku nak titipkan komen aku yang sedap tu pada tuan rumah?

aku dah tutup si peneroka, pastu bukak si musang api ... pastu masuk balik umah-umah yang ada tingkap haloscan ni... tetap banjir jugak. Arrghhhhhh .... tak suka tingkap haloscan!

Nota kecik-kenot : pa'chik, king .. tukor tingkap la. tensen aku! penat taip komen! sampai terpaksa buat entri. nanti aku majuk gi umah korang. huhuhuhuhu ...

Wednesday, April 04, 2007

BODOH!

i saw this interesting footage at marina mahathir's blog and found it soooo funny. Nak share dengan korang semua. Moh gelakkan orang amerika! hahahahhaha



Nota kecik-kenot: hari ni kurang mood dan masa untuk menulis. banyak kerja :)

Tuesday, April 03, 2007

Meeting Barata

Selepas hampir 3 bulan tidak keluar membuat tugasan, hari ini 2/4/07, aku kembali ke lapangan. Jam 2.30 petang aku dijadualkan menemuramah Duta Cuba ke Malaysia, Pedro Monzon Barata. Beberapa jam sebelum ke kediaman rasmi Batara di Jalan Semarak, aku buat sedikit ulangkaji. Ya. Ulangkaji memang amat penting. Tanpa ulangkaji maknanya aku bakal memperbodohkan diri sendiri nanti. Aku cari segalanya tentang negara sosialis itu. Baca tentang Fidel Castro, terutama tentang hubungan "cinta" negara itu dengan Amerika Syarikat. Paling utama, aku mahu tahu kisah disebalik Teluk Guantanamo. Aku cari gambar teluk itu. Memang sangat indah dan yang paling penting, lokasinya amat strategik dari segi pertahanan.


Setiap kali kisah tentang tahanan tanpa bicara serta kekejaman tentera Amerika Syarikat terhadap ratusan tahanan terutama tahanan Muslim di Teluk Guantanamo dipaparkan di media, setiap kali itulah aku tertanya-tanya kenapa kem tentera laut Amerika ada disana. Lebih-lebih lagi sekarang 2 warga Malaysia telah ditahan di Penjara Guantanamo atas tuduhan terbabit keganasan pengeboman. Apa nasib mereka? Apa pula tindakan kerajaan? Dibiarkan sahaja hanya kerana AS kata mereka pengganas?
Satu dunia tahu Cuba dan Amerika Syarikat tidak pernah sebulu dalam apa jua perkara. Fidel Castro simply hates the U.S.A and vice versa, ever since Castro took power in 1959.

Apa status Teluk Guantanamo? Jika ianya hak Amerika Syarikat, mengapa masih digelar Teluk Guantanamo, Cuba bukan Teluk Guantanamo, Amerika Syarikat? Macam-macam persoalan berlegar di kepala. Dari pembacaan, aku tahu kenapa tapi aku mahu dengar dari Duta negara itu sendiri.

2.15 petang aku tiba dihadapan kediaman Mr Barata. It was an old mansion set among lush greenery. Senyap, tenang .. seakan-akan di pinggir sebuah desa yang nyaman. Who would have thought the white painted bungalow was just a stone's throw away from the heart of Kuala Lumpur. Myself and the cameraman were warmly greeted and invited in by the ambassador's house manager, Lucy. A Filipino lady with a very pleasant smile and nice accent. She reminds me of Philipines' telenovela actresses. We were ushered in and were asked to wait as the ambassador was on his way from his office. He had decided to have the interview at the residence rather than the office as, according to Barata, "it would be more comfortable and cozy." The interior decor was simple but nice. No big chandelier, no expensive looking furnitures. Just a set of sette, a couple of arm chairs and sofa. What interest and impressed me most was the paintings. Paintings from Cuba (as was told to me by Barata) lined up the walls beautifully. How I wish I had the money to purchase at least one good painting ....

We were offered drinks. I asked for warm water as I was not feeling quite well. Lucy also served us cookies, too.

Mr Barata arrived just 5 minutes after we sat down. Tall, curly brown with a dash of white hair here and there. Mancung sungguh hidungnya boleh disangkut hanger. Berkaca mata orangnya. There was no air about him. Wide smile, friendly. I found to be at ease talking with him. His accent .... waaaaa ... macam dengar pelakon Latin Amerika bercakap. Pekat abis accent dia ... hhahhaha


While I'm on the job, I'd usually cut down on the small talks. I like to get straight to work. The interview session lasted for more than one-and-a-half hour. My left hand was a bit shaky while holding the mic. Mana taknya ... sejuk weiii! Air-cond betul-betul kat atas kepala. Cuaca pulak mendung. Mr Barata tu relax je. Pakai kot .. memang ler tak rasa sejuk.

Misi aku untuk tahu tentang Guantanamo sudah selesai. Aku berpuas hati. Sebelum pulang ke pejabat, aku bersembang sekejap dengan Mr Barata. Berkenaan Cuba, Fidel, demokrasi, pendidikan, pilihanraya dan beberapa perkara. Banyak perkara menarik yang aku belajar. Aku akan berkongsi kisahnya nanti.

Nota kecik-kenot: Harapan aku untuk balik bertugas di lapangan rupanya terbantut. Big boss buat keputusan untuk kekalkan aku dengan apa yang aku buat sekarang, which is maning the desk. Cuma sekali sekala aku akan keluar membuat tugasan jika keadaan memerlukan. Z, who start work today after 2 months maternity leave will be given a new job scope to prepare for the election. Mula-mula tu kiciwa gak .. tapi seronok bila fikir duit minyak dan parking tak banyak abis. hehehheheh ... YIIEEHAAAA!!!!

Nota enot-enot: Font text utama aku perbesarkan bermula dengan entry ni untuk memudahkan korang-korang yang kurang daya penglihatan untuk membaca tanpa perlu mengecilkan lagi mata yang dah kecil. :D

Sunday, April 01, 2007

Kerabat dan biri-biri

ADUAN SAYA YANG INGIN SAYA BUAT DI BUKIT AMAN SEMASA MEMBUAT REPOT ANAK SAYA TELAH DIBERITAHU OLEH C/INSP MARINA UNTUK MEMBUATNYA DI MANA-MANA BALAI ATAU DI JOHOR BAHRU. SELEPAS SELESAI SIASATAN DI BUKIT AMAN PADA 14/3/2007 SAYA MENINGGALKAN ISTERI DAN KELUARGA SAYA DI KUALA LUMPUR DAN SAYA PULANG KE JOHOR BAHRU UNTUK MEMBUAT ADUAN. PADA 15/3/2007 SAYA MEMBUAT PANGGILAN KEPADA ASP MAZLAN UNTUK MEMBUAT ADUAN TETAPI BELIAU MEMBERITAHU SAYA DIA BERADA DI LUAR KAWASAN DAN AKAN MENGHUBUNGI SAYA SEMULA. PADA 15/3/2007 SAYA MASIH MENUNGGU DAN TELAH SMS BELIAU BAGI TUJUAN REPOT SAYA, DAN SAYA PERGI KE IPK JAM LEBIH KURANG 2.20 PETANG HINGGA 3.15 PETANG TETAPI TIDAK ADA DI PEJABAT DAN SAYA TERUS KE BALAI POLIS JOHOR BAHRU.


SAYA MOHD YASIN BIN MOHD YUSOF, BAPA KEPADA ANAK (P) SAYA NAMA YASMIN BINTI MOHD YASIN TIDAK TERIMA DAN KECEWA DIATAS TINDAKAN TENGKU MAHKOTA JOHOR MEMUKUL ANAK PEREMPUAN SAYA. MENGIKUT LAPORAN KES ANAK SAYA DAN UGUTAN YANG DITERIMA OLEH ANAK SAYA DAN KELUARGA SAYA YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU. SEKIRANYA BERLAKU APA-APA TERHADAP SAYA DAN KELUARGA SAYA, TENGKU MAHKOTA JOHOR AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA. SEKIAN LAPORAN SAYA.
---------------------------------------------------------------------------------

Samada benar atau tidak tuduhan yang dibuat oleh bapa kepada perempuan yang didakwa dipukul Tengku Mahkota Johor ni, aku tak mahu nak ulas. Polis sepatutnya menyiasat tanpa prejudis walaupun pelakunya seorang yang bakal menduduki takhta negeri Johor.


What's happening with this country? The royals are a big mess who thinks they are all above the law, though not all. The ones with powers are pathetic-power-crazy bunch of losers. Arrghhhh ... menci tau! (pinjam ek akira. heheheh)

Aku nak migrate pi New Zealand, buleh tak? Bela biri-biri. Sembelih biri-biri. Bogelkan biri-biri. Pastu,
berlari-lari bersama anak-anak di padang kehijauan sambil mengembala ratusan bebiri comel berbulu putih lebat. Rumah ala cottage lengkap dengan kemudahan memasak yang moden, itu sudah semestinya. Setiap pagi minum susu kambing atau lembu segar. Hari-hari dapat makan steak kambing, lamb chop, stew kambing, rendang kambing, gulai kari kambing, masak lemak cili padi kambing, masak kicap lada hitam kambing, asam pedas kambing, masak tempoyak kambing, masak merah kambing, kambing panggang .. ahhh nikmatnya. Oppsss .. tidak boleh terlalu selalu. Bakal menjadi pencinta hospital nanti.

Diwaktu petang boleh mengutip pelbagai jenis beri untuk dibuat jem segar, dimakan dengan roti bakar yang dibuat sendiri setiap hari. Berkelah di tepian sungai yang jernih. Ya. Sungai-sungai di New Zealand adalah yang terbersih di dunia.







Di musim bunga, alangkah indahnya. Wangian bunga-bungaan tersebar ke serata pelusuk rumah dan laman. Belum lagi waktu putih salju turun. Anak-anak pasti yang paling gembira bermain salji tatkala ibu dan ayah duduk menghirup coklat panas di beranda rumah.

Boleh jugak berjalan-jalan menjelajah hutan-hutannya yang menghijau. Hmmm ke Matamata, melihat sendiri dimana hobbit-hobbit pernah berkampung dan ke lokasi-lokasi indah lain dimana jejaka-jejaka dari bawah bumi berkeliaran mencari cincin yang hilang.

Errr ada sesiapa nak jadi tukang sembelih kambing biri-biri? Boleh ler join sekali.

Ahhhhh .. indahnya angan-angan itu. (khairyn ... bila laa angan-angan aku yang satu ni nak jadi realiti ek? hehehhehe)


Nota kecik-kenot : Laporan polis tu dipetik dari laman rocky's bru. Kisah ni paling hangat di pasaran blogosphere. Kalah kisah filem.
How the crown prince abused the woman who is his mistress for having a illicit affair with a married policeman. How the crown prince gave out instruction for the policeman to be transferred to Sarawak to do desk job. How the mistress found it difficult to lodge police reports in any police stations in Johor and had to go to Bukit Aman to do so. How the family is now under threat, forcing the father to lodge another police report fearing for his family safety. How? How? How?
How far is the truth? We can just wait and see.
I just pity the wife. Such a lovely, cultured, compassionate and caring princess. Macamana laaa buleh dapat laki samseng. Adehhh ....

Nisaa' Az-Zahraa


Begitu cepat masa berlalu
12 bulan hilang begitu sahaja

tapak kakimu dulu
hanya sebesar dua jari ibu
tanganmu sayang sering mengenggam erat
tidak ingin melepaskan jari ibu

jalanmu kini makin tegap
kau sudah berani berlari
kau sudah yakin memanjat
kau sudah pandai menyebut "Ya! Auwaahh"

tiada apa yang kau mahukan
kau cuma mahu ibu
kau mahu ibu sentiasa ada
bermain, bermanja

hari ini usiamu genap setahun
ibu terasa kehilangan
hari-hari yang semakin jauh
tidak bisa ibu kutip semula

jadilah kau anak yang baik
jadilah kau anak yang ingat Tuhanmu
jadilah kau anak yang tertib
jadilah kau anak yang manis

Nisaa' Az-Zahraa
seri wajahmu cerah
indah senyumanmu mesra
besarlah sayang
kutiplah ilmu
simpanlah permata ilmu itu
demi masa depanmu


Nota kecik-kenot: Nisaa' Az-Zahraa lahir pada 1 April, 2006 jam 6.37pm di Hospital Serdang, UPM, Selangor.

WASIAT


Belum terlambat rasanya untuk ucapkan Salam Maulidur Rasul pada semua. Jom hayati wasiat terakhir baginda kepada ummatnya, yakni kita semua di dalam Khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijriah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Nota kecik-kenot: Sumber : wikipedia