Wednesday, February 25, 2009

Aku dan lagu ...

Malam tadi aku layan lagu-lagu 90-an di youtube. Sungguh nostalgik. Buat aku teringat zaman persekolahan. Aku layan lagu Mariah Carey sejak album pertama dia. Tapi tidak lagi. Lagu-lagu dia yang terbaru tidak kena dengan citarasa aku. Seingat aku, bermula dengan album 'Butterfly', aku mula kurang berminat. Karier dia pun tidak sebagus seawal mula dia jadi penyanyi.

Teringat lagi, betapa aku hafal semua lagu-lagu dalam album pertama dia. Memang banyak lagu-lagu yang bagus. 'Love Takes Times', "Vision of Love", 'I Don't Wanna Cry", "Vanishing". Itulah lagu-lagu yang aku dengar tanpa jemu menggunakan 'walkman' sedabak jenama Sony. Itulah pembelian pertama aku menggunakan gaji semasa menjadi 'cashier' di sebuah gedung.

Aku ingat lagi, ketika itu, aku bekerja di Toy'R'us. Kerja sambilan disebelah petang lepas habis sekolah dan hujung minggu. Masa itu aku di Tingkatan Enam Atas. Kaset dia aku beli dengan harga diskaun sebab pekerja di pusat beli belah itu memang dapat diskaun bila beli kaset dan makan di medan selera. Punyalah seronok dapat beli kaset itu. Memandangkan ketika bekerja tidak boleh mendengar walkman, aku beri kaset pada kawan yang menjaga 'island' (kaunter yang menguruskan penyimpanan barang, pertukaran pembelian, buat pengumuman etc).

Masa itu jugak Whitney Houston pun popular juga. Mariah dan Whitney selalu dibandingkan. Ada juga kata Mariah tiru suara Whitney. Macam-macam.

Yang penting lagunya sedap. Sampai sekarang didengar pun tetap sedap di halwa telinga aku. Cuma sekarang, kualiti lagu-lagu dia sekarang entah apa-apa. Mungkin cuba mahu menarik perhatian pendengar muzik golongan muda hingga identiti yang sudah dicipta dari dulu sudah hilang ke mana.

Sebenarnya banyak lagu-lagu 90-an yang sedap dan evergreen hingga sekarang. Masa itu, penyanyi berkumpulan masih popular. BoyzIIMen, Sweet Sensation etc. Ya Ya. Aku suka R&B soul. Rock pun suka juga tapi lebih pada rock kapak Malaysia. Rock 'orang putih' tidak banyak dan tidak sedikit yang aku suka.

Mungkin sebab itu halwa telinga aku kurang dapat menerima muzik sekarang. Apatah lagi dengan lirik-lirik yang kurang membawa makna.

Ohhhh ... pertama kali rupanya aku bercerita tentang muzik. hehehehe ... layan aje la pumpkinnnn ...

9 comments:

Pa'chik said...

mekyah tu duk tunjuk kopek je sekarang ni...

Anonymous said...

apa2 pun lagu zaman dulu 90an & 80an lebih indah dari lagu2 zaman la nih..itu pdpt peribody akak ler...

achik said...

saya pun suka dgr lagu mariah & whitney.. masa tu kakak saya la minat sgt kat diorang.. saya tumpang sekaki la.. hehehe.. ;p

izinni said...

pa'chik,
mu suka la nengok kan kan kan .. ekkeke

ree,
ya ya ... betul la peribodi akak tu. kekekkee
btw, ree ... since ree orang ipoh kan ... apa sebenarnya penerimaan orang perak pasal krisis kat perak ni? nak jugak dengar hands-on dari orang sana kan :)

achik,
tumpang dua kaki pun takpe. hehehhe

Pa'chik said...

kopek mekyah tu tak beh... hahah... lau sharifah sOOphia buleh ahhh... ekekeke...

Zuraini said...

Salam...

tul kan lagu2 dulu sangat jauh bezanya ngan lagu2 skrg, dulu wpun senikatanya cam ringkas jer tapi tetap ada maksudnya, lah ni tah apa2... abg2 beli kasetnya, saya tukang dengar... kekadang cam nak terbalik rumah tu kita org buat... arwah emak lebih suka cam tu dari kita org lepak kat luar... apa2 biar depan matanya... cam tu juga lah ngan lagu2 raya kan...

izinni said...

sabor je la aku dengan pachik ni ... oittt nikah la cepat. dok nengok kopek anak orang je. hehehehhe

neen,
ya ya .. apa2 pun biar depan mata. mudah dipantau :)

DeeN said...

Hahahha chess pokcik neh!!

Dulu saya suka layar boy band jer. Start form 5 dah beli kaset BSB. Dah lama sket layan westlife, takpun 911. Skang dah jarang sgt dok dengaq boy band neh. Mungkin sebab diorang dah tua kot. Ekekeke!!

izinni said...

ohhhh ... boyband akak tak berapa nak layan sangat. masa sekolah menengah dulu NKOTB yang popular sakan. tak faham kenapa ramai benor suka sangat sora si sengau tu. hehehehe ...

rasanya satu je kot boyband yang akak suka ... Nsync. yang lain tak berapa nak gemar.

boyzIImen tu kira boyband ke?? sebab tak pernah anggap depa boyband ... hehehhe