Wednesday, February 18, 2009

Aku panah jugak cikgu itu ...


Assalamualaikum Cikgu,


RE: Keahlian Persatuan Memanah


Saya ibu kepada murid tahun 5, Muhammad Irfan bin Khairol Basri difahamkan yang ibu bapa atau penjaga perlu menulis secara formal berkenaan hal-hal berkaitan pertukaran aktiviti kokurikulum. Seperti yang cikgu maklumi, Muhammad Irfan amat berminat serta bersungguh-sungguh ingin menyertai Persatuan Memanah anjuran pihak sekolah, dan saya sebagai ibu menyokong minatnya itu.


Izinkan saya mulakan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Aktiviti memanah adalah mengenai latihan emosi dan fizikal untuk meletakkan anak panah pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan keseimbangan badan. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal. Bukan itu sahaja, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Saya percaya cikgu lebih arif mengenai kebaikan sunnah Rasulullah s.a.w ini.

Saya harap pihak cikgu dapat memberi pertimbangan untuk membenarkan Muhammad Irfan menyertai Persatuan Memanah. Dia amat meminati dan ingin sekali terlibat sejak mengetahui mengenainya tahun lalu. Saya percaya, minat seorang murid harus dibentuk dan diberi sokongan agar dia lebih yakin dengan pilihan yang dibuatnya di masa akan datang. Penyertaan dalam sesuatu kokurikulum tanpa minat berkemungkinan akan menerbitkan rasa bosan, sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Saya percaya pihak sekolah mahu membentuk siasah murid baik, bersemangat dan positif.

Saya berharap surat ini tidak akan memberi apa-apa kesan negatif pada mana-mana pihak. Saya turut mengharapkan budi bicara pihak cikgu yang bijaksana. Namun begitu, jika tiada rezeki Muhammad Irfan, saya doakan agar perjalanan Persatuan Memanah berjalan dengan lancar.

Sekian. Terima Kasih.

----------------------------------------------------

Kenapa aku tulis surat di atas?

Sebenarnya aku tidaklah kisah mana kalau Irfan tidak dapat masuk Persatuan Memanah itu sebab aku faham setiap persatuan pasti ada limitasi dalam jumlah keahlian. Bukan aku tak pernah bersekolah dan berpersatuan. Jadi aku maklum jika Irfan tidak dapat masuk Persatuan Memanah sekolahnya walaupun dia memang dah berangan sejak dari tahun lepas hendak menyertainya sejak ada pertunjukan promosi di sekolah.

Yang buat aku tidak puas hati dan terus menulis surat yang ala-ala agak sinis itu disebabkan sikap dan cara cikgu yang menguruskan keahlian pelajar dalam mana-mana persatuan. Garang tidak bertempat cikgu itu.

Irfan daftar diri tapi tidak terpilih. Rupanya ahli dipilih oleh cikgu, bukan berdasarkan minat. Cikgu yang pilih dan tentukan siapa yang masuk persatuan mana. Irfan jumpa cikgu. Beritahu dia mahu sangat masuk Persatuan Memanah tapi tidak dibenarkan dengan alasan sudah penuh. Sekian kalinya petang tadi dia berjumpa lagi dengan cikgu berkenaan. Mahu menukar persatuan dari Persatuan Matematik dan Sains kepada Persatuan Memanah.

Si cikgu bertanya kenapa beria sangat nak masuk Persatuan Memanah. Irfan kata dia minat dan itu sunnah Rasulullah s.a.w. Lagipun Irfan beritahu cikgu, ibu dan ayah galakkan dia masuk Persatuan Memanah.

Si cikgu dengan garang berkata Irfan banyak beralasan dan pandai cakap sahaja. Kalau betul ibu atau ayah yang suruh, minta ibu dan ayah tulis surat ... katanya. Ohhh ... ala-ala minta surat tunjuk sebab kaedahnya.

Jadi itulah surat tunjuk sebabnya. Memandangkan aku jadi 'ibu tunggal' lagi hingga hujung minggu, suami aku hanya dapat pergi 'mengadap' cikgu tu hari Isnin nanti.

Aku sungguh anti cikgu yang berlagak dengan budak-budak dan garang tak bertempat! Jadi surat itu adalah panahan aku untuk cikgu itu ...


8 comments:

Pa'chik said...

kalau ko nak panah che'gu tu... letak sekali surat ni kat anak panah tuh... heheh...

zwitterion said...

pachik, dan lagi buat lawak na..hehe.

terharu saya baca surat tu.Moga Irfan dapat sertai Persatuan Memanah..:)

Zuraini said...

Salam...

pilihan kelab ni bukan pilihan murid tu sendiri ke, kalau dah penuh lain lah citernya... ke cikgu tu pun ada kroninya... apa pun surat tunjuk sebab tu mmg best...

Anonymous said...

semoga anak panah tu tepat mengena sasaran nya ye zinni..jgn tersasar sbb takut masa tu tengah stress ahahaah

Anonymous said...

erk... hidup lagi tak cikgu tu?

izinni said...

pa'chik,
irfan tak bagi pun surat tu kat cikgu dia ... so panahan tak mengena. chis!!

zwit,
terharu part mana ya?

neen,
bab2 kroni ni biasa la kot. heheheh .. since sekolah tu dianggap swasta ... parents yang banyak bagi 'sumbangan' .. anaknya macam kebal gitu. sampai lambat pun tak kena amik nama. huhuhuhu ...
part mana yang best tu?

ree,
saya kena amik kelas memanah jugak la .. for distressing purposes. hehehehe

mudin,
hiduppppp .. hehehhehe

DeeN said...

La apsal Irfan tak bagi? Takut ker? Malu? Aisey, rupenye cikgu tuh belajar elak panah yer. Kak, teruskan memanah, saya sangat menggalakkan. Biar orang tahu panah yg dilepaskan dari busur akan tepat ke sasaran, jika tangan tidak bengkok. Hehehe..!

Hidup Irfan!!

Anonymous said...

Hehe.. Sian Irfan.. :)