Tuesday, February 10, 2009

'Ibu tunggal' di Putrajaya ...

Cuti hujung minggu panjang. Memandangkan ayahnya tak ada di rumah, aku memang suka sangat la bawak budak-budak jalan-jalan jauh sikit dan balik lambat. Bukan selalu pun kan.

Kononnya nak bawak anak-anak mandi sungai. Aku hubungi kawan di Balakong tanya kalau-kalau dia nak turut serta dengan 2 anak bujang dia tapi dia dah ada plan. Biasa lah aku, buat plan secara spontan. Jadi aku sms orang di Bangi tu (alaaaa ... yang nama macam jepun pastu suka sangat makan jajan sorang-sorang sambil baring-baring pastu terus jadi panda mata layu lagi lebam itu ..... haaa kenal? Ya la .. dia la tu ...). Tanyalah aku pada dia, ada ke sungai kat area Bangi yang sesuai dibuat mandi manda. Dia balas dengan, "Takde kot ...". Memang bukan kot-kot. Memang takde pun. hehehe.

Memandangkan aku sedar diri jadi rancangan spontan untuk bermandi manda di sungai aku leburkan, walaupun boleh saja aku ke anak sungai di Bukit Lagong, Selayang. Aku seorang nak memerhati gelagat 5 kanak-kanak yang bila jumpa air, jadi itik la depa. Agak mustahil.

Jadi, Putrajaya destinasi kami sebab aku dah melilau memandu dalam kawasan belah situ.

Kononnya lagi, nak bawak budak-budak naik cruise tasik Putrajaya. Memandangkan Ali aku dudukkan atas stroller, aku parkir ikan jingga keemasan itu di parkir yang disediakan. Menapak lah kami di bawah terik panas mentari tak berapa nak tengahari lagi. Jauh jugak la jaraknya. Dalam 15minit berjalan. Panasnyaaa Putrajaya. Patutlah tak ramai yang jalan-jalan disekitarnya. Rasanya, taman tasik Perdana dan Titiwangsa, waima tasik Shah Alam lagi ramai umat manusia yang bersantai. Di tasik Putrajaya, orangnya boleh dikira dengan jari. Aku yang berjalan ke arah lokasi cruise rasa macam rusa masuk kampung gitu. Rasa macam orang bodoh pun ada sebab jalan dalam panas.

Setiba di kaunter tiket, aku baca harga untuk menikmati 'pelayaran' di tasik Putrajaya itu. Aku tertarik pada pakej keluarga. RM54 sahaja tapi ditulis untuk 2 dewasa dan 4 kanak-kanak. Aku tanyakan pada pekerja samada aku yang seorang dan 5 orang kanak-kanak layak untuk pakej keluarga itu. Tidak layak rupanya. Sebabnya MESTI ada 2 dewasa. Kemudian, tidak boleh pula belayar menaiki bot yang terbuka sebab ada baby. Tidak mengapa. Tapi kos untuk yang bot yang berhawa dingin mencanak la pula. Lepas dicongak, kos keseluruhan untuk aku dan 4 kanak-kanak jika mahu belayar menikmati pemandangan kota pentadbiran negara yang aku turut membayar harga pembinaannya ... adalah RM110. Wahhhhh!!! Harga ration ikan ayam untuk sebulan jugak la tu.

"Dik ... macamana ya kalau ibu tunggal ke bapa tunggal ada anak-anak 4 orang nak jalan-jalan merasa naik cruise ni tapi tak mampu nak bayar sampai seratus lebih? Kesian ya tak layak untuk pakej keluarga sebab tidak menepati 'definisi' keluarga yang 'normal'."

Terkedu adik tu. Tak terjawab dia.

Aku rasa mungkin itu kali pertama ada yang bertanya sebegitu. Memang sungguh kasihan pada single parent, ibu atau bapa. Nak kena bawak girlfriend atau boyfriend la kot. Atau bawak adik-beradik yang berstatus dewasa. Atau bawak rakan sepejabat yang belum bernikah yang tidak kisah berjalan dengan kawan yang sudah beranak-pinak.

Diskriminasi terhadap ibu dan bapa tunggal. Aku turut merasa didiskriminasi sebagai seorang 'ibu tunggal' selama sehari di Putrajaya.

Dipendekkan cerita, ronda-ronda yang tak seberapa ronda di Putrajaya berakhir di Alamanda. Hmmmm ... patutlah tak ramai jalan-jalan diluar. Semuanya berkampung di pusat beli belah tu. hehehehehe ...



Nota kecik-kenot: Gambar-gambar bukan diambil di hari kejadian. Ianya gambar-gambar semasa cuti sekolah hujung tahun lalu. Ohhh ... Ali tiada dalam gambar kerana sedang enak dibuai mimpi dalam kereta :-D

9 comments:

Zuraini said...

Salam...

mungkin lepas ni adalah kot pekej utk single parent... dapat bayangkan muka adik tu cam na... kita org selalu gak buat soalan2 cam tu bila ada rasa tak puas hati...

Pa'chik said...

laaa... apa tak ajak je budak bangi tu sekali... :P

Anonymous said...

mungkin mereka terlupa pada single parent, semasa membuat syarat & terma di situ..manusia sentiasa penuh dgn kelemahan..auwww!

13may said...

:)

achik said...

apa salahnya kalau pakej 2 dewasa 4 kanak2 tu ditukarkan ngan sorang dewasa 5 kanak2 kan.. sama je bukan ada rugi apa2 pun.. huhuhu..

DeeN said...

a ah, lenkali ajak jer awek bangi tuh. Boleh cukup korum kan, kan.

Saya tentang diskriminasi terhadap ibu tunggal & bapa tunggal Yang arif!!

;)

Anonymous said...

neen,
rasanya kena buat surat cadangan kat perbadanan putrajaya baru depa nak fikir kot nak buat pakej macam tu.

pa'chik,
isyyy mana boleh ajak keluar mengejut ... nanti sapa nak jaga bondanya?

ree,
itulah ree ... kelemahan orang2 yang 'normal' yang sangka mereka akan sentiasa berdua sentiasa ... huhuhuhu ...

may,
;)

achik,
ohhh ... perkara yang sama sudah disarankan tapi mereka hanya menggeleng kepala. hehehhe .. lagipun sorang lagi kanak2 dibawah umur 2 tahun ... memang tak perlu bayar pun.

DeeN,
lenkali kalau nak ajak awek bangi tu .. kena buat appointment awal2. heheheh dia kan VVIP gitu. ekekkeke

Saya sokong, YANG ARIF! ;)

Mak Su said...

dah pegi dah tasik putrajaya, hangat, panas, tak selesa. agaknya sebab kawasan baru ek, belum banyak pokok. ataupun, tak dak pokok kot?

rasanya, elok pergi pagi2 buta, or petang-petang buta. :)

izinni said...

maksu,
memang sungguh amat tak selesa. tak mesra ronda2 sungguh. ada tasik tapi tak berfungsi untuk menyejukkan suasana. ada pokok tapi berfungsi hanya bukan hiasan, bukan faktor penyejuk. dah ada kajian dibuat kenapa putrajaya lebih panas dari bandar2 lain kat malaya ni ... salah satu sebabnya sebab pokok2 yang ditanam hanya untuk cantik je. pastu bangunan2 pantulkan haba panas.

so nak gi kena gi malam ... sebab pagi dengan petang pun panas jugak. hehehhee