Friday, September 05, 2008

Buat Tokoh Wartawan Ulung ... Al-Fatihah

Selalunya aku jalan-jalan dulu sebelum singgah blog ni. Tapi tadi aku sapu sawang dan tambah 'perabut' dulu sebelum pergi jalan-jalan. Dan disebabkan itu, aku terlewat tahu mengenai berita ini. Aku singgah kat Jalan Sudin. Ohhh ... tersentak sebentar. Pak Samad dah tak ada. Baru je semalam aku baca coretan Kak Ena tentang keadaan Pak Samad. Saling tak tumpah seperti apa yang arwah mak alami sepanjang 2 minggu di CCU, HKL. Aku dapat rasakan apa yang Kak Ena rasakan melalui tulisannya itu. Cuma aku tidak seperti Kak Ena yang boleh menulis tentangnya. Aku tidak sanggup. Membaca coretan Kak Ena pun air mata dah tergenang di mata. Kalau aku tulis tentang saat2 arwah mak di CCU, pasti tak akan habis sebab ....

Aku tak pernah bekerja dibawah Pak Samad. Aku hanya memandang beliau dari jauh dengan penuh rasa kagum dan hormat. Masakan tidak. Dia tokoh Wartawan Negara, pejuang kemerdekaan dan pernah diISAkan. Namun untuk pergi dekat dan menyapa ... aku sangat2 segan dan rasa rendah diri. Rasa amat kerdil sekali. Jadi aku hanya memuja tokoh dari kejauhan. Itu pun tak selalu sebab beliau jarang ada di pejabat. Lagipun, ruang kerja aku agak ke belakang dari ruang utama akhbar 'besar' itu.

Rupanya aku mula 'kenal' dengan salah seorang keluarga Samad masa sekolah menengah. Cucu Pak Samad. Jasmine atau lebih dikenali disekolah sebagai Mamin. Kami tak rapat. Nak dikatakan berkawan pun tidak. Mungkin dia tak kenal aku pun. Kiranya aku bukan dalam 'kumpulan' mereka yang popular itu. Aku ni ... ya .. I am just ME! ;-)
Bila keje kat bangunan biru tu baru aku tau pasal Mamin bila jumpa Kak Ena lepas dia cakap anak saudara dia pun satu sekolah dengan aku.

Itulah antara kenangan aku .. walaupun tidak secara langsung terlibat dengan Allahyarham.

Untuk arwah Tan Sri A.Samad Ismail. Aku sedekahkan Al-Fatihah. Moga rohmu dicucuri rahmat. Untuk keluarganya, takziah. Allah lebih menyayanginya.


Di petik dari blog Kak Ena:
Bapak Has Left Us
Alfatihah. My dad passed away at 5.58 pm today.Thank you for all your prayers for him.May God Bless You.We are taking Bapak's body back from the hospital to the house at 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya now.The kebumi will be at Bukit Kiara after Friday prayers tomorrow.



7 comments:

ńĕĕń said...

Salam...

Al-Fatihah buat Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail. Semlm baca kat harakahdaily.net ...

Rynn Cowbra said...

takziah.

semoga Allahyarham ditempatkan dengan org2 yg beriman.

akirasuri said...

Slmt Berpuasa utk Kak Has sekeluarga.. :)

Dan.. Takziah buat keluarga allahyarham.. Masa dengar berita tu terkejut jugak tapi.. untungkan? Meninggal bln Ramadhan..

Salam peluk cium dr sy utk askar-askar! :)

achik said...

Al-fatihah..

Pa'chik said...

gaki,
rugi gak.. terlepas peluang beribadat lam bulan ramadhan...
semua wartawan tulis pasal ni kan.. :)
nak gi chek khair tulis pasal ni gak ke...

khairyn said...

Aku suka kisah allahyarham. Dia lantang bersuara sampai masuk ISA. Duduk atas bongkah ais batu. Tapi semangat dia tetap jitu.

Dia tokoh Wartawan Negara yang ulung.


Al-Fatihah

Fida Ruzki said...

babe aku rasa kebanyakan wartawan yang pernah kena sergah dan maki carut Pak Samad menjadi akhirnya