Demi Bahasaku II ...
Fakta menarik yang aku kumpul setakat 4 hari aku di Institut ini.
1) Pakar psycho-linguistic dari UNESCO menyatakan yang kajian mendapati "Penguasaan ilmu akan bertitik-tolak dari penguasaan bahasa ibunda."
2) 28 Ogos 1997 - Perdana Menteri Singapura (ketika itu) Goh Chok Tong membuat kenyataan - "Setelah lebih dari 20 tahun Singapura mengamalkan pelajaran dalam Bahasa Inggeris, hari ini 8 dari 10 orang rakyat Singapura menyesal dilahirkan di Singapura."
3) Di dunia ada lebih 6,000 buah bahasa tetapi hanya 20 bahasa digunakan sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu dulu terletak di tangga ke-4 selepas Bahasa Inggeris, Mandarin (Perancis, Arab) dan Tamil. Tidak lama lagi Bahasa Melayu akan turun ke tangga ke-7 jika kita biarkan Bahasa Melayu terpinggir sebagai bahasa pendidikan.
4) Sekarang terdapat 120 buah universiti dunia bertaraf antarabangsa yang menawarkan pengajian Bahasa Melayu. Salah satunya adalah Universiti Beijing. Bukan itu sahaja, negara China turut ada Radio Bahasa Melayu sedangkan berapa kerat sangat rakyatnya bertutur bahasa berkenaan.
5) Pahlawan Melayu Melaka, Laksamana Hang Tuah adalah duta Melaka ke negara-negara besar dunia di zamannya. Dia menguasai 12 bahasa termasuk bahasa Cina, Tamil dan Latin. Dia fasih dalam kesemua bahasa itu dalam kedua-dua laras umum (rakyat biasa) dan laras istana.
6) Perkataan Inggeris 'Launch' dipinjam dari perkataan 'lancar' dalam bahasa Melayu. Begitu juga perkataan 'Prau' yang diambil dari perkataan 'Perahu' dalam bahasa Melayu. Kemantapan Bahasa Inggeris kini adalah hasil dari faktor meminjam dari bahasa lain. 65% kosakata serta istilah dalam Bahasa Inggeris adalah pinjaman.
7) Pusat Dagangan Dunia Putra sebenarnya adalah sebuah stor besar. Tahu kenapa?
1 comment:
Kalau buka kamus Bahasa Inggeris, memang hampir 60 peratus daripadanya adalah bahasa pinjaman. Dari Latin, Arab dan rantau Melayu. Selain dari Launch dan Prau, Amok juga diambil dari bahasa Melayu. Aku suka sangat tafsiran Amok itu yang secara tidak langsung tempiasnya menerangkan sikap bangsa.
Kita tengok dari 2 sudut.
1. Bahasa kita memang kaya cuma kita saja yang malu hendak gunakannya.
2. Kalau jadi lalang (macam bahasa Inggeris yang mencedok dari banyak sumber bahasa), kita akan kekal lama.
Post a Comment