Friday, September 26, 2008

Dah pandai demand ...

Makan dan makanan. Sesuatu yang sudah lama tidak dibicarakan disini. Jadi hari ni nak cerita pasal makanan. hehehhe

Baru je siap buat biskut raya. Satu aktiviti yang sudah tidak dibuat hampir 10 tahun. Ya. Kali akhir aku buat biskut raya sendiri masa Irfan masih baby. Itupun sejenis je. Chocolate chip cookies.

Tahun-tahun seterusnya aku memang tak buat biskut raya langsung. Beli pun tidak. Selalunya bila balik Tapah Road, makcik-makcik suami akan bekalkan biskut raya bila kami nak balik ke USJ semula. Jadi itulah kuih raya kami. hehehhehe ...

Sekarang anak dah ramai. Dah pandai pulak minta itu dan ini. Pandai pulak komen yang biskut raya cap tunjuk tak berapa nak sedap. Jadi tahun ni depa demand. Terutama, anak dara aku yang sulung Zinnirah.

Jadi dah 2 malam berjaga lewat sikit lepas tarawih buat biskut raya sama-sama. Suka benar dia. Irfan dan Syabil pun join sama. Syabil yang paling seronok sebab dapat jilat semua perkakas sampai licin. hehhehe

Malam semalam:
1) Biskut Nestum dan Aprikot
2) Cornflakes madu bercoklat

Tadi:
3) Biskut Nescafe
4) Rich Chocolate Chip Cookies with Almond

Esok tak tau lagi. Kalau rajin buat. Kalau tak cukuplah 4 jenis tu. Itu pun dah banyak. Nasib baik semua menjadi takde yang hangus, keras atau tak masak.

Sebab aku baik dan pemurah... hehhehe ... aku nak kongsi resipi yang nombor 1 dan 4. Kalau ada yang sempat nak buat tu, buat la ek. Kalau tak menjadi atau sedap ... bukan salah aku. hehhehe

Biskut Nestum dan Aprikot

Bahan-bahan Doh A:

1 cawan gula
1 cawan marjerin atau mentega
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
2 cawan nestum
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
3 sudu besar madu
sedikit pewarna merah

Bahan-bahan Doh B:

1 cawan gula
1 cawan marjerin atau mentega
3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 sudu besar baking powder
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur

3 sudu madu
20 biji aprikot kering (cincang halus)


Cara:
1) Pukul gula dan marjerin sampai kembang. Masuk esen vanila. Masuk telur satu persatu.
2) (Doh A) Masuk pewarna merah dan madu. Pukul sebati. Masukkan bahan-bahan kering (tepung gandum, tepung jagung dan nestum) yang dah disatukan. Gaul sampai jadi doh.

3) (Doh B) Masuk madu dan aprikot. Gaul sebati. Masukkan bahan-bahan kering. Satukan sampai jadi doh.

4) Canai Doh A dan Doh B berasingan sampai nipis. Letak Doh A atas Doh B, kemudian gulung. Gunakan pisau untuk potong. Alaa ... macam kek gulung tu la. Letak atas dulang pembakar. Bakar 20 minit, suhu 180.


Rich Chocolate Chip Cookies with Almond

Bahan-bahan:

2 cawan gula perang
2 cawan marjerin/mentega
4 biji telur
2 sudu besar esen vanila
6 sudu besar madu
1/2 keping chocolate cooking yang dah dicairkan
3 cawan semi-sweet chocolate chips
1 cawan almond yang dicincang

Bahan kering (Dicampur dan diayak bersama)

5 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
2 cawan serbuk koko
2 sudu besar baking powder

Cara:
1) Pukul gula perang dan mentega sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati. Masukkan esen vanila, madu dan chocolate cooking yang dah dicairkan.
2) Masukkan choc chips dan almond. Gaul sebati.
3) Masukkan bahan-bahan kering. Satukan sebati sampai jadi doh.
4) Guna sudu untuk cedok atas dulang pembakar atau bentukkan doh macam silinder, kemudian cubitkan besar2 atas dulang pembakar ikut saiz sesuka hati. Tekan sikit dengan garfu.
5) Bakar 20 minit, suhu 200


Bila buat biskut raya dengan anak-anak ni ... teringat memori dengan mak ... buat biskut raya sama-sama. Biskut wajib yang mak selalu buat masa raya ... biskut makmur, biskut cornflakes, biskut oren yang sentiasa berbentuk bulan sabit dan biskut kurma.
Bila aku dah agak pandai ... aku tambah dengan tat nenas dan sudah semestinya chocolate chip cookies yang aku reka ikut sedap tekak sendiri.

Raya kali ni .... aduhaiii ... tak nak ingat la ... nanti leleh ....

Tuesday, September 23, 2008

Drama purbakala ...

"Dinda, kanda membawa khabar gembira. Kanda telah dikurniakan pekerjaan baru."

"Oh ... bahagia sekali dinda mendengarnya, kanda. Apakah pekerjaan itu wahai kekanda?"

"Lebih bagus dari yang dulu dinda. Kanda yakin dinda pasti gembira mendengarnya."

"Lebih bagus dari dulu? Maksud kanda, dinda ... opppss ... maksud dinda ... kita akan lebih berbahagia dari sekarang?"

"Itu sudah pasti dinda. Jika dulu kita bergelumang dengan kereta kuda, tongkang, bahtera, tombak, keris, lembing ... sekarang khazanah negara menjadi tanggungjawab kita bersama."

"Oh kanda. Amat beruntungnya kita. Dinda yakin kita pasti akan dapat lebih memberi kesenangan kepada rakyat jelata."

"Ya dinda. Itu sudah tentu. Jika dahulu kita menjaga keselamatan mereka, kini kita menjaga periuk nasi mereka supaya lebih makmur dari sekarang."

"Errr ... bila kanda akan mula bersidang?"

Nota kecik-kenot:
Macam tak menjadi je drama mengong aku ni ... hahahhaha .. lantak la labuuuu ...

Friday, September 19, 2008

Oh ...What a feeling ...


Ohh .. what a peaceful night. Hot. Humid. But peaceful.

Oh .. despite being a bit uncomfortable due to the weather, I am overall happy. I feel wonderful. I am over the moon. So esctatic for being Malaysian. I wouldn't dream of being somewhere else but Malaysia. It's people. It's food. It's surrounding. Friendly, Lovely, Warm, simply Nice.

Oh .. of all things great in Malaysia, what I like most is the government. I am definitely head over heels in love with the current government. Nothing beats them. They are truly the best. Simply the best, that's what Tina Turner had said. "Better than all the rest ... better than anyone ... anyone I've ever met!"

Oh .. my ... I have butterflies in my tummy just thinking of them. My face feels warm and feel like swooning, too. Feels lots like first love. 'Blushhh ...'

Oh .. There's nothing bad about the them. They are just, fair, honest. They know what the people want and give it without any remorse. They love serving the people. They are truly an example. Other countries should emulate the way our government is governing the country.

Oh .. another thing. Have I told you how great our economy are, now? I mean, currently. While most stock exchange in the world plummeted, our's still going strong and steady. In fact, our economy is booming. Better than before the 1997 economic crisis. People got lots of money. So loaded with money that they don't mind sending their member of parliament for a holiday in Taiwan.

Oh .. I know .. people are talking about all those arrest, right? Those people are just a bunch of sour grapes who envy the current leadership. They can't stand the fact that Malaysia is peaceful and prosper under our excellent leadership. They spread lies about Malaysia, while the fact is Malaysia is just fine. So fine. Everybody is living in harmony. Everybody is happy. No one is living in poverty. No one has nothing to eat or to wear. No one is complaining.

So ... oh ... so forget about changing the government. Our's is perfect. Others are just lame. Not good enough.

Oh .. Malaysia. Oh .. Malaysian. Be grateful. Be thankful. Be in love.

Monday, September 15, 2008

Gara-gara 916, TGNA & MA krisis?...

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 11 Ramadhan 1429 (11 September 2008).


Nota kecik-kenot:
Apa agaknya pandangan Haji Hadi bila orang kanannya di negeri kena hentam macam ni? hmmmm ... menarik. buat aku tertunggu2 reaksi semua pihak dalam PAS. Mesti ada sebab tok guru sampai menegur begitu keras begini. hmmmm ... apa agaknya fikiran cikgu Pa sekarang.

** artikel asal telah dinyahkan atas arahan pihak 'atasan'. Yang ini disalin tampal dari blog tok mudin. buat simpanan untuk dibaca anak cucu nanti. hehehhe... terima kasih ya.

Saturday, September 13, 2008

Al-kisah 3 rakyat jelata dan ISA ...

Aku akan berbicara panjang kali ini. Boleh abaikan jika tidak mahu membaca kerana coretan ini bukan sekadar panjang namun mungkin agak beremosi. Tapi aku perlu luahkan.

I.S.A jahanam datang lagi. Seakan Dajjal.

Setakat ini belum ada rakan, teman, saudara atau keluarga terdekat yang dikenakan tindakan I.S.A. Satu akta yang pada pandangan aku amat primitif dan penuh ketidakadilan. Aku berdoa agar aku tidak perlu berdepan dengan penderitaan yang dihadapi keluarga-keluarga tahanan I.S.A yang terus dizalimi tanpa sebarang pembelaan. Aku teringat pada kak Laila dan anak-anaknya yang seperti dipinggirkan oleh kita. Kak Laila sentiasa ada dimana sahaja kempen Gerakan Mansuhkan ISA (GMA). Anak-anaknya yang comel mulus setia mengikut ibu mereka sehingga Kak Laila sering dikatakan menggunakan anak-anaknya untuk kepentingan peribadi dan politik. Sedangkan mereka hanya berjuang untuk mendapatkan semula suami dan ayah mereka yang diambil dari mereka dengan rakus. Mereka tidak mendapat pembelaan dari kerajaan mahupun kita sendiri sebagai masyarakat. Kita sendiri seolah menghukum waris-waris tahanan I.S.A dengan membiarkan mereka.

Si Anak Raja

Ya. Aku tidak pernah sokong kebanyakan tulisan Raja Petra. Pada aku dia hidup dalam dunia khayalannya sendiri. Dia suka berimaginasi. Dia suka bercerita. Imaginasi dan interpretasinya tentang sesuatu perkara adakalanya dangkal dan sengaja mahu menjolok rasa dan minda. Dia sering dilihat mempertikai sesuatu yang hak dalam Islam. Tentang wajib menutup aurat @ bertudung. Pada aku, apa yang ditulisnya itu tidak betul dan dia jelas seolah tidak faham kenapa seorang wanita Muslim perlu menutup aurat. Itu antara 'keluhan' si anak raja ini yang cuba 'dikongsi' dengan pembaca-pembaca setianya yang kebetulan juga 'jahil' dan punya mentaliti tertentu berhubung kait isu yang sama.

Jadi, pada pendapat aku, kita sebagai orang Islam yang tahu mengapa perlu menjelaskan kepadanya. Kalau tidak mahir berhujah sepertinya, cari orang yang mahir. Jelaskan. Mana pergi semua mufti yang bersungguh-sungguh bermesyuarat tentang sumpah laknat itu? Inikan kerja mereka. Menjelaskan apa yang tidak jelas walaupun isu itu sebenarnya sudah jelas. Apa? Sudah putus asa? Kalau dijelaskan pun tidak akan masuk kepala? Jadi apa gunanya jadi bijak pandai agama? Apa gunanya gelaran mufti dijaja?

Jangan kita sekadar mengutuk dan menghina pemahaman dengkelnya. Dah dia tidak jelas, jelaskan lah. Tapi, kita lebih suka mengutuk. Orang macam RPK yang banyak menggunakan kaedah logik akal dalam menentukan sesuatu tindakan dan pandangan tidak akan tunduk jika dikutuk. Lagi dikutuk tanpa diberi hujahan logik yang boleh menolak hujahannya, lagi keraslah hatinya. Lagi bertambah yakinlah dia dengan apa yang dia percaya.

Sekarang sudah 'dihukum' tanpa biacara pula. Sedangkan apa yang dipersoalkannya tidak seorang pun yang boleh menyangkal. Adakah anda rasa dia akan terus terima? Kemungkinan besar dia akan terus berpegang teguh dengan apa yang dia fikir betul selama ini. Siapa yang rugi? Fikirlah sendiri. Siapa yang mentertawakan kita? Faham-faham sendiri.

Jika benar apa dikatakannya salah ... buktikan padanya yang dia salah. Bawa dia kemuka pengadilan. Dapatkan peguam-peguam yang bijak pandai agama untuk menyanggah pendapat-pendapatnya dalam tulisan itu. Bukankah sudah ada bukti dia membuat kenyataan itu? Gunakan. Gunakan untuk 'menyedarkan'nya semula. Bukan kurung dia. Bukan layan dia macam budak nakal yang perlu dihukum dengan harapan akan sedar. Belum tentu akan jinak. Malah mungkin akan semakin keras dan liar.

Si Wartawan

Kemudian, seorang lagi ditahan. Juga menggunakan akta zalim ini. Seorang wartawan. Wartawan akhbar berbahasa Cina. Seorang wanita. Aku pernah bekerja sepertinya. Aku seorang wartawan. Selama hampir 10 tahun sebelum aku memilih untuk meninggalkan kerjaya yang sudah sebati dengan jiwa dan pemikiran aku itu. Aku sendiri seorang wanita.

Tan Hoon Cheng ditahan kerana melaporkan apa yang dia dengar di sebuah ceramah. Sebuah ceramah yang dianjurkan sebuah parti politik Melayu. Sebuah ceramah yang dikatakan penceramahnya dengan lantang berkata yang orang Cina itu 'setinggan'.

Secara jujurnya, aku sendiri benci dan mual pada orang Cina yang pentingkan kaum mereka semata-mata dan hanya mengejar kekayaan tanpa mempedulikan hak orang lain. Cina sebegitu memang tidak bagus. Tapi hanya segelintir yang begitu. Kebanyakan Cina yang aku kenal sangat baik dan bertolak ansur. Aku sendiri ramai rakan Cina yang baik. Malah mereka sendiri lebih memahami adat dan amalan aku sebagai seorang Muslim. Mereka tidak memomokkan amalanku. Mereka tidak makan atau minum dihadapan aku ketika aku berpuasa. Mereka sendiri mengingatkan aku tentang waktu solat jika aku terlupa. Mereka bertanya tentang amalan zakat dan kenapa perlunya amalan itu. Mereka kagum dengan kesanggupan umat Islam yang berhabis wang ringgit serta berpisah dengan keluarga semata-mata untuk ke tanah suci Mekah menunaikan rukun Islam yang ke-5.

Mungkin adakalanya mereka tidak faham kenapa wanita Muslim perlu menutup aurat. Perlu bertudung. Pada mereka tidak adil kerana dalam cuaca sepanas Malaysia, kenapa perlu 'berbungkus' seperti itu. Sedangkan ada lelaki Muslim bersahaja bercelana pendek, tidak berbaju. Tidak menutp aurat dan tidak menjaga mata. Belum lagi 23 umat lelaki yang majoriti Muslim yang berlari mengejar bola dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan bola sepak yang berseluar pendek. Tiada seorang mufti pun yang bersuara.

Aku boleh hadapi itu semua. Aku jelaskan dengan sebaik mungkin dengan harapan mereka faham akan tuntutan agamaku itu bukan untuk mereka yang tidak beragama Islam. Mahu faham atau tidak terpulang pada mereka asalkan mereka tidak memomok dan menghina. Apa sahaja ketidakpuasan mereka simpan sendiri sepertimana aku menyimpan segala ketidakpuasan dalam diri aku sendiri. Adil bukan?

Jadi, apabila wartawan itu ditahan kerana melaporkan kata-kata berbau penghinaan seperti itu, aku tidak faham. Kenapa orang yang menuturkan kata-kata itu tidak ditahan sama? Kenapa orang yang membenarkan berita itu disiarkan iaitu pihak pengarang di akhbar itu, tidak ditahan sama? Kenapa wartawan itu sahaja yang menerima hukuman? Sedangkan orang yang menjadi puncanya hanya dilucutkan jawatan dalam parti dan digantung keahlian?

Bila orang yang menjadi punca itu tidak diambil tindakan sekeras wartawan itu, jadi apa yang cuba dibuktikan? Orang dalam parti itu kebal sedangkan yang bukan dari parti itu boleh diperlakukan apa sahaja? Jahanam mereka! Semestinya mereka direjam dengan 1,000 biji batu besar!

Jika benar dia salah. Bicarakan dia. Negara ada pelbagai akta. Dakwa dia dimahkamah. Guna akta hasutan, akta fitnah. Akta apa pun. Bicarakan dia. Bukan tahan tanpa bicara.

Isu Cina pendatang dan setinggan ini membuatkan aku teringat pada Ati (akirasuri) dan juga bondanya. Apa agaknya perasaan bondamu Ati bila diperkatakan begitu? Bangsanya diperlekehkan sebegitu sekali? Seolah salah dilahirkan sebagai bangsa lain selain Melayu. Bukankah manusia itu Allah jadikan berbilang bangsa agar manusia belajar memahami dan berbaik-baik dengan bangsa selain dari bangsa mereka?

Dan sejauh mana pasti yang kita yang dicatatkan sebagai MELAYU dalam surat beranak dan kad pengenalan, adalah MELAYU sepenuhnya? Adakah kita 100% MELAYU?! Aku tidak. DNA aku pelbagai. Ada melayu, ada mamak, ada siam, ada minang dan entah apa lagi. Rupa aku sendiri bukan Melayu sepenuhnya. Malah sering disalah anggap sebagai Cina mualaf.

Anak-anak aku yang lima orang itu sepet-sepet belaka. Biarpun ada yang bulat matanya, tapi tiada kelopak mata. Sepet lah namanya. Setinggan pendatangkah mereka? Salah mereka ada mata sepet umpama Cina?

Si Wakil Rakyat

Satu lagi mangsa. Juga seorang Cina. Perempuan juga. Mulut agak laser. Belum berkahwin. Aku kenal agak lama. Banyak kali juga mengikut dia dalam tugasan. Membuat liputan mengenai apa sahaja isu yang dia kemukakan menuntut mereka yang sudah biasa dibelanja untuk bersedia untuk tidak dibelanja. hehehhehe ... aku suka. Tidak terasa 'terhutang'!

Tiba-tiba dia juga diI.S.Akan. Kononnya kerana isu azan. Dan mungkin juga kerana isu tulisan jawi. Aduhaiiiii ...

Isu azan telah dinafikannya. Aku harap dia benar.

Isu tulisan jawi dia tidak nafikan lagi. Dia harap dia benar. Dia ikut logik akalnya juga. Kalau padanya penyiaran gambar babi panggang togel hanya semata-mata untuk menunjukkan yang dia diraikan oleh kaumnya sendiri kerana menang pilihanraya, maka padanya ketiadaan tulisan jawi di papan tanda jalan di kawasan penduduk majoriti bukan Melayu yang buta jawi, bukan satu isu besar.

Tolonglah! Orang Melayu sendiri merangkak baca jawi. Macam aku! Al-Quran aku tahu baca sebab ada tanda atas, bawah, depan, mati, sabdu. Jawi mana ada tanda! Terhegeh-hegeh aku membaca. Selalunya minta tolong dari anak-anak yang sangat lancar membaca dan menulis dalam jawi. Kasihan anak-anak dapat ibu yang buta jawi.

Siapa yang cantas tulisan jawi kalau bukan orang Melayu sendiri? Siapa yang cantas bahasa Melayu dalam pendidikan berunsur 'teknologi' kalau bukan orang Melayu sendiri? Hanya kerana mahu Melayu tahu berbahasa Inggeris?

Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah!

Aku sendiri belajar berbahasa Inggeris dan menulis Inggeris dengan membaca buku-buku cerita Inggeris. Novel-novel cinta picisan berbahasa Inggeris. Kartun-kartun berbahasa Inggeris. Tapi sekarang, kartun berbahasa Inggeris pun sudah ada sarikata bahasa Melayu. Nasib baik Sesame Street tiada bersarikata. Kalau ada ... punahlah semuanya!

Kalau zaman aku matapelajaran Ilmu Hisab dan Sains diajar dalam bahasa inggeris mahunya aku gagal selalu. Dalam diajar dalam bahasa ibunda aku pun aku hampir gagal kertas SPM matematik. Cukup makan. Kalau dalam bahasa inggeris, entah apa nasib aku agaknya.

Sistem pendidikan kita sendiri dah tunggang langgang. Sekolah agama mahu 'dijajah', ditekan hidup-hidup. Jika dulu orang bukan Melayu begitu handal membaca Utusan Melayu yang bertulisan jawi. Sekarang dengan keadaan dimana orang Melayu sendiri buta jawi, apa hendak disalahkan orang bukan melayu kerana memperkotak-katikkan tulisan zaman-berzaman itu?

Ya. Teresa ada salah disitu. Aku tidak mengatakan dia betul kerana membuang tulisan jawi dari papan tanda jalan itu. Setidaknya dia mengekalkan tulisan jawi sambil menambah tulisan lain seperti yang dia kehendaki. Itu silap dia.

Tapi dari kesilapan dia yang satu itu, membuatkan kita sedar yang bangsa kita sendiri lebih banyak silap dan dosa terhadap bangsa kita sendiri. Bila kita salah pada bangsa sendiri, secara tidak langsung kita salah pada agama kita sama. Sebab ramai juga yang berkata Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Tanyalah diri kita sendiri, sejauh mana kita mempertahankan Islam? Jika sekadar Melayu ingin dijunjung sedangkan Islam terperonyok seperti kain buruk, aku lebih rela Melayu itu tiada. Sungguh!

Dan jika dia juga salah. Bicarakan dia. Heret dia ke muka pengadilan. Sudah ada bukti kan? Nah! Gunakan segala bukti yang ada untuk menghentamnya. Bawa segala petisyen pasal azan yang dikatakan usahanya. Bawa segala papan tanda jalan yang dipertikaikannya. Bawa babi panggang togel sekalipun! Bawalah semuanya. Yang penting bicarakan dia.

Akan diI.S.Akan aku kerana semua ini?

Friday, September 12, 2008

Entri blur ...

Semenjak dua menjak dapat job ni aku dah jadi burung hantu. Tidur sejam dua siang masa tidurkan Ali, pastu berjaga sepanjang malam sampai tiba masa nak sediakan sahur. Sangat memenatkan dan memblurkan! Bukan setakat menterjemah tapi perlu retype the whole document sebab pemiliknya tiada salinan yang tersimpan dalam komputer. Semua lecture note dia dalam bentuk buku atau salinan fotostat yang dikhuatiri akan 'hilang' jika tidak preserve dalam komputer. So, it's a 2 in 1 job.

Mari belajar pasal Ultrasonic.

..... In Fig. 2.2 (a), the white areas show the areas of high sound intensity and the dark areas the low or zero intensity areas. The highest sound intensity is shown as a very white area on the beam axis some distance from the transducer. This is the ‘Main Beam’ of the sound field generated by the transducer and is in the form of a cone with an origin at the center of the transducer face and spreading out from the transducer depending in the distance of travel. The angle between the beam axis and the edge of the cone is called the ‘Angle of Beam Spread’ and is given by the following equation.

Øo = Sin -¹ 1.22 λ ~ 70
D

where Øo = angle of beam spread in degrees
λ = wave length
D = active tranducer diameter
C= sound velocity in the test object
F = sound wave frequency (Hz = 1/sec)

From Equation (2.1) it can be seen that the larger the diameter of the transducer and the higher the frequency the smaller the angle of beam spread.

(1) Near Zone and Far Zone
In Fig. 2.2 (a) it can be seen that sound intensity is not always highest on the beam axis. Strong and weak intensity areas alternate both transversely and longitudinally throughout what is called the Near Zone or Fresnel Zone of the beam. Beyond the Near Zone the sound intensity gradually weakens with beam path distance due to beam spread. In this area termed the Far Zone sound propagates as a cone shaped beam as if it emits from the center of the transducer. The sound intensity on the beam axis reaches a maximum at several points in the Near Zone, as shown in Fig. 2.2 (b) and the last peak is the boundary between the Near Zone and the Far Zone. The length of the Near Zone, Xo, is a function of the transducer diameter, D, and the wavelength, λ,

Xo = D (2.2)

It follows from the equation that the larger the transducer diameter and the higher the frequency, the larger the Near Zone, Xo can be used as a parameter to express beam path distance as a function of transducer diameter and frequency (This will be discussed later in Section 3.1.5 – DGS Diagram).
Fig. 2.3 shows three theoretical sound beams calculated from Equations (2.1) and (2.2) for the following three transducers.
5Q20N : 5MHz, Quartz, 20mm diameter normal beam
2Q20N : 2MHz, Quartz, 20mm diameter normal beam

.... bla bla bla bla bla bla ....

Kepala otak aku penuh dengan segalanya ultrasonic, beam, transducer, axis, quartz, flaws .. bla bla bla bla bla blurrrrrrr .....

.... nak sambung berultrasonic .... blurrrrrr ....

Monday, September 08, 2008

Beli baju raya ...

Pertama kali sejak ada anak, kali ni yang pertama belikan baju raya di minggu pertama puasa. Selalunya lagi seminggu atau dah nak 2, 3 hari sebelum raya baru gi beli. Alasannya mudah ... beli lambat sebab mudah nak memilih dan lebih selesa. Ya. Kalau dah nak dekat raya tak ramai sangat umat kat shopping mall. Ramai dah balik kampung.

Semalam suami ajak berbelanja untuk askar-askar tu. Jadi pegi la kami untuk kayakan si mamak mydin. Waduhhhh ... ramai sekali manusia yang nak bagi mamak mydin tu jadi billionaire. Berdondon-dondon depa dengan anak beranak memasing. Aku merasa sungguh 'normal'. Sebahagian dari manusia gila berbelanja. Jadinya, aku jadi takut. Takut jadi macam mereka juga. Berbelanja. Sebabnya aku tak biasa berbiasa. Bagi aku berbelanja adalah satu aktiviti yang merbahaya dan menakutkan.

Merbahaya sebab anak-anak aku yang ramai ni boleh hilang di dalam lautan manusia. Susah nak control depa terutama Syabil dan Nisaa'.

Menakutkan sebab duit akan mengalir macam air paip yang sekarang RM11 percuma di Selangor (errr ... dah 2 bulan aku makan air free sebab bill tak cecah pun RM11 .. hehehehhe).

Positifnya ... mamak mydin tu orang Islam. Sekurangnya beli kat orang Islam gak. Kasihan pulak nengok pak raksasa kat sebelah yang makin kecil ruang letak kereta kerana kurang umat yang ke sana berbelanja.

Jadi tentera aku tahun ini berkeputusan nak beruniform serba biru pilihan sendiri. Segala jenis biru ada. Biru nila, biru pekat, biru berona merah muda, biru muda. Seronok sungguh depa. Takpe la setahun sekali. Lagipun harganya pun berpatutan juga berbanding di tempat lain yang mencanak ... (dengan izin ya khairyn .. hehhehe) ... harganya.

Aku? Takde. Aku pakai baju arwah mak aje la kot. Banyak yang ayah suruh ambil hari tu. Dah memadai, malah lebih dari cukup. Cuma kena kecikkan sikit mana yang patut.

Hampir 3 jam juga di sana. Lama sebab menongkah arus manusia yang ramai. Sampai rumah .. semua pengsan lepas solat Zohor. Bila sedar dah masuk Asar ... terus bersiap nak gi berbuka di luar pulak. Errrr ... kat surau .. bukan restoran. hehehhehe ...

Friday, September 05, 2008

Buat Tokoh Wartawan Ulung ... Al-Fatihah

Selalunya aku jalan-jalan dulu sebelum singgah blog ni. Tapi tadi aku sapu sawang dan tambah 'perabut' dulu sebelum pergi jalan-jalan. Dan disebabkan itu, aku terlewat tahu mengenai berita ini. Aku singgah kat Jalan Sudin. Ohhh ... tersentak sebentar. Pak Samad dah tak ada. Baru je semalam aku baca coretan Kak Ena tentang keadaan Pak Samad. Saling tak tumpah seperti apa yang arwah mak alami sepanjang 2 minggu di CCU, HKL. Aku dapat rasakan apa yang Kak Ena rasakan melalui tulisannya itu. Cuma aku tidak seperti Kak Ena yang boleh menulis tentangnya. Aku tidak sanggup. Membaca coretan Kak Ena pun air mata dah tergenang di mata. Kalau aku tulis tentang saat2 arwah mak di CCU, pasti tak akan habis sebab ....

Aku tak pernah bekerja dibawah Pak Samad. Aku hanya memandang beliau dari jauh dengan penuh rasa kagum dan hormat. Masakan tidak. Dia tokoh Wartawan Negara, pejuang kemerdekaan dan pernah diISAkan. Namun untuk pergi dekat dan menyapa ... aku sangat2 segan dan rasa rendah diri. Rasa amat kerdil sekali. Jadi aku hanya memuja tokoh dari kejauhan. Itu pun tak selalu sebab beliau jarang ada di pejabat. Lagipun, ruang kerja aku agak ke belakang dari ruang utama akhbar 'besar' itu.

Rupanya aku mula 'kenal' dengan salah seorang keluarga Samad masa sekolah menengah. Cucu Pak Samad. Jasmine atau lebih dikenali disekolah sebagai Mamin. Kami tak rapat. Nak dikatakan berkawan pun tidak. Mungkin dia tak kenal aku pun. Kiranya aku bukan dalam 'kumpulan' mereka yang popular itu. Aku ni ... ya .. I am just ME! ;-)
Bila keje kat bangunan biru tu baru aku tau pasal Mamin bila jumpa Kak Ena lepas dia cakap anak saudara dia pun satu sekolah dengan aku.

Itulah antara kenangan aku .. walaupun tidak secara langsung terlibat dengan Allahyarham.

Untuk arwah Tan Sri A.Samad Ismail. Aku sedekahkan Al-Fatihah. Moga rohmu dicucuri rahmat. Untuk keluarganya, takziah. Allah lebih menyayanginya.


Di petik dari blog Kak Ena:
Bapak Has Left Us
Alfatihah. My dad passed away at 5.58 pm today.Thank you for all your prayers for him.May God Bless You.We are taking Bapak's body back from the hospital to the house at 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya now.The kebumi will be at Bukit Kiara after Friday prayers tomorrow.



Sindrom ...

Sindrom I:
Setelah diteliti, aku buat keputusan untuk buat job translation tu. It's a training course manual about something ultrasonic. I don't really remember the exact title, though. It's an interesting topic. And that's one of the reason i've decided to do it. To translate, I have to read. When I read, I learn. Learning something new. A new subject.

Besides, the English is not that complicated as I've expected. It's quite simple and straight forward. Takde banyak bunga-bunga bahasa. The best part is, I don't have to translate the technical and science terms and jargons. Kira ok la tu kan kan kan.

170 pages ... hmmmm ... tengah mencongak dan ternampak warna-warni yang indah dan wangi! hahahahha .. aku suka sindrom orang kat glasgow. huhuhuhu .. I LIKEEEE ...

Sindrom II:
Van poslaju sampai depan pintu pagar rumah. Ohhh ... berdebar-debar juga. Aku dapat satu sampul surat agak besar juga ... berukuran separuh kertas A4. Aku tandatangan dan lihat siapa pengirimnya dari cetakan di bahagian atas belah kiri. Ohhh ... dari satu entiti yang aku dah hampir lupa. Sebab aku tak harapkan apa-apa pun dari entiti ni sejak aku ambil keputusan untuk tidak meneruskan job yang diberi. Aku buat dalam 70-80% je. Aku tak mampu nak langsaikan permintaan mereka yang sangat membebankan aku ketika itu. Mana taknya, kerja yang sudah selesai dikatakan tidak selesai. Siap cakap tak ikut format lagi padahal masa aku bagi proposal depa bagi green light. Kemudian mintak aku datang lagi selepas pantang bersalin. Mana boleh .. siapa nak jaga anak aku. Lagipun masa tu arwah mak tengah sakit. Jadi, aku tak layan permintaan depa. Dan aku anggap semuanya hangus.

Jadi bila dapat sampul surat tu aku dah musykil. Depa nak saman aku ke sebab kononnya langgar kontrak?! Maklumlah urusan aku dah 'selesai' sejak sebelum aku bersalin. Ali pun dah masuk 7 bulan.

Bila dibuka sampul ... sepucuk surat dan sekeping cek. Surat yang mengatakan mereka ambil keputusan untuk bayar juga 'khidmat' aku menulis laporan 100 muka lebih tu walaupun hanya 75% dari bayaran yang aku minta dan seperti yang tertera dalam kontrak.

Dan di cek itu terpampang angka-angka yang sangat menarik. Cuba bayangkan apa yang berlegar dalam kepala aku ... hahahhahaha ... makcik kayooooooo .. sekejap je la kot. ekekekke sebab dah terbayang macam-macam dalam kepala ni ... hmmmmm

Sindrom III:
Semalam terlajak bangun 6.11am sebab tido lambat hampir jam 3am. Maknanya tak sempat bersahur. Padahal aku dah masak lauk dan nasi sebelum masuk tido. Bukan aku sengaja tak bangun sahur .. dah terlajak nak buat macamana kan. Kejut anak-anak bangun sebab bulan puasa ni depa masuk 7.30am. Masing2 ingat dikejutkan untuk bersahur. Bila kata tak sedar untuk sahur Irfan dah masam. Kira expected la tu.

Zinnirah lagi 'menarik' reaksi dia. Terus menangis dengan sepenuh jiwa dan emosi. Bukan takat menangis, siap membentak-bentak atas katil sambil hentak kaki kat dinding. Pastu meraung, "Ibuuu .. kakak nak sahur .. kakak nak sahur ..." berulang-ulang kali. Drama "Tak Puas Hati sebab Tak Bersahur" berlarutan hampir 20 minit. Pastu baru dia berhenti dan masuk mandi. Mungkin sebab penat dan takut lambat ke sekolah.

Aku? Uhhh .. tak kuasa nak melayan. Aku buat tak tau je sepanjang dia mengamuk tunjuk perasaan tu. Aku gosok baju sekolah depa, aku mandi, aku solat, aku bersiap, basuh berak Ali, tukar diaper Nisaa' ... pastu aku baring balik tidurkan Ali semula. hehehe .. baguskan aku kan kan kan ...

Ada kalanya ragam anak perlu dilayan dan dipujuk. Tapi sindrom meragam yang lebih kepada cerekarama mengada-ngada tidak perlu dilayan. Masa jemput dari sekolah petang tadi ... dia minta maaf sebab overeact pasal tak bangun sahur. hehhehehe .. tau tak pe!

Tuesday, September 02, 2008

Mata duitan

Puasa mula ... aku pun mula la takde masa dan idea nak menulis. Balik je dari surau terus kepenatan yang amat sangat. Siang pulak banyak kerja. Ni pun tulis dengan syarat je ...

Apa nak tulis ek?

Ohhh ... aku baru je terima translation job yang aku tak pasti aku mampu melunaskannya. Technical jargon yang sangat banyak dan complicated. Since aku dah janji nak baca dulu sebelum buat keputusan terima amanah orang ni atau tidak ... so kenalah baca ... esok. Malam ni tak larat ler teman.

Irfan bila tau ibu dia dapat 'job' baru terus tepuk tangan. Bila ditanya kenapa seronok sangat ... dia kata, "Best .. nanti ibu dapat duit." Ha ha ha ha ... aku faham sangat tu. Kalau aku dapat duit anak-anak la seronok. Hari tu dapat habuan sikit aku belanja pizza yang dah lama depa mintak. Punyalah seronok. 3 keping pizza yang besar habis tak sampai 1/2 jam.

Ohhh ... anak-anakku mata duitan ke? ekekekekeke ... berjangkit sindrom orang gelasgo.