Sakan ...
Semalam hari jalan-jalan sedunia. Bukan ke aku dah kata ... kalau suami aku takde, aku akan naik tocang dan bawak anak-anak jalan sampai anak-anak aku lembek dan merengek mintak balik. hehehehe ...
Dipendekkan cerita ... semalam aku bawak depa ke Gombak, Cheras pastu ke Klang. Keluar jam 9 pagi, sampai rumah pukul 11.30 malam. Muahahahahahaha ....
Yang paling best ... sepanjang hari kitaorang makan free sampai sah tak larat nak makan ... aku keluar RM20 je khas untuk duit minyak. Muahahahahahaha lagi .....
Anak-anak dapat present lagi .... muahahahahahah jugak .... sebab bukan aku yang bagi ... hehehehe ...
So, hari ni sakan jugak ... hari sakan duduk rumah dan buat kerja sedunia pulak. Mengemas, mengemop, membasuh, menyidai, melipat, memasak, menyeterika, memantau kerja sekolah dan segala 'me' lagi.
....... apsal tarak special effect gelak dah?! huhuhuhuhu .... :P
9 comments:
Makan free? Dapat present? Aisey, rugi tak ikut. Hehehehehee...!
Er.. selamat buat keje yer Kak. CHaiyok, chaiyokkk!! (bg semangat jer, nak tolong tak daya) ;)
Haha!
Bila kau tulis 'menyeterika', teringat aku masa darjah lima atau enam dulu. Aku kena cubit perut oleh cikgu BM aku kerana guna perkataan itu dalam karangan aku. Sambil dia cubit perut aku, dia bulatkan perkataan itu dengan pen merah.
"Apa ni?", tanya dia.
Terpinga-pinga aku kerana tak mengerti apa kesalahan aku. Rupa-rupanya tak ada perkataan sebegitu dalam Bahasa Melayu. Sepatutnya digunakan perkataan 'menggosok baju'.
Haha!
ada lah menyeterika.... gosok dengan seterika.... gosok baju... buleh jadik gosok ngan tangan saja...
lama asben ko outstesen ye izi
wah, sakan!!! kali ni xde gambar ke kak? ;)
wow! sakan :D
DeeN,
hang kat hujung atas nun. macamana nak ikut? heheheh ...
dapat present tu sebab menang lucky draw masa gi besday dua pupu depa kat klang.
makan free sebab kat gombak ziarah kawan yang bukak cafe, pastu kat cheras ziarah opahnya, kat klang pulak besday. mahunya tak makan sakan.
errr ... hari ahad tu ..paginya berjalan lagi tesco sebab nak beli kasut sekolah syabil. tak sampai 2 bulan sekolah, kasut dah hilang ...chis!! ... zohor baru balik.
mudin,
ooooo salah ek? ekekekek ... oklah tu ... asalkan paham. nak eja tu pun jenuh kena eja 'seterika' dulu, sebelum disambung dengan 'men'. ekekekke
pa'chik,
yaaaa chegu pa'chikkkkk ... gosok dengan berus dawai pun buleh kan kan kan ;)
ree,
seminggu je. dah biasa tak rasa lama pun :)
achik,
memang sakan tapi kali ni takde gambar laaa sebab suami bawak kamera gi medan :)
may,
ya ya :D
Post a Comment