Saturday, February 28, 2009

Aku lega ... sangat-sangat lega ...

Sah! Syabil dyslexic.

Dalam gusar sebenarnya aku lega sangat-sangat. Perkara yang aku syak lebih dari setahun, akhirnya sudah disahkan. Memang betul Syabil ada learning disabilities. Namun, dyslexic Syabil tidak serius dan dia bukan AHDH yang memerlukan ubat-ubatan untuk mengimbangi ketidakstabilan kimia dalam tubuhnya sehingga dia menjadi hyperactive. He has got a mild one, a high potential dyslexic.

Selepas berjumpa specialist tadi dan penilaian dibuat ke atas Syabil ... beberapa ujian dibuat, specialist itu mengesahkan apa yang aku sangkakan sejak dia berusia 6 tahun. Simptom-simptom menulis huruf 'b' terbalik, 'd' terbalik, 'c' terbalik ... tulisan yang tidak kemas dan teratur, keliru antara kiri dan kanan, sebutan yang salah bila membaca, kurang fokus ... semua ada padanya.

Namun aku sebenarnya tidaklah terlalu gusar. Aku tahu, dyslexia bukan satu penyakit kekal. Ianya akan 'terubat' dengan pendekatan pembelajaran yang sesuai. Syabil tidak boleh diajar membaca dengan cara yang biasa. Syabil istimewa. Kalau tidak masakan 'dyslexia' turut dikenali sebagai 'a genius disease'. Sebabnya, mereka yang dyslexic sebenarnya adalah individu yang pintar dan intelek.

Aku rasa ramai yang tahu genius-genius di dunia ini yang memang dyslexic. Seorang lelaki saintis terulung yang berambut mengerbang, lelaki yang paling kaya didunia kerana industri pengkomputeran, seorang pakar perfileman, dua orang bintang filem dan ramai lagi lah.

Mungkin Syabil bakal tergolong dalam kelompok genius-genius itu dengan sistem pembelajaran yang betul dan sesuai untuknya.

Yang menyedihkan pada aku, kanak-kanak dyslexic dikategorikan sebagai 'orang kurang upaya' di negara ini. Positifnya, mereka layak dapat bantuan kewangan untuk pembelajaran. Tapi dengan syarat perlu mendapatkan dianogsis dari pakar psychology, kemudian membuat pendaftaran sebagai seorang OKU. Barulah dapat.

Sebab itu aku tidak bawa Syabil pada mereka-mereka ini. Aku tidak suka label yang diletakkan pada kanak-kanak istimewa seperti Syabil, yang sememangnya bijak dan pandai. Aku bawa dia berjumpa seorang guru terlatih yang mengkhusus kepada pengajaran untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang dyslexic. Baik dan begitu memahami orangnya. Aku lega dan bersyukur sebab dipertemukan dengan dia. Syabil pun senang dan selesa dengan cara guru itu memberinya ujian.

InsyaAllah ... hujung minggu depan, Syabil akan memulakan kelas intensif 1 to 1 dengan guru itu. Biarpun bayarannya sama banyak dengan apa yang kami perlu bayar untuk yuran sekolah setiap bulan, tapi tidak mengapa ... yang penting Syabil boleh membaca macam kanak-kanak yang lain.

Hari Isnin aku akan berjumpa dengan guru besar dan guru-guru yang mengajar Syabil disekolah untuk memaklumkan keadaan Syabil. Ianya sangat penting agar guru-guru tidak bertindak membandingkan Syabil dengan pelajar-pelajar lain dan mengharapkan sesuatu yang diluar kemampuan Syabil melalui proses normal pembelajaran.

Sesungguhnya aku sangat-sangat lega ...
Terima kasih Ya Allah kerana Kau mengurniakan anak ini dalam hidup kami ...

Friday, February 27, 2009

Do'a untuk diri ...

Aku selalu tertanya kenapa ya ada sesetengah orang yang tak mahu atau malas baca doa iftitah di awal solat dan juga doa ketika duduk diantara dua sujud. Padahal doa-doa itu untuk kesejahteraan diri kita sendiri. Maklumlah lepas solat, kita lazimnya panjatkan do'a buat orang-orang terdekat dan tersayang kita samada yang hidup atau yang dah tiada, sampai kadang-kadang terabai do'a untuk diri sendiri. Aku maksudkan diri sendiri la ni :)

Ada banyak doa iftitah yang Rasulullah s.a.w amalkan tiap kali solat tapi yang kerap kita baca sebab itu yang diajar lazimnya ialah doa ini:


Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang
menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah
aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan
seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan
demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Doa ketika duduk antara dua sujud pun selalu diabaikan. Elok lepas sujud, duduk beberapa saat kemudian terus sujud semula.

‘Rabbighfir lii warhamnii wajburnii warfa’nii warzuqnii wahdinii wa’aafinii’ .


Maknanya:
“Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, tutuplah aibku, angkatlah derajatku berilah rezeki kepadaku, tunjuki aku dan sehatkanlah aku”.

Apalah salahnya jika dibaca kan? Mungkin mahu cepat ...

Bukan langkah pertama ...

Seperti yang korang semua maklum, Ali sudah melepasi tahun pertama hidupnya. Hari ini Ali genap setahun 21 hari. Sudah lebih 3 minggu Ali mula berjalan.

Dari berdiri, berjalan sambil berpaut di kerusi, sofa dan dinding, bertatih selangkah dua ... hinggalah kini ... Ali sudah berjalan beribu-ribu langkah. Kini dia sedang belajar berlari ... sambil dikejar Nisaa'.

Ulangtahunnya yang pertama ... aku belikan dia sepasang kasut dan sepasang selipar bergetah dibelakang. Murah sahaja. Dua pasang tak sampai RM20. Pada mulanya tersangatlah kekok dia berjalan dengan berkasut atau berselipar. Susah sangat nak diangkat kaki. Tapi sekarang dah ok. Bukan itu sahaja, Ali sudah pandai naik tangga tanpa merangkak. Sudah pandai turun juga ...

Tak lama lagi Ali akan berlari, memanjat lebih tinggi ... Ali makin besar ... Ali akan mula berkata-kata ... Ali makin besar ... Ali makin besar ...
Dalam bangga dan gembira ... aku sayu ... Ali makin membesar ...

Nota kecik-kenot:
Sebenarnya ada video yang nak dikongsi tapi punyalah lembab nak upload ... dekat sejam aku tunggu tak abih upload jugak. Hampeh!! Malas nak tunggu lama lagi ... aku kensel aje .. huhuhuhu ..


Tak tau apa masalahnya yang slow sangat ... so lain kali kalau mood aku baik untuk menunggu lama .. aku upload la video tu ek.

Wednesday, February 25, 2009

Aku dan lagu ...

Malam tadi aku layan lagu-lagu 90-an di youtube. Sungguh nostalgik. Buat aku teringat zaman persekolahan. Aku layan lagu Mariah Carey sejak album pertama dia. Tapi tidak lagi. Lagu-lagu dia yang terbaru tidak kena dengan citarasa aku. Seingat aku, bermula dengan album 'Butterfly', aku mula kurang berminat. Karier dia pun tidak sebagus seawal mula dia jadi penyanyi.

Teringat lagi, betapa aku hafal semua lagu-lagu dalam album pertama dia. Memang banyak lagu-lagu yang bagus. 'Love Takes Times', "Vision of Love", 'I Don't Wanna Cry", "Vanishing". Itulah lagu-lagu yang aku dengar tanpa jemu menggunakan 'walkman' sedabak jenama Sony. Itulah pembelian pertama aku menggunakan gaji semasa menjadi 'cashier' di sebuah gedung.

Aku ingat lagi, ketika itu, aku bekerja di Toy'R'us. Kerja sambilan disebelah petang lepas habis sekolah dan hujung minggu. Masa itu aku di Tingkatan Enam Atas. Kaset dia aku beli dengan harga diskaun sebab pekerja di pusat beli belah itu memang dapat diskaun bila beli kaset dan makan di medan selera. Punyalah seronok dapat beli kaset itu. Memandangkan ketika bekerja tidak boleh mendengar walkman, aku beri kaset pada kawan yang menjaga 'island' (kaunter yang menguruskan penyimpanan barang, pertukaran pembelian, buat pengumuman etc).

Masa itu jugak Whitney Houston pun popular juga. Mariah dan Whitney selalu dibandingkan. Ada juga kata Mariah tiru suara Whitney. Macam-macam.

Yang penting lagunya sedap. Sampai sekarang didengar pun tetap sedap di halwa telinga aku. Cuma sekarang, kualiti lagu-lagu dia sekarang entah apa-apa. Mungkin cuba mahu menarik perhatian pendengar muzik golongan muda hingga identiti yang sudah dicipta dari dulu sudah hilang ke mana.

Sebenarnya banyak lagu-lagu 90-an yang sedap dan evergreen hingga sekarang. Masa itu, penyanyi berkumpulan masih popular. BoyzIIMen, Sweet Sensation etc. Ya Ya. Aku suka R&B soul. Rock pun suka juga tapi lebih pada rock kapak Malaysia. Rock 'orang putih' tidak banyak dan tidak sedikit yang aku suka.

Mungkin sebab itu halwa telinga aku kurang dapat menerima muzik sekarang. Apatah lagi dengan lirik-lirik yang kurang membawa makna.

Ohhhh ... pertama kali rupanya aku bercerita tentang muzik. hehehehe ... layan aje la pumpkinnnn ...

Tuesday, February 24, 2009

3 bujang teruna

Aku sebenarnya pening dengan Irfan. Sikap malas dan sambil lewa tu dah terserlah sangat. Bila ditegur selalu, pandai pulak dia kata runsing bila asyik ditegur, diingatkan, dinasihat. Tapi bila dibiarkan dengan harapan dia buat sendiri, naik lemak pulak. Tidak mengulangkaji, main aje. Bukan tidak disediakan jadual apa yang perlu dibuat bila balik dari sekolah. Semua sudah ada. Tapi liat sungguh. Kurang disiplin walaupun jenuh dah aku ajar dari sejak mula awal bersekolah.

Sekarang dah pandai pulak tuang mengaji. Padahal lepas sekolah patutnya mengaji dengan ustaz. Ni tidak ... loceng berbunyi je terus berlari ke padang menyepak bola. Punyalah tawadduknya dia dengan bola ... sampaikan semua seluar sukan koyak berlubang di lutut. Baju-baju t-shirt yang digunakan untuk main bola ... jangan cakap la ... rendam clorox pun tak hilang kesan kotornya.

Kalau aku datang awal, dia masam. Aku datang lambat, beri kesan pada adik-adik yang terpaksa tunggu lama. Bila sampai rumah dah lewat .. masa tu nak makan, masa tu nak buat kerja sekolah, masa tu nak tengok jadual ... macam-macam lagi la.

Tahun depan nak UPSR tu. Tapi inisiatif untuk belajar sangatlah kurang.

Lagi buat aku pening ... tahun depan ada Piala Dunia. Warrrgggghhhhhhhh .....

*****************************

Syabil pun sama. Bila ditanya memanjang kata tiada kerja sekolah. Bila aku periksa beg, melambak kerja sekolahnya. Ada sekali aku biarkan. Nak tengok perangai dia. Habis seminggu, aku pergi jumpa cikgu. Rupanya hari-hari dia kena denda ketuk ketampi dengan berdiri sebab tak selesaikan kerja sekolah. Dapat pulak 'old school' English teacher yang boleh tahan jugak mulutnya bising.

Aku pening ....

*****************************

Ohhhh ... Ali dah pandai jalan. Laju.
Ohhhh ... Ali pun dah pandai mengamuk. Boleh tahan.

Gambar belum upload lagi. Nanti aku tayang gambar Ali tengah jalan pakai kasut Happy Birthday dia. hehehehhe


Belum pening ...

Sunday, February 22, 2009

Sakan ...

Semalam hari jalan-jalan sedunia. Bukan ke aku dah kata ... kalau suami aku takde, aku akan naik tocang dan bawak anak-anak jalan sampai anak-anak aku lembek dan merengek mintak balik. hehehehe ...

Dipendekkan cerita ... semalam aku bawak depa ke Gombak, Cheras pastu ke Klang. Keluar jam 9 pagi, sampai rumah pukul 11.30 malam. Muahahahahahaha ....

Yang paling best ... sepanjang hari kitaorang makan free sampai sah tak larat nak makan ... aku keluar RM20 je khas untuk duit minyak. Muahahahahahaha lagi .....

Anak-anak dapat present lagi .... muahahahahahah jugak .... sebab bukan aku yang bagi ... hehehehe ...

So, hari ni sakan jugak ... hari sakan duduk rumah dan buat kerja sedunia pulak. Mengemas, mengemop, membasuh, menyidai, melipat, memasak, menyeterika, memantau kerja sekolah dan segala 'me' lagi.

....... apsal tarak special effect gelak dah?! huhuhuhuhu .... :P

Wednesday, February 18, 2009

Aku panah jugak cikgu itu ...


Assalamualaikum Cikgu,


RE: Keahlian Persatuan Memanah


Saya ibu kepada murid tahun 5, Muhammad Irfan bin Khairol Basri difahamkan yang ibu bapa atau penjaga perlu menulis secara formal berkenaan hal-hal berkaitan pertukaran aktiviti kokurikulum. Seperti yang cikgu maklumi, Muhammad Irfan amat berminat serta bersungguh-sungguh ingin menyertai Persatuan Memanah anjuran pihak sekolah, dan saya sebagai ibu menyokong minatnya itu.


Izinkan saya mulakan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Aktiviti memanah adalah mengenai latihan emosi dan fizikal untuk meletakkan anak panah pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan keseimbangan badan. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal. Bukan itu sahaja, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Saya percaya cikgu lebih arif mengenai kebaikan sunnah Rasulullah s.a.w ini.

Saya harap pihak cikgu dapat memberi pertimbangan untuk membenarkan Muhammad Irfan menyertai Persatuan Memanah. Dia amat meminati dan ingin sekali terlibat sejak mengetahui mengenainya tahun lalu. Saya percaya, minat seorang murid harus dibentuk dan diberi sokongan agar dia lebih yakin dengan pilihan yang dibuatnya di masa akan datang. Penyertaan dalam sesuatu kokurikulum tanpa minat berkemungkinan akan menerbitkan rasa bosan, sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Saya percaya pihak sekolah mahu membentuk siasah murid baik, bersemangat dan positif.

Saya berharap surat ini tidak akan memberi apa-apa kesan negatif pada mana-mana pihak. Saya turut mengharapkan budi bicara pihak cikgu yang bijaksana. Namun begitu, jika tiada rezeki Muhammad Irfan, saya doakan agar perjalanan Persatuan Memanah berjalan dengan lancar.

Sekian. Terima Kasih.

----------------------------------------------------

Kenapa aku tulis surat di atas?

Sebenarnya aku tidaklah kisah mana kalau Irfan tidak dapat masuk Persatuan Memanah itu sebab aku faham setiap persatuan pasti ada limitasi dalam jumlah keahlian. Bukan aku tak pernah bersekolah dan berpersatuan. Jadi aku maklum jika Irfan tidak dapat masuk Persatuan Memanah sekolahnya walaupun dia memang dah berangan sejak dari tahun lepas hendak menyertainya sejak ada pertunjukan promosi di sekolah.

Yang buat aku tidak puas hati dan terus menulis surat yang ala-ala agak sinis itu disebabkan sikap dan cara cikgu yang menguruskan keahlian pelajar dalam mana-mana persatuan. Garang tidak bertempat cikgu itu.

Irfan daftar diri tapi tidak terpilih. Rupanya ahli dipilih oleh cikgu, bukan berdasarkan minat. Cikgu yang pilih dan tentukan siapa yang masuk persatuan mana. Irfan jumpa cikgu. Beritahu dia mahu sangat masuk Persatuan Memanah tapi tidak dibenarkan dengan alasan sudah penuh. Sekian kalinya petang tadi dia berjumpa lagi dengan cikgu berkenaan. Mahu menukar persatuan dari Persatuan Matematik dan Sains kepada Persatuan Memanah.

Si cikgu bertanya kenapa beria sangat nak masuk Persatuan Memanah. Irfan kata dia minat dan itu sunnah Rasulullah s.a.w. Lagipun Irfan beritahu cikgu, ibu dan ayah galakkan dia masuk Persatuan Memanah.

Si cikgu dengan garang berkata Irfan banyak beralasan dan pandai cakap sahaja. Kalau betul ibu atau ayah yang suruh, minta ibu dan ayah tulis surat ... katanya. Ohhh ... ala-ala minta surat tunjuk sebab kaedahnya.

Jadi itulah surat tunjuk sebabnya. Memandangkan aku jadi 'ibu tunggal' lagi hingga hujung minggu, suami aku hanya dapat pergi 'mengadap' cikgu tu hari Isnin nanti.

Aku sungguh anti cikgu yang berlagak dengan budak-budak dan garang tak bertempat! Jadi surat itu adalah panahan aku untuk cikgu itu ...


Tuesday, February 10, 2009

'Ibu tunggal' di Putrajaya ...

Cuti hujung minggu panjang. Memandangkan ayahnya tak ada di rumah, aku memang suka sangat la bawak budak-budak jalan-jalan jauh sikit dan balik lambat. Bukan selalu pun kan.

Kononnya nak bawak anak-anak mandi sungai. Aku hubungi kawan di Balakong tanya kalau-kalau dia nak turut serta dengan 2 anak bujang dia tapi dia dah ada plan. Biasa lah aku, buat plan secara spontan. Jadi aku sms orang di Bangi tu (alaaaa ... yang nama macam jepun pastu suka sangat makan jajan sorang-sorang sambil baring-baring pastu terus jadi panda mata layu lagi lebam itu ..... haaa kenal? Ya la .. dia la tu ...). Tanyalah aku pada dia, ada ke sungai kat area Bangi yang sesuai dibuat mandi manda. Dia balas dengan, "Takde kot ...". Memang bukan kot-kot. Memang takde pun. hehehe.

Memandangkan aku sedar diri jadi rancangan spontan untuk bermandi manda di sungai aku leburkan, walaupun boleh saja aku ke anak sungai di Bukit Lagong, Selayang. Aku seorang nak memerhati gelagat 5 kanak-kanak yang bila jumpa air, jadi itik la depa. Agak mustahil.

Jadi, Putrajaya destinasi kami sebab aku dah melilau memandu dalam kawasan belah situ.

Kononnya lagi, nak bawak budak-budak naik cruise tasik Putrajaya. Memandangkan Ali aku dudukkan atas stroller, aku parkir ikan jingga keemasan itu di parkir yang disediakan. Menapak lah kami di bawah terik panas mentari tak berapa nak tengahari lagi. Jauh jugak la jaraknya. Dalam 15minit berjalan. Panasnyaaa Putrajaya. Patutlah tak ramai yang jalan-jalan disekitarnya. Rasanya, taman tasik Perdana dan Titiwangsa, waima tasik Shah Alam lagi ramai umat manusia yang bersantai. Di tasik Putrajaya, orangnya boleh dikira dengan jari. Aku yang berjalan ke arah lokasi cruise rasa macam rusa masuk kampung gitu. Rasa macam orang bodoh pun ada sebab jalan dalam panas.

Setiba di kaunter tiket, aku baca harga untuk menikmati 'pelayaran' di tasik Putrajaya itu. Aku tertarik pada pakej keluarga. RM54 sahaja tapi ditulis untuk 2 dewasa dan 4 kanak-kanak. Aku tanyakan pada pekerja samada aku yang seorang dan 5 orang kanak-kanak layak untuk pakej keluarga itu. Tidak layak rupanya. Sebabnya MESTI ada 2 dewasa. Kemudian, tidak boleh pula belayar menaiki bot yang terbuka sebab ada baby. Tidak mengapa. Tapi kos untuk yang bot yang berhawa dingin mencanak la pula. Lepas dicongak, kos keseluruhan untuk aku dan 4 kanak-kanak jika mahu belayar menikmati pemandangan kota pentadbiran negara yang aku turut membayar harga pembinaannya ... adalah RM110. Wahhhhh!!! Harga ration ikan ayam untuk sebulan jugak la tu.

"Dik ... macamana ya kalau ibu tunggal ke bapa tunggal ada anak-anak 4 orang nak jalan-jalan merasa naik cruise ni tapi tak mampu nak bayar sampai seratus lebih? Kesian ya tak layak untuk pakej keluarga sebab tidak menepati 'definisi' keluarga yang 'normal'."

Terkedu adik tu. Tak terjawab dia.

Aku rasa mungkin itu kali pertama ada yang bertanya sebegitu. Memang sungguh kasihan pada single parent, ibu atau bapa. Nak kena bawak girlfriend atau boyfriend la kot. Atau bawak adik-beradik yang berstatus dewasa. Atau bawak rakan sepejabat yang belum bernikah yang tidak kisah berjalan dengan kawan yang sudah beranak-pinak.

Diskriminasi terhadap ibu dan bapa tunggal. Aku turut merasa didiskriminasi sebagai seorang 'ibu tunggal' selama sehari di Putrajaya.

Dipendekkan cerita, ronda-ronda yang tak seberapa ronda di Putrajaya berakhir di Alamanda. Hmmmm ... patutlah tak ramai jalan-jalan diluar. Semuanya berkampung di pusat beli belah tu. hehehehehe ...



Nota kecik-kenot: Gambar-gambar bukan diambil di hari kejadian. Ianya gambar-gambar semasa cuti sekolah hujung tahun lalu. Ohhh ... Ali tiada dalam gambar kerana sedang enak dibuai mimpi dalam kereta :-D

Friday, February 06, 2009

Entri pukal ...

~1~

Aku sememangnya tidak mahu sama-sama bicara tentang apa yang kini sedang berlaku di negeri tanah tumpah ayahanda dan suamiku. Sudah penuh segala laman berkata tentangnya. Tapi aku masih mahu bercakap biarpun sedikit. Cukup untuk meredakan berat di hati ini.

Petikan dibawah adalah dari akhbar The New Straits Time. Ianya berdasarkan ucapan bakal Sultan Perak di FIRST MALAYSIAN STUDENT LEADERS SUMMIT 2007.

Raja Nazrin Shah says the Constitution is the supreme law of the land and guarantees the rights of every Malaysian. Therefore, the integrity of the Constitution must be preserved.

Get a copy of the Federal Constitution and read it. The Raja Muda of Perak, Raja Dr Nazrin Shah, in making the call to young Malaysians, said protecting the integrity of the Constitution was every Malaysian's way of promoting national unity.

"The Constitution is the supreme law of the land. It guarantees the rights of every Malaysian. The integrity of that document must be protected at all cost," he said to applause at the first Malaysian Student Leaders Summit 2007 here yesterday.

The Constitution was a cleverly crafted document which clearly provided for adequate checks and balances against excesses through the separation of powers between the executive, the legislature and the judiciary, each protected from encroachment by the other, he said.

"It has often been said that many a misunderstanding may be avoided if principles embodied in the Constitution are adhered to strictly. Upholding the rule of law is paramount," said Raja Nazrin.

bla bla bla bla .....


The third, is good governance and a thriving civil society. "Only those who are capable, responsible and scrupulously honest should be allowed to serve in positions of leadership. Those who are inefficient, incompetent and, most importantly, corrupt, should be held in absolute contempt."

Apabila si anak bercakap tentang peri pentingnya rakyat mematuhi dan mengangkat
Perlembagaan Negara, apa pula tindakan si ayah?

Hmmm ... takpe lah. Benda dah jadi. Eloknya kejadian ni jadi pengajaran. Mulalah muhasabah diri. Kaji dan betulkan yang tidak betul. Mengalah bukan bererti kalah. Jangan ikutkan hati sangat nak melawan. Kuasa yang lebih besar ditanganNya. Jika DIA sudah menetapkan setakat itu sahaja, tidak mengapa. Allah ada rencana yang lebih besar lagi. Usah dilawan sangat. Lawan pun biar berhemah. Biar orang hormat pada kita biarpun kita terpaksa mengalah dan melepaskan apa yang kita ada. Tidak salah. Jangan diikutkan sangat kemarahan dan kekecewaan. Lawan biar bertempat, biar berstrategi. Percaya padaNya. Bukankah DIA sudah berjanji yang Islam pasti menang juga nanti. Jadi, lepaskan lah dulu ... nanti pasti akan dapat balik apa yang 'hilang', InsyaAllah.

~2~


Saya sudah 1 tahun hari ini. Kesian saya tak ada yang ucap Happy Birthday untuk saya kecuali auntie Neen. Semua orang yang lain macam lupa je. Ibu, ayah dengan kakak-kakak dan abang-abang aje yang ingat. Ibu, abang-abang dengan kakak-kakak peluk cium saya, cakap kejap je saya dah besar. Saya seronok. Saya mesti berusaha untuk dapat jalan dengan cepat sebab saya nak main sama-sama dengan kakak-kakak dan abang-abang kat luar. Ibu masak spagetti bolognese dengan baked potato untuk saya. Saya suka. Saya pandai makan. Saya makan semua yang ibu masak untuk saya. Saya suka gelak. Saya suka bachakkkkk ... Saya suka panjat-panjat. Saya suka tarik rambut kakak Nisaa'. Saya suka gigit ibu, ayah. Saya suka dapat dukung.





~3~


"Pakai talipinggang. Kalau kena saman nanti, ibu guna duit raya masing-masing bayar saman tu."

"Alaaa ... jangan la bu. Nanti abis la duit Sabin."
"Nisaa' cepat pakai talipinggang."

"Ichak tau la. Ichak nak pakai la ni."

"Kenapa tak pakai lagi? Meh abang sabin pakaikan."

"Ichak pandaiiiii .. Ichak kan bijap. Sibuk la abang sabin ni."








"Meh la abang tolong. Kalau tak reti, abang boleh buatkan. Kan abang sabin ni terer."






~4~


"Kat sekolah tadi Ipan nangis."

"Kenapa pulak nangis? Kena buli ke?"

"Tak ... tadi kawan-kawan cerita pasal nenek diaorang. Ipan sorang je tak citer apa-apa. Ipan dengar je diaorang citer macam-macam yang best pasal nenek diaorang. Ipan sedih la... itu yang Ipan nangis."

"Ok. Takpe sedih. Tapi kalau betul sayang nenek, tiap kali lepas solat jangan lupa sedekah Al-Fatihah untuk nenek dan doa pada Allah jauhkan nenek dari seksa api neraka dan maafkan semua dosa-dosa nenek. Doa Ipan mudah makbul sebab Ipan belum baligh, insyaAllah."

"Ok. Nanti hari sabtu ke ahad ... kita ziarah kubur nenek ya, bu."




~5~


"Kakak suka tengok ibu masak."

"Setakat suka je tak boleh. Kena tengok juga cara ibu masak, apa ibu buat sambil-sambil masak tu. Kena kemas, jangan comot-comot."

"Ooooo .... Masak ni kena sabar ya, bu?"

"Mestilah. Kalau tak sabar, tak jadi la makanan tu. Kalau tak sabar, mesti kita nak bukak api kuat-kuat sebab nak cepat masak. Kalau api besar, mestilah hangus kan. Jadi mesti sabar, baru jadi."

"Oooooooo ...."


~6~

Sepanjang drama yang terjadi di Perak, aku jadi tukang sampai berita pada suami yang kini hampir seminggu di Acheh. Terkejut juga lah dia mendengar apa yang berlaku di negeri tanah tumpah darahnya itu. Rasanya jika dia ada di sini, pasti sahaja dia naik ke Ipoh menjadi sebahagian dari 'sejarah' dibom gas atau turut ditangkap. Yang pasti, bila dia selamat tiba Ahad nanti sudah tentu tidak putus-putus 'jeritan' sms yang masuk, sejurus kad sim Malaya dimasukkan semula ke dalam telefon, menggantikan kad sim tanah seberang. Jadilah dia orang paling sibuk dalam dunia melayan sms dan pelbagai panggilan dari teman-teman.

Aku? Tukang dengar laa ... hehehe ...

~7~

Pada yang masih mahu membaca entri pukal yang panjang ni ... sila lah baca keratan akhbar ni. Analisalah sendiri kata-kata Raja Nazrin ini. Walk the talk??

Rulers not merely complementing national customs, says Raja Nazrin
Monday, 21 July 2008 06:47PM
© Bernama

KUALA LUMPUR, July 21 (Bernama) -- The Rulers feel that their roles are not merely to complement the customs of the country because "they are neither blind, deaf nor mute" or insensitive to the goings on in the country, said Raja Dr Nazrin Shah.

The frank opinions of the Rulers in matters concerning national unity, the role of religion, freedom of the judiciary as well as corruption and abuse of power were made out of their desire to ensure that the country continued to be strong and peaceful, and the people lived in prosperity, he said.

Everyting that transpired were within their knowledge, said Raja Nazrin, who is the Raja Muda of Perak, at a talk entitled "The Institution of the Monarchy" at Intan, here Monday.
He said that after 50 years of independence, the Rulers had reached a level of
maturity by understanding their roles especially when the country faced a crisis.

However, in order to preserve respect for the monarchy, the Rulers must remain neutral and avoid from being involved in political disputes or being used as an instrument by any quarters in the competition to gain political power, Raja Nazrin said.

"In line with the spirit of the Constitutional Monarchy which is normally practised, the role of the Ruler is to rule and not to administer. The Ruler must be above politics and the daily administrative matters which involves bureaucracy and various controversies.

"As he sits on the throne which is on a higher level, The Ruler is only involved whenever the situation warrants it," said Raja Nazrin. The national constitution, he said, provided that the Yang di-Pertuan Agong and the Rulers had the discretion which could be applied according to their Royal prerogative subject to certain constraints.

"The prerogative of the Ruling Monarch encompasses the power to appoint the Prime
Minister at the federal level and to appoint the Menteri Besar at the state level, and the right to give consent to the dissolution of Parliament at the federal level and the State Legislative Assembly at the state level.


Nota kecik-kenot:

Ohhh ... penyokong pakatan rakyat bukan RAKYAT Malaysia ke??