Dunia si kecil itu
Dunia kanak-kanak sememangnya indah. Tiada yang buruk pada pandangan mata. Tiada yang jelik suasana sekeliling. Tiada yang jahat pada manusia lain. Tiada syak wasangka.
Si kecil itu sekitar usia delapan tahun. Diari hidupnya mudah. Pagi ke sekolah. Tengahari ke masjid mengaji. Petang bermain bersama teman seusia membawa ke senja. Adakalanya si ayah terpaksa menghambat dengan ranting kayu. Berlarilah si kecil itu ketakutan. Sakit kalau kaki disebat nanti.
Sememangnya, semua dikawasan kejiranan itu kenal si kecil itu. Siapa ayahnya. Siapa ibunya. Si kecil memang peramah orangnya. Suka menegur dan bertanya. Senyum selalu. Padanya semua di kawasan kejiranan itu keluarga besarnya. Tidak pernah sekalipun si kecil merasa gusar atau takut jika berjalan berseorangan di kawasan kejiranan itu.
Petang itu si kecil bermain sembunyi-sembunyi. Gemar sungguh dia permainan itu kerana dia memang pakar dalam bab-bab sembunyi ni. ....9,8,7 .... berlari si kecil mencari tempat yang paling sesuai untuk menyorok.
6,5,4 ... "Adik, mari sembunyi kat sini," lelaki itu memanggil dari arah tingkap biliknya.
Si kecil memang kenal lelaki itu. Umurnya sekitar lewat 30 tahun, mungkin. Lelaki itu ada masalah dengan tangan kirinya yang agak kecil. Kaki kirinya pun begitu. Lelaki itu bapa saudara seorang kakak yang baik. Kakak yang selalu mengajak bermain masak-masak. Kakak yang selalu ajar buat baju patung kertas. Kakak yang digemarinya kerana kakak kandungnya sendiri tidak pernah menyukainya, malah seolah membencinya.
Si kecil tersenyum. Akhirnya dia dapat bersembunyi di tempat yang pasti tidak akan dijumpai sesiapa.
3,2,1 .. dengan segera si kecil masuk ke dalam rumah lelaki itu. Agak suram dan kelam suasana didalam. Lelaki itu tinggal dengan ibu dan beberapa orang saudara perempuan. Memang besar keluarga itu. Rumah itu sahaja ada 8 buah bilik. Tapi hari itu, rumah itu agak sunyi, tidak riuh seperti biasa.
Si kecil segera ke arah pintu bilik lelaki itu. Diketuknya perlahan. Diluar operasi mencari telah bermula. Si kecil bangga dia tidak akan dapat dicari kali ini.
"Marilah masuk. Kat sini takde siapa boleh carik adik."
Si kecil senyum. Lelaki itu terus bergerak ke arah pintu bila si kecil sudah masuk ke dalam bilik itu. Tiba-tiba si kecil teringatkan ibunya. Ibu pernah pesan jangan ikut sesiapa walaupun orang yang dikenali.
"Pakcik, adik dah balik la." Si kecil terus menoleh dan terus berjalan ke arah pintu.
Lelaki itu rupanya sudah melurutkan kain pelikatnya. Lelaki itu memegang benda yang hanya pernah dilihatnya pada adik lelakinya yang baru berusia 2 tahun.
Si kecil takut. "Pakcik, adik nak balik."
"Tunggulah sekejap. Mari pegang dulu."
Si kecil marah. Terus si kecil meluru ke arah lelaki itu dan menendang benda itu. Lelaki itu terjelepuk jatuh, mengerang kesakitan. Si kecil cepat-cepat buka pintu dan berlari pulang. Rumah si kecil dan lelaki itu mengadap jalan yang sama.
Si kecil tidak pernah menceritakan kisah itu kepada sesiapa pun walaupun pada ayah atau ibu. Si kecil tahu ayah pasti akan marah padanya kalau diberitahu.
Sejak hari itu juga, si kecil tidak percayakan sesiapa lagi. Terutama lelaki. Si kecil itu tidak lagi mahu bermain sembunyi-sembunyi. Si kecil tidak lagi mahu pergi dekat rumah itu walaupun kakak yang baik itu selalu mengajak bermain masak-masak seperti selalu.
Sejak hari itu juga si kecil tidak pernah lagi nampak lelaki itu duduk santai di depan rumah. Tingkap bilik juga jarang dilihat terbuka.
Dunia si kecil sudah berubah. Ada kejahatan dimana-mana. Ada syaitan bertopengkan manusia.
Nota kecik-kenot: Doaku agar Muhammad Nazrin kembali dengan selamat pada ayah dan ibu yang teramat merinduinya.....
36 comments:
jahatnya orang tu....
oit.. kau kata budak tu tak cerita kat sapa-sapa, ni dari mana kau tau ni?
Salam.
kesah benar ke? :)
emm seperti tahu siapa sikecil itu :)
oh ohh mudah-mudahan yin dijumpai dalam keadaan selamat.
Salam.
ya la, mana dapat cerita ni?
ni yang kita tau.. yang tak tau rasanya lagi belambak...
alahai, takutnya generasi mendatang
papan iklan : main sorok-sorok merupakan permainan yang membantu pelajaran matematik kanak-kanak :)
mak aih menakutkannya... nasib budak tu pandai... :)
uh... kisah benarkah ini?
bila dengar cerita begini, rasa marah memang timbul. rasa marah dan geram dengan syaitan yang pakai strategi ni. tapi rasa kesian dengan manusia yang masih tak peka dengan strategi yang sama di guna pakai oleh syaitan, dari seorang ke seoarang yang lain.
moga Nazrin kembali ditemui..
kisah si kecil tu, takutnya..
hmm ngerikan bila dengar dan baca berita pasal budak kecik kena rape, liwat dan dibunuh. apa lah dosa mereka.
tapi lagi marah bila ada parents yang tak ingat tanggungjawab dan anugerah Tuhan kepada mereka.
bukan nak menyalahkan sesiapa, tapi selalu aku perhati kalau di pasar raya, ibu bapa tengah syok membeli belah, terlupa anak kecil yang memang galak bermain hilang dari pandangan.
alangkan orang dewasa pun kadang boleh hilang dalam kekalutan orang membeli, inikan pula anak kecil yang tak tahu apa.
mungkin orang akan kata aku tak ada hati perut, tapi itulah realitinya. apalah salah meninggalkan anak di rumah saudara sebelum sibuk bershopping atau membawa adik yang sudah boleh diharap untuk menengok dan mengawal semasa kita sibuk nak menghabiskan duit?
apalah salahnya, ikut dulu isteri atau suami mencari barangan yang nak dibeli, sebelum kita membeli barang yang kita nak beli.
bila orang kata padan muka, marah, kata kita tak ada perasaan, tapi tanya balik diri, betulkah tindakan kita sebelum ini?
what I heard from my fellow colleague about this case is something that made me boil inside, tapi Has, kalau ko nak mengumpat, call aku, aku tak nak cerita pasal tu kat sini.
entahlah, kita memang boleh merancang hanya Tuhan menentukan.
Tapi aku teringat perbualan aku ngan kakak aku minggu lepas. dia pergi bershopping di Jaya Jusco IOI Mall dan ada jeans yang dia berkenan nak beli. tapi memandangkan anak saudara aku yang paling kecil tu lepas je ke lantai terus berlari, kakak aku tak jadi shopping. baik tak dapat beli daripada nak mencari anak yang hilang, katanya.
kejahatan manusia tak pernah mengenal usia.. kasihan si anak kecil, terpaksa mengongkong kebebasan diri untuk elak dari suara2 jahat itu..
Pa'chik,
memang orang tu jahat. sangat jahat. extremely bad person.
akira san,
ya. kisah benar. aku pun tau siapa sikecil tu. hehehehehe
BaYu SenJa,
memang betul tu. memang banyak kejadian yang sama kat luar sana yang kita tak tau dan tak akan tau. sikap orang dulu2 yang dikatakan suka menjaga tepi kain orang sebenarnya banyak membantu mengurangkan kes2 sumbang sebegini. anak orang, anak kita juga. sama2 jaga anak masing2.
masyarakat sekarang yang sikap keakuannya sungguh menebal sedikit sebanyak membantu kepada peningkatan kes2 begitu.
achik,
budak tu memang pandai. ekekekke:D
najmudin,
ya, memang kisah benar tapi tak pernah masuk tbtigasuku
accia,
begitulah manusia. sentiasa leka, selalu cuai. kekadang bila difikirkan balik .. macam tak berbaloi kesiankan manusia yang memilih untuk menjadi tidak peka.
zwit,
Sama-sama kita doakan.
div,
sebab tu aku tak pernah bawak anak2 aku gi shopping terutama time sale. sementelah aku sendiri tak suka ke tempat sale sale nih. ke mydin atau giant, aku sumbat budak2 berempat tu dalam trolley besor satu. jenuh laaa menolak sebab berat tapi sekurangnya depa tak berlari kesana sini. kalau aku nak try baju ke apa .. aku suruh budak2 tu masuk dalam fitting room sekali. hahahahah .. tapi depa semua aku suruh ngadap pintu sampai aku selesai menerai baju. sepanjang tu terkekek-kekek la depa ketawa. hahahhaha
kemat,
betul tu, lebih2 lagi dengan persekitaran sekarang. saudara sendiri boleh membuat onar.
si kecil tu kuat. dia masih bermain seperti biasa tetapi sangat-sangat peka dengan semua yang berlaku disekelilingnya. si kecil juga semakin berani :)
...traumalah hidup anak itu sepanjang hayatnya...
-dari meja seorang pakar psikiatri kanak-kanak & remaja-
Syukur kerana tiada apa apa yang berlaku kepada budak tersebut..
sungguh panjang akal dia.
sepak jer kuat kuat...
tuan doktor,
trauma? mungkin ...
pb,
alhamdulillah.
kalaulah ada orang letak spy cam dekat fiting rum tu, hehe.. mesti dia mengekek sama...
Isk....syaitan bertopengkan manusia kot lelaki itu....
Tua terkutuk itu namanya...
oit,
kalau ada yang letak ... siaplah! by end of it .. aku akan jadi millionaire! hahahhaha
blackie,
bukan tua terkutuk lagi dah ... tapi syaitonirrojim ...
eleh.. macam ko tau sapa yang letak.. haha..
ko la letak! hahahahha
oiittt ... check email la! malas betui!
teringat satu kisah seorang budak yang diliwat kemudian disula dengan ranting pokok sehingga pecah duburnya.
Trauma? Cacat? Seumur hidup menderita zahir dan batin.
Buat aku rasa ingin lakukan yang sama pada si 'terkutuk' tu. Agaknya apa dia rasa kan? Nak tolong?
khairyn! ko nak liwat dia tu? hish...
buruk perangai betoi org tua tuh...huh!
pa'chik,
berlainan sifat untuk meliwat. Bab tu nak tolong buatkan kat dia ke? warkakakaka. (*the evil laugh*)
hmmm... senjata apa yang akan kugunakan untuk menyula??
Forgive me dear sparring partner.
Tainting your lovely window
With words that have no meaning
meaningless
The sun decides to hide today
Heavy clouds hang above
basking the earth with gloomy colours
as gloomy as my heart right now
thinking about my gray future
lalalala
Mujur tidak berakhir dengan tragedi...
sebab tu aku tak pernah bawak anak2 aku gi shopping terutama time sale. sementelah aku sendiri tak suka ke tempat sale sale nih. ke mydin atau giant, aku sumbat budak2 berempat tu dalam trolley besor satu. jenuh laaa menolak sebab berat tapi sekurangnya depa tak berlari kesana sini. kalau aku nak try baju ke apa .. aku suruh budak2 tu masuk dalam fitting room sekali. hahahahah .. tapi depa semua aku suruh ngadap pintu sampai aku selesai menerai baju. sepanjang tu terkekek-kekek la depa ketawa. hahahhaha
hahaha...yang ini pula aku terberkenan. Bapaknya tak bawak masuk sekali ke
khairyn,
AKU NAK JOIN! macam2 modus operandi yang sadis yang terbentuk dalam kepala aku ni. hahahahahaha
pa'chik,
mau join ka? kakakkakaka
ah may,
bukan takat buruk ... shilaka dunia akhirat perangai tu! huh!
khairyn,
apa kata kita gunakan besi yang berjeriji tajam di setiap bahagian permukaannya. pastu panaskan sampai merah berapi ... hu la la lalalala
hei ... you're not tainting ain't no window. wish i could call you. my google is on ... feel free to kacau ya
indera,
alhamdulillah. panjang akal si kecil tu. :)
paya,
bapaknya? hehehehhe .... mana dia pernah ikut shopping pun ... rimas la bawak suami shopping! ekekkekek
Zaman sekarang memang tidak boleh dipercayai. Dulu di sebuah sekolah rendah ada seorang ustaz yang sukakan budak laki. Di sekolah memang nampak baik. Dia suka ajak murid2 laki yang ada rupa tidur di rumahnya. Kemudian berlakulah perkara yang tidak senonoh...eeii nauzubillah
iman,
apabila orang yang diberi amanah mendidik, seorang ustaz pulak tu ... akhirnya bungkam dek nafsu syaitan. elok disula je!
ala kharyn tak susah, batang mop dia kan ke panjang. suai nor nak bagi org gila sex macam tu.
has, aku really tabik la mak mak macam ko ngan kakak aku. tadi aku balik rumah, si kecik buah hati aku buat perangai nangis macam kena pukul.
kejap main, kejap nangis. dah tu masa aku dok buka durian, dalam masa nak mencari tupperware dia dah mencapai pisau. seriau aku dibuatnya.
aku balik penat2 stress kejap dengar dia nangis. tapikan budak kecik manalah paham. bila dah nangis tu aku tinggi suara sikit, diam la kejap lepas tu nangis balik ngan muka sayu, tak jadi nak marah. ambik la dukung dia.
lepas tu senyum2 kat aku. tak geram ke ko menengoknya. tu yang kalau aku lambat bangun nak g keje dia dah g nursery, aku yang rindu
div,
bila ko sendiri dah jadi mak orang .. ko akan jadi macam aku ngan kakak ko gak. betuiiiiii ... tak tipooooo .. hehhehehee
hehe it's hard to get angry with the little ones Has, let alone to hate them. Orang tua ni sebenarnya yang banyak buat kita makan hati
ceh.. jantan penyumbangleweng.
kasi kasta je alat dia tu...
Post a Comment