Tuesday, June 02, 2009

Demi Bahasaku ...

Alhamdulillah.

Hari ini hari kedua aku di Institut Terjemahan Negara Malaysia bagi mendalami ilmu penterjemahan. Banyak yang aku pelajari. Banyak sungguh ilmu-ilmu bahasa Melayu yang aku pelajari. Banyak juga kosakata Melayu yang aku terokai. Terasa amat-amat kerdil. Banyak sungguh yang aku tidak tahu. Pengetahuan aku tentang bahasa ibunda aku sendiri sangat-sangat sedikit. Malu pada diri sendiri. Konon-kononnya hendak jadi penterjemah tapi penguasaan bahasa Melayu sendiri sangat buruk. Memalukan.

Aku juga belajar tentang kenapa belajar Maths dan Science dalam Bahasa Melayu itu penting. Aku tahu tapi dari penerangan yang diberi, aku makin tahu dan makin faham dan aku SANGAT-SANGAT sokong tuntutan GMP itu. Aku tidak mahu anak-anak aku jadi macam orang India, Afrika atau Singapura yang hilang intelek, hilang ilmu, hilang upaya fikir secara kreatif dan hilang jatidiri.

Aku seronok disini. Aku bersyukur kerana diberikan peluang ini. Aku bersyukur sebab aku diberi 'vision' untuk mencari tentang kursus ini dalam internet.

InsyaAllah, hari Sabtu depan aku akan buat yang terbaik dalam peperiksaan yang memakan masa 4 jam itu. Bukan semata-mata untuk lulus dan dapat sijil yang mengiktiraf aku sebagai penterjemah yang berkelayakan, tapi demi BAHASAKU! InsyaAllah.

5 comments:

Pa'chik said...

bape ari lagi nak abes nih???

nengokkan mat sembab tu.. tak de arapan kot nak tukar balik... kikiki...

Rozita said...

moga lulus dgn cemerlang, demi bahasaku hihi~

Unknown said...

Saya mendoakan semoga puan dapat melakukan yang terbaik. Kerana keputusan peperiksaan itu penting untuk ITNM menilai keupayaan penterjemah.

izinni said...

pachik,
kursus 2 minggu la. hari ni baru hari ketiga. semalam aku migraine! hahahahah .. lama tak jadi budak sekolah.

ree,
terima kasih atas doa dan peransang. chaiyok chaiyok!

Anuar,
InsyaAllah. Semangat tengah tinggi ni. Terima kasih atas doa. Anuar pun penterjemah bertauliah?

DeeN said...

Wah! Selamat menghadapi peperiksaan, kak. (er..cam skema jer ayat, haha).

Terus terang saya bukan orang yg terer sgt bahasa penjajah neh. Cukup2 makan jer. Tp kalo bahasa Melayu, Alhamdulillah. Dan hal ini menyebabkan saya pening kepala bila ajo kazen2 subjek math. Ya, mcm kak Has kata, memang menyesakkan pikiran. Hehehe..!