Monday, April 16, 2007

Tempoyak

Selemah mana pun seorang wanita, dia tidak akan dijatuhkan kerana berputus asa. Dorongan dan keinginan untuk terus hidup, boleh mengubah selemah-lemah wanita menjadi seorang yang paling kuat dalam dunia.

Ya. Nurzaidah Fitriah Suziyanti sudah kembali ceria, ketawa, bergurau senda. Katanya cukuplah masa seminggu untuk dia menangisi takdirnya. Dia tidak mahu lagi menjadi seorang manusia yang menangis kerana nasib.

"That's definitely not you, Zy. The Indon woman I've known is a strong person. The Suzy I've known is a person who fight back. If you continue crying like last week, you know I will be the first person to come scolding coz I'm good at scolding and putting senses back into people's head. You need the strenght to fight your illness. Crying definitely won't help at all."

"Ya. I know that. That's what I told myself. Stop self pitying or Has would start scolding. HAHAHAHAHAA ...."
Alahaiiii .. senang hati dengar dia ketawa :)

Kini, dia kembali seperti sediakala. Dia Nurzaidah Fitriah Suziyanti @ Suzy yang dulu. Seorang ibu yang kuat, penyayang dan rakan yang baik, kuat ketawa. Sebenarnya dia takut aku marah dia tu. ekekekekeke

Telah kusampaikan ucapan dan doa kalian semua kepadanya. Dia yakin, berkat doa kalian, keluarga dan rakan-rakan telah menyuntik kembali semangat dan kekuatan untuknya terus hidup dan berjuang melawan penyakit.

InsyaAllah, hari ni genap kandungannya 6 bulan. Suzy dan Amin tekad untuk meneruskan kandungan itu sampai bulan ke-7. InsyaAllah, jika kandungan darah putihnya stabil, dia akan dibenarkan pulang hari ini dan berehat dirumah.


"Has, the next time you came, bring masak tempoyak daun kayu along ek." Chet!! ada hati lagi nak makan tempoyak ...

hmmmmm tuan doktor so'od ... 'Moi' tempoyak dia buleh makan tak? ekekekke ...




Nota kecik-kenot: Lepas ni aku boleh tuntut pecal power dari dia .. hahahhahaha

14 comments:

izinni said...

TERIMA KASIH SEMUA .. AKU SAYANGGGGGGGG KORANG! hahahahhaha

Unknown said...

Alhamdulillah.
saya pun sayang kamu jugak..hehe.

Anonymous said...

uih... aku tak makan tempoyak...pantang!

izinni said...

zwit,
"sayang menyayang .. cinta dikenang .. perasaan menjadi rinduuuuuu .. ooooooo .. lihatlahh diriku yang kehilangannnn .. tanpa kasihmu sayanggg .. siapalaaah akuuuuu" HAHAHHAHAHAHAH

najmudin.
lorrr rugi hang tak makan tempoyak. tempoyak makanan paling syioookkk dalam dunia tau! ehehhehe

INDERA KENCANA said...

Terharu mendengar dia inginkan masak tempoyak. Semoga dia terus ceria. Izinni, sampaikan padanya... Tentang ajal dan penyakit itu semuanya ketentuan ilahi. Kita tidak tahu, mungkin dia mengandungkan bayi yang sihat. Doa saya sentiasa mengiringinya walau saya tidak mengenalinya. Semoga Allah memanjangkan usia Suzy dan bayinya itu.

izinni said...

indera,
AMIN. Suzy pasti berterima kasih akan doa indera tu :) InsyaAllah akan saya sampaikan.

achik said...

Saya pun mendoakan yg terbaik utk kedua2nya...

Saya dulu masa tak boleh makan durian langsung... tempoyak boleh la pulak... skang ni dua2 bleh makan tapi kureng suka la... ;p

LadyTiz said...

walaupn gambar tempoyak yg kuning keemasan itu amat mengujakan.. tetap x ske.. hehehe...

Sampaikn salam pd suzi...
saspek la org yg tabah...
chaiyok!!!!

Pa'chik said...

aku tak doyan duren...
ada jugak kawan aku makan tempoyak dengan budu...

ada resepi gulai tempoyak ikan patin dak? hehe... mintak ye ye.. buatnya tidak... mikari tu belum buat lagi...
pisbol pun belum...

err... semuga Nurzaidah Fitriah Suziyanti akan terus ceria, dan bahagia... amiin..

izinni said...

achik,
biasalah setiap orang ada citarasa sendiri. macam aku cencalok tak boleh nak masuk ...tak tau pulak kenapa. belacan laju je .. padahal ramuan cencalok ngan belacan sama je .. udang geragau.

tyrex,
insyaAllah salam akan dilayangkan pada suzy :)
errr ... kalau tak suka tempoyak macamana nak jamu doktor so'od nanti? ekekkeke

pa'chik,
errkkk ... budu yang masin makan dengan tempoyak yang masam manis. adehhhh ... tak mabuk ke kawan ko tu?
resipi tu ada .. tapi macam ko cakap tu laa .. aku ni layan ko nak resipi apa pun tapi last2 ko tak masak pun. nyampah!

untuk pengetahuan ko ... nama nurzaidah je rasmi tercatit dalam ic suzy tu. fitriah suziyanti tu nama tak sempat taruk! ehhehehe .. orang indon kan ke suka nama pepanjang ni.

so'od said...

aku telah diumpan dgn tempoyak utk melepak di rumah puan reporter neh.. hahah..

utk suzy, bagi je dia makan apa2 yg dia nak, yg dia suka.. sbb kepentingan dia skrg utk baby tu.. lps tu biar doc settlekan..

hahah.. sah2 kena pantang nanti.. ber'moi' sajela..

izinni said...

baik tuan doktor! huhuhuhuhu ... free consultation ni kan? kan?kan?! kekekekek ...

Pa'chik said...

ala.. bagi je, kalau aku tak buat pun, orang lain buat... hehe..

MakcikMuda said...

kak izinni,dgn doc sood tuh xdenyer pree...

nasehat camtu kene bayar rm12.78.....:))

moge kak suzy trus tabah...:)

sentiase doakan die...:D