Maaf
Pagi ini, pagi Isnin. Cuaca mendung. Semendung hati ini. Mungkin tidak lama lagi akan gugur hujan menyirami bumi. Air mataku dah pun gugur dulu. "Aku jahat."
Apa yang terjadi malam tadi begitu meruntun jiwa yang kononnya keras ini.
"Ayah, ibu. Jangan masuk bilik fan. Biarkan fan. Biarkan fan tidur. Jangan pedulikan irfan. Biarkan irfan bersendirian."
Itu bukan nota kecik-kenot, tapi ditulis dengan huruf-huruf yang besar bulat oleh Muhammad Irfan, anak teruna aku. Dia gunakan sepotong kertas berwarna kuning dan ditampal di pintu biliknya. Bilik dikunci dari dalam. Pintu aku ketuk perlahan-lahan. Kesal bersarang di hati. Muhammad Irfan tidak menjawab. Aku senyum sayu. Muhammad Irfan lupa aku seorang ibu. Seorang ibu tidak akan berputus asa selagi apa yang telah ditekad dalam diri tidak dipenuhi. Aku ambil kunci biliknya yang aku sorok di dalam laci bilikku. Pintu bilik Muhammad Irfan aku buka.
Muhammad Irfan sedang memeluk bantal peluk dan memalingkan muka ke dinding.
"Jahatnya ibu," kesalku dalam hati.
"Irfan, ibu minta maaf."
Irfan mendiamkan diri. Matanya pejam. Aku tahu dia merajuk. Aku tau dia sengaja memejamkan matanya.
"Irfan, ibu minta maaf. InsyaAllah ibu tak marah Irfan lagi." Aku tertinggikan suara pada Irfan ketika aku menyusukan Nisaa'. Tidak sepatutnya aku berbuat begitu.
"Jahatnya aku."
Irfan terus tidak mengendahkan aku.
"Takpe lah. Anak ibu tidur ya. Esok pagi kita jumpa. Ibu sayang Irfan banyak-banyak. Assalamualaikum." Aku usap rambutnya. Aku kucup kening dan dahinya.
Aku beredar dari kamar tidurnya. Aku masuk ke bilik dan meneruskan acara melipat kain yang sama tinggi dengan Nisaa'. Aku anggarkan pasti hampir 3 jam aku akan duduk melipat kain. Semua permata hatiku telah lena dibuai mimpi. Mungkin mimpi Muhammad Irfan sedikit berbeza ... dia berjauh hati denganku. Menitis air mata ....
Aku tidak tahu apa terjadi dengan emosi aku sejak kebelakangan ini. Berkecamuk. Pemikiran diselubungi dengan emosi yang tidak menentu. Pelbagai yang bermain di benak fikiran.
"Am I a good friend? Am I a good mother? Am I a good wife? Am I a good daughter? Am I a decent person?"
Ahhhh ... kenapa harus aku lampiaskan kegusaran hati pada anak. "Jahat sungguh aku ni!"
Nota kecik-kenot: Aku akan bercuti dari mewarnai rumah ini untuk seketika. Aku juga akan berhenti seketika dari bertandang ke rumah-rumah yang lain. Banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Bertimbun masalah kerja yang perlu dirungkai. Aku mahu berteleku seketika. Aku mahu ......hmm abaikan apa yang aku mahu.
Pada yang rajin membaca dan meninggalkan komen di tingkap rumah, aku hargai sangat-sangat. Jaga diri kalian baik-baik. Jaga kesayangan kalian baik-baik juga. Aku minta maaf jika ada terkasar bahasa, tersinggung perasaan. InsyaAllah aku akan kembali dengan semangat dan perasaan yang lebih ceria. InsyaAllah .... :)
Nota enot-enot: Especially to a friend who i care like my own brother, if you are reading this .. please forgive me ya. I was being immature. I was supposed to give you support but I acted like a foolish child. I feel like I had deserted you and give you more burden. The truth is you are not at fault. I just want you to know that I regretted my way. My doa is always with you. I apologised .. deeply, truly.
Nota enot-kenot: Khairyn ... wish you were here. Not for a shoulder to cry on but i need someone who can drum senses into this brain of mind. I need a friend to put a hand on my shoulder and said that everything would be just fine. I need a friend who I can confide my inner feelings to ... argghhhhh!! I think I need to be alone and think la .. hehehhe
You may not be able to contact me via google talk for while. I'll be extremely busy for the next few days. Study bebaik naa .. my doa is always for you. I'll read your tigris during this hybernation period from blogging. hehehhehehe
17 comments:
Bersabarlah ibu, kadang-kadang perkara yang bercampur aduk dapat disusun dengan rapi, bila kita dalam keadaan tenang. Tenangkan diri, susun kembali, dan InsyaAllah, ibu akan beroleh kesenangan dalam menguruskan kehidupan singkat ini. Amin...
alahai.. mungkin cuaca terlampau panas sekarang ni..
selamat berhibernasi dan semoga akan kembali dengan semangat dan perasaan yang lebih ceria...
saya pun kdg2 jadi cam irfan... bezanya tiada nota di pintu.. huhuhu
Salam
"Am I a good friend? Am I a good mother? Am I a good wife? Am I a good daughter? Am I a decent person?"
The answer is NO. You're NOT. hahahaha aku sorang je yang adda exclusive right dan boleh cakap macam ni kat ko sebab;
You are a GREAT friend, you are a GREAT mother, you are a GREAT (err.. boleh improve lagi nih) wife, you are a GREAT daughter (walaupun masih ada elemen-elemen jaki tuh, buang cepat2) and you are MORE than a decent person.
Jangan selalu mintak maaf Iz, nanti maaf kau tak ada harga lagi. Terlalu murah. Just make sure before ko tekan butan enter/publish/send atau tiap patah perkataan yang keluar dari mulut, kau sudah tapis 3 kali.
tak pe, Irfan sudah kau asuh dengan kasih sayang. Merajuknya sekejap aje. Dia bakal jadi lelaki yang penyayang dan insyaAllah kuat semangat. Doa ibu itu makbul. Apatah lagi ibu yang dah buat salah kat anak dia, macam ko. Hahahahaha
chop!
emotional gak anak teruna kau tu ek!
Jap... menurun dari sapa agaknya tu hahahahahaha
oh oh. selamat berhibernasi puan reporter. :)
jangan sedih-sedih ya. puan reporter tak jahat. cuma nakal aja. he he he.
*comellah irfan tinggalkan note kat pintu tu. nak tiru jugalah macam tu kalau saya merajuk nanti. he he he :p
*jaga diri ya puan reporter. jangan repot-repot sih! ;)
cuaca memang agak panas sekarang ni. Sama-samalah kita sejukkan hati.
Kalau aku tinggalkan note macam Irfan kat pintu, apa agaknya tindakan mak aku
Kalau sy buat cam irfan, konfem tidak dilayan...
menunjukkan puan seorang ibu yang baik..
entry yg mengingatkan sy suatu kenangan pahit..
jgn gusar, yg keruh akan kembali ke jernih... tunggu sat je... nanti jernih la balik...
hello Puan reporter....
jgn stress okeh...
saya dah kembali dari berjiwa kacau:D
ada masa saya juga kena marah, sedih sangat rasa.
pernah kawan saya tanya kenapa saya sedih. saya jawab, "suami marah, kena silent treatment". tapi kawan saya yang tak faham tu tanya pulak, "Silent Treatment ni buat kat hospital mana?" Tak jadi nak sedih, hee...hee...
Sabarlah izinni, solat sunat banyak-banyak,inshaAllah, semuanya cepat lega.
kembalilah bila hati sudah tenang, jiwa sudah damai ...
insyaAllah.. ambillah masa dan kembali menuetralkan keadaan :)
akak seorang yang kuat.. dan akak seorang yang baik...betul!!!
sebab akak berfikir apa yang akak buat... itulah manusia yang berjiwa manusia :)
kadang-kadang perlu juga kot marah anak sesekali...
selamat berteleku. tiada yg lebih membahagiakan selain dari bersama famili kita.
saya selalu juga merajuk dengan ibu..tapi jauh disudut hati saya tak pernah marahkan ibu,
ibuk...
sabar lah..
penah gakk buat camni..
alhamdulillah,mama x jumpe...
bile pikir2 balik,mesti mama sedey...:(
ibuk,camat bhibernasi..:)
pujuklah dengan kasih sayang isnyaAllah baiklah nanti. jangan biar melarat. kesian. jika anda rasa menjadi ibu itu sukar, ketahuilah, menjadi anak lebih sukar. jangan biarkan dia merasa sebagaimana yang saya rasa, seorang anak yang kekurangan kasih sayang, saya terpaksa menggapai cahaya dunia dengan rajuk, putus asa dan air mata.
tanggungjawab ibu memang besar.dengan didikan ibulah seseorang akan berjaya...kesabaran amat perlu dititipkan ketika mentarbiyah anak2.terima kasih banyak2 pada kaum ibu...tanpamu, siapalah daku.add me k.
Post a Comment