Thursday, April 19, 2007

Saat ku idamkan

Tajuk di atas tidak ada kena-mengena dengan lagu Search ya. :)

Sekarang tengah demam Ijok tapi aku malas nak cerita pasal Ijok. Dah nak termuntah pasal Ijok. hehehhee

Aku nak ulas pasal apa yang dikatakan En Azhar Ahmad di blog dia beberapa hari lalu. http://azharahmad.com/blog/2007/04/16/dalam-perut-ada-air-batu/#comments

“Masa anak pertama dahulu, suka sangat makan betik, sampai habis pokok betik tu punya keturunan. Masa yang nombor dua, suka makan beras pula. Ishhh, beras tu memang sedaplah. Macam putu piring pula rasanya. Yang nombor tiga pula, suka makan asam katak. Nombor empat suka mengunyah kopi. Tapi itu dahulula, sekarang anak-anak tak mahu pulak makan benda tu. Dah puas makan dalam perut kot“
Tergelak saya bila terdengar perihal masa mengandung. Macam-macam perangai! Kamu perempuan-perempuan (tulen), jangan susahkan pula suami kamu bila mengandung, mengidam nak makan benda-benda pelik. Kesian kat suami tau. Ajarlah anak dalam perut tu, bersabar sedikit."


Aku teramatlah tertarik dengan ungkapan yang aku warnakan dengan kuning itu.

Adakah mengidam ketika mengandung sesuatu yang sengaja diminta seorang wanita? Adakah seorang lelaki merasa ianya suatu kesusahan yang amat sangat untuk melayan isteri yang teringin makan sesuatu benda?

Aku dah 4 kali mengandung, 4 kali la jugak mabuk kronik sampai 5 bulan. Muntah hijau, tak boleh tengok matahari, tak boleh masak, berdiri je pitam, tak lalu makan, tak larat bangun dan macam-macam symptom yang tak masuk dek akal. Aku pernah amik MC sampai 2 minggu sebab tak boleh bangun langsung. 5 bulan dapur tak berasap ... sampai nak tanak air pun tak boleh sebab aku tak tahan bau wap air mendidih yang menyelubungi satu rumah. Nak mandi pun sampai tak bersabun sebab bau sabun boleh menyebabkan aku muntah bermacam-macam warna dari putih, kuning ke hijau. Itu belum kaki bengkak, sakit pinggang, sakit belakang, tak larat jalan, terkencing dalam seluar dalam kalau terbatuk, terbersin, terketawa lebih.

Itu semua bukan rungutan tapi hakikat yang aku perlu hadapi sepanjang 9 bulan tiap kali aku mengandung. Pada adik-adik yang belum nikah tu jangan takut pulak sebab bukan semua perempuan bermasalah macam aku. Ada yang tak mabuk langsung. Tapi hikmah disebalik semua tu, aku amat mudah melahirkan. Hanya setengah jam didalam bilik bersalin .. belum pernah lagi merasa sakit nak melahirkan sampai 10, 24 jam macam sesetengah wanita lain. Kemudian lepas bersalin, aku rasa teramatlah segar. Pagi bersalin, tengahari dah balik, petang dah mula buat kerja rumah sampai kena marah dek emak.

Kenapa aku cerita semua tu? Niat aku cuma satu. Aku nak lelaki-lelaki diluar sana tahu yang permintaan seorang wanita ketika mengandung hanyalah sedikit cuma. Tidak sepatutnya permintaan wanita yang mengidamkan sesuatu dianggap sebagai satu bebanan, sedangkan wanita perlu membawa bonjolan besar di perut mereka selama 9 bulan 10 hari, ditatang bagai minyak yang penuh. Apa yang ada dalam bonjolan itu? Zuriat. Seorang waris untuk si lelaki. Seorang anak yang bakal berbin atau berbinti seorang lelaki, bukan berbin atau berbinti ibu yang melahirkan mereka.

Kesakitan ketika melahirkan? Mana-mana lelaki dalam dunia ni pun tak akan dapat membayangkan betapa sakitnya untuk melahirkan permata hati ke dunia. Kalau diteman 2 hari 2 malam dalam bilik bersalin pun belum tentu dapat diagak betapa sakitnya seorang wanita menanggungnya. Entah-entah ada yang pengsan sebab takut sedangkan isteri perlukan teman dan kata-kata semangat dari suami ketika sedang bersabung nyawa.

Jadi, adakah susah nak melayan permintaan isteri yang mengandung? Isteri selalu kesiankan suami. Sampai kekadang teringin nak makan apa-apa cari sendiri kecuali kalau memang tak boleh cari sendiri. Kalau itupun dikatakan menyusahkan dan tidak kasihan pada suami, aku tak tau apa lagi yang lelaki mahukan lagi. Apa lagi yang lelaki mahu wanita korbankan lagi? Sudahlah memboyot bawak badan, pada waktu yang sama perlu bekerja MEMBANTU ekonomi keluarga, membantu suami. Kalau surirumah pula dari celik biji mata sampai lewat malam tak habis dengan kerja rumah.

Azhar, aku harap kamu tak akan rasa diri kamu disusahkan bila isteri kamu teringin makan durian ditengah malam dingin ketika kamu enak dibuai mimpi. Apatah lagi ketika itu bukan musim durian.

Ayah aku cari durian jauh sampai ke Semenyih pada tahun 1971 hanya kerana mak teringin nak durian kampung ketika mengandungkan kakak yang sulong. Ayah berjaya dapat 5 biji tapi mak hanya jamah seulas cuma. Ayah senyum je .. puas hati dapat lunaskan permintaan mak. Yang selebihnya ayah balun makan dengan pulut dan santan keesokan harinya. hehehhehe

Nota kecik-kenot: Aku paterikan rasa kagum, hormat dan sayang sangat pada suami yang sanggup menjaga isteri yang mabuk teruk, tidak dilayan makan minum sepanjang masa itu, carikan apa yang aku idamkan walaupun cuma coleslaw dan buah kundang. Menjaga aku ketika aku dalam pantang, pakaikan bengkung, panaskan tungku, buat kerja rumah, masakkan dan banyak lagi la. Terima kasih suamiku. I love you .. hehehhehe maluuuu :D

39 comments:

akirasuri said...

yeay! 1st.

he he he. sukaaaaaaaaaaaaaa entri ni. lalalalala~ lelaki selalu tahu merungut tapi heh~

tapi suami incet puan izi sangatlah baek. dia ada adik tak? nak jadi adik ipar boleh! ha ha ha.

*mengong mode*

Girl A said...

erkkk....takotnyer nak pregnant...baca pengalaman puan izinni pon dah rasa mual...blum lg klau betol2 pregnant...ntah camner la agaknyer...huhuhu

pB said...

pB mengandung alhamdulillah tak der lah alahan teruk teruk.

Benda yang pB idamkan masa mengandung anak pertama tapi tak dapat dapat ialah pB nak makan putu halber. Makanan ni cuma ada musim hujan dan ianya diperbuat dari ubi kayu. Hingga bersalin , pB tak jumpa putu halber nie. Nasib baik anak pB yang sulong tu tak meleleh air liurnya...

Bukan senang untuk mengandung
Dan
Bukan senang untuk melahirkan

Anonymous said...

Ummu Adam masa mengandungkan Adam, mintak buah berangan... nasib baik kat Tesco ada jual. Hehheh!

so'od said...

tetap ngidamkan masak tempoyak ikan patin..
walaupun ada orang tak mau kawan aku..

Pa'chik said...

adik aku baru dua bulan ngandungkan anak sulung dia, punya la banyak problem, asek tak leh nak makan. bosan aku pasal hari-hari dia telipon mak aku.. haha...

Clark Gable of Pulau Duyong said...

Isteri kite takde morning sickness,kite je uwek2 everymorning for 2 weeks,kesian kite ,apsal eeik?

izinni said...

akira san,
heheheh ada adek lelaki ... tapi lain bapak ... rasanya gene baik tu ada gak ke? hahahhaha

azah,
isyyyy apa nak takutkan. itulah nikmat yang Allah bagi pada perempuan. kalau tak ngandung camana nak ada baby. ekekkeke

pb,
memang betul ... sebab tu 'kebolehan' mengandung hanya diberi pada wanita .. sebab wanita ni makhluk yang sabar ya amat. kalau lelaki camana la ek? eehheheh

izinni said...

najmudin,
buah berangan mudah nak cari kan. kalau dia nak buah apple yang baru petik dari pokok .. camana la ek? ekekkeke ..

tuan doktor,
tu la .. hang usik aku lagi dengan benda2 sensitif. hang buat aku rasa bersalah satu hari.
1 pasal tempoyak, 2 pasal zinnirah. tak baik tau ... :(

pa'chik,
adik ko tepon mak ko, ko plak yang sibuk apsal? bukannya dia nyusahkan ko pun :P

izinni said...

my oh my .. the famed clark gable of pulau duyong bertandang masuk umah aku. waaaaa ... flattered sat. kembang semangkuk sat. hahahaha

hmmm jarang lelaki dapat rasa mabuk masa isteri mengandung. you are among the chosen one. heheheh .. so sekarang tau lah kan betapa seksanya mabuk pembawakan budak. itu baru 5 peratus, belum semuanya lagi. hehehhee

kingbinjai said...

saya tidak ada mengidam yang pelik pelik masa queen mengandung :D

Pa'chik said...

susah la wei.. aku yang kena jawab dulu...

akirasuri said...

kak izi..
oh kira bolehlah. nak ngoratlah kalau gitu. wakakaka.

izinni said...

king,
alhamdulillah. tapi baru sorang ... next installation nanti? ekekkeek

pa'chik,
ko ni dengan adik sendiri pun nak kata susah. jawab tepon pun merungut, adehlaaa .. bukan kena dukung adik mu tuh! .. isteri sendiri tak tau la aku. hahahahha

akira,
nak ngorat ek? kena gi lumut la ... dia baru je start itm sana. hahahaha

LadyTiz said...

sy pernah tgk video pempuan bersalin... gerun...
terkoyak-koyakk...

tp, rugilah kalau takut...kan?

izinni said...

betui ... rugi kalau takut. itulah pengalaman paling menggembirakan bagi seorang wanita. sakit giler macamana pun .. tapi lepas si kecik dibaringkan didada .. ALLAHUAKBAR! bercucuran air mata syukur. hilang semua rasa sakit. :)

koyak buleh jahit la tyrex .. hehehhe ... tapi ada cara tak payah potong atau tak nak koyak. orang2 tua ada petuanya .. cara teran dan macam2 lagi lah. saya praktikkan ... alhamdulillah . .hehehhe

pB said...

mitok petuo buleh kho?

Iman Mawaddah said...

tak tau nak komen apa..tak de pengalaman lagi hehe. Mudah2an satu hari nanti saya juga akan mengalami pengalaman melahirkan.

Azhar Ahmad said...

Meh saya jawab... Hik hik....

Maaf puan, saya tidaklah mahu menyinggung siapa2... Baca entri puan, macam marahkan saya jerr... Maaf yer puan. Tidaklah saya berniat untuk mengutuk atau mencerca, cuma, sebeanrnya, ada perkara yang saya ingin kongsikan...

Nanti saya cerita di blog, selebihnya, saya kongsikan di sini sedikit sahaja... hik2

Saya dahulu, melakukan praktikal di Hospital Besar Kuala Lumpur. Ya, waktu itu saya di semester untuk pembiakan dan reproduksi manusia. Jadi, salah satu kerja saya adalah, melayan dan membantu doktor dalam menguruskan ibu mengandung.

Ada seorang perempuan tu, perangainya sangatlah pelik. Setiap kali suami dia sampai, dia akan halau suami dia. Saya rasa ok lagi. Ada yang sorang tu, tiap-tiap hari mesti nak bau dettol. Huhuhu pelik2.

Tetapi yang saya paling sedih sekali, bila mana ada seorang ibu, teringin nak makan pucuk rebung buluh perindu. Kat kampung saya ada. Kecil, dan manis. Tapi ikut musim la....

Jadi, bagi tak menghampakan si isteri, si suami pergilah mencari. Ya kasihnya seorang suami. Yang si isteri pula, bahagai di hospital menanti rebung.

Selang beberapa minggu, saya perasan, si isteri mula mencari-cari suaminya. Saya juga hairan, jadi dimintalah saya mencari suaminya. Saya masih pelajar, apa yang saya mampu, hanyalah telefon keluarganya, keluarga si suami.

Dan rupan-rupanya si suami telah meninggal semasa masuk ke hutan mencari rebung tersebut.

Ini yang saya maksudkan, kesian.

Jika setakat benda yang boleh kita dapatkan, itu bukanlah pelik namanya....

Tetapi akalu mintak kijang beranak sulung, pisang bersikat kembar.... Itulah yang dinamakan pelik.

Ibu Izzi, jujur saya cakapkan, saya dah menjadi bidan untuk 7 orang ibu, dan saya tahu bagaimana peritnya bersalin. Ibu saya juga seorang perempuan, dan saya menjaganya untuk 2 adik terakhir.

Ok, akhir kata, maaf ya, kalau ibu tiba-tiba tersinggung....

INDERA KENCANA said...

Isteri saya mengidamkan Buah Delima sewaktu mengandungkan anak kami yang sulung. Habis segala tempat di pelusuk KL ini saya kitari untuk mencari buah delima namun tersangat hampa apabila ketika itu bukannya musim delima. Akhirnya saya pulang dengan hampa dan kesedihan. Moral dari hal ini Izinni, saya ingin menyatakan padamu memang bukan semua lelaki itu bersikap kejam dan langsung tidak memperdulikan perasaan/penanggungan isteri. Ramai yang sayang. Ramai yang prihatin. Tentang En Azhar kita itu, ada baiknya jika Izinni dengar dulu, atau bertanya dahulu, apakah yang cuba ingin disampaikan olehnya. Saya rasa maksud yang cuba disampaikan oleh Azhar ialah selera mengidam yang keterlaluan. Saya juga pernah temui kes seperti ini apabila seorang wanita mengandung mengidamkan bubur suratkhabar. Bubur Suratkhabar? Bukankah itu bakal mengundang mudarat pada dirinya dan juga kandungan sekiranya tidak dicegah oleh suaminya. Saya kira itulah maksud yang cuba disampaikan oleh Azhar. Selain itu kita perlu memahami gaya penyampaian Azhar yang selalunya lebih bersifat bergurau dan tidak terlalu serius. Apa pun semoga blog akan sentiasa menjadi wasilah untuk kita merapatkan silaturrahim. Wallahu'alam.

Azhar Ahmad said...

puan pb - Puan tahu kan bunga kacip fatimah. Bukan kacip fatimah yang orang makan (eklan dalam TV), ia adalah air selusuh yang amat baik.

Ibu saya pakai yang itu. Alhamdulillah, lancar dan tidak perit. InsyaAllah...

Namun, yang paling atas sekali adalah pengharapan dari Allah agar dimudahkan proses... Adeh... saya nak ceritalah di blog....

izinni said...

uikkksss ada yang ingat saya menghentam semua lelaki tidak sensitif ke? kan ke ada anekdot kisah ayah yang carik durian tu? ayah kan lelaki ... suami saya pun lelaki bukan pondan! hehehehe

takpe .. mungkin gaya penulisan saya menampakkan saya seolah memperlekehkan kesungguhan kaum lelaki menjaga wanita2 mereka.

saya juga tidak mengatakan yang azhar tidak prihatin ... saya tahu dia prihatin .. dia kan anak mak. selalunya anak mak ni prihatin orangny .. macam suami saya. hahahhaha

jangan risau har .. saya tak marah atau tersinggung walau sekelumit pun ... cuma niat nak ingatkan diri sendiri dan kaum lelaki yang proses mengandung tu bukan mudah, sebab ada segelintir lelaki yang tak amik endah tentang isteri yang mengandung. Alhamdulillah lelaki2 yang mengunjungi blog ni dan juga har adalah mereka2 yang amat prihatin.

sebab tu bila tulis tu bior jelas atau mungkin letakkan nota kecik-kenot mengatakan yang har akan ulas lebih lanjut mengenai hal mengidam di entri akan datang. kan ke senang tu. gaya bahasa tu bukan semua boleh read between the line cik abe oiii ... kalau jelas dan terang tiada kekeliruan dari mana2 pihak terutama pihak saya yang suka "sangka buruk" nih! hehehhehe .. it comes with the job, you know! hehhehee

korang jangan risaulah ... saya bukan nak carik silap sesiapa pun .. jangan ada yang berkecik hati pulak.

tapi tak salah kita saling ingat mengingati kan? ;)

minta maaf ya ... sengih sikit baaa chakkkk .. ekekkeke

izinni said...

Pak azhar,
cepat buat entri pasal mengidam tuh! hehehehhe aku nak baca!

izinni said...

pB,
petua ... mak mertua saya dia bidan dulu .. dia cakap masa meneran tu JANGAN SESEKALI angkat punggung. yang lain nanti ingat balik.

Anonymous said...

assalamualaikum izinni,

eh,eh! ada sudokulah! suka sudoku ke? dulu memang saya dan anak-anak terkena demam sudoku.

malulah saya. sebab 'sedang mengintai di sebalik tirai kamar' anda! kamar baca takpelah. jangan kamar lain.

izinni said...

suka sudoku sebab mengasah akal yang tak pernah sukakan apa sahaja yang ada kena-mengena dengan angka :D

ekekekek .. suka intai ekkk .. hahahaha .. tu tajuk lagu exists .. lirik dia menarik ..puitis :)

achik said...

pernah gak terbaca kisah perempuan mengandung yg pelik2... tp bukan saja2 suka nak menyusahkan kan... setakat ni saya tgk kakak2 ngan kakak ipar saya xde yg ngidam pelik2.. alahan teruk2 pun xde...

saya kalau demam selalu 'ngidam' benda2 masam... eh saya blum kawin tau... tekak tak sedap la kak ;p

MakcikMuda said...

hiks...:-?

cam best jekk kan...

mama ade gakk cter pengalaman die melahirkan 5 urg anak...:-?

mengandung saye,die mengidam makan kat hotel...:))

abes anok die skang neh jd manusia yg boros...=.=!

bukan salah mama pon...:)

anok gades die neh yg x reti nilai dwet...:|

ape2 pon,tabik dgn ibu2 yang begitu sabar melahirkan zuriat n ayah2 yg begitu prihatin dgn keadaan isteri die...:)

so'od said...
This comment has been removed by the author.
Kemat said...

entah dapat tidak saya penuhi impian isteri bila dia mengandung nanti..(nanti laa..bukan skrg, skrg kahwin pun belom)..tapi saya berazam nak penuhi permintaannya sedaya upaya saya..harap saya berjaya..

izinni said...

dan saya doakan idaman isteri kemat nanti tidak memeningkan kepala kemat kerana perempuan ni memang pelik :) sebab saya sendiri tak faham tingkah dan fikiran perempuan.

izinni said...
This comment has been removed by the author.
BaYu SenJa said...

tak paham keadaan itu, dan mungkin juga takkan paham keadaan itu sebab mustahil merasai apa yang wanita rasai saat itu...

semoga boleh bersabar dengan karenah isteri ketika masa itu tiba :)

13may said...

*senyum ajer*

Sastri said...

harap2 bila tiba masa sas nanti, suami tidak merasa permintaan (jika ada) sebagai satu beban... malah akan bersenang hati menunaikan hajat yg dipinta... amin...

blackpurple @ jowopinter said...

RAB pernah mengesyorkan seorang suami yang isterinya mengandung menggantung sebiji batu-bata seberat 1kg diperutnya. Dan ditambah seketul batu bata setiap bulan sehingga 9 bulan.

Tapi saya pasti 'seksa dan pengorbanan'nya itu tidak akan serupa ... :)

Anonymous said...

alamak. kanak-kanak lagi ke? ha ha ha. tak jadilah :D

izinni said...

BaYu SenJa,
satu hari nanti bayu akan faham dan saya doakan agar kesabaran dipihak bayu :)

ah may.
ehemm! senyum ada makna tu. dah ok ke? :)

Sas,
insyaAllah, saya doakan agar blackie dapat menjaga sas dengan terbaik. huhuhuhu .. doa tuh! heheheh

si hitam ungu,
memang tidak serupa tapi tak salah untuk mencuba, macam dalam citer phua chu kang. hehehe

akira san,
hehehheeh cess! memilih rupanya! hahahaha

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya terlalu teringin makan sesuatu tapi takut nak cakap dengan husband..