Tuesday, September 23, 2008

Drama purbakala ...

"Dinda, kanda membawa khabar gembira. Kanda telah dikurniakan pekerjaan baru."

"Oh ... bahagia sekali dinda mendengarnya, kanda. Apakah pekerjaan itu wahai kekanda?"

"Lebih bagus dari yang dulu dinda. Kanda yakin dinda pasti gembira mendengarnya."

"Lebih bagus dari dulu? Maksud kanda, dinda ... opppss ... maksud dinda ... kita akan lebih berbahagia dari sekarang?"

"Itu sudah pasti dinda. Jika dulu kita bergelumang dengan kereta kuda, tongkang, bahtera, tombak, keris, lembing ... sekarang khazanah negara menjadi tanggungjawab kita bersama."

"Oh kanda. Amat beruntungnya kita. Dinda yakin kita pasti akan dapat lebih memberi kesenangan kepada rakyat jelata."

"Ya dinda. Itu sudah tentu. Jika dahulu kita menjaga keselamatan mereka, kini kita menjaga periuk nasi mereka supaya lebih makmur dari sekarang."

"Errr ... bila kanda akan mula bersidang?"

Nota kecik-kenot:
Macam tak menjadi je drama mengong aku ni ... hahahhaha .. lantak la labuuuu ...

11 comments:

ńĕĕń said...

Salam...

makin teruk ke makin ok ye ekonomi kita nanti... boleh lak kan dia org tu tukar suka sama suka kementerian tu... tak pernah berlaku sebelum ni... tu sapa yg nak jawab bila budget dibentangkan...

yes... semlm kita org dah tukar duit raya... siap tolong angkat lagi kotak duit tu... dlm RM32,*** seronoknya tengok duit ribu2... selalunya tengok angka ratusan ribu /jutaan kat penyata bank sykt jer tiap hari... hari ni ada lagi... tu dia org tengah uruskan... utk dept2 lain pula ... semlm dept. kita org jer...

khairyn said...

cut!

Apa yang kau merepek ni labuuu?

hahahahaha!

Pa'chik said...

kesah perempuan gemuk pendek bekas tikeisi tu ye...

Pa'chik said...

err... laki dia cuma jadik timbalan khazanah je...

akirasuri said...

Huhu..

Makin kembanglah rambut Dinda dan makin licin nipislah kulit dinda lepas-lepas ni kan kan kan kanda..

Hahak!

izinni said...

neen,
depa mana peduli part sapa kena menjawab ni. kat akhirat depa tak fikir pasal tu ni kan pulak kat dunia. sebab buat sesuka hati je macam si labu.

wahhh seronoknya dapat duit raya. kita takde duit raya pun ... hehehhe

Khairyn baby, (bluwekkkk!!)
sebab pumpkin ler malaya jadi macam ni. sebab mak si labu tu la aku dok risau ni. hehehheh

pa'chik,
kisah sesapa pun buleh. mana yang mu faham ler. hehehhe
timbalan pun soru extra tetap masuk jugak ... buleh gi sopping. ekekekke
aku rasa depa saja tukar suka sama suka sebab poklah tu dah penat kena kritik pasal ekonomi. hehehhe

ati,
ya ya ya. betul tu tuan hamba. makin pumpkin la mereka kan kan kan

Kahakkk!

Rynn Cowbra said...

ahaks!

rynn dok bayangkan urg jaman batu tau.

dgn rambut serabai,pastu pegang kayu ala2 kayu baseball.

ahahahhahah!~

rizal hashim said...

dalam analisis terakhir, nawaitu adalah segala-galanya.dah tengok khairyn's ucapan raya kat paper hahahah

izinni said...

ryn,
hehehe .. orang jaman batu pun ada gak tatasusila rasanya. hehehe

muhriz,
ya ya. betul tu. tapi niat tetap tidak menghalalkan cara. kan kan kan.
oh oh ... sungguh?! honestly, dah bertahun tak beli suratkhabar. wahh ... paper mana ek.

rizal hashim said...

utusan atau bh rasanya hihihi

Fida Ruzki said...

labu ke flowerhorn ko hehehe hai entah la ko. aku tak paham kenapa nak tukar2 kementerian ni. ada org takut ke?