Tuesday, April 17, 2007

Tempoyak lagi!

Resipi masak tempoyak pada yang suka. Pada yang tak suka abaikan je. hehehhe

Ikan patin (sederhana besar, potong ikut suka)
3/4 sudu tempoyak (seeloknya tempoyak baru)
5 biji bawang merah (tumbuk)
2 batang serai (dititik)
1 sudu serbuk kunyit (guna kunyit hidup pun boleh)

10 biji cili padi (tumbuk)
1 biji timun cina (timun biasa pun boleh)
garam & gula secukup rasa
asam keping (ikut suka .. nak masam lebih, letak le banyak)


Cara:
Cara masaknya senang sangat. Tak payah tumis. Campak semua dalam periuk.

Errr cara campaknya ... semua bahan yang ditumbuk tadi masuk dalam periuk .. nak power guna periuk tanah.

Pastu masukkan air, asam keping dengan serbuk kunyit, garam, gula. Kalau nak kuah banyak, airnya lebih la kan.

Jerang sampai mendidih. Pastu masuk timun + ikan. Bila dah mendidih, kira dah masak la tu. Bolehlah hidang .. pastu makan tanpa perlu toleh kat depan, belakang, kiri atau kanan.

* Kalau suka bersantan, lain pulak caranya. Cili api, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup ditumbuk lumat kemudian masuk dalam periuk. Serai yang dah dititik letak sekali. Masukkan santan cair, asam keping. Jerang sampai mendidih guna api sederhana besar. Pastu masukkan ikan patin atau keli atau sembilang. Masuk santan pekat, daun kunyit yang dihiris halus. kacau gulai sampai mendidih dengan api kecil.



Nota kecik-kenot: Oiitttt pa'chik .. kalau lepas ni hang tak masak gak .. ni resipi last aku bagi kat hang. hahahhaha

26 comments:

Pa'chik said...

yay... hehe.. kau memang beh la.. semuga dimurahkan rezeki, dan dirahmati Allah hendaknya... amiin...
yang ni, nanti la, nak kena carik tempoyak, ikan patin, susah jugak tu.. hehe..

weh.. tanya sikit, tibi kau tu kan, nape tak buat ruang macam porum, komen ke...
buleh la bagi fidbek. nak ngutuk ke.. hehe...

so'od said...

merembes kelenjar submandibular aku!
wakaka..
tapi kan kat pic tu bukan ikan patin..

MakcikMuda said...

kene try neh....:))

sementara ade tempoyak kat umah...:)

ikan patin jekk xde...=.=!

Pa'chik said...

ha.. kan.. kalau aku tak buat pun, orang lain mesti nak cuba jugak.. hehe.. kira aku tulung mintak untuk orang lain la.. takut mereka segan nak mintak..

Azhar Ahmad said...

Buk, saya orang pahang, dekat pula dengan sungai pahang... Waaaa nak balik makan patin tempoyak.. waaaa

Iman Mawaddah said...

Gulai tempoyak teman tak pakai bawang...hanya cili merah, kunyit hidup dan serai. Cili api lak diasingkan jadikan macam sambal ditumbuk dengan garam sahaja.

Selain timun teman suke guna taugeh kasar..sedap ooo..hehehe

izinni said...

errrr ko baru tau aku best ke pa'chik? eheheehe kari yang senang cari, ikan yang banyak kat sana tapi masih berdalih ... inikan pulak tempoyak! tak percaya aku ko nak masak ni nanti. ekekkeke

ko nak komen, komplen, melalak pasal tibi tu .. ko email je. kan ke ada kat atas page tibi tu .. komen pengguna. tak reti2 nak klik? :p

izinni said...

uikkk tuan doktor,
submandibular? ekekkeke macam mandi ular je bunyiknya.
gambor tempoyak ikan patin takde laa ... gulai tempoyak ikan keli pun sodap. ekekkeke

ryn,
waaa kita geng .. ada tempoyak kat umah. takde patin pun boleh ganti ikan lain. keli, sembilang, talapia ... seeloknya ikan darat. haruan pun sedap gak. :)

izinni said...

errr pa'chik .. sebenornya hang yang tak tau malu. hahahahaha

pak ajehar,
hmmmm kat sungai pahang tu ada banyak ikan patin kan ... yummy .. especially yang liar. patin yang banyak jual sekarang kebanyakan patin bela. kalau dapat kelah pun power masak tempoyak kan ..

Pa'chik said...

haha..
tak nampak la.. maklumbalas tu ye..

tapi, aku lebih suka kalau untuk satu-satu berita.. macam, berita pasal berembang tu, kalau ada ruang bincang, buleh la jadi medan sembang/gaduh..
atau kalau ada orang pemaju yang nak ulas ke...

izinni said...

iman,
bawang kecik tu untuk bagi rasa manis, so tak payah letak gula bebanyak bagi nak imbang masam masin gulai tu.

biasalah .. lain orang lain seleranya. tapi nanti boleh try cara iman pulak. musti power ek? ehehehe

Pa'chik said...

heh.. malu hape... rugi la kalau malu.. lain la kalau buat maksiat.. malu la..

izinni said...

sapa nak moderate kalau orang gaduh? ... tibi tu bukan blog atau forum. ehhehehe ... tak puas hati ke apa ke .. email je eh. NOKTAH! hahahhaha

apa pun hang tetap rugi .. dapat resipi tak masak.

Pa'chik said...

tak masak hari ni.. nanti-nanti buleh masak gak.. hehe..

so'od said...

puan.. gambaq ori ka patin tu?
baru masak malam tadi ka?
isk.. tang lemak yg tak tahan tu.. kecoq ayaq lioq aih..

banggugar said...

salam,
punya semangat nak makan ni.. tengok2 tak ajar pulak nak masak nasi mcm mna..
jem trus... (",)

Iman Mawaddah said...

Saya masak gulai tempoyak tak pakai gula. Ada lagi satu resipi tempoyak yang saya suka..nak kata sambal bukan sambal..ada yang kata tempoyak goreng tp tak goreng pun..

Tumbuk ikan bilis, kunyit hidup sikit, cili api, cili merah sket dan serai. Potong daun kunyit dan daun limau purut. Amik tempoyak gaul hingga sebati masukkan garam sekucup rasa. Masukkan bahan tadi dalam periuk letak atas api. Kacau sampai likat. Boleh makan dengan ulam2an, sambal tumis dan lauk2 lain...phewwww..confirm sedap. masa belajar dulu pernah bawa ke asrama, sampai kena sorok sebab banyak pirana haha

pB said...

pB tak makan tempoyak...

Anonymous said...

ah... tak suka, tak suka!
tapi Ummu Adam tentu suka... tak tahulah dia masuk ke sini atau tidak :)

izinni said...

tuan doktor,
ori la tu. dah kecoq ayaq liuq ka? hehehehhe

gug,
kalau nasi pun nak kena ajar .. tak payah makan nasi la. hehhehe

iman,
itu style orang negeri sembilan. tapi kalau letak daun limau purut, rasa tempoyak tu dah lari sikit sebab rasa daun limau tu overpowering sikit. sambal tempoyak ni memang tahan lama. kalau letak petai pun sodap! hehehe

pB,
rugi tau tak makan tempoyak. hehehhe

najmudin,
tak suka ek? ekekekeke
saya ada sorang kawan, dia orang perak, husband orang terengganu. di masa ngandung punyalah teringin nak makan masak tempoyak tapi suami dia 'haram'kan masak kat umah sebab dia tak tahan bau. so saya kesiankan mak buyung tu .. masakkan untuk dia. punyala dia pulun kat surau .. lauk lain dah tak nampak dah. pastu bila dia jumpa suami dia .. senyum meleret je. suami dia kata .. "Sah! mesti dah dapat tempoyal!" hahahhahaa

achik said...

aduss, saya pun kecur air liur... ;p

BaYu SenJa said...

huhuhu,
kesian la kat orang jauh ni !!!!
boleh tengok saja la.. nak cari tempoyak mana?!!!!

blackpurple @ jowopinter said...

Tempoyak goreng pun sodapppp.. Itupun baru pernah dua kali... :)

akirasuri said...

adeii sedapnya. kalau masak lemak tempoyak yang pedas-pedas, aduh! sedapnya..

banggugar said...

salam,
dah belajar dah masak nasi..
boleh kena ngn tempoyak la ni..
(",)

Sastri said...

waa... nampak sedap... sas biasa wat tempoyak goreng... sedapp... Blackie yg tak penah makan pun bole makan... LOL...