Thursday, April 05, 2007

Tak suka

aku tak suka tingkap haloscan!!
dah banyak kali aku tinggal komen kat tingkap tu tapi hilang. tingkap tu macam batu belah batu bertangkup, suka makan komen aku. aku tau la komen aku sedap, cukup perisa dan rasa, tapi janganlah asyik makan komen aku je.
aku dah penat masak, bila aku titip kat tingkap, tingkap tu kata"DONE", tapi terus putih takde apa yang keluar.
orang lain mungkin takde masalah ni tapi aku selalu kena. aku tak suka sungguh tingkap haloscan tu.

disebabkan tingkap tu jugak, umah yang aku pegi asyik banjir je. bukan sikit-sikit, tinggal cucur atap je. bahagian lain umah abih tenggelam. pastu pintu nak ke tingkap tu pun sama hilang. abih camana aku nak titipkan komen aku yang sedap tu pada tuan rumah?

aku dah tutup si peneroka, pastu bukak si musang api ... pastu masuk balik umah-umah yang ada tingkap haloscan ni... tetap banjir jugak. Arrghhhhhh .... tak suka tingkap haloscan!

Nota kecik-kenot : pa'chik, king .. tukor tingkap la. tensen aku! penat taip komen! sampai terpaksa buat entri. nanti aku majuk gi umah korang. huhuhuhuhu ...

19 comments:

BaYu SenJa said...

betul la,
tapi tak pernah langsung terlintas bayu nak entrikan hal macam ni...

Saya Sokong Izinni!!!!

So'od said...

kejadahnya haloscan tu?

apa yg banjir? apa yg tinggal atap?

*buat2 tak tau*

mudin001 said...

hahaha! kesian... kamu tak pandai berenang ke?

izinni said...

bayu,
*ya .. sokonglah saya. undilah saya sebagai ahli dewan tingkap. saya berjanji akan memastikan rumah-rumah anda tidak banjir lagi.* (mode: macam berucap untuk pilihanraya)

hehhehhe

izinni said...

sooooo oooodddd,
tunggu la .. satu hari terusan mat saman banjir .. tau lah hang! huhuhuhuhu

izinni said...

najmudin,
hang gelakkan aku ek? uwaaaaaa .. dah la aku nyaris tak mati lemas malam tadi ... ko gelakkan aku! uwaaaaaa
aku dah berenang tapi gelombang banjir tu besor benor ... ngalah tsunami.

akirasuri said...

hahak.

wah holoscan sudah ada entri khas. fofularlah dia lepas ni.

izinni said...

akira san,
tingkap tu hollow je .. geram sungguh aku ni. my blood go upstairs very high one you know.

komen ni patut kuar kat entri pa'chik hari ni:

apa la pa'chik tu .. patutnya bagitau la awal2 nak ngantor barang tu. idak ler budak2 tu jadi supergirl. nasib bawak shelowww je.
sekarang ni tak buleh main2 atau percaya orang bulat2. nenek 73 tahun abih kena rogol.

komen ni patut kuar kat entry king pasal blog:

depa semua tu GOBLOG!! shaziman tu kan orang khairy. khairy bongok tu la dok suruh kot. budus, bongok, bangang, GOBLOG!! apasal la bodoh sangat?!! ingat nak bukak blog ni macam nak bukak account internet, hp ke? berapa juta blogger depa nak monitor? buduh!! apsal laa orang2 macam ni perintah malaya ni .. isyyyyy budus!!!! *$%&*(*)()**^%#@##@%^&**((^%^ ARGGHHHHHH

pB said...

jangan marah
jangan geram
jangan sedih

jom kita pekena nasi sup kat seksyen 18 tu..

tapi pB lagi suker makan kat restoran BOB itu...lauk pauk nyer banyak...

eh eh...sorry....
komen tang bab lain la pulak...

izinni said...

hehehehe salam pb,
sah memang sentiasa ngadap blog! cepat betui dah singgah kat sini. selamat datang kat umah ni .. insyaAllah tak banjir :D

hari ni malas masuk opis, duduk kat umah ni tapi kereta plak takde .. kalau tak buleh jumpa. kalau time keje tak buleh la sebab kat KL.

achik said...

hehe.. siap buat n3 lagi... ;p

izinni said...

achik,
ni kes terpaksa ni ... darurat! hahahahaha nak komplen kat umah depa tak boleh masuk ..

PayaKubor said...

depa semua tu GOBLOG!! shaziman tu kan orang khairy. khairy bongok tu la dok suruh kot. budus, bongok, bangang, GOBLOG!! apasal la bodoh sangat?!! ingat nak bukak blog ni macam nak bukak account internet, hp ke? berapa juta blogger depa nak monitor? buduh!! apsal laa orang2 macam ni perintah malaya ni .. isyyyyy budus!!!! *$%&*(*)()**^%#@##@%^&**((^%^ ARGGHHHHHH


hahaha. Makian yang sungguh ikhlas

izinni said...

paya,
sebab semua di belakang minda aku. ko takan dengor aku cakap macam tu di alam nyata. hahahhahaha

Pa'chik said...

aku nak tukar BN jadik DN saja...

Pa'chik said...

oit oit.. apa takleh tengok cerita adun ijok tu?

iman mawaddah said...

Tu la..sape suh dok ceruk sana. Kan dah tak dapat faedah. Pangkah lak yang bukan2..abih janji tinggal janji haha

Azhar Ahmad said...

Adala yang silap setting tuhhhh

Pa'chik said...

ada masalah ngan biskut kao kot? biskut-kukis..