Friday, February 15, 2008

Ali Qa'id

Alhamdulillah. Hari ini genap 9 hari usia putera kami sekeluarga. Dimahkotai dengan nama Ali Qa'id. Harapan ibu dan ayah, moga Ali menjadi pemimpin pabila dewasa kelak, seperti Saidina Ali r.a - Sahabat, sepupu dan juga menantu Rasulullah s.a.w. InsyaAllah.

Ali lahir jam 10.25 pagi pada 28 Muharram 1429. Sakit bermula sebaik sahaja azan Subuh berkumandang. Kerana masih tidak merasakan perlu untuk bergegas, aku sempat lagi menunaikan tanggungjawab padaNya terlebih dahulu. Kemudian, aku khabarkan pada suami yang perut sudah mula terasa sakit walaupun turutannya tidak kerap dan sakitnya tidak begitu kuat. Aku minta dia kejutkan anak-anak dan persiapkan apa yang perlu. Pada anak-anak kami tidak memberitahu apa-apa kerana tidak mahu mereka terlalu teruja. Betapa kelam-kabutnya Irfan, Zinnirah dan Syabil semasa aku mahu melahirkan Nisaa' Az-Zahraa. Suami menyiapkan sarapan untuk anak-anak sementara aku menghitung kekerapan sakit.

Ketika kesakitan sudah kurang dari 5 minit setiap kalinya, kami pun bergegas ke hospital. Jam ketika itu lebih kurang pukul 8.30 pagi. Setibanya di Hospital Serdang kira-kira 20 minit kemudian, aku terus masuk ke dewan bersalin selepas bersalaman dengan suami memohon ampun dan maaf serta minta dihalalkan makan minum dan segalanya. Maklumlah, banyak dosa juga aku ni ;) Pada anak-anak aku berpesan supaya dengar cakap ayah mereka dan jangan tinggal solat.

Kali ini juga aku tidak mengharapkan suami berada disisi disaat hendak melahirkan walaupun jururawat yang bertugas menawarkan untuk memanggil suamiku masuk. Dengan 4 orang anak yang perlu diawasi, mustahil untuk dia berada sama denganku. Aku tahu dia sentiasa mendoakan aku. Itu sudah lebih dari cukup bagiku.

Proses melahirkan kali ini tidak seperti yang sebelum-sebelumnya. Agak payah bagiku. 'Contraction' yang tidak panjang menyebabkan aku tidak boleh meneran bagi menolak keluar bayi dengan berkesan. Beberapa kali aku hampir pitam. Ada bulan bintang!! Susah untuk bernafas. Bukan asthma. Bukan darah tinggi. Rupanya tekanan darah rendah. Puncanya ... aku tidak menjamah apa-apa pun. Walau setitik air pun tidak ku hirup pagi sebelum ke hospital. Makanan yang terakhir yang aku makan adalah pada waktu sebelum maghrib malam sebelumnya. Memang perut benar-benar kosong. Sebab itu, aku tiada kudrat hingga hampir pitam.

Pabila jururawat mengatakan jantung bayi mula lemah kerana beberapa kali hampir keluar tapi 'disedut' kembali ke dalam kerana aku tidak berupaya meneran untuk menolaknya keluar, hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya aku. Jururawat terpaksa memasukkan air bagi membantu aku bertahan.

Alhamdulillah, setelah hampir 1 1/2 jam berusaha, Ali Qa'id lahir ke dunia. Tangisannya memenuhi ruang bilik bersalin. Syukur kepada Allah. Ali Qa'id ku dakap ke dada. Tangisannya terus reda. MasyaAllah, Maha Suci Allah. Sesungguhnya Kau Maha Besar. Maha Pencipta.

Setelah dibersihkan, Ali dikembalikan kepada aku untuk disusukan. Sejam yang pertama memang kritikal dalam penyusuan bagi menstimulasikan kelenjar susu dan membiasakan bayi dengan penyusuan. Ayahnya masuk untuk mengazankan. Sayu aku. Menitis air mata mendengar suara azan dan iqamah suami pada telinga Ali. Mata suami bergenang air mata tapi cuba disembunyikan.

"Terima Kasih." Sudah cukup menambah sayu dihati. Terasa amat dihargai, walaupun ucapan itu hanya 2 patah perkataan keluar dari mulutnya. He's a man with few words. Petang itu juga, Ali Qa'id pulang ke rumah. Irfan, Zinnirah, Syabil dan Nisaa' yang berkesempatan menatap wajah adik baru mereka di hospital kerana sudah tamat waktu melawat ketika aku dipindahkan ke wad, nyata begitu teruja. Ali dikerumi laksana sebutir gula.

Hari ini, di hari yang ke-9, Ali yang takut mandi dan suka berbedung itu sudah 7 kali dicucuk. Dicucuk untuk diambil darah. Tangan kanan, kiri. Tumit kanan, kiri. Semua sudah dinoda jarum. Seperti yang lain, Ali pun suka pada warna kuning. Naik turun angka billirubin dalam darahnya. Cukup merunsingkan aku. Cukup untuk membuatkan aku tidak betah untuk tidur sebab dia perlu disusui setiap 2 jam atau kurang. Kencing dan beraknya perlu dipantau. Sehari tidak berak akan menyebabkan kuningnya naik semula. Ali perlu selalu diusik dan dikejutkan dari tidur nyenyaknya. Terlalu sedap tidur tidak bagus untuknya. Dia perlu bangun dan cergas. Ada ketikanya aku akan biarkan dia menangis agak lama bagi membuatkan dia aktif. Macam bayi Jepun. Lagi kuat menangis lagi elok untuk bayi itu.

Hari Isnin perlu disusul lagi ke klinik untuk diambil darah. Begitulah rutin ibu setiap kali melahirkan. Cuma kali ini Ali masih tidak perlu dimasukkan ke wad untuk berjemur dibawah cahaya biru seperti Irfan, Zinnirah dan Nisaa'. Tidak perlu jadi Batman. Jadi aku perlu memastikan yang angka billirubinnya tidak mencecah tahap 18. Kurang dari 18, adalah angka selamat yang tidak memerlukan dia dimasukkan dalam wad.

InsyaAllah, lagi seminggu dua akan berkuranganlah kuningnya. Hatinya belum betul-betul matang untuk meneutralkan billirubin didalam darahnya. Semuanya berkaitan jaundice sudah ku selidik dan hafal dalam kepala ketika Muhammad Irfan lahir. Irfan istimewa kerana jaundicenya bertahan selama 2 bulan. Ketika doktor sudah berura-ura mahu menukar darah atau mengambil cecair dari belakangnya, seminggu kemudiannya kuning Irfan beransur turun dengan stabil hingga hilang sepenuhnya.

Kali ini dengan Ali, aku doakan jaundicenya tidak berlarutan begitu lama. Aku harap kurang dari sebulan. InsyaAllah.

Nota kecik-kenot:
Pa'chik, kingbinjai, wan, sangdiva, acciaccatura, So'od, hayad, zwitterion, azahygcomel, Rynn Cowbra, mudin001, blackpurple @ jowopinter, achik, Mak Su dan kemat.
Terima Kasih atas doa dan ucap selamat kalian. Terima Kasih sekali lagi :)

14 comments:

Anonymous said...

kena demam bersih kot.. ;)

semuga cepat sehatnya....

Anonymous said...

kiranya semua anak2 aku kena kenan bersih la ek? advance yang lagi 4 tu ek ... hehehhee ...

Pa'chik said...

dak pun.. keturunan raja-raja ooo...
selalu kan orang bagi minom susu kambing kalau demam kuneng nih...

Anonymous said...

Confirm bersih ni! Haha!

Tahniah sekali lagi.

Kami... Alhamdulillah kuning Alya tidak teruk. Boleh dikatakan hampir tiada. Adam dulu... sampai juga ke hospital sebab kuning.

:)

Pa'chik said...

err..masa adik aku bersalin hari tu... kiranya, ada banyak gak lah yang dah obediyu.. jadiknya, ramai lah yang doktok masukkan ubat.. tapi semuanya berakhirnya kena belah jugak.. cuma dia sorang je yang beranak normal...

sebelum dari dia bersalin tuh... dia dengar doktor dok bersembang lah... pening pasal apa ubat yang derang masukkan tu tak jadi.. agaknya ubat tu dah ekspayet kot.. kata doktot tuh.. gila sungguh...

tu pun, adik aku, pagi tu, kalau tak pasal tetiba je kontreksyen dia lebih dari tiga siem, memang dah kena belah lah... tapi.. dari tujuh pagi tu.. sampai lima pagi esoknya baru buleh beranak...

zwitterion said...

:)

Azhar Ahmad said...

Wahhh tahniah buk izzini, Ali Qa'id, sedap nama tu, maksudnya juga indah. Saya paham perasaan suami buk Izzi. Dulu masa buat praktikal kat labour room tu, saya selalu menangis. Tiap2 kali lepas satu proses, kompom saya menagis... Huhuhu...\]

Apapaun, buk Izzi boleh tolong krimkan alamat Buk Izzi tak? Ada sesuatu untuk Ali....

13may said...

Salam Puan Izinni...

Lama betoi tak datang sini...

Tahniah!

:)

izinni said...

pa'chik,
raja apa ek? raja gopal? raja siam? rajawali? hehehhe
alahaiii ... jenuh dah. last2 aku kena marah plak dengan doktor sebab bagi susu selain dari susu ibu. hari tu dah kena leter dah. hehehehe ...

yang 4 tu apa yang aku tak bagi. sampaikan irfan baru berapa hari dah neneknya bagi rasa durian sebabnya durian kan panas, so diharap effectnya macam susu kambing la. mandi air sensei la, pokok dukung anak la. tarak jalan laa ... hehehhe

najmudin,
insyaAllah bersih dan suci murni. hehehe
Baguslah Alya jaundice tak teruk. Boleh mati akal tau. Macam saya ni ha. kalau demam biasa ke apa ke boleh dibagi ubat. ini penyakit takde ubat. Ubatnya masa ...

pa'chik,
aku kan .. biarlah perit macamana pun. tak nak aku dibelah2 macam ikan. biorlah normal. senang nak jaga. kalau dibelah2 .. aduhhh lepas bersalin dok terbaring je tak boleh nak bergerak. nak menyusu anak pun susah. ada sorang tu masa dalam wad, anak dia nangis nak nyusu tapi dia tak leh nak bangun. nurse pulak sampai budak tu dah nak hilang sora baru ler diambik bagi kat maknya. dah ler tu, kencing pun kena masuk kantung sebab tak leh bangun. kan ke seksa tu.

nasib adik mu tak kena masuk ubat expired gak. kalau dak .. isyyy...buleh gak disaman dapat gak ler ribu riban. hehhehe

zwit,
:)

Azhar,
Ada member cakap saya cari nahas letak Ali Qa'id sebab persis Al-Qaeda. hehehhee ...
aduhhh .. kamu berjiwa sensitif rupanya. kalau dalam sehari tu 10 orang melahirkan, 10x la kamu nangis ek. kalau isteri dan anak sendiri gamaknya mesti dah meraung kot. hehhhe ...

Wahhh ... Ali nak dapat hadiah ke? huhuhu ... nanti insyaAllah saya emailkan alamat pada Azhar.

Ahmay,
Salam kembali. Terima Kasih. Saya pun dah lama tak tinggal jejak kat blog kamu. Selalu singgah baca je :)

Kamu bila lagi? hehehe ... boleh buat analisa alam perkahwinan dan alam berkeluarga pulak. ini asyik analisa cintun je. hehehhehe

khairyn said...

izinni

Lama dah tak borak ngan hang ek? hahahaha

Alhamdulillah semuanya selamat

achik said...

Ali suka berbedung ek..
slalunya baby x suka.. sekejapan je terlerai bedungnya.. ;p

Anonymous said...

Izinni,

You warm my heart with this story. I think every woman could relate to this. Childbirth changes me.

Motherhood sorts my haywired priorities. Seeing Luqman for the first time two years ago was the closest to God I ever felt.

I cant hold him like you did as he was born via c-section. The pead came to my left sight and said this (i remember every words of it) "Elviza, this is your baby"

I shed tears. The emotion was too overwhelming. Luqman is a treasure from God to me, to my husband and to the rest of the family.

Good work Izinni, I look forward for more :-)

Idham said...

semoga Ali Qa'id menjadi anak yang soleh..amin..salam perkenalan. Cabai Burung

izinni said...

khairyn,
Alhamdulillah. Berkat doa semua :)

achik,
bila berbedung dia rasa safe kot. Once dibuka je bedung, macam terkejut2 dia, terus menangis.

Salam Elviza,
Welcome. Before I had my firstborn, my priorities were my work. As a journalist, I was always on the run and home late. But when Irfan was born 10 years ago, everything change. When my third was born, I craved to be with my children. Alhamdulillah, now I am no longer working. It is definitely tiring to handle 5 kids on my own but I am content. Ya, motherhood did change me. Syukur pada Allah atas kurniaNya :)

idham,
salam perkenalan kembali. InsyaAllah, moga Allah terangi perjalanan Ali Qa'id di dunia ini.