Nisaa' Az-Zahraa
Begitu cepat masa berlalu
12 bulan hilang begitu sahaja
tapak kakimu dulu
hanya sebesar dua jari ibu
tanganmu sayang sering mengenggam erat
tidak ingin melepaskan jari ibu
jalanmu kini makin tegap
kau sudah berani berlari
kau sudah yakin memanjat
kau sudah pandai menyebut "Ya! Auwaahh"
tiada apa yang kau mahukan
kau cuma mahu ibu
kau mahu ibu sentiasa ada
bermain, bermanja
hari ini usiamu genap setahun
ibu terasa kehilangan
hari-hari yang semakin jauh
tidak bisa ibu kutip semula
jadilah kau anak yang baik
jadilah kau anak yang ingat Tuhanmu
jadilah kau anak yang tertib
jadilah kau anak yang manis
Nisaa' Az-Zahraa
seri wajahmu cerah
indah senyumanmu mesra
besarlah sayang
kutiplah ilmu
simpanlah permata ilmu itu
demi masa depanmu
Nota kecik-kenot: Nisaa' Az-Zahraa lahir pada 1 April, 2006 jam 6.37pm di Hospital Serdang, UPM, Selangor.
12 bulan hilang begitu sahaja
tapak kakimu dulu
hanya sebesar dua jari ibu
tanganmu sayang sering mengenggam erat
tidak ingin melepaskan jari ibu
jalanmu kini makin tegap
kau sudah berani berlari
kau sudah yakin memanjat
kau sudah pandai menyebut "Ya! Auwaahh"
tiada apa yang kau mahukan
kau cuma mahu ibu
kau mahu ibu sentiasa ada
bermain, bermanja
hari ini usiamu genap setahun
ibu terasa kehilangan
hari-hari yang semakin jauh
tidak bisa ibu kutip semula
jadilah kau anak yang baik
jadilah kau anak yang ingat Tuhanmu
jadilah kau anak yang tertib
jadilah kau anak yang manis
Nisaa' Az-Zahraa
seri wajahmu cerah
indah senyumanmu mesra
besarlah sayang
kutiplah ilmu
simpanlah permata ilmu itu
demi masa depanmu
Nota kecik-kenot: Nisaa' Az-Zahraa lahir pada 1 April, 2006 jam 6.37pm di Hospital Serdang, UPM, Selangor.
17 comments:
selamat hari lahir buat anak kau. semuga lekas besarnya (nanti kau rasa lekas tua juga.. haha).
semuga dilindungi Allah dari gejala-gejala buruk yang melanda negara kita ni. amiin.
Assalamualaikum,
Dari dulu saya kagum dengan ketepatan saudara update blog ini. sentiasa ada entry baru untuk khalayak internet.
Tetapi saya hairan kenapa saudara hanya aktif di blog dan wt8? Setahu saya saudara adalah KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR.
Untuk pengetahuan saudara, BUKAN semua rakyat selangor yang mengikuti perkembangan serta kempen saudara melalui blog dan wt8. Masih ramai penyokong PAS di Selangor yang tiada access internet terutamanya di kawasan pendalaman.
Blog dan webtv sesuai untuk khalayak di lembah klang tapi bagaimana dengan khalayak di alam realiti?
Saya pasti tidak ramai yang tahu saudara KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR. Adakah saudara akan berhujah dan berkempen ketika pilihanraya umum nanti melalui blog dan webtv sahaja?
Turunlah padang. Jumpa sendiri orang-orang diluar sana. Ini masanya PAS Selangor membuat perubahan dan saudara salah seorang yang sepatutnya berbuat ke arah itu.
Rakyat selangor mahukan perubahan dan tindakan. Mereka mahu orang yang betul2 prihatin dan turun padang mendekati mereka secara realiti, bukan di alam maya.
Jika saudara Ketua penerangan kawasan N32, bukan KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR, tidak mengapa saudara aktif di alam maya.
Tapi saudara perlu ingat, bukan semua warga N32 membaca atau mengikuti blog serta webtv.
Maaf jika komen ini sedikit keras. Saya sebagai anak selangor mahukan perubahan dan yakin PAS boleh melakukannya. Tetapi jika seorang pemimpin didalam PAS sendiri tidak mahu mendekati rakyat, saya bimbang harapan saya akan sia-sia.
TURUN dan TUNJUKKAN diri saudara di alam nyata.
ALLAHUAKBAR!
bukan orang selangor... haha..
salam izinni,
Selamat ulang tahun yang pertama untuk NISAA' AZ-ZAHRAA.
Nisa ku yang lebih setahun juga tak selesai lagi huwaaaaaa!
selamat hari ulang tahun Nisaa' Az-Zahraa. Semoga sentiasa dilimpahi rahmatNya.
ada jamu ke hari ni?
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Nisaa' Az-Zahraa
Allah selamatkan kamu
aku rasa la kan, ada betina tak puas hati projek dia kena gantung, atau tak leh projek. tu sebab nak marah sangat.
err.. banjir kat sah alam tu, pasal lojing dah gondol juga...
Selamat Hari lahir buat anakmu !!
semoga menjejak besar penuh ilmu dan bertapak nanti di dunia berpandukan cahaya Tuhanmu:)
sebenarnya saya teruja dengan cerita pa'chik...
Allahu Akbar
pa'chik,
terima kasih atas doa untuk nisaa'. aku suruh nisaa' doakan korang semua yang baik2 je. doa anak kecil kan ke makbul :)
ko tengah boring ek pa'chik? ekekekeke ..
nanti nisaa' dah besor, aku suruh dia baca blog ni, baca komen2 atuk2 dan nenek2 kat sini! hahahhaha ...
uiksss anak sapa tu yang komen tu? isyyy tak patut betui kan ... :P
khairyn,
she's the most happy today. keletah. buat aku malas nak keje je esok.
i'm waiting for the birth of YOUR nisa'. bila la ek ...
accia,
tak buat jamu apa2 pun. jarang celebrate ... tak nak anak2 terbiasa. just buat a small chocolate cake kukus untuk anak2 makan je. abang2 dan kakak nisaa' buatkan birthday cards untuk dia. siap balut dgn plastik .. kata depa simpan sampai nisaa' dah boleh baca :)
so'od,
aku bayangkan hang nyanyi nih! macam haji bakhil .. hahahahha
thanks bro :)
pa'chik,
ko sembelih je ayam tu. hehehhe .. btw abe dia dah titah dah tu suruh kerajaan negeri cari sumber pendapatan lain. hahahhaha ... sebab sumber pendapatan lojing mini dia nak bolot. hahahha :P
oppss lupa .. pa'chik .. banjir kat shah alam tu dah dekat benor ngan umah aku. kalau malam ni hujan, jawabnya jalan batu 3 tu jam teruk .. lewatlah anak2 aku sampai sekolah.. adehhhh ...
bayu,
terima kasih atas doa untuk widad kami sekeluarga :)
teruja ek? ekekekeke ... nanti kena daulat!
Percazyalah... 10 20 tahun lagi, buk izzi akan kata benda yang sama... Percayalahhh
Selamat hari lahir untuk Nisaa'.Semoga sentiasa diberkatiNya.
selamat hari lahir untuk anakmu.
moga dia jadi insan solehah :)
oh... selamat hari lahir untuk Nisaa' Az-zahra, maaf lewat bagi ucapan.
Uncle Mudin terlepas entri ini... hahaha!
zwit, akira san : terima kasih diucapkan bagi pihak nisaa'. Amin.
tak pe uncle najmudin .. nanti akan sampaikan ucap selamat pada nisaa' az-zahraa :)
Post a Comment