Syabil, Silibus & Dyslexia
Memantau Syabil mengulangkaji memang sangat-sangat mencabar. Disebabkan keistimewaannya yang masih merangkak-rangkak membaca, aku perlu menjadi pembacanya. Disebabkan dia istimewa, aku tidak boleh mengajarnya sepertimana aku mengajar Irfan dan Zinnirah. Disebabkan dia istimewa juga, aku cepat hilang sabar. Kasihan Syabil.
Sebenarnya aku sendiri buntu mengajarnya. Macam susah sangat silibus budak-budak darjah 1 sekarang ni. Aku sendiri selalu terpinga-pinga dengan soalan dari dalam buku latihan. Sungguh! Kepeningan yang paling menyeksakan bila mengajarnya Matematik. Aduhhhh ... sangat mengelirukan. Aku seorang ibu yang kononnya ada ijazah, boleh keliru dengan subjek Matematik tahun 1! Kasihan Syabil.
Kalau aku keliru, bayangkanlah Syabil, anak istimewa aku yang seorang ini. Aku perlu menterjemah kesemuanya dalam Bahasa Melayu. Tapi kalau aku sendiri tidak faham apa yang cuba diminta faham oleh Sang Buku, macamana aku hendak terjemah dan fahamkan anak aku?
Antara contoh yang aku ingat:
How much is four tens and 6 ones? (Aku terpaksa tanya Irfan apa sebenarnya bendalah 'four tens dan 6 ones' tu)
A number 4 less than 7 is ....... (Ini pun aku kena tanya Irfan. hehehheeh .. lemah sungguh penguasaan bahasa omputih aku ni ya! adehhhhh ...) How many must be added to three to make eight? (Errgkkkk??? Kalau parents yang tak reti BI macamana nak ajar anak buat homework kat rumah ek?)
Itu antara yang aku ingatlah. Belum lagi putar belit bahasa. Nanti bila aku ada buku Matematik dalam tangan masa berblog, aku akan tulis satu persatu apa yang menyesakkan pemikiran anak aku dan mungkin anak-anak orang lain.
Aku sendiri semput menterjemah dan menerangkan secara terperinci tentang satu-satu permasalahan Matematik. Macamana pulak Cikgu-cikgu ya? Mahu pengsan kot!! Syabil pula pandai sangat. Bila aku suruh baca sendiri, kemudian aku akan jelaskan ... dia memberi alasan dengan muka selamba kasihan, dia tidak pandai baca lagi sebab dia Dyslexic. Aku tak tau nak marah atau hendak gelak dengan keyakinan diri anak yang seorang ini.
Loklak sungguh laaaa idea belajar Maths dan Science dalam English ni. Aku jadi orang gak walaupun belajar 2 subjek tu dalam BM. Aku reti jugak cakap omputih, tulis omputih. Sampaikan penulisan bahasa melayu aku kena perli masa kena buat skrip berita dalam BM tika aku kerja dengan tvpas dulu. Kononnya BM aku macam mat salleh yang tulis. Direct translation kata bos aku.
Aku belajar cakap dan tulis omputih sebab aku rajin baca buku omputih dan tengok kartun dan rancangan tv omputih. Masa tu sarikata ni tak berapa nak banyak. Nak tak nak, sebab nak faham apa yang si smurfet, si transformer, si big bird, si jem dok melalut kat tv, aku semak kamus. Pastu, aku baca segala buku omputih yang aku boleh pinjam kat perpustakaan dan kawan-kawan sekolah. Nancy Drew, Hardy Boys, Sherlock Holmes. Mungkin sebab tu novel atau buku bahasa Melayu jarang aku baca sekarang. Pastu aku baca suratkhabar omputih. Pastu beranikan diri cakap omputih walaupun nahu dan kosakata tunggang-langgang. Ok je aku sekarang.
Aku produk mak dan ayah yang tak reti cakap omputih. Kakak dan adik-adik aku yang dua orang tu pun sama. Tapi kami semua reti cakap omputih sekarang. Boleh la tahan nahu dan kosakata kitaorang. Idak ler memalukan.
Tapi aku produk mak dan ayah yang tak reti cakap omputih tapi sekarang tiada masalah dalam bahasa itu, menghadapi masalah mengajar anak-anak yang terpaksa belajar dalam bahasa omputih. Kasihan Irfan, Zinnirah, Syabil dan seterusnya Nisaa' dan Ali.
Ada masanya bila aku dah marah, bergenang air mata Syabil. Dia kata dia bukan tak tau tapi tak faham. Untuk pengetahuan korang, Syabil bukan macam kita ni. Bila kita nampak perkataan "BOOK" ... terus kita register dalam otak dan tahu itu "BOOK". Tapi Syabil lain. Perkataan "BOOK" itu tiada makna padanya sekali pandang. Untuk dia baca, dia perlu gabungkan satu persatu huruf dan ingatkan kembali bunyi setiap satu huruf. Semuanya step by step.
B = Beh
O = O
O = O
K = Keh
BO = Beh + O = BO
OK = O + Keh = OK
Bila sudah disambung dua suku kata itu menjadi satu, baru dia tahu perkataan "BOOK" itu adalah "BOOK". Begitulah juga dalam Bahasa Melayu, cuma dalam bahasa melayu lebih mudah. Bahasa omputih ni mengelirukan. Eja lain, sebut lain. Menyusahkan orang aje.
Tapi bila suruh Syabil buat sesuatu tugasan, mesti terangkan pada dia secara keseluruhan kenapa dia kena buat. Selalunya tugasan subjek Bahasa Melayu mengelirukan Syabil. Katanya gambar tunjuk lain, ayat cerita lain. Kenapa tak sama? Kenapa tak tulis macam ni aje? Dia ada logik dia sendiri yang memang masuk dek akal. Contohnya .. gambar menunjukkan sebuah keluarga sedang berpergian dengan beg masing-masing. Syabil tahu keluarga itu hendak pergi jalan. Tapi ayat yang sepatutnya dipadankan dengan gambar berbunyi ... "Pada cuti sekolah yang lalu, Ahmad dan keluarganya telah pergi bercuti." Syabil kata mana nak tahu masa tu cuti sekolah! hahahahaha ..betul la argumentation dia tu.
Satu lagi gambar menunjukkan patung helang besar di tepi laut. Ayat yang sepatutnya dipadankan dengan gambar berbunyi, "Mereka ingin pergi bercuti ke Pulau Langkawi." Hellooooo!!!!!??? Bukan semua murid tahun 1 pernah pergi Langkawi dan nampak patung helang tu.
Tapi dek kerana pembelajaran bahasa dan baca Syabil dalam kaedah step by step, mengenal konsonan dan vowel, Syabil lebih pintar dari aku dan abang kakak. Hari tu lepas selesai kelas Dyslexia, dia tanya aku kenapa perkataan "SNACK" berakhir dengan "CK" bukan "K" dan kenapa "PINK" berakhir dengan "K" bukan "CK". Sebab kalau "SNACK" dieja sebagai "SNAK" pun bunyinya sama. Begitu juga sebaliknya dalam ejaan "PINK" jika dieja sebagai "PINCK".
Aku surrender awal-awal. Abang jenuh mencari jawapan sebab tidak mahu kalah dengan si adik yang istiwewa itu. Kakak pun surrender awal-awal sebab malas nak fikir semasa sedang asyik membaca novel titipan dari kakak Neen. hahahahhaha
Siapa yang tahu jawapannya?
6 comments:
aku tau aku tau!
eh! apa yg aku tau?
Untuk fonatic, ajak dia tengok Sesame Street itu pun kalau ada yg versi original BI la kot. Kat situ memang dia ajar fonatic. Aku pun sukaaa... itu la cara aku belajar BI. Nak buat camner mak ngan pak aku ngajor Jerman kekekekeke
err... pandai cakap omputeh pun lum tentu reti met ngan sains ooo... kikiki... bongok tul la orang yang kuarkan idea bajar sains ngan met lam base penjajah nih... kikiki...
ari tu kan ada cadangan omputeh nak wat eja ikut bunyik... ada penah baca kat berita yahu... dari beberapa percobaan yang dibuat tu... ramai yang dapat baca... agaknya seme-seme tu diseleksik kot...
sedangkan belajar math dlm bm pun ada yg susah nak paham.. ni plak belajar dalam bi.. dah la ayat berbelit.. konpius konpius..
khairyn,
ko memang terer dari aku :P hahahaha
camana nak ngajak nengok sesame street tu. depa dok tayang time budak sekolah pukul 9 pagi. time hujung minggu depa tayang transformer la, ben10 la, anime la. :P
last2 aku yang nengok sesame street, elmo bagai dengan ichak, ali. hehehe
pa'chik,
ha'ah kan .. bangang sungguh tun mahathir tun kan kan kan .. pastu bangang sungguh si shimah tu sebab ikut bulat2 cakap mahathir tu kan kan kan.
achik,
betul betul betul. depa memang suka konpiuskan orang. bukan nak bagi pandai .. tapi nak bagi keliru. bila orang keliru senang ler depa putar belit bagi orang pening.
mencabarnya perjalanan syabil nak jadi normal macam orang lain...bukan stakat mak bapak yg nak ajar konpius, kekadang cikgu pun sama sengal...ade sorang kawan mengaku, bila ada sorang murid dia tanya ape makna satu perkataan dalam english; die sebenarnya was2 ngan jawapan dia tak beri jawapan sepatutnya pada murid dia sebab takut malu kalau salah..akhirnya, die dengan selamba kodok suruh murid die refer kamus, apa guna ada kamus tapi tak rujuk!hahaha..kelakar betul...
ada satu cerita hindustan lakonan amir khan sebagai cikgu mengajar seorang budak lelaki istimewa macam syabil..tengok kat saluran hindustan astro tapi tak ingat tajuknya dan tak abis tengok pun sebab hubby sebok nak tengok bola!kalau ingat akan diberitahu ye..
mmg kena sabar banyak ye didik anak anak nih
Post a Comment