Thursday, May 07, 2009

Angan & Cita ...

Orang tua kata tidak elok berangan-angan. Nanti jadi Mat Jenin. Sedap berangan hingga tidak sedar masa berlalu. Seronok berangan sampai tidak bekerja, dapur tidak berasap.

Cita-cita pula amat dituntut sejak kecil. Budak mana yang tidak pernah ditanya dengan pertanyaan cliche 'Bila Sudah Besar Nanti Hendak Jadi Apa?'. Cita-cita bukan angan-angan. Ini ramai yang kata. Cita-cita adalah impian yang mendorong seseorang itu berusaha untuk mencapai apa yang mereka mahukan dalam hidup.

Walaupun angan dan cita didefinisikan berbeza oleh manusia, namun tetap ada satu persamaan kecil. Bila kita berangan dan bercita-cita, kita tidak perlu mengeluarkan wang ketika melakukannya. Kita berangan termenung ... percuma. Kita bercakap tentang cita-cita ... percuma juga.

Aku ada angan. Aku ada cita.
Angan dan cita aku ini boleh dipenuhi. Yang penting perlu ada WANG. Ada wang, tercapailah angan, terlaksanalah cita.

Apa yang aku angan dan citakan itu?

NOVEL-NOVEL serta ANTALOGI CERPEN BERHARGA HASIL NUKILAN SEMUA SASTERAWAN NEGARA KITA.

Aku mahu semua karya Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati, Muhammad Salleh, Abdullah Hussein, S. Othman Kelantan.

Dan sudah pasti buku-buku karangan penulis-penulis agung Indonesia - Pramoedya Ananta Toer dan Prof. Drs Hamka.

Kasihan aku kan? Dalam banyak-banyak buku didalam simpanan, tidak banyak hasil karya mereka-mereka yang hebat ini. Berbahagialah aku jika aku miliki semua buku-buku mereka untuk aku baca dan selami keindahannya.

Bermula sekarang, aku akan usahakan agar angan dan cita yang satu ini akan terlaksana sedikit demi sedikit hingga semuanya ada dalam dakapan nanti. InsyaAllah.

10 comments:

Pa'chik said...

ko ada tertinggal sorang... :P

Pa'chik said...

eh... dua kot...

Unknown said...

Lebih baik berangan daripada tak berangan langsung, 'kan;)

achik said...

insya-Allah akan terlaksana angan2 akak tu..

buat wish list nak buku2 tu sbg hadiah besday.. hehehe.. ;)

izinni said...

pa'chik,
sorang je. nordin ahmad. dia bukan novelist. dia specialised dalam teater dan drama :)
sebab tu aku tak letak nama dia. hehehhe

pa'chik lagi,
main kot kot je. hahahaha

anuar manshor,
salam perkenalan.
betul tu. berangan tu satu permulaan bagi cita-cita dan impian. lagipun seronok apa berangan ni ... ;)

achik,
insyaAllah. ya ya ... akan dibuat wish list tu letak kat blog. SILALAH tengok ya. hehehehhe

Pa'chik said...

aku nak sebut ishak muhammad senarnya... kikiki...
sorang lagi... kekekekek...

izinni said...

pa'chik,
sasterawan negara kita ada 9 orang je la. pak sako tak sempat terima.
tapi since mu dah sebut dia, aku nak cari buku2 dia jugak.

Pa'chik said...

ooo... citenya pasal sasterawan negara... kikiki... aku tak baca begian tu.. kikiki... :P

izinni said...

pa'chik,
hahahhahaa ... tapi bila fikir balik kan ... ada 9 orang tu pun tak teringat nama semuanya kan. cuba bayangkan orang lain ... budak2 sekolah. mesti depa tak kenal pun. lebih kenal shakespeare, jk rowling, tah sapa2. budayawan, sasterawan negara sendiri tak kenal dan tak nak ambil tahu hasil karya depa yang banyak sentuh tentang budaya dan kehidupan masyarakat sendiri.

sedihkan ...

mudin001 said...

Aku pun mengumpul juga. Shahnon Ahmad, A Samad Said dan Abdullah Hussein kiranya ada banyak juga. Hamka pun ada banyak. Pram, baru beli yang kedua minggu lepas. Yang lain-lain belum pernah baca.

:)