Kerja ...
Lama tidak update blog. Bukan malas, cuma internet connection sudah kena potong. hahahhaa .... Tapi lepas ni kena usahakan sambung balik connection sebab .... aku dah dapat kerja yang memerlukan aku mempunyai talian internet sepanjang masa.
Sebenarnya aku dah dapat kerja part-time (baca: full-time) sebagai external translator untuk sebuah syarikat dekat Mid-Valley. Kerja yang tak memerlukan aku keluar rumah awal pagi dan sampai ke rumah lepas Maghrib. Aku boleh teruskan hidup aku seperti biasa. Semua material untuk diterjemah akan diemail kepada aku. Semua terjemahan yang sudah selesai akan dihantar melalui email juga. Segala correspondant dengan editor dan sebagainya juga melalui email. Tiap bulan kalau aku rajin, aku akan dapat bayaran seperti orang bekerja sepenuh masa juga. Bagus kan?
Dalam aku buat kerja part-time ni, aku akan teruskan kerja menulis aku dan terima juga job yang aku boleh buat. Aku juga akan mulakan usaha cari novel-novel yang bagus untuk aku terjemah sebab itulah salah satu sebab aku ambil kursus di ITNM - untuk dapatkan ilmu untuk terjemah buku atau novel yang bagus. Dan dalam waktu yang sama habiskan buku aku masih terhenti di bab 6, tidak berganjak-ganjak.
Haaaa .. itulah kisah aku buat masa ni. Macam manusia paling sibuk dalam dunia je kan. hehehehe ...
11 comments:
ah, kalaulah aku juga boleh buat kerja dari rumah...
Salam...
alhamdulilah, seronok kan bila boleh buat kerja dari rumah, tak perlu bersesak2 di jalanan...
jangan dia bayar kot email jugak dah la ye... anto gambo duit je.. :P
tahniah
rezeki ada di mana2
wah, bestnya boleh keje dari rumah.. :D
Tahniah puan. Semoga terus istiqomah dalam menterjemahkan ilmu.
Alhamdulillah..best nya uat keje dari rumah... huhuhuhu..
mudin,
kenapa tidak? dari penulisan kamu, kamu sebenarnya sangat berbakat menulis. kalau betul2 minat, boleh aje. FYI, ramai jugak lawyer yang ikuti kursus terjemahan ni terus berhenti kerja buat terjemahan full-time. awak ada bakat menulis, kembangkan bakat tu. insyaAllah rezeki ada dimana-mana. sungguh! :)
neen,
ya. syukur sangat-sangat. sebenarnya syarikat tu offer fulltime job dengan depa tapi saya tolak sebab tak nak jadikan driving as a fulltime job! heheheh
so saya buat yang ini dulu .. mana tau after few years, anak2 dah besar .. teringin nak makan gaji balik .. boleh la difikirkan kot. tapi kan ... sekali dah buat freelance ni ... susah dah nak kerja makan gaji balik. ;)
pa'chik,
hahahaha kalau depa email aku gambor duit je ... aku bom company tu. ekekekke
ree,
terima kasih. betul tu. rezeki ada dimana-mana. yang penting usaha dan sudah pasti mesti yakin dengan diri sendiri. :)
achik,
memang sangat-sangat best. hehehe
tak teringin ke?!
anuar,
Terima kasih banyak. tak sangka anda rajin ke blog saya ni. anda penterjemah juga kan? freelance, bersama ITNM atau dengan mana-mana agensi? mungkin kita boleh bertukar-tukar ilmu, insyaAllah. :)
our,
hehehehe .. rasanya kebanyakan perempuan yang dah kawin DAN ada anak akan berangan-angan hendak bekerja dari rumah kan. insyaAllah satu hari nanti our pun boleh.
just kekurangan akak ni ... tak pandai berniaga. kalau tak dah lama masuk MLM kot .. hahaha jadi jutawan MLM :P
since takde skill tu ... kenalah gunakan skill yang ada ni untuk cari rezeki dan dapat kepuasan sama. ;)
teringin sangatttt.. tp sementara 'single & available' ni, kena la pulun keje cam biasa dulu.. hehehe.. ;p
huhuhu tu le.. sekarang ni pun ada gak uat part time dgn kompeni hubby sendiri heheheh.. masuk harga tender tapi itu pun berpeluh sbb bukan skop penuh kita.. tapi bila ada yg suruh buat program kerja suka & syukur sgt2..cuma tu le tak ramai member yang tau.. untuk kontraktor, tak ramai yang pandai guna perisian microsoft project..kalau ada pun kadang2 tak mahir.. tak le saya kata saya mahir, cuma boleh tahan le hehehehe... bos pun 3 ari belajo buat tu tepu terus otak dia.. baru tau payah..dia tau nk gesa kita je siapkan..
apa pun,rasa nk bukak kedai makan..mungkin bila dah ada anak & rasa tak larat keje ngn orang,itu misi saya le..
Post a Comment