Tuesday, September 02, 2008

Mata duitan

Puasa mula ... aku pun mula la takde masa dan idea nak menulis. Balik je dari surau terus kepenatan yang amat sangat. Siang pulak banyak kerja. Ni pun tulis dengan syarat je ...

Apa nak tulis ek?

Ohhh ... aku baru je terima translation job yang aku tak pasti aku mampu melunaskannya. Technical jargon yang sangat banyak dan complicated. Since aku dah janji nak baca dulu sebelum buat keputusan terima amanah orang ni atau tidak ... so kenalah baca ... esok. Malam ni tak larat ler teman.

Irfan bila tau ibu dia dapat 'job' baru terus tepuk tangan. Bila ditanya kenapa seronok sangat ... dia kata, "Best .. nanti ibu dapat duit." Ha ha ha ha ... aku faham sangat tu. Kalau aku dapat duit anak-anak la seronok. Hari tu dapat habuan sikit aku belanja pizza yang dah lama depa mintak. Punyalah seronok. 3 keping pizza yang besar habis tak sampai 1/2 jam.

Ohhh ... anak-anakku mata duitan ke? ekekekekeke ... berjangkit sindrom orang gelasgo.

11 comments:

Pa'chik said...

nak piza jugak... hahah..

rizal hashim said...

kalau ada job lebih tak larat tu mai bawak sini, hahaha. Habuan pada anak-anak i bukan pirated VCDs atau pizza tapi percutian tiga hari dua malam di Glasgow kah kah kah.

Anyway I and my Mrs pun ucapkan pada u and hubby and whole family Selamat Menjalani Ibadah Puasa, semoga amalan kita diberkati.

MakcikMuda said...

aisehh!

patut bukak lepas iftar la blog kak has neh.

ade cter sal pizza.

hahak!

selaaaamattt bekerja,kak has!

ala, irfan kate gitu sbb...errr...sbb ape eyh?

sebab pengaruh tatak rynakk kot?hahak!

-our- said...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Menghayati serta Menikmati Ramadhan...

Selamat juga bertugas...

Selamat Selamat Selamat smua amin...

Zuraini said...

Salam...

kalau mampu buatlah 'job' tu, rezeki anak-anak kan... kiranya mereka tu faham susah senang ibu ayah mereka...

Masa kat Segamat, rajin gak memasak utk berbuka wpun sesorang, dah balik tempat sendiri ni madang jer malasnya... main beli jer apa yang ada di kantin ofis ... tak gi pun bazaar Ramadhan, banyak tp lum tentu sedap... silap sikit perut lak meragam... Apa taknya kul 1 pm dah mula jual, maknanya dia org masak tu semua mula kul berapa ye?... Dan oleh kerana kat kantin tu masaknya cukup2 time nak balik, tu yang kira oklah.

Baju kurung semuanya dah siap bergosok... kira sepanjang bulan Ramadhan ni berbaju kurunglah bila ke surau sebagaimana thn2 lepas... pernah kena tegur... macam nak berjalan ke mana jer. Lah kan nak jumpa Allah, mestilah cantik2 ... :-)

achik said...

budak2 skang ramai je yg mata duitan.. anak buah saya baru setaahun lebih, kalau suh pilih duit.. pandai je pilih yg lagi besar.. ekeke.. ;p

izinni said...

pa'chik,
mu buat sendiri la. mu kan pandai masak. hehhe

rizal,

errr .. nak extra job ke? kita ni pun tak cukup youuu .. hehehe ... dulu masa keje macam malas je nak buat assignment kan tapi sekarang pantang ada job terus terpa. maklumlah freelancer. hehehhe

wahhh .. besar habuan tu. kita kat sini pizza pun dah satu rahmat. lagipun org glasgow nak balik raya. jumpa dia kat melaka je la. hehehhe

ryn,
hehehe .. akhirnya dapat baca gak. tukar template semata2 sebab ryn. hehehe
rasanya kan .. budak2 sekarang pun tau .. no money no talk. semuanya nak guna duit. bila fikir balik kesian sebenarnya sebab depa jadi kurang kreatif especially bab permainan ni. semuanya nak beli. kita dulu apa yang ada belakang rumah tu la jadi permainan kita.

izinni said...

our,
selamat menjalani ibadah puasa juga untuk our dan keluarga. bila la kita nak jumpa lagi ya. rancangan nak jumpa bulan jun lepas terus tak jadi. tak tau la bila lagi kan. semua busy dengan kehidupan masing2.

neen,
insyaAllah .. dah diteliti. menarik jika dilihat dari perspektif berbeza.

saya ingat lagi dulu masa tengah kumpul duit untuk kawin. balik keje walaupun tengah malam akan masak. masak nasi pun tanak atas dapur je sebab lagi cepat masak dari guna rice cooker. pastu menu wajib .. sup kentang dengan sambal tumis ikan bilis. masa puasa pun sama ... kalau ada rezeki berbuka kat rumah memang tak beli.

achik,
teringat syabil siang tadi. nak encourage dia puasa, cakap nak bagi duit raya based on days dia berpuasa. excited sangat. hehehhe
kita dulu dapat baju raya sedondon dengan kakak pun dah suka sangat. hehehhee

Pa'chik said...

aku tak reti mekanan omputeh.. hahah...

khairyn said...

uit, memang la wa nak balik raya tapi bukan tahun ni punya raya laa makcik. Wa turun KL ja @ Kota London kakakakakaka

dun worry auntie, wa nak balik nanti wa mesti kobarkan kat ekau punya la. Tak pun wa terpa ja suka suka hati wa kakakaka

izinni said...

pa'chik,
kalau macam tu aku doakan mu dapat zaujah omputeh yang tak buleh telan langsung masakan melayu. hahhahaha

mem,
cheh! kenapa aku rasa macam sitipah tertipooo je! hehehe

apo-apo la ... yang ponting ekau happy. balik ke tahun ni, lambat laun hang balik gak kan. hehehhe

kalau nak terpa .. bagitau .. buleh masak laksa sama karipap ... hahhaha. main terpa je .. makan biskut kering cicah teh O je la nanti