Friday, June 05, 2009

Lu fikirlah sendiri! ...

"The Holy Koran teaches that whoever kills an innocent, it is as if he has killed all mankind; and whoever saves a person, it is as if he has saved all mankind."

Obama, Presiden Amerika - June, 2009 (Mesir)

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya”

Nga Kor Meng, Setiausaha DAP Perak - April, 2009 (Perak, Malaysia)


Yang seorang pemimpin 'antarabangsa', 'dunia', 'besar'. Bukan Islam. Istilah kasarnya, kafir.
Yang seorang pemimpin 'lokal', 'negeri', 'kecil'. Bukan Islam. Istilah kasarnya, kafir.

Seorang ucap dalam Bahasa Inggeris.
Seorang ucap dalam Bahasa Melayu.

Ucapan yang seorang itu didengar dan dikagumi hampir semua orang Islam di dunia ini. Betapa dia dilihat sebagai begitu pandai mengambil hati orang Islam.
Ucapan yang seorang itu didengar dan dikutuk segelintir orang Islam di negara ini. Betapa dia dikata menghina Islam dan penganutnya.

Lu fikirlah sendiri!

7 comments:

ńĕĕń said...

Salam...

biasalah kan, bila yang dtg dari luar semuanya baik belaka... (lebih2 lagi ianya disebut dalam BI)... tp yang kat dalam ni, siapalah dia kan, nak2 bercakap lak dalam BM... apa class?... tu lah org kita ni...

Mcm yang pernah saya sebut sebelum ni, bila KM PP mengambil contoh Khalifah Umar Abdul Aziz, ada yang berbunyi tu saja nak beli org Melayu, dah dpt kuasa sama jer ... Bila di tanya tahu ke siapa Khalifah yang dimaksudkan tu? Ada yang mmg tak tahu... tak ke sengal namanya tu...

Tulah org kita ni (melayu/islam), sanggup bertegang2 urat leher, Al Quran & Allah hanya untuk org Islam... Sedangkan Allah dah sebut Al Quran tu utk semua... tinggal nak beriman dengan tidak jer... Al Quran tu sepatutnya dikaji akan setiap makna yang terkandung di dalamnya, ni kita dok lak melagu2kannya, tak salah nak buat, tapi kalau tak tahu maknanya pun susah gak... kang tak pasal2 citer pasal seksaan dalam neraka kita baca dgn nama suka... tak ke haru jadinya...

masih ternanti2 rakyat M'sia yang bijak pandai dalam bidang agama ni berhujah & berbahas tentang Al Quran macam yang di buat oleh Dr Zakir Nair...

ńĕĕń said...

Salam...

pembetulan: Dr Zakir Naik

Pa'chik said...

kat melaya, islam hak milik eksklusif orang melayu! jangan usik kalau kamu bukan teman amnu!!

khairyn said...

berlagak

DeeN said...

nampak sangat khilafnya pemikiran diorang. Dalam istilah kasarnya, bodoh sombong!

Rozita said...

itu lah politik 'negeri' 'kecil'

Rantong said...

Salam ziarah. Blog yang bermaklumat dan menarik.

View Profile: Rantong™