Friday, February 27, 2009

Do'a untuk diri ...

Aku selalu tertanya kenapa ya ada sesetengah orang yang tak mahu atau malas baca doa iftitah di awal solat dan juga doa ketika duduk diantara dua sujud. Padahal doa-doa itu untuk kesejahteraan diri kita sendiri. Maklumlah lepas solat, kita lazimnya panjatkan do'a buat orang-orang terdekat dan tersayang kita samada yang hidup atau yang dah tiada, sampai kadang-kadang terabai do'a untuk diri sendiri. Aku maksudkan diri sendiri la ni :)

Ada banyak doa iftitah yang Rasulullah s.a.w amalkan tiap kali solat tapi yang kerap kita baca sebab itu yang diajar lazimnya ialah doa ini:


Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang
menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah
aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan
seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan
demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Doa ketika duduk antara dua sujud pun selalu diabaikan. Elok lepas sujud, duduk beberapa saat kemudian terus sujud semula.

‘Rabbighfir lii warhamnii wajburnii warfa’nii warzuqnii wahdinii wa’aafinii’ .


Maknanya:
“Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, tutuplah aibku, angkatlah derajatku berilah rezeki kepadaku, tunjuki aku dan sehatkanlah aku”.

Apalah salahnya jika dibaca kan? Mungkin mahu cepat ...

4 comments:

Pa'chik said...

err... du'a iftitah tu... kengkadang je tak baca... taim nak cepat.. hihi...

duduk antara dua sujud tu... ishh... ada ke orang tak baca???

Anonymous said...

Ya, peringatan untuk diri juga...

izinni said...

pa'chik,
rasanya du'a iftitah tu lebih kurang sama panjangnya dengan Al-fatihah. idak ler panjang mana pun.

isyyy ... ada yang tak baca dua antara dua sujud tu. macam alasan mu tu la .. nak cepat. hehehehe

mudin,
kekadang yang tak baca sebab tak tau makna. bila dah tau, insyaAllah mesti baca :)

achik said...

saya pun kalau nak cepat je x baca doa iftitah tu.. doa antara dua sujud tu x penah lak x baca.. :)