Friday, September 05, 2008

Sindrom ...

Sindrom I:
Setelah diteliti, aku buat keputusan untuk buat job translation tu. It's a training course manual about something ultrasonic. I don't really remember the exact title, though. It's an interesting topic. And that's one of the reason i've decided to do it. To translate, I have to read. When I read, I learn. Learning something new. A new subject.

Besides, the English is not that complicated as I've expected. It's quite simple and straight forward. Takde banyak bunga-bunga bahasa. The best part is, I don't have to translate the technical and science terms and jargons. Kira ok la tu kan kan kan.

170 pages ... hmmmm ... tengah mencongak dan ternampak warna-warni yang indah dan wangi! hahahahha .. aku suka sindrom orang kat glasgow. huhuhuhu .. I LIKEEEE ...

Sindrom II:
Van poslaju sampai depan pintu pagar rumah. Ohhh ... berdebar-debar juga. Aku dapat satu sampul surat agak besar juga ... berukuran separuh kertas A4. Aku tandatangan dan lihat siapa pengirimnya dari cetakan di bahagian atas belah kiri. Ohhh ... dari satu entiti yang aku dah hampir lupa. Sebab aku tak harapkan apa-apa pun dari entiti ni sejak aku ambil keputusan untuk tidak meneruskan job yang diberi. Aku buat dalam 70-80% je. Aku tak mampu nak langsaikan permintaan mereka yang sangat membebankan aku ketika itu. Mana taknya, kerja yang sudah selesai dikatakan tidak selesai. Siap cakap tak ikut format lagi padahal masa aku bagi proposal depa bagi green light. Kemudian mintak aku datang lagi selepas pantang bersalin. Mana boleh .. siapa nak jaga anak aku. Lagipun masa tu arwah mak tengah sakit. Jadi, aku tak layan permintaan depa. Dan aku anggap semuanya hangus.

Jadi bila dapat sampul surat tu aku dah musykil. Depa nak saman aku ke sebab kononnya langgar kontrak?! Maklumlah urusan aku dah 'selesai' sejak sebelum aku bersalin. Ali pun dah masuk 7 bulan.

Bila dibuka sampul ... sepucuk surat dan sekeping cek. Surat yang mengatakan mereka ambil keputusan untuk bayar juga 'khidmat' aku menulis laporan 100 muka lebih tu walaupun hanya 75% dari bayaran yang aku minta dan seperti yang tertera dalam kontrak.

Dan di cek itu terpampang angka-angka yang sangat menarik. Cuba bayangkan apa yang berlegar dalam kepala aku ... hahahhahaha ... makcik kayooooooo .. sekejap je la kot. ekekekke sebab dah terbayang macam-macam dalam kepala ni ... hmmmmm

Sindrom III:
Semalam terlajak bangun 6.11am sebab tido lambat hampir jam 3am. Maknanya tak sempat bersahur. Padahal aku dah masak lauk dan nasi sebelum masuk tido. Bukan aku sengaja tak bangun sahur .. dah terlajak nak buat macamana kan. Kejut anak-anak bangun sebab bulan puasa ni depa masuk 7.30am. Masing2 ingat dikejutkan untuk bersahur. Bila kata tak sedar untuk sahur Irfan dah masam. Kira expected la tu.

Zinnirah lagi 'menarik' reaksi dia. Terus menangis dengan sepenuh jiwa dan emosi. Bukan takat menangis, siap membentak-bentak atas katil sambil hentak kaki kat dinding. Pastu meraung, "Ibuuu .. kakak nak sahur .. kakak nak sahur ..." berulang-ulang kali. Drama "Tak Puas Hati sebab Tak Bersahur" berlarutan hampir 20 minit. Pastu baru dia berhenti dan masuk mandi. Mungkin sebab penat dan takut lambat ke sekolah.

Aku? Uhhh .. tak kuasa nak melayan. Aku buat tak tau je sepanjang dia mengamuk tunjuk perasaan tu. Aku gosok baju sekolah depa, aku mandi, aku solat, aku bersiap, basuh berak Ali, tukar diaper Nisaa' ... pastu aku baring balik tidurkan Ali semula. hehehe .. baguskan aku kan kan kan ...

Ada kalanya ragam anak perlu dilayan dan dipujuk. Tapi sindrom meragam yang lebih kepada cerekarama mengada-ngada tidak perlu dilayan. Masa jemput dari sekolah petang tadi ... dia minta maaf sebab overeact pasal tak bangun sahur. hehhehehe .. tau tak pe!

4 comments:

Zuraini said...
This comment has been removed by the author.
Zuraini said...

Salam...

Alhamdulilah, rezeki tuk anak2 & raya ni...

mcm2 ragam bebudak ni kan... masa kekecik dulu, saya tetap bangun sahur wpun kekadang tak puasa... sebab ada beberapa kali tu waktu berbuka, baru jer makan terus muntah2, family dah mula risau... yang best makan waktu sahur tu macam waktu berbuka gak... meriah... utk saya air susu (susu tepung) mesti ada, sampai skrg... Lauk tak kisah, asal ada kicap... Arwah emak malas nak tanya sebab jawapan saya, sama ada masak kicap, ikan bakar, asam pedas @ masak lemak ikan masih. Nanti kesian lak kat abang2. Tapi masa dah mula tinggal kat hostel, bila balik cuti, tiap2 hari arwah emak tanya nak makan apa, sampai saya lak tak tahu nak ckp makan apa... maklum masa tu abang2 semuanya dah berkeluarga... Dan sekarang, ada masa2nya saya berbuka kurma, roti & air susu jer sbb tak tahu nak makan apa, balik dari surau baru fikir nak makan apa... nasib sesorang kan... Bila kakak ipar tanya & jawab cam tu, dia mesti bising ajak & berbuka sama & bila ditolak, mulalah hantar makanan... part tu yang letih sbb kekadang mmg saya tak rasa nak makan pun...

MakcikMuda said...

hoh!

sib bek dye bayar jugak kan.

good luck dgn mentranslate oke,kak has!

errr,irfan dgn zinnirah puasa x?huhu!

khairyn said...

bagus!

macam pak aku. Tak pernah dilayan drama hindustan aku masa kecik2 dulu. Nasib baik besar tetap jadi 'orang' hahahaha