Monday, March 02, 2009

Ingatlah kisah Umar ...

Aku sependapat dengan Tok Mudin yang Allah adalah milik semua. Allah Pencipta semua manusia dan alam semesta serta segala yang ada didalamnya. Cuma yang utama, sudah tiba masanya umat Islam lihat kedalam diri mereka dan bertanya, "Adakah aku sudah benar-benar mengenaliNYA? Adakah aku sudah benar-benar kenal ISLAM."

Semenjak dua ini, makin ligat usaha-usaha untuk melagakan sesama kaum dan agama di negara kita. Seolah kesemua kaum di negara kita ini memang tidak boleh hidup bersama lagi. Ada sahaja isu yang diungkit dan dibangkit. Yang paling kerap adalah cakap-cakap berbau ugutan yang pengakhirannya akan terkeluarlah kata-kata, "Nak jadi 13 Mei lagi ke?"

Aduhaiiii ... jika itu sebenarnya yang mereka-mereka ini mahu, sudah lama dan sudah banyak kali kembar 13 Mei berlaku di negara kita ini. Tapi tidak sedarkah mereka diatas sana yang kami semua hanya mahu hidup aman damai. Itu sahaja. Susah sangat kah?

Kenapa mahu dilaga-lagakan kami dengan pelbagai isu? Ketuanan Melayu, isu tanah dan macam-macam lagi. Berapa puluh ribu tanah di Perak itu yang dibagi pada orang Cina? Setahu aku tidak sampai 5 ribu hektar pun. Tanah yang diberi pada orang Melayu dan institusi-institusi pendidikan bukan kebangsaan yakni Sekolah Agama Rakyat, kenapa tidak dicanang juga? Rasanya dalam belasan atau puluhan hektar jugaklah.

Aku tahu tanah memang penting. Tanpa tanah, boleh merempat kita ... macam Palestinian dibuat Yahudi. Tapi tak kan kerana tanah, kita bertelagah sampai menghina sesama kaum? Teruk sangatkah orang Cina semua itu? Tiada seorang pun ke yang boleh dijadikan kawan dan jiran? Perlukah kita berburuk sangka dan berpandangan sinis setiap masa dengan mereka? Boleh ke kita hidup senang dan aman dengan perasaan dan pemikiran serong sebegitu? Tidak ada seorang langsung ke orang Cina di Malaya ni yang beragama Islam?

Orang-orang yang bukan Islam seolah kita musuhi sehabisnya. Kenapa tidak kita dekati mereka dengan berhemah? Bukankah dengan cara itu, mereka akan lihat bahawa begitu indahnya peribadi orang-orang Muslim ini. Bila mereka kagum dengan keikhlasan dan peribadi orang-orang Muslim ini, sudah pasti secara tidak langsung mereka akan mahu mengetahui kenapa Islam begitu istimewa. Bukankah itu salah satu cara dakwah?

Tapi sekarang lebih banyak maki hina seolah orang-orang bukan Islam itu pariah seluruh Malaya. Kalau aku jadi mereka, aku akan rasa amat terhina. Macam salah aku pula, aku dilahirkan di Malaya ni.

Aku teringat kisah Umar Al-Khattab. Sahabat Rasulullah s.a.w. Khalifah yang kedua. Siapa dia sebelum pengislamannya?
Dialah jahiliah yang paling membenci dan memusuhi Rasulullah s.a.w. Dialah yang paling keras hatinya. Sekafir-kafir manusia dia ketika itu. Tapi akhirnya, hatinya menjadi selembut dan sesejuk air.
Umar yang ternyata memiliki hati yang cukup keras itu pada mulanya pernah mengambil tindakan drastik untuk membunuh Rasulullah SAW. Namun tiba-tiba hatinya menjadi lunak hingga sentiasa mengalirkan air mata keinsafan dalam setiap solat hajatnya setelah memeluk Islam. Dia yang paling lantang membela Nabi s.a.w dan agamanya hingga ke akhir hayatnya. Melihat kepada peristiwa yang mengubah hati mereka yang keras sebelum memeluk Islam, maka pada kita ternyata ada jalan yang boleh diusahakan untuk melembutkan hati mereka yang selama ini amat degil.

Tidak mustahil orang-orang bukan Islam akan menjadi seperti Umar, dari segi hidayahnya. Allah pasti akan beri hidayahNya kepada sesiapa yang diingininya ... hatta Karpal Singh atau Lim Kit Siang sekalipun. Kita tidak tau ... malah ianya tidak mustahil. .. kerana Allah Maha Tahu ... Kun fayakun ... jika Dia berkata Jadilah .. maka jadilah.

Aku pun marah dengan mereka. Dengan keceluparan mereka. Rasa nak cili aje mulut depa tu. Tapi aku yakin pada ketentuanNya. Allah tahu apa yang terjadi dan Allah ada perancangan yang besar untuk kita. Yang penting kita buka minda dan perasaan. Jangan terlalu berburuk sangka. Jangan terlalu menghina. Kerana yang dihina mungkin akan menjadi orang terdekat dengan kita. Mana tahu, kalau tidak Karpal atau Kit Siang, cucu cicit mereka akan mencintai dan memeluk Islam dan jadi sebahagian daripada keluarga kita. Dunia bukankah bulat ... hidup juga sentiasa berputar ... sekejap di atas sekejap dibawah.

Jangan menzalimi, kerana setiap makhluk Allah di dunia Malaya ini ada hak mereka.

9 comments:

Anonymous said...

Aku tak terasa pun sebagai orang yang dicelakakan oleh Karpal. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya, kan?

Tok Mudin: Tak suka pedas. :)

Zuraini said...

Salam...

Saidina Umar R.A, antara sahabat yang paling saya kagumi...
pernah rakan serumah saya masa di Segamat, dia cikgu... saya tahu pelajar cina di sekolahnya boleh tahan gak nakalnya... tapi saya cukup tak suka bila dari mulutnya keluar kata2 yang tidak sopan utk pelajar2 cina tersebut... dan bila saya cakap tak mustahil suatu hari nnt pelajar2 itu mendapat hidayah dari Allah dan mereka menjadi lebih baik dari kita yang lahir2 dah Islam... sejarah telah membuktikannya...

dan masa saya nak ambil SPM, antara subjek yang saya lemah adalah Perdagangan... maklum tu subjek yang memerlukan banyak membaca... rakan yang rajin menemankan saya belajar masa tu Yau Wei Nee... dia yang risau bila saya asyik dpt paling baik pun 6...

izinni said...

mudin,
aku pun tak terasa. masa dia dok marah kat sultan perak pun aku takde la marah mana pun. sebabnya aku rasa kita orang melayu ni yang berkurun2 menjaga kesultanan melayu walaupun kita ditindas .. tapi orang2 kat takhta tu jaga kita ke? harga barang naik depa ada bersuara?? yang itu aje kalau depa bersuara ... aku dah cukup respek dah. ni dok suruh rakyat hormat perlembagaan ... perlembagaan ke yang bagi rakyat makan? yang bagi harga barang turun?

huh! aku dah membebel ... geram punya pasal ...

neen,
saya masa sekolah dulu berkawan rapat dengan cina. saya ni sangat lembab dan lemah dalam maths. depa yang ajar saya sungguh2 masa nak amik spm. bagi paham. alhamdulillah saya pass dengan izinNya. sayang dah lost contact dengan depa lepas abih sekolah.
depa nak idup aman dengan kita tapi kita asyik berburuk sangka ... sebab tu depa pun buruk sangka sama. hmmmm ....

Pa'chik said...

eleh... jadik kuli cina takpe...

perabih duit kat kedai cina takpe...

jual kontrek kat cina takpe...

duk bagi tanah kat tokei cina takpe...

rasuah cina amek je...

ni bagi tanah kat sekolah cina ngan cina semekin pun bising...

derang takut la tu... takut cina ni suka ngan pas... susah la derang nak menang lepas ni...

satu lagi... bila pas dah bagi tanah tu... derang takleh nak guna taktik ugut nak halau dah cam derang buat kat ganung ari tu...

Mak Su said...

singgah sebentar di sini, dan berfikir

izinni said...

pa'chik,
itulah dianya. cina tamak, kuat rasuah itu yang depa dok tatang. gunung pun depa sanggup bagi.
tapi tang yang miskin ... tak kira bangsa apa pun .. depa pandang suku mata je. depa cari masa nak undi je.

aku pelik orang melayu (sesetengah) dok tak nampak gak tu. tu yang tanah kat hujung malaya tu ... dah banyak tergadai kat cina seberang tambak tu depa tak fikir! bodoh tak terajar ...

maksu,
sila sila. berfikir bagus untuk minda. ianya makanan untuk otak kita ;)

Bulan Heedaya said...

salam kenal, membacanya...

DeeN said...

Dah jadi macam zaman Arab Jahilliyah dulu. Main suku2, kabilah2 plak. Walhal, manusia dijadikan oleh Pencipta Yang Satu. Bila2 masa akan ditarik 'lesen' di dunia. Yang berjaya di kaca mata Allah swt adalah manusia yg beriman, beramal & berbakti. bukan setakat menghimpun harta, pangkat ataupun takhta seperti yg dinilai dari sudut pandangan manusia! Jahil sungguh!

Er.. panjang plak mengomen. Takpa, tahan utk 2-3 kali entri tuh. Hehehehe!!

izinni said...

sueda,
salam perkenalan. selamat datang. sila sila .. bacalah :)

DeeN,
gitulah kaedahnya. makin maju dunia, makin berpuak2 la manusia tu. makin jahil la depa. dah berbalik kita ni ke zaman jahiliah.

takpe ... ai suka baca komen panjang2. hehehhee