Saturday, April 21, 2007

Politik

A little boy goes to his dad and asks, "What is politics?"

Dad says, "Well son, let me try to explain it this way: I'm the breadwinner of the family, so let's call me capitalism. Your Mom, she's the administrator of the money, so we'll call her the Government. We're here to take care of your needs, so we'll call you the people. The nanny, we'll consider her the Working Class. And your baby brother, we'll call him the Future. Now, think about that and see if that makes sense."

So the little boy goes off to bed thinking about what dad had said.

Later that night, he hears his baby brother crying, so he gets up to check on him. He finds that the baby has severely soiled his diaper. So the little boy goes to his parents' room and finds his mother sound asleep. Not wanting to wake her, he goes to the nanny's room. Finding the door locked, he peeks in the keyhole and sees his father in bed with the nanny. He gives up and goes back to bed. The next morning, the little boy says to his father, "Dad, I think I understand the concept of politics now."

The father says, "Good son, tell me in your own words what you think politics is all about."

The little boy replies, "Well, while Capitalism is screwing the Working Class, the Government is sound asleep, the People are being ignored and the Future is in deep poo." hahahahhahaha

Jokes aside. Seriously what is politics? Academically politics is the process by which groups make decisions.

It is the authoritative allocation of values. Although the term is generally applied to behavior within government, politics is observed in all human group interactions, including corporate, academic and religious institutions. However, as muslim I believe politics and Islam cannot and should not be separated as Islam is the way of life.

In its most basic form, politics consists of "social relations involving authority or power".

In practice, the term refers to the regulation and government of a nation-state or other political unit, and to the methods and tactics used to formulate and apply government policy.

In a broader sense, any situation involving power, or any maneouvring in order to enhance one's power or status within a group, may be described as politics. This form of politics "is most associated with a struggle for ascendancy among groups having different priorities and power relations."
Now, let's see what happened in Ijok.

1) Acara baling botol, kayu bendera, batu serta ejek-mengejek. Ini terjadi apabila adik-beradik tiri bersua muka.







2) Jalan-jalan dari jalan utama hingga ke jalan kampung, estet dan taman perumahan habis ditar sampai ada pulak penduduk yang merungut kerana segalanya dilakukan dalam tempoh beberapa hari seperti terkocoh-kocoh hingga menyebabkan kesesakan yang melampau.
Lepas ni kena tunggu semua jalan dah jadi jalan tanah merah atau wakil rakyat mati baru la jalan diturap semula.

3) Ada lebih 1,000 polis kini berkampung di Ijok, ketika masyarakat kecoh dengan peningkatan kadar jenayah terutama di ibu negara.
4) Jutaan ringgit diperuntukkan pada masjid-masjid dan surau-surau, sedangkan dah berbelas tahun diminta peruntukan dari wakil rakyat yang tidak pernah turun padang berjumpa rakyat berketurunan melayu. Makin nyaman dan selesa jemaah bersolat. Alhamdulillah.

5) Peruntukan ratusan ribu untuk menambah bangunan sekolah jenis kebangsaan tamil.

7) Tapak pelupusan sampah ditutup pada 7 April, 2007 - 2 hari selepas kematian wakil rakyatnya.

8) RM36juta peruntukan untuk pelbagai projek pembangunan yang diminta rakyat Ijok lebih 10 tahun akhirnya dilunaskan tidak sampai seminggu selepas wakil rakyat mati. Kesemua wang itu akan dibelanjakan dalam tempoh 2 minggu. Menurut MB Selangor, wang berkenaan memang sudah lama diketepikan untuk penduduk Ijok tetapi tidak sempat diberi ketika wakil rakyatnya masih hidup. Jadi peruntukan 36juta itu adalah sebagai memenuhi janji seorang wakil rakyat yang sudah mati kepada pengundinya.
Selepas ini semua rakyat di DUN dan kawasan parlimen yang tidak diendahkan wakil mereka akan berdoa hari-hari agar wakil mereka mati supaya mereka akan dapat segala yang mereka pinta dalam sekelip mata. Bukan ribuan, malah puluhan juta ringgit jatuh dari langit.

9) Kes bunuh perempuan Mongolia tidak ada kena-mengena dengan rakyat di Ijok. Adakah rakyat di Ijok berada di luar Malaysia hingga tidak perlu tahu tentang ketidakadilan serta keganasan yang berlaku tidak jauh dari kampung mereka?

10) Pemilik rumah dan tanah dimana kini disewa sebagai bilik gerakan parti pembangkang diugut akan dipindahkan ke Sarawak jika penyewanya tidak mengosongkan bangunan itu, sedangkan wang sewaan sudah dilunaskan.
11) Calon PKR dihalang dari meninggalkan kawasan beliau berkempen oleh seorang pemuda BN. 2 orang jurukamera bebas cedera. Naib ketua pemuda bernama Khairy Jamaludin tidak menyedari terjadinya kejadian berkenaan dan mendakwa ianya bukan dilakukan orangnya.

12) MB Selangor kata akan jadikan Ijok kawasan angkatnya jika rakyat Ijok mengundi partinya. Banyak kelebihan akan mereka dapat jika MB jadikan kawasan tu kawasan angkat. Tapi jika pengundi buat keputusan memberi kemenangan kepada parti selain partinya, dia tidak akan peduli lagi kerana katanya dia tidak boleh bekerjasama dengan orang lain dari orangnya sendiri. Wah! angkuhnya MB yang sekarang kelihatan lebih putih melepak dari isterinya sendiri.



13) Konsert meniru gaya Marudur Gopalamenon Ramachandran atau lebih dikenali sebagai MGR telah diadakan. Bergembiralah mereka.

14) Mawi turut sama menambah rasa gembira penduduk Ijok.
15) Para pengundi Cina di Machap dimana memilih calon BN sebagai wakil mereka, telah membeli sebuah iklan didalam akhbar berbahasa Cina Oriental Daily mengucapkan TERIMA KASIH kepada DAP (bukan MCA dan BN) kerana bertanding di Machap. Dakwa mereka, jika tidak kerana DAP bertanding di kawasan mereka, sudah tentu mereka TIDAK akan dapat durian runtuh dan pembangunan dari kerajaan - sesuatu yang mereka dambakan selama puluhan tahun.

Itu antara yang terjadi di sepanjang minggu ini di Ijok dan sedikit perkembangan terbaru dari Machap.
Ini pula apa yang berlegar-legar di belakang minda aku yang terpaksa bergelumang dengan politik setiap hari. Bukan setakat di pejabat tetapi juga politik di rumah. Remember the jokes? hehehhee

Ada yang mengatakan yang oleh kerana kita sebagai rakyat yang diberi peluang pendidikan yakni bersekolah di sekolah bantuan kerajaan, mendapat pinjaman kerajaan untuk belajar, projek kerajaan dan macam-macam lagi, kita sebagai rakyat tidak sepatutnya mengkritik serta menuding kepada kesalahan yang individu didalam kerajaan buat. Tindakan sebegini dikatakan seolah-olah menggigit tangan yang memberi rakyat makan. Tidak bersyukur. Tidak berterima kasih.

Politik memang memeningkan kepala tapi hakikatnya selagi rakyat tidak celik politik dan amalkan hak mereka, selagi itulah mereka akan terus diperkotak-katikkan. Sampai bila sikap tidak apa, malas nak ambil tahu serta asalkan tidak kacau periuk nasi aku mahu diteruskan? Tahukah kita bahawa bangsa lain terutama bangsa Cina begitu celik dan tahu politik mereka?

Perpaduan pula. Apa makna perpaduan pada kita? Hanya kerana kita lihat dua kelompok orang politik berbalah maka kita katakan kesemua kita tidak bersatu-padu? Pemikiran yang bagaimanakah itu?
Bagi aku politik itu menarik. Politik itu membuat kita nampak perangai serta pemikiran manusia. Bagaimana manusia bermain politik untuk dapatkan apa yang mereka mahu. Politik bukan bermakna untuk berkuasa sebagai pemerintah sahaja. Politik ada dimana-mana.

Kalau tidak masakan akira san sedang berkira-kira samada mahu menjadi kritis atau tidak dalam tesisnya. Disebabkan ada unsur politik, akira yang seorang itu perlu membuat percaturan yang terbaik untuk masa depannya. Akira sudah pandai bermain politik :)

Aku ingat lagi dengan kisah khairyn yang turut dipermain politik ketika berkira-kira hendak mencuba nasib mendapatkan bantuan dari kerajaan yang dah memang tanggungjawabnya untuk membantu rakyatnya tidak kira bangsa, agama, status dan tahap umur. Besides, I honestly feel that education and health care should be free for all.
Akhir sekali, kalau tidak kerana politik, aku tidak akan disaman lebih RM7juta sebab mendedahkan gila kuasa manusia yang pantang nampak tanah walaupun seinci besarnya. Mungkin juga kerana hendak mempertahankan gelaran "Mr Green"nya. hehhehehe

Politics : It's a source of entertainment to me most of the time. Without it, life would be soooo dull :D










Nota kecik-kenot: Apa laa yang aku repekkan panjang2 ni. hehehhee ... malam-malam ni teringin pulak nak makan jambu air cicah sambal kicap. takpe esok carik ... hulalalalalalala ...

24 comments:

Anonymous said...

wah! fofular saya! kesah saya sikit-sikit termuat dalam entri ini. kembang hedung bila puan reporter selitkan nama saya. hahak. *akira sedang mengong!

oh oh! kalaulah kera-jaan itu bisa dikritik-kritik sesuka hati, nescayalah saya dengan senang hati merepek dalam tesis dengan jayanya. tapi. disebabkan kera-jaan 'demokrasi' yang diamalkan dan diagungkan, maka saya harus berfikir sepuluh ribu kali dalam jaga mahupun dalam lena sama ada untuk PADAM bahagian itu, ataupun KEKALkan bahagian itu. argh! tensi bila memikir.

pssst: kat rumah ni ada jambu madu. puan reporter mahu :D

Anonymous said...

oh oh! lupa pulak. puteh berseri muka MB kita tu ek. ha ha ha. kalah KJ. lepas ni KJ pun kena buat rawatan muka juga la. bagi kasi lebih puteh. baru boleh mengorat lebih ramai aweks! hahak.

izinni said...

akira san,
hedung kembang bagus untuk penambahan oksigen ke otak supaya kurang mengong .. hhehhehehe .. so selalu2lah kembangkan hedung itu.

honestly, kalau saya jadi kamu saya akan kekalkan bahagian itu tapi keputusan ditangan kamu :)

MB tu buleh jadi ambassador. Duta krim pencerah! ekekekeke

Anonymous said...

ha ha ha. kalau kembangkan hedung tu saja setiap masa, macam mana mahu sedut oksigen, gamaknya biru saya nanti. makin mengong jadinya :D

emm. saya memang terfikir untuk kekalkan bahagian tu. percentage, 80% kekal, 15% edit semula, 5% padam. ha ha ha. rasanya kekal kot.

ya ya. duta krim pencerah. kata MB tu: "siapa mengundi partai BN di IJOK akan diberi langganan percuma krim pencerah selama setahun agar anda kekal cerah seperti saya. tiru macam saya.." hahak.

*sah! memang aku mengong!

izinni said...

akkakaka .. hedung kembang selalu pun buleh nafas lagi la ... ni tengah praktik nih! heheheh

kalau MB tu kempen gitu .. SAH! BN menang! tapi lepas tu kena saman sebab bohong ... india2 kat estet ngan parthiban tak jugak cerah2. huhuhuhuhuhu ...

Pa'chik said...

jenaka tu, pernah digubah semula dengan nama thaksin dulu... dan ada penambahan dengan atok sebagai junta tentera, tokey kedai runcit sebagai kapitalis dan pekerja kedai, aku lupa sebagai apa, rakyat kot.
dalam blog bukunota.

dalam berita tibi tiga malam semalam rasanya, kisah sorang cina ni tak benarkan mereka buat longkang di atas tanah milik KERAjaan, marah sungguh dia.
Pemberita tibitiga yang kononnya bijak laksana kot, pegi la tanya orang lain, nak ke longkang tu... semua kata nak, kalau takde longkang, nanti banjir, bau taik...
mungkin mereka nak maksudkan; lelaki yang tak benarkan tu, memang bengong la...

tapi pasal aku ni prejudis, aku pikir la ke lain..
negeri maju pun masih ada masalah takde longkang ke... gila.. dah bertahun diperintah KERAjaan Be End tu, masih ada masalah bodoh macam ni... membangun sungguh Selangor Negeri Maju ni...

patut la negeri miskin aku ni banyak masalah.. kira tak salah kerajaan negeri la.., negeri miskin, apa sangatla yang buleh dibuat.


Satu nasihat aku untuk para pengundi, nanti bila datang PRU, mintak la parti-parti bertanding letak calon yang dah tua ganyut, sakit kanker tahap nak mati dah.. baru kerap ada pilihanraya kecik.. banyak sikit pembangunan...

Anonymous said...

saya sedang buat kerja gila ni. saya tengah seletip hedung saya ni. ha ha ha. mahu kasi oksigen masuk banyak-banyak.

hahak. itu yang besh tu bila ada kes saman pulak lepas tu. boleh kita tengok lebih banyak HIBURAN yang menghiburkan ketiak nanti. sekarang hari-hari hati ni digeletek gelagat "DUTA KRIM PENCERAH" dan geng-gengnya. hahak. terhibur hati den tengok dia orang dalam tivi.

Pa'chik said...

lupa.. macam mana nak buat sambal kicap tu ye.. buleh turunkan resepi tak? heheheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

izinni said...

lawak terbaru ... najib altantuya .. opssss .. dia kata dia takde kena mengena! ekekeke

najib cakap .. kazen dia si shima bisik kat telinga dia pasal gurubesor sekolah tamil mintak tambah bangunan lagi supaya buleh buat sekolah satu sesi. najib kata ok .. no problem.

pandai india tu kan .. dia tau apa je yang dia mintak musti dapat. lepas ni buleh la depa mintak taman demi memperingati MGR plak .. macam kat machap. ekekeke

aku menci tul!

izinni said...

mengada la ko pa'chik! :P

izinni said...

terbaru lagik .. lepas MB, zahid hamidi plak tawar nak jadikan ijok kawasan angkat dia. adehlaaaa ... terer betui depa ni berjanji ..

akirasuri said...

wah! baek punya janji. lawaklah depa ni. dah macam team senario pulak rasanya. terhibur den!

banggugar said...

salam,
politik malaysia terkini ke?..
tak taunya saya.. diluar kawasan liputan tv3 la katakan..
(",)

Azhar Ahmad said...

Bilahlah YB dun saya nak meninggal? Antara kehendak rakyat, dan ketelusan kerajaan....

Pa'chik said...

kalau meninggal la ni.. tak de guna, dah tak perlu buat pilihanraya kecik dah..

Anonymous said...

semoga wakil rakyat kat tempat aku pendek umur.aminn.

BaYu SenJa said...

saja nak menyoal..
apakah ijok sekarang seperti lunas hari tu? itu yang sedang saya dengar di sini....

apa pun, tahniah kepada izinni yang disaman !!! satu pendedahan menarik, boleh cetak edar kat pengundi ni :)

Pa'chik said...

klik untuk jenaka apa itu politik oleh bukunota...
memang menarik...

Anonymous said...

teringat arwah Afifah saya kata,
'Si Kening'! (maksudnya sickening!)

izinni said...

akira san,
sebab kalau depa takde buhsan juga .. heheheh tapi awas! lawak depa buleh sebab blood go upstairs. kekekek

gug,
salam kembali :)
begitulah keadaannya ...

Azhar Ahmad said...
DUN kamu apa ya? kamu yakin kamu masih lagi akan mengundi di DUN tu? hehehhe

pa'chik,
kita tunggu pilihanraya besaq pulak ..

penyu,
hahahhaa...

bayu,
ya bayu. esok pagi (isnin) saya akan ke sana.
uiksss ... tak perlulah didedah sebab mr green pun dah tak pegang apa2 jawatan lagi.kes dia masih dalam perbicaraan. kes 7juta saya pun tak tau apa perkembangannya. legal advisor nst tak cari pun. dediam je nih! hehehhehe

acciaccatura said...
cute. tak sabar menantikan bulan mei untuk baca catatan tentang arwah :)

khairyn said...

hahaha

7 juta? Nasib baik eksklusif untuk ko aje. kakaka walaupun terlibat sama dalam pemanduan ke Dengkil. BEST!

Apa citer Kudus? Tak nampak pun dlm paper internet? Nasib baik aku dah jauh.

nyway, aku tau, aku tak suka politik, tidak boleh terlibat dalam politik dan tak akan ambik subjek politik lagi lepas ni hahahaha. Tak sabar nak exam and get rid of the politics books!

achik said...

saya x suka politik... lg2 time pilihanraya.. cakap berdegar2 habuk tarak...


ps: jumaat lepas saya nak cite lawak baling kayu ngan botol sebenarnya.. tp malas la.. terus keluar n3 'ketawa penawar duka' tu...

LadyTiz said...

Ingat nk mendaftar ASAP...
tak jadi laa...
xdak beza sgt..
pasal kaw sy DUN cha ya nun alif...

Kemat said...

doa ramai2 mudah makbul..harap2 rakyat tak berdoa agar wakil rakyat kat tpt mereka meninggal dunia untuk mereka rasai kemewahan dunia politik nie