Friday, April 06, 2007

Api

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan
Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar
Kuala Lumpur.

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Di
Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei,
Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

---------------------------------------------------------

Kenapa aku berkisah tentang tragedi 13 Mei? Sebabnya mungkin ramai tidak tahu punca kepada peristiwa hitam itu adalah kerana parti Gerakan yang dimasa itu adalah sebuah parti pembangkang. Kini Gerakan adalah salah satu parti komponan terpenting dalam Barisan Nasional.

Peristiwa 13 Mei hanya berlaku di KL dan Selangor. Negeri-negeri lain seperti di Kelantan dimana PAS besar tidak terkena tempiasnya.

Seminggu ini, parti Gerakan yang kini sebuah parti kerajaan lagi sekali membuat onar. Cuba bermain api perkauman dan sentimen agama. Sedang bermain api dengan cuba mencari kemarahan umat Islam. Kurang ajar! Semburan air liur Lim Keng Yaik tiap kali bercakap pun tidak akan mampu memadamkan api perkauman ini.

Aku tidak mahu buat sebarang spekulasi negatif. Cukup untuk mengingatkan agar sejarah hitam itu tidak berulang lagi. Jangan kerana Gerakan kini sebuah parti kerajaan, ia berpendapat sudah mendapat lesen untuk berkata yang tidak sepatutnya.

Tidak juga aku bermaksud jika parti pembangkang menang besar, akan terjadi satu lagi rusuhan kaum, kerana itu yang sering dikias orang-orang berkeris bersongkok tinggi berfikiran cetek.

Nota kecik-kenot: Untuk baca keseluruhan artikel ni ... pergi ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

19 comments:

kingbinjai said...

ia sebenarnya bermula di singapura.

api 13may sebenarnya merebak dengan cepat adalah kerana dnegan hasutan komunisme yang telah menukar cara pernag mereka dengan memasuki parti parti politik.

Pa'chik said...

Sekarang, dengan bantuan SPR, jangan risau, akan lebih banyak kerusi untuk mereka...

Menurut analisis, kerusi dewan negara untuk kawasan melayu yang sepatutnya lebih baik dibuat 3@4 kerusi, hanya jadi satu kerusi, dengan alasan geografi, taraf ekonomi, dan kepadatan.

Dan kawasan kerusi dengan majoriti mereka, diperbanyakkan, dengan alasan sama juga.

Pa'chik said...

lupa la.. nak tanya, berita di tibipas tu, korang buat visidi ke? aku tengok ada orang jual... berita pasal lojing.

so'od said...

owh gitu citenya...

david santos said...

Hello!
Thanks for you work
have a good weekend

Anonymous said...

Salam.

Kalau ada sekali lagi peristiwa hitam itu, pastinya jadi lebih teruk, lebih parah dan lebih berdarah. cumanya kini, kalau jadi peristiwa itu lagi, orang melayu mungkin jadi pihak yang paling parah. sebabnya, kalangan belia kita banyak sudah hilang jiwa merdeka, jiwa mereka sudah terjajah. jiwa mereka sudah dijajah api hiburan bukan lagi api perjuangan. sungguh!

makin lama makin tak merdeka Malaya ni. ish ni nak pergi duduk kat NZ ni. ha ha ha.

Salam.

banggugar said...

salam,
setuju dengan akirasuri..

(",)

13may said...

eh! cerita tentang aku ker???

hahha....

ps: seronok dengar tentang 'pedang terbang' semasa peristiwa 13 mei...

Ilham Purnama said...

pertama kali singgah, alhamdulillah ada manfaat yang bisa dipetik.

blackpurple @ jowopinter said...

Mereka berani bermain api...

Cubalah kalau parti pembangkang yang mengeluarkan kenyataan itu, tentu lain jadinya, tentu lebih besar impaknya...

khairyn said...

hehehe

percayalah, peristiwa itu pasti berulang. Dan aku bukan pesimis.

Sastri said...

salam... takut juga peristiwa berdarah berulang kembali...

Anonymous said...

Malangnya Peristiwa 13 Mei ini tidak pernah ditekankan dalam buku sejarah sekolah.

Kita ni sibuk sangat dengan sains dan teknologi (habis sekolah vokasional pun dah jadi sekolah teknik) samapis ejarah bangsa kita pun kita lupakan.

Ramai anak muda kita sudah tidak bertoleransi, tidak kenal bahawa dalam dunia ini, selagi kita berpijak di bumi yang sama, kita perlu bertolak ansur danbukan mementingkan warna kulit dan darjat keturunan.

Ada saja perasaan iri hati dan suspicious pada bangsa lain, ingat orang lain selalu nak buat kacau dan tak mahu bersangka baik.

Aku ingat lagi masa aku study 10 tahun dulu, kawan2 aku bangsa India, Cina dan Serani. Ada pulak kawan2 bangsa Melayu mulut celupar tanya aku, heh! napa mu kawan ngan kapir?

Tak terkedu ke? Hampir terbelalak mata aku ni mendengarnya. Aku terus smash balik, weh hang tu dok sembayang hari-hari pun, kalau tak ikhlas, kalau ada hasad dengki, Tuhan tak terima gak.

Kemat said...

dan parti2 cina itu sesekali cuba membakar semula api permusuhan itu, dan kita masih MELAYU yg selalu sabar dan beralah..

BaYu SenJa said...

ketika sedang membaca tulisan ini, seorang turki sedang membuat samseng..
mujur campurtangan arab tokey cc ni meredakan keadaan..
kalau tak, samada turki tu jadi mangsa atau aku yang lembik...

bayu terlalu sayangkan melayu..
tapi Melayu jangan dicabar!!!

achik said...

semoga peristiwa yg sama x berulang...

13may said...

dulu dlm tahun 1998 camtu, tak silap aku...ada kes kat penang...kes kg rawa....nyaris nyaris nak jadik cam 13 may gak...

Azhar Ahmad said...

Tapi buk izzi perasan atau tidak.. Dalam buku sejarah Tingkatan 4, isu ini diperhalusi dengan halus, sehingga terlindung cerita sebenar.... hummm macam Memali yang dinafikan....

Anonymous said...

dan pada tarikh tersebut jugak lahirnya seorang blogger bernama 13may.hehe..