Wednesday, May 13, 2009

Cerita siang nan panjang ...

1.
Aku berjumpa Professor Khoo Kay Khim pagi tadi di pejabatnya di Universiti Malaya atas satu urusan kerja. Memang seronok tiap kali berjumpa dengan tokoh sejarahwan ini. Bukan selalu dapat bersembang. Jadi bila ada peluang, banyak yang disembangkan. Dari topik sejarah hinggalah ke isu politik dan skandal pelabuhan utara di Klang.

Apa yang terjadi di Perak kini bukan sesuatu yang pelik dan mengejutkan. Banyak negara-negara demokrasi 'veteran' sudah mengalaminya, malah ada yang lebih teruk lagi. Amerika, contohnya, sehingga berperang saudara. Begitulah perjalanan dalam menuju demokrasi yang sebenar. Ada turun naik. Jelas sekali, rakyat bukan lagi bodoh. Mereka sudah boleh menilai dan mencari jawapan kepada setiap perkara yang menimbulkan rasa was.

Tapi apa yang disesalkan, apa yang berlaku sekarang memberi tauladan yang sangat-sangat buruk kepada generasi akan datang ... anak-anak kita. Kita dan pihak sekolah mengajar anak-anak supaya jangan bergaduh, berbincang bila ada masalah, bertolak ansur, jangan jadi pembuli, jangan tinggikan suara, jangan itu, jangan ini.
Tiba-tiba mereka melihat orang-orang dewasa yang sebaya bapa atau datuk mereka berkelahi, bertekak. Sampai ada yang kena seret dan dikurung dalam bilik.
"The children are morally confused."

Jadi jika selepas ini ada yang bergaduh dengan rakan sebaya, lalu kita leraikan dan nasihat tidak elok bersikap begitu ... jangan marah jika anak-anak ini akan menjawab kembali dan memulangkan semula apa yang terjadi di Perak ke muka kita.

Baru padan dengan muka kita semua!

2.
Sahabat aku selamat melahirkan cahayamatanya yang ke-4 awal pagi 12 Mei, 2009. Bayi perempuan. Syukur Alhamdulillah. Lama dia menunggu dari awal minggu lepas lagi. Akhirnya selamat semuanya walaupun bayinya lahir awal 2 minggu dari jangkaan. Comel sungguh! Buat aku nak ada baby lagi! hahahahah

Isyyy ... aku nak cerita yang lain sebenarnya. Lepas berjumpa Prof, aku meneman suami ke Pejabat Agung sebelum ke Hospital Selayang dengan niat untuk menziarahi sahabat itu. Rupanya waktu melawat jam 1pm. Kami sampai 12.15 tengahari.

Pengalaman sebagai wartawan selama hampir 10 tahun memang banyak membantu .. terutama bab 'bohong sunat'. ;)
Aku katakan pada adik guard (sebab muda-muda belaka orangnya) yang aku nak pastikan nombor wad jadi perlu masuk ke bahagian lobi untuk mendapatkan pengesahan. Dalam teragak-agak, akhirnya dia membenarkan. Itu pun berpesan agar aku tidak terus naik bila sudah tahu di wad mana sahabat aku ditempatkan.

Korang rasa aku ikut ke pesan adik guard tu?

hahahahha .... aku minta suami tunggu aku di lobi sementara aku menyusup naik lif ke tingkat 5 hospital. Setibanya di wad 5A, ada lagi penapis di pintu masuk wad. Aiseyyyy .... aku duduk sebentar untuk berfikir bagaimana hendak memboloskan diri sekali lagi.

"Adik ... minta tolong sangat benarkan saya masuk untuk hantar hadiah ni. Saya mengejar flight jam 2 nanti. Jadi saya nak masuk kejap je. Lepas bagi hadiah, saya keluar."

Muka adik guard (kali ni perempuan) dah mencuka dan teragak-agak.

"Kalau tak sebab saya nak kejar flight, saya tak kisah tunggu sampai pukul 1. Tapi ni dah urgent ni. Tolong ya dik ..." Aku tunjuk muka simpati. Akhirnya dibenarkan masuk dengan syarat tidak boleh lama-lama sebab takut dia dimarahi ketua jururawat.

Pot pet pot pet sembang .. dekat 20 minit juga aku didalam wad. hahahahah

Bila keluar wad, terus ke kaunter guard ... "Terima kasih banyak ya dik. Maaf saya lambat sebab kawan tu kat dalam tandas tadi ... terpaksa tunggu dia selesai." Aku terus jalan keluar dengan muka selamba.

Jadi sesiapa yang hendak menyeludup masuk mana-mana kawasan larangan ... bolehlah ajak aku ek ... aku pakar seludup ... kan kan kan khairyn?! (mek ni pun dah lama tak masuk sini! hahahaha)

3.
Ohhhh ... masa hendak balik dari hospital, suami aku singgah beli buah di salah sebuah kiosk di lobi hospital. Dia terdengar seorang kakak mengomel dek kerana sikap 'pilih kasih' adik-adik guard yang mengawasi pintu masuk utama hospital.

Katanya, orang lain semuanya dilarang masuk sebab belum jam 1. Waktu melawat bermula pukul 1, jadi sebelum jam 1, tidak dibenarkan masuk.

Tapi bila seorang manusia bergelar artis muncul mahu dibenarkan bolos ... tanpa banyak songeh, mudah sahaja dibenarkan masuk. Adehhhh!!! ... tak se'MEMEH' punya budak-budak guard!!

4.
Dari Hospital Selayang, kami terus ke Taman Medan untuk makan tengahari di gerai yang kami gelar 'Ketapang'. Asalnya gerai ini dibawah pohon ketapang dikawasan setinggan Kampung Medan dulu. Sekarang sudah bergerai ditepi jalan utama masuk ke Taman Medan. Masakan Negeri Sembilannya memang marvellous!!!

Tapi aku bukan hendak bercerita pasal makanan dia. Aku nak cerita pasal 4 mangkuk ayun yang poyo. Mentang-mentang pakai uniform putih, naik waja ada lambang harimau biru kat tepi pintu kereta dan ada lampu lip lap warna biru atas bumbung kereta ... apa ingat BESAR sangat!???!?

Aku dan suami sedang menjamu selera. Ikan keli bakar cicah sambal tempoyak, cendawan tiram masak lemak putih, sup tulang, kembung bakar cicah air asam, sambal tumbuk terung pipit dengan ikan bilis. Memang asyikkkkkk ....

Masa kami mula-mula sampai memang ada kereta waja itu diletakkan ditepi jalan depan gerai. Nak senang la tu. Keluar kereta terus masuk ambil makanan dan makan. Ok lagi. Sedang kami makan, ada dua lagi kawan-kawan terus join. Kawan-kawan ni letak jeep biru di tepi jalan juga tapi diseberang. Jalan 2 hala sudah menjadi sempit. Kebetulan jalan itu memang laluan lori-lori besar. Bila lori tidak boleh lepas, maknanya kenderaan dari arah bertentangan pun tidak boleh lalu jugak la kan. Sesak la jalan sempit tu.

Semua mata memandang ke arah 4 manusia yang sedang asyik selamba makan. Pemandu-pemandu kenderaan pun pandang arah depa jugak. Hon pun berselang-seli, isyarat minta 2 kenderaan kerajaan itu dialihkan. Dah bingit telinga aku. Tapi 4 manusia boleh buat bodoh je. Makan dan makan dan makan. Akhirnya barulah sorang bangun ... mulut mengomel tidak puas hati. Siap tengok dulu samada betul ke tak boleh lolos semua kenderaan-kenderaan tu.

Akhirnya lepas dah puas hati memang kereta depa dok halang lalu lintas, barulah jeep biru dialihkan. Lepas tu depa sambung makan macam takde apa yang jadi.

Aduhhhh ... mana la ramai tak patuhi undang-undang jalanraya ... orang yang sepatutnya jadi penguatkuasa undang-undang pun selamba buat onar, pastu takde rasa bersalah langsung! Konon-konon bangga di bumper kereta ada sticker "Pegawai Penyiasat Trafik"!!! Piiraaahhhh POOOodaahhhhhh!!

5.
Itulah sebabnya aku malas nak keluar sangat. Bila dah keluar, macam-macam benda bengong yang aku nampak dan makin menyakitkan hati aku yang dah bengkak ni. Hampeh sungguh laaa!

Waarrrrghhhhhh ... aku nak lariiiiiiii dari Malayaaaa!!

4 comments:

Pa'chik said...

ko ni nama saja wartawan... pesal tak amek gambar jip orang jahat tuuuuu!!!! ishhh... ni nak marah nih.. ekekekke....

akuatik said...

errr..aku tak faham sangat cerita lain..yang aku faham ikan keli bakar, sup tulang, kembung bakar heheheh

khairyn said...

huhuhu dah lama tak tajamkan skil membohong ni hahaha

nak keli and kembong bakar, sup tulang tak moh.

sorry mek, aku bz. nyampah!

izinni said...

pa'chik,
hahahaha camera ada. dalam dashboard. tak kuasa aku nak gi ambik masa tengah sedap makan. ekekeke ..
hp aku boleh tangkap tapi takde wayar untuk upload dalam computer. ekekekeke

akuatik,
takpe takpe ... part yang itu memang aku pun paling suka. hehehhe

khairyn,
membohong ... contoh tidak baik pada anak2, tapi bila anak2 takde boleh la bohong sunat sikit sekali sekala ... ahahaha ... nak hidup beb!

ohhh keli dan kembung bakar tu memang nikmat ... depa bakar atas bara arang. sekarang susah nak dapat ... selalu depa letak atas kuali leper tu je.

alahai yonggg ... tarak hal punya. aku pun bz. banyak blog list kat sebelah tu aku dah lama tak jenguk ... hehehe