Monday, February 18, 2008

Aduhhh ...

Nombor

228
278
238
250
245
237

Naik. Turun. Naik. Turun. Naik dan turun angka billirubin Ali Qa'id.
Macam harga barang. Cuma sejak kebelakangan ni lebih banyak naik dari turun.
Hari Khamis kena pergi lagi. Harap-harap turun lagi. Jangan naik lagi sudah.

Darjat

Antara 2 darjat. Antara monyet dan orang utan. Rasanya dipanggil orang utan lagi ok kot sebab pangkalnya masih "orang" dan ianya spesis dilindungi. Susah nak jumpa, hanya ada dibeberapa hutan aje di dunia ni. Monyet pulak merata-rata ada .. hatta kat tepi hi-way pun melambak dok bergayut kat pokok. Boleh dikira beruntung digelar orang utan daripada monyet.

Jahanam

Habis bendera dipunggah. Penat naikkan bendera tak hilang. Tip-tup ada pulak yang gatal tangan menjahanamkan. Aku yang duduk kat negeri maju ni pun tau siapa yang buat. Depa sendiri la ... saja nak cari pasal buat isu sampai suruh khadam polis wahid siasat.

Nota kecik-kenot:
Penat disogok propaganda murahan hari-hari. Macam orang bodoh tak buleh berfikir je layaknya depa buat kita ni.

4 comments:

khairyn said...

Oh semuga cepat sembuh.

Monyet, beruk, gorilla, orang utan.. aku rasa dah tak ada darjat dah tu. Amacam darjat di mata Allah nanti?

Bendera ka? Tengahari tadi aku borak ngan pak aku. Bersemangat terus nak tahu perkembangan sampai hari ni tak jemaah kat surau sebab nak tengok berita kakakakaka. Nampak gaya akan berjuang ala shebab. Intifada ala Hamas? An eye for an eye? Hmm...

Pa'chik said...

Ya Allah! Tuhan sekelian manusia, hilangkanlah bahaya, sembuhkanlah; Engkaulah Penyembuh tiada kesembuhan kecuali dari Engkau kesembuhan yang tidak diikuti penyakit.

tengok citer orang meskin kat tumpat tuh... kata orang tu.. "kami sebenarnya nak gi tengok kesan banjir je.. tau-tau ada orang semekin..." hahaha...
satu lagi... "tidak ada tindakan orang yang berkuasa..."
hikhikhik... rasanya kuasa deme lagi besar, duit lagi banyak... pulak tu.. mereka yang menambahsempitkan orang-orang semekin tu dengan menaikan harga barang kawalan dan harga mekanan dengan konspirasi bersama dengan pemegang AP import bahan makanan... huhuhu...

Pa'chik said...

lupa.. kat tepi hi-way ada satu orang jawa yang pinter... heheh...

malam ni baru pasang bendera... sebelum ni duk wat markas ngan pintu gerbang.... heheh.. orang lain dah siap lama dah...

izinni said...

khairyn,
masa si SIL pak lah dok kata bloggers monyet, takde sekor pun yang pertikai cakap macam tu tak bagus di sisi agama. ya ya si opah pidah kata Islam tak ajar cakap gitu.

aku dah tak lalu nengok berita. sangat memualkan.

pa'chik,
AMINnnnn ....

errr ... tumpat tu kawasan sapa ek? hehehhe .. bukak pekung kat dada sendiri. sangat busuk!

wak tu kat hiway mana ek? buleh aku skodeng. hehhehe ... dekat dengan billboard besor tu ke? eekekek

waaa ... kencang la poket mu ek. kalau dak pun kembung perut sebab banyak pulun teh tarik memalam. hahahhaha