Aku lega ... sangat-sangat lega ...
Sah! Syabil dyslexic.
Dalam gusar sebenarnya aku lega sangat-sangat. Perkara yang aku syak lebih dari setahun, akhirnya sudah disahkan. Memang betul Syabil ada learning disabilities. Namun, dyslexic Syabil tidak serius dan dia bukan AHDH yang memerlukan ubat-ubatan untuk mengimbangi ketidakstabilan kimia dalam tubuhnya sehingga dia menjadi hyperactive. He has got a mild one, a high potential dyslexic.
Selepas berjumpa specialist tadi dan penilaian dibuat ke atas Syabil ... beberapa ujian dibuat, specialist itu mengesahkan apa yang aku sangkakan sejak dia berusia 6 tahun. Simptom-simptom menulis huruf 'b' terbalik, 'd' terbalik, 'c' terbalik ... tulisan yang tidak kemas dan teratur, keliru antara kiri dan kanan, sebutan yang salah bila membaca, kurang fokus ... semua ada padanya.
Namun aku sebenarnya tidaklah terlalu gusar. Aku tahu, dyslexia bukan satu penyakit kekal. Ianya akan 'terubat' dengan pendekatan pembelajaran yang sesuai. Syabil tidak boleh diajar membaca dengan cara yang biasa. Syabil istimewa. Kalau tidak masakan 'dyslexia' turut dikenali sebagai 'a genius disease'. Sebabnya, mereka yang dyslexic sebenarnya adalah individu yang pintar dan intelek.
Aku rasa ramai yang tahu genius-genius di dunia ini yang memang dyslexic. Seorang lelaki saintis terulung yang berambut mengerbang, lelaki yang paling kaya didunia kerana industri pengkomputeran, seorang pakar perfileman, dua orang bintang filem dan ramai lagi lah.
Mungkin Syabil bakal tergolong dalam kelompok genius-genius itu dengan sistem pembelajaran yang betul dan sesuai untuknya.
Yang menyedihkan pada aku, kanak-kanak dyslexic dikategorikan sebagai 'orang kurang upaya' di negara ini. Positifnya, mereka layak dapat bantuan kewangan untuk pembelajaran. Tapi dengan syarat perlu mendapatkan dianogsis dari pakar psychology, kemudian membuat pendaftaran sebagai seorang OKU. Barulah dapat.
Sebab itu aku tidak bawa Syabil pada mereka-mereka ini. Aku tidak suka label yang diletakkan pada kanak-kanak istimewa seperti Syabil, yang sememangnya bijak dan pandai. Aku bawa dia berjumpa seorang guru terlatih yang mengkhusus kepada pengajaran untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang dyslexic. Baik dan begitu memahami orangnya. Aku lega dan bersyukur sebab dipertemukan dengan dia. Syabil pun senang dan selesa dengan cara guru itu memberinya ujian.
InsyaAllah ... hujung minggu depan, Syabil akan memulakan kelas intensif 1 to 1 dengan guru itu. Biarpun bayarannya sama banyak dengan apa yang kami perlu bayar untuk yuran sekolah setiap bulan, tapi tidak mengapa ... yang penting Syabil boleh membaca macam kanak-kanak yang lain.
Hari Isnin aku akan berjumpa dengan guru besar dan guru-guru yang mengajar Syabil disekolah untuk memaklumkan keadaan Syabil. Ianya sangat penting agar guru-guru tidak bertindak membandingkan Syabil dengan pelajar-pelajar lain dan mengharapkan sesuatu yang diluar kemampuan Syabil melalui proses normal pembelajaran.
Sesungguhnya aku sangat-sangat lega ...
Terima kasih Ya Allah kerana Kau mengurniakan anak ini dalam hidup kami ...
13 comments:
kalau yang jenih nak eja manis tapi jadik masin tu cemana?
Salam...
anak kedua pada cousin saya pun cam Syabil jugak... sekarang thn 3, papanya menyediakan seorg guru khas utknya di rumah ... bila ditanya dah besar nnt nak jadi apa... katanya nak jadi teacher... bila ditanya lagi teacher apa? Jawabnya lagi teacher pakar... maksudnya tu nak jadi macam specialist yang sering dia jumpa tu... bila Aiman bercakap ada masanya kita org mmg nak tergelak gak... tapi saya suka dgnnya sebab ada kalanya soalan2 yang diajukannya tak mampu di jawab oleh org dewasa... teringat gak masa saya kecik2 dulu... bila cousin2 yang lebih besar dari saya tak nak berkawan ngan saya sbb katanya saya suka tanya soalan yang pelik2... yang tahan cuma family terutamanya arwah emak... kakak2 ipar pun tak tahan...
Hello
It has a nice blog.
Sorry not write more, but my English is bad writing.
A hug from my country, Portugal
kawan adik saya mase dia kecik pun dyslexic. tak boleh membaca sehingga ke sekolah menengah.
tp skarang, alhamdulliah, dia dh fly ke England bwh tajaan JPA. Buat accounting. kawan sy citer, masa preparation utk ke oversea, dia dapat 4 flat. bangga betul parents dia sbb takut dia selama2nya tak boleh belajar.
mmg kanak2 dyslexic ni sgt bijak bila diasuh dgn betul. :)
Oh! Jangan risau sangat, insya-Allah boleh hilang kalau dibimbing dengan baek..
Anak buah saya errr dia dyslexic teruk.. Hehe.. Dulu dia selalu kena buat nota untuk ingat benda (err sampai sekarang pun dia masih buat nota kot).. Dalam bilik dia ada byk nota, hehe.. Menulis pun semua terbalik.. Tapi, alhamdulillah dia ada kat us skrg ni..
anugerah sebenarnya...dan memerlukan usaha yang berterusan.
Ya dah ramai yg membuktikan yg dyslexic bukan satu penghalang utk berjaya, malah lebih berjaya dari orang lain. Yg penting sokongan dari keluarga terhadap mereka!
Sepupu saya pula autisme. Saya tgh berfikir macamana nak bantu dia 'berada' di kalangan masyarakat. Usia dia baru 4 tahun. Hopefully ada something yg saya dapat buat utk masa depan dia.
mungkin banyak keistimewaan lain pd syabil..
pa'chik,
hang eja gitu ke?
neen,
itulah keistimewaan depa ni. suka bertanya. kekadang soalan2 yang tak tercapai akal kita nak menjawabnya ...
luis,
welcome :)
tyra,
begitulah hendaknya dengan syabil. tadi dah pergi jumpa gurubesar. Alhamdulillah dia memahami. Irfan yang selalu buli syabil pun bila diterangkan keadaan syabil masa hantar ke sekolah pagi tadi, sebak pulak dia. tadi lepas maghrib, first time dia bacakan komik doraemon untuk syabil. elok je syabil duduk sebelah abang dia dengar. bangga dengan irfan :)
akira,
ohh tak risau. malah lega dan bersyukur sangat-sangat. syabil tau dia special .. dah explain kat dia. nampak self confidence tu dah naik ... Alhamdulillah. Irfan dengan zinnirah pun dah nak tolong adik buat kerja sekolah. kalau tak tu dia buat derk jugak la.
zwit,
ya. betul tu. insyaAllah usaha tetap diteruskan.
DeeN,
Alhamdulillah ... betul tu. sokongan paling utama. dari famili, dari guru2.
ree,
memang ada tapi dyslexia adalah keistimewaan dia yang paling berharga buat kami sekeluarga.
Baru baca entri kamu yang ini. Ya, intailah hikmah yang pasti ada. Pasti, bukan mungkin.
:)
terima kasih mudin :)
Puan, sorry menggangu, saya masih baru dlm blog2 nie, saya cuma tertarik dgn tajuk " aku lega, sangat, sangat lega" boleh tak saya tau mcmane caranya kita nak tahu anak kita ada sindrom dyslexic, dan dimana saya boleh dapatkan maklumat detail n rawatan yang sepatutnya. sbb saya rasa berkemungkinan anak saya ADAM juga mengalami sindrom yang sama jadi kami mahu perbaiki kelemahan @ skill pembacaan n penulisan sekaligus sbb kerap lihat dia menulis terbalik n hyperactive, walaupun usia baru 5 tahun (anak tunggal) jadi kami fikir lebih awal lebih baik, kerana di kindergarten sekarang pun dia seperti hilang minat untuk membaca n menulis, sebutan salah dan adakalanya dia mengadu dia bukan sengaja tetapi dia sedang berfikir dan keliru, tapi guru2 menengking menyebabkan dia lebih takut, jadi saya harap sangat puan boleh membantu memberi serba sedikit info untuk kami sekeluarga merawat atau apa sahaja kaedah untuk memberi pembelajaran yang sesuai agar Adam boleh membaca & menulis seperti orang lain. Terima kasih.
Assalamualaikum pn
Blh sy dptkn no contact pn krn sy nk berhubung terus dgn pn krn anak sy yg berusia 6 thn mmg ada tanda2 jelas dyslexia.
Dia mmg genius cuma membc bukan dlm kamus dia. Smp sekarang sy tak tahu tahap membc walaupun teacher di pre school sering kt jgn risau.Yea la ibu mn yg tak risau jika smp sekarang masih belum blh membaca sedangkn tahun hadapan dia dh nk msk sek ren. Apa yg membuatkn sy kt dia genius ialah pd umur seawal 3-4 thn dia mampu menghasilkn landscap bangunan menggunakan LEGO tnp melihat mn2 struktur dan jg heli dlm ms beberap minit sedangkn sepupu dn kanak2 seusia dia ms tu cuma main permainan biasa. Dan tentu soalan2 serta percakapan serta pemikiran dia jg mcm org dewasa.
Sy mohon kalau dpt berhubung dgn puan utk mendptkn bantuan bg membantu anak sy ini. Terima kasih
Hrp pn dpt pm sy Tim : 0192320108
Post a Comment