Bicara tentang cinta ...
Masa untuk membuat sedikit pengakuan.
Sejujurnya, selepas aku nekad berhenti sebagai wartawan lebih kurang 5 tahun lalu, aku seperti seorang yang kehilangan sesuatu yang sangat-sangat berharga dan istimewa. I feel like I am total useless. Memang keputusan aku yang buat. Memang aku mahu berhenti sebab hendak tumpukan perhatian pada anak-anak yang semakin membesar. Tugas sebagai wartawan membuatkan aku lelah. Bukan lelah sebab aku sudah bosan dengan rutin ke sana ke mari menemuramah dan menulis berita. Aku bosan terpaksa menghabiskan hampir separuh dari masa dalam kenderaan awam untuk pergi dan balik kerja. Kalau suami yang menghantar, sama juga tekanannya. Bila aku ambil keputusan untuk memandu sendiri ke tempat kerja, aku merasakan yang memandu itu sendiri sudah menjadi satu pekerjaan tetap yang tidak mendatangkan sebarang hasil. Yang aku dapat cuma penat, tekanan.
Jadi bila aku berhenti, aku 'lost'. Aku tidak sesal. Cuma aku sayangkan kerja aku sebagai seorang wartawan. Itulah cinta pertama aku yang aku impi dan angankan sejak usiaku 7 tahun. Rasanya aku pernah bercerita tentang angan aku itu kan? Jadi bila aku dapat apa yang aku impikan selama bertahun-tahun, aku tatang ia bagai minyak yang penuh. Biarpun gajinya tidak seberapa, tapi kepuasan melihat namaku terpampang di dada akhbar melebihi segalanya.
Hampir 3 tahun aku kehilangan. Walaupun ada juga sekali sekala aku menulis untuk majalah atau mana-mana syarikat, rasa kehilangan itu tetap aku rasakan. Tibalah penghujung 2007. Aku cuba untuk menterjemah. Memandangkan aku biasa membuat terjemahan semasa masih seorang wartawan, menterjemah bukan sesuatu yang asing atau sukar bagi aku. Ahhh ... aku sukakannya.
Aku tahu mengenai ITNM melalui blog Puan Ainon Mohamad. Terus aku dapatkan maklumat tentang kursus-kursus yang ditawarkan. Dalam tempoh 2 tahun, lebih 10 kali aku matikan sementara hasrat untuk berkursus di ITNM. Kesempitan wang, ketiadaan masa, penambahan ahli keluarga dan macam-macam lagi penyebab aku tangguhkan hasrat beberapa kali.
Awal tahun ini aku nekad dan mendaftarkan diri. Ali sudah berjalan, Nisaa' sudah lebih berdikari. Aku rasa sudah sampai masanya aku teruskan niat aku yang satu ini. Tapi manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Kursus bulan April yang sepatutnya aku ikuti, terpaksa ditangguhkan lagi. Masalah kewangan, seperti selalu.
Bila masuk bulan May, suami aku gesa aku daftar, sebab dia tahu sudah banyak kali aku bertangguh. Aku daftar dan bayar pendahuluan RM200. Seminggu sebelum tarikh kursus, baru aku sedar yang tempoh 2 minggu kursus itu seiring dengan cuti sekolah. Aduhhh ... aku dapat bayangkan yang aku bakal menghubungi ITNM untuk menangguhkan sekali lagi penyertaan aku. Alhamdulillah ... suamiku tahu aku begitu inginkan sijil ITNM ini. Dia tahu aku mahu jadi penterjemah bertauliah. Dia tahu selagi aku tidak ditauliahkan, aku tidak berani hendak menggelarkan diri ini penterjemah dan selagi itulah aku tidak mempunyai keyakinan diri untuk menerima sebarang kerja-kerja penterjemahan yang besar dan serius.
Begitulah ... akhirnya aku selesai kursus 2 minggu itu walaupun kedemaman kerana keletihan dan terlebih terima maklumat. hehehhehe ...
Sekarang aku paling berbahagia kerana sedang menguliti CINTA yang baru. Aku tak sangka aku akan temuinya selepas 5 tahun kehilangan. I really love it with a passion!
Macam khairyn menyintai penulisan kreatif dengan sepenuh jiwa raganya, aku begitu jua.
Kesimpulannya ... walaupun selama ini kita rasa kita tidak akan boleh 'survive' jika kita tinggalkan sesuatu yang tetap, sebenarnya ada sesuatu yang baru dan lebih mengujakan sedang menanti untuk kita terokai dan nikmati. Aku bersyukur kerana diberi kekuatan untuk meninggalkan cinta pertamaku. Jika kekuatan itu tiada dulu, pasti aku tidak ketemu cinta yang ini. Namun, cinta pertama itu tetap kekal dihati dan tidak pernah padam pun semangatnya.
Alhamdulilah ... Aminnnn ...
9 comments:
syukur alhamdulillah~ berkat kesabaran
Salam...
alhamdulilah, setiap apa yang berlaku tu telah ditentukanNya... Kekadang kita amat takut nak melakukan perubahan, tanpa kita sedari itulah permulaan utk kita terus maju, baik utk kehidupan di sini mahupun di sana. Cam masa kena transfer ke daerah, awal 2000, cam tak yakin jer sbb saya mmg jenis susah nak bercampur ngan org, mujur menyewa tu pun berselang 4 buah ngan rumah saudara & boleh jalan kaki jer ke ofis... tapi itulah permulaan perubahan pada saya. Kalau sebelum ni, dunia saya hanyalah angka2, tp bila dah di daerah, wpun masih bermain dgn angka2, oleh kerana di sana kita secara tidak langsung berdepan dgn semua dept yang ada, jadi pengetahuan tentang kerja pun makin bertambah... lebih2 lagi yang melibatkan customer... Sampaikan ada rakan2 yang kalau boleh tak nak saya tahu, sbb kalau dah tahu dan ianya boleh diselesaikan sebelum melarat, mmg saya akan cari di mana puncanya... gaknya sbb dah terbiasa di audit, jadi terbawa2... Bila dah balik ke HQ ni, kiranya semua pengetahuan yang saya dpt kat daerah tu amat2 berguna. Dan yang pastinya saya semakin 'giler' ngan komputer...
ree,
Alhamdulillah :)
neen,
oooo tu yang melekat je depan komputer ek. hehehhe
wehweh... sekolah atas bukit tu takde wat kursus gini ke???
bagus bagus..our doakan satu hari nnti ada seorang ibu mithali bernama 'izinnisyabili' :D..jika bukan pengiktirafan tapi lahir dari 5 insan itu.. Amin..
woohoo! Cinta menulis memang tak dapat dipisahkan. Aku pun tengah fikir nak kerja dari rumah aje tapi tu lah aku tak disiplin, dok rumah makan tidur aje la jawabnya, jadi kalau nak disiplin dok library hahahaha
anyway, mcm aku cakap tadi bayaran mungkin dlm RM sebab orang tu bukan orang 'berada' hahaha tapi kalau banyak kesalahan boleh la kau mark-up sikit. Nanti aku canang2 nama kau lagi sebab sang suaminya pun tadi macam nak mintak tolong cuma dia kata kertas dia banyak graf hahaha.
good luck!
pa'chik,
aku tak sure pulak sekolah atas bukit tu ada buat ke idak. takde kot. hehhee .. ngapa? nak amik kat sana ke? :P
our,
tu dia haaaa .. izinnisyabili terus! hahahahaa .. insyaAllah ... tak harapkan apa2 dari depa .. cuma nak depa jadi anak berguna yang soleh dan solehah.
khairyn,
boleh apa. aku pun selalu lepak buat kat library kalau nak full concentration. kat rumah boleh tapi terlampau banyak gangguan. hehehehe
ni pun kat library nak siapkan kerja. tak makan, tak minum ... straight dari pukul 11 tadi sampai la sekarang hampir 4pm. stop gi solat je kejap.
ok ok ... aku terima je. tolong2 anak bangsa. hahahaha
errr lenkali hang cari anak bangsa yang kaya raya ek .. boleh aku charge depa 10pound per page. muahahahahaha ...
oittt ... buat dissertation laaa ... dok buat kirije haram je :P hehehehe
Kak Has! Tahniah! Hehe!
Tahniah, kak!
Sekurang2nya kak Has berjaya menemui 'cinta' yg diinginkan.
Dan saya terpaksa mencari 'cinta' yg baru memandangkan 'cinta' yg saya inginkan sudah 'hilang dibawa ribut taufan'.
Sekian, terima kasih.
yang ikhlas,
DeeN
;)
Post a Comment