Wednesday, May 06, 2009

Aku & anak-anak ...

Hari ini Syabil bercerita yang dia menangis sampai termuntah selepas mendengar cerita ustaz disekolah. Dia tak ingat cerita apa tapi pasal ibu dan ayah. Dia kata lepas dengar cerita, semua berzikir dan berdoa. Syabil berdoa dalam hati mohon pada Allah ampunkan dosa dia, jangan jadikan dia anak nakal, ampunkan dosa ibu, ayah dan semua keluarga. Masa itulah dia sedih lalu terus menangis. Ustaz peluk dan pujuk. Dia kata dia sedih sebab teringat ibu. Sebab bersungguh-sungguh menangis, dia sampai hendak termuntah tapi sempat juga berlari ke tandas sambil menahan muntah dari terburai.

Aku terharu mendengarnya.

Nisaa' ada kawan. Dia selalu bercakap dengan kawan itu. Bila nampak dia pegang telefon bimbit, maknanya dia hendak bercakap dengan kawan itu.

"Hello. Hah! Awak buat apa tu? isyyy kita tengah engok tv la. dah makan? kita pun dah makan. pegi mana tadi? ooooooo best tak? bla bla bla bla bla ... ok lah ... kita dah nak pegi sekolah ni. nati cakap lagik ek. byeee ..."

Itu antara biji butir perbualan Nisaa' dengan kawannya.

Aku tanya siapa tu? Nisaa' kata kawan ichak la.
Aku tanya kawan nama apa? Nisaa' kata kawan nama tak tau. Apa-apa pun boleh.
Aku tanya kawan dah makan ke belum? Nisaa' kata dah makan. Iya makan nashik goleng.
Aku tanya ibu nak sikit boleh? Nisaa' kata tak boleh. Itu tawan ichak punya.
Aku merengek alaaaa ibu nak jugak nasi goreng. Nisaa' kata tak boleh. Macamana nak ambik. Ichak tak boleh masuk dalam henpon. Nanti sakit. Henpon tu tecik, ichak besha. Nanti pala ichak dawah banyak-banyak pancut-pancut.

Aku terlopong. 'Gross' sungguh imaginasi.

Bersembang di meja makan sambil menjamah makan malam. Aku bergurau bercerita dengan Zinnirah dan Irfan yang ibu dan ayah sudah begitu lama tidak keluar 'dating' berdua. Irfan kata, gatalnya ibu. hehehehe ...
Aku kata lelaki dan perempuan bila dah bernikah, tidak mengapa 'dating' berdua sebab sudah muhrim. Yang tak boleh tu yang bukan muhrim.

Aku kata, kali terakhir ibu dan ayah keluar dating bersama sudah lama dulu. Sejak ada anak, jarang dapat keluar berdua. Sekali masa sambut ulangtahun perkahwinan yang ke-4. Kami keluar makan malam. Adik yang bongsu tolong jagakan Irfan dan Zinnirah. Kali terakhir, kami ke Pangkor tapi hanya sempat tidur semalam tanpa dapat berjalan-jalan sebab ibu saudara yang membantu jaga Irfan, Zinnirah dan Syabil menelefon dengan laporan yang Irfan demam, manakala Syabil tidur duduk, tidak mahu dialihkan.

"Kesiannya ibu dengan ayah," kata Zinnirah.

Aku bersyukur. Ada juga seorang anak yang mengerti keperluan ibu dan ayah dia keluar 'berdating'.

8 comments:

kingbinjai said...

wah menarik ni, nanti aku nak try kat anak aku plak

Rozita said...

slmt hari ibu

achik said...

dasatnya imajinasi Nisaa'.. hehe..

selamat berdating.. ;)

Zuraini said...

Salam...

best lah Nisaa' ni...

masa kecik2 dulu, selalu fikir, kan lelaki ngan perempuan tak boleh rapat2, knp pulak emak & ayah boleh?... pada hal masa tu dah sekolah pun dah darjah 5 pun...

Pa'chik said...

gi ah deting-deting tuh...

ekhem.. :)) said...

ahaks! meh saya jaga budak berlima kalau nak pi deting.. :))

izinni said...

king,
nak tanya pasal dating ke? dah lama tak dating berdua jugak ke? hehehhe

ree,
selamat hari ibu untuk awak juga ;)

achik,
imaginasi nisaa' memang over. hehehhe
tak tercapai dek akal ibu dia ni.

dating? bila ada peluang nanti .. insyaAllah

izinni said...

neen,
nisaa' lah peneman dikala sunyi. dia teman sembang. mulut dia tak senyap bercakap macam2. sampai tak terlayan pun ada.

budak zaman dulu dan sekarang jauh sangat beza. budak sekarang dah lebih open .. tu yang kena lebih berhati2.

pa'chik,
boleh dating? mu nak tolong jagakan lima2 sekali ke? hehehhe

cik ekhem,
isyyy ... tak berapa nak sihat lagi ke?
isyyy jangan pelawa ... nanti rombongan cucu2 cik kiah terpacak depan rumah nanti .. haaa melopong nak jaga 5 kanak-kanak hyper! heheheheh