Thursday, April 12, 2007

Suzy

Pagi yang agak sibuk. Ya. Macam selalu. Semua suratkhabar didepan mata dah habis diteroka dan digunting. Ya. Aku dah seperti bos aku yang dulu. OOhhhh tidakkkkkk .....cuma aku tidak mencarut atau menjerit. Lebih kepada memerli dan melaser ....

Masuk je ofis terus tangan mencapai longgokan akhbar bahasa Melayu dan Inggeris. Suratkhabar bahasa Cina aku campak atas meja staff yang mengaji di Beijing ambil jurusan bahasa mandarin. "Kalau dia tak baca gak dan tak brief aku apa yang dia baca ... saja nak cari nahas lagi," kata hati kecil. Ya. Staff yang sememangnya fasih berbahasa Mandarin ni jarang membaca akhbar yang dilanggan semata-mata kerana dia. Katanya dia tak faham bahasa Mandarin orang cina Malaysia. Pada aku, dia faham atau tidak, bukan alasan untuk tidak baca dan bagitau aku apa yang dia baca. Titik. Noktah.

Selesai baca suratkhabar realiti, aku beralih ke berita di alam maya. Sekejap-kejap alat pencetak disebelah memuntahkan artikel yang aku perlukan. Staff sorang-sorang masuk. Semua menanti kerja untuk hari baru.

Tugasan diberi. Soalan apa yang perlu ditanya turut diberi. Kemudian periksa email. Banyak skrip yang perlu dibersihkan. Sesungguhnya tahap kekotoran pada setiap satu skrip amatlah memerlukan peluntur yang kuat. Bermulalah kerja-kerja pembersihan dan mencantikkan yang jelik. Ya. Aku juga seorang pencuci.

Ekekekkek Ekekekkeke Ekkekekeke

Suara si kecil sudah berbunyi bergelak ketawa. Ya. Itu nada dering telefon mudah alih. Suara kanak-kanak comel ketawa.

"Suzy .... calling"

Dah lama tidak ku hubungi kawan yang seorang ni. Dia teman sekolah di menara atas bukit tu. Dia belajar perhubungan awam tapi kini jadi pensyarah kolej swasta. Pernah jadi wartawan sekejap sebelum berhenti kerana peristiwa yang tidak sepatutnya terjadi.

Kali terakhir kami bersms ketika aku sedang melihat kumpulan BoyzIIMen ditemuramah Harith Iskander dalam rancangannya. Aku tahu Suzy gilakan lagu-lagu kumpulan tu. Jadi aku sms suruh dia tengok rancangan tu.

Aku: Hei! Sihat?
Suzy: Ko sihat?
Aku: Boleh laa .. Actually I'm aching all over. hehehhehe
Suzy: Jaga diri ko Has.
Aku: Will do. How about you? You sounds not well.
Suzy: Has ..... aku tak tau nak cakap macamana ni
Aku: Zy .. was it the baby? (dia mengandung 5 bulan)
Suzy: No and Yes.
Aku: What's wrong? You can tell me ...
Suzy: Has ... Aku sakit. Dah 9 hari kat hospital.
Aku: Sakit apa? Mabuk ko teruk lagi ke?
Suzy: Has ... Aku sakit. I got leukemia ....
Aku: ...............................................................
Suzy: Has ... you still there? (she has start crying softly ...)
Aku: Ya. I'm here. Ko nak mainkan aku ni.
Suzy: No. I'm not.
Aku: But how come? (Stupid question!)
Suzy: I know. I asked the same stupid question.
Aku: When did you know about this? Where are you? I'm coming over (aku dah leleh dah masa ni ..)
Suzy: Few days ago. I miss you Has, but don't come visit me. Nanti aku nangis.
Aku: Do you have any symptoms before?
Suzy: No. Aku kan dah masuk 5 bulan. So, aku gi check up kat hospital. They did all the routine full body check up. A couple of days later the doctor called and asked me to see him. He said there's something wrong with my blood. Then he told me laa ... since then i'm in hospital. Aku asyik ingat kawan-kawan je.
Aku: How's your baby?
Suzy: (Dia terus nangis ...)
Aku: ..............................................................
Suzy: Has ... doktor suruh abort. The baby is healthy, Has. dah active sangat. Dah cukup sifat segala. Aku tanya doktor kalau boleh tunggu lagi 2 bulan sebab anak-anak aku yang dua tu lahir at 7 months tapi doktor cakap my life is primary than the baby.
Aku: ..................................................................
Suzy: I have to undergo chemo, Has.
Aku: What stage are yours?
Suzy: Chronic stage ....

Sepanjang hari aku kelam, macam cuaca jugak. Aku teringat kat anak-anak Suzy. Yang sulung lelaki Luqman NurHakim baya Muhammad Irfan. Yang nombor 2, perempuan baya Zinnirah. Bayi yang kini dikandungnya ... 7 tahun dinanti.



Nota kecik-kenot: Semalam aku tau tentang penyakit Suzy. Sepatutnya hari ni aku ziarah dia tapi Nisaa' dan Syabil Iman demam panas. Aku sendiri tak sihat sepenuhnya lagi. Dan buat pertama kali aku kehilangan kata-kata bila berbicara dengannya ....
Ya Allah! Tabahkanlah hati Suzy. Kuatkanlah semangatnya. Berikan dia kesembuhan.....

Nota enot-enot: Khairyn ... ko ingat dia lagi tak? She's dying, my fren ..... and it reminds me of your dream ....

32 comments:

kingbinjai said...

semoga Allah memberi ketabahan yang tinggi kepada Suzy. Ujian ini, tempuhlah dengan berani.

Pa'chik said...

semoga suzy terus tabah, dan bersabar dengan dugaan ini.

khairyn said...

Astaghfirullah al-azim...

Has, I'm lost for words. A few weeks ago nelson informed Haris relapse and now Suzy pulak.

Kalau kau melawat dia, sampaikan salam aku and aku minta maaf kalau aku pernah singgung hati dia. Minta dia kuatkan semangat. Penyakit datang dari Allah sebagai ujian buat hambaNya. Jangan fikir yang bukan-bukan. Mohon diberikan petunjuk mana yang terbaik untuknya.

Aku pernah tengok bonda aku sengsara sebab chemo. And believe me it hurts more because i know i can't do anything to ease the pain for her.

Aku doakan Suzy tabah. Keep me posted ye.

Iman Mawaddah said...

Ya Allah kesiannya. Semoga dia diberikan kekuatan menhadapi musibah ini.

banggugar said...

salam,
sama2 kita mendoakan agar kesihatannya dikembalikan..
amin Ya Rabb...

Anonymous said...

Ya Rabbi, kesiannya. I hope everyhting will be fine for her. That is a very though decision for her. Nyawa atau anak. Tapi aku kadang tak suka orang yang suka predict nyawa manusia ni, doktor atau tidak sebab bagi ku nyawa manusia adalah di tangan Ilahi.

Kirimkan salam ku buat kawan ko Has, aku doa dia sembuh atau keadaannya baik sehingga melahirkan.

Azhar Ahmad said...

Melelh air mnata saya.... Antara kasih seorang ibu, dan ihsan seorang anak yang dkandung.......

izinni said...

king,
Sama-sama kita berdoa. Amin

pa'chik,
harapan aku pun sama. aku nak dia kuat.

khairyn,
mulut aku ternganga bila dia cakap dia ada leukemia. totally speechless. thought of calling you tapi musti ko tengah membungkam lagi.
i'll send her your regards, insyaAllah. Mungkin minggu depan baru boleh lawat dia. aku masih tak sihat .. tak nak sebarkan virus kat dia. bila aku dah sihat betul2 aku gi spital pantai pandan indah tu.

izinni said...

iman, dik gugar
sama-sama kita doakan ... saya sendiri masih lagi kelam dan sedih. dia? hmmmmm

div,
masa suzy kat MM, rasanya ko tak masuk lagi. she's pauline's favourite. kalau pauline dah suka sangat dengan suzy ni ko tau la kan ... suzy ni memang ler baik ... tak macam aku ngan khairyn. hehehehehe
aku harap doktor akan beri dia peluang untuk lahirkan anak tu. i did ask since the baby dah cukup sifat, kenapa tak lahirkan je pastu masuk incubator sampai baby tu kuat. suzy cakap baby tu kecil sangat about 300gm. gynae dengan doktor specialist yang rawat dia masih berbincang nak buat macamana ... whatever it is she has to do chemo .. fast!

izinni said...

azhar,
itulah dilema yang paling besar bagi dia. sama-sama kita doa Allah beri jalan mudah untuk dia dan suami.

Pa'chik said...

izi, kalau kat pikiran aku kan, baik bagi budak tu peluang untuk hidup. peluang ibu pun, maaf, bukan banyak sangat juga kalau pun bayi tu digugurkan. Kalau buat dia depressed kalau bayi tu takde, lagi teruk.
tapi, doktor lebih tau kot.. cuma pandangan yang rabun saja.

achik said...

semoga Suzy diberi kekuatan menghadapi dugaan ini...

Anonymous said...

Salam.

hmm speechless. moga kak suzy tabah hadapi dugaan tu....

INDERA KENCANA said...

Ya Allah!!
Semoga dia diberikan kekuatan dan ketabahan. Juga buatmu Izinni.

Apakah abortion satu langkah terakhir? Mintalah Suzy bersolat istikharah minta dipertunjukan jalan oleh Allah.

Kita hanya mampu berdoa untuknya...

so'od said...

cerita ini mengingatkan saya kepada seseorang..
semoga sahabat puan dan seseorang itu bersabar dan banyak2 berdoa..

Anonymous said...

sesuatu yang berlaku itu adalah mengikut kehendakNYA. mereka yang diduga olehNYA adalah yang terpilih. mereka diduga dengan sesuatu yang mereka mampu, inshaAllah. Suzy must be special.semoga Suzy tabah.

CikguAndey said...

Terusik hati aku. Sedih. Dilema antara dua

izinni said...

pa'chik,
aku tak berani nak mencadangkan apa2. apa pun keputusan dia dan suami, aku yakin untuk kebaikan semua.

achik, akira san
aku sedang bayangkan dia dihospital tanpa anak2 disisi. :(
anak2 dah mula bertanya kenapa ibu lambat pulang ....

izinni said...

indera,
abortion perlu kerana dia mesti jalani chemo...

tuan doktor,
saya memang sentiasa mendoakan seseorang itu juga. sudah dianggap bagai seorang adik. sentiasa diingati. he's very dear to me and i know he is stronger than he think he is :)

accia,
she is special. a loving daughter, wife and mother.

paya,
kalau terusik tu ... aku harap benor hang berenti jadi jin asap. penyebab kanker gak tu. ingatlaa kat mak hang yang kijam tu :)

BaYu SenJa said...

bayu juga hilang kata-kata untuk komen di sini....
semoga Allah sembuhkannya dan balasi ketabahannya....

CikguAndey said...

oit..apa ni kak. Tak habis-habis kenakan aku je. Aku sentiasa ingat kat mak aku, dia je tak ingat aku. Sebab tu tak kasi aku balik

Anonymous said...

erk? anak-anaknya sekarang tinggal dengan siapa kak? siapa jaga suzy tu kat hospital. emmm saya cuba menempatkan diri disituasi dia, argh! jiwa jadi kacau jadinya..

13may said...

alahai.....
tersentuh betoi aku baca cerita nih....

sib baik tak menitik ayaq mata...
kalau tak, punah macho aku....

ps: harap Suzy tabah....weiii...aku sedih la!!! pasai apa taktau....

LadyTiz said...

ujian getir. sakitnya.
doa sajalah pengiring sy buat dia.

izinni said...

bayu,
Ditto. Amin.

paya,
oit .. mak mana yang tak sayang, ingat anak? bukan dia tak bagi kamu balik, tah2 dia pun tengah kering, macamana dia nak huluq bagi kat hang. cer pikir positif kat mak hang tu. tah2 dia nak hang concentrate betui2 study .. kalau balik kampung musti lalai.

akira san,
alhamdulillah. suzy sekeluarga tinggal serumah dengan parents suzy sebab dia 2 beradik je. so, anak2 suzy mak dan adik perempuan dia yang jagakan.

izinni said...

oppss lupa ... akira san. suami suzy yang jaga dia kat spital. :)

ah may,
kalau ko nangis pun, macho ko tak hilang lah. malah saham ko makin tinggi. ko sedih sebab ko ada perasaan. baguih la tu :)

tyrex,
sama-sama kita doakan.

13may said...

ish! berulang ulang aku mai baca cerita nih.....

kesian sungguh kat Suzy tuh....

zwitterion said...

semoga Suzy tabah..sedihnya

13may said...

sedihnya...semoga Suzy tabah...

aik??? awat komen mcm nak sama ngan Zwit nih....hmmmm...konpius konpius...

banggugar said...

salam,
13may buat2 konpius ye.. doalah utk suzy... amin (",)

so'od said...

nak nangis gak neh.
nangis iklas. tau mcmana rasanya.
:((

agak2, saham naik tak neh?

Pa'chik said...

Ada sorang kawan aku, lama dulu, dia berenti kerja pasal nak jaga isteri dia kat sepital. Sampai sepital tu dah jadik macam rumah no1 dia pulak. Waktu melawat memang dah tak wujud dah. Misi-misi sama doktor pun dah tak kata apa. Biar je dia kat situ. Aku tak ingat berapa tahun, nasib baik dia pencen askar, ada gak duit belanja bulan-bulan.